Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH KOD DAN NAMA KURSUS : MTE 3108 KALKULUS ASAS

NAMA PELAJAR : SEMESTER : KEEMPAT

TARIKH MULA

12 JULAI 2013

TARIKH HANTAR

26 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1.Membezakan antara fungsi dan bukan fungsi. 2.Melakar graf fungsi-fungsi asas secara manual dan/atau menggunakan kalkulator grafik. 3.Menentukan fungsi songsang. 4.Mengenal pola dan perhubungan. 5.Mencari terbitan pertama dan kedua serta kamiran bagi fungsi. 6.Mengaplikasikan konsep terbitan dan kamiran dalam penyelesaian masalah. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1.Mengaplikasi pengetahuan masa lalu untuk menyiasat dan meneroka tentang sejarah perkembangan kalkulus 2.Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat apabila menyiasat dan meneroka tentang istilah dalam kalkulus 3.Menyiasat dan meneroka tentang kegunaan kalkulus dalam kehidupan harian 4.Mencipta dengan menjana idea baru dan luar biasa, lancar dan asli untuk menghasilkan satu buku skrap mengikut tajuk yang dipilih 5.Tekun menghasilkan satu portfolio pembelajaran yang menunjukkan perkembangan pembelajaran mereka 6.Berfikir dengan luwes dalam menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan

Tugasan Projek (100%) Kalkulus adalah bidang matematik yang agak mencabar. Ia meliputi tajuk-tajuk fungsi, had dan keselanjaran, pembezaan dan pengamiran. Anda dikehendaki menyediakan satu laporan yang lengkap tentang kefahaman anda tentang bidang kalkulus seperti dalam tugasan A. Anda juga perlu menyimpan satu portfolio pembelajaran yang merekod kemajuan pembelajaran anda serta menujukkan usaha yang telah diambil untuk meningkatkan pencapaian anda dalam kursus MTE3108 seperti dalam tugasan B. A. Pembinaan booklet (60%) Pilih salah satu daripada tajuk berikut: 1. Laksanakan penyiasatan dan penerokaan tentang sejarah kalkulus. Bina satu booklet bertajuk Sejarah Kalkulus. Booklet tersebut mesti disertakan dengan gambar dan illustrasi dan mengandungi maklumat terperinci tentang sejarah kalkulus serta sumbangan tokoh-tokoh matematik terkenal dalam bidang kalkulus. Contoh tokoh-tokoh termasuk Gottfried Wilhelm Leibniz dan Issac Newton. 2. Tulis berserta illustrasi satu booklet ABC tentang kalkulus dengan menerangkan setiap istilah secara grafik atau visual. Gunakan bahasa mudah dan konsep-konsep asas matematik. 3. Bina satu booklet tentang kegunaan kalkulus terutamanya dalam bidang binaan, fizik, kejuruteraan, kimia, statistik dan seterusnya. Booklet tersebut mesti disertakan dengan gambar dan illustrasi dan mengandungi huraian terperinci tentang kegunaan kalkulus. B. Portfolio Pembelajaran (30%) 1. Anda dikehendaki menyimpan satu portfolio pembelajaran sepanjang tempoh kerja kursus ini. Portfolio anda harus mengandungi bukti yang menunjukkan perkembangan dalam pembelajaran bagi kursus ini. Bukti perkembangan pembelajaran boleh merangkumi nota kuliah, soalan tutorial, kuiz, latihan dalam kelas, nota rujukan tambahan hasil usaha sendiri, soalan tambahan hasil usaha sendiri, ringkasan tajuk, tips atau peta minda dan sebarang bukti lain yang menunjukkan perkembangan pembelajaran dan prestasi pencapaian anda dalam kursus ini. 2. Semua nota kuliah, soalan tutorial, kuiz, latihan dalam kelas dan soalan tambahan perlu ditulis tangan. 3. Organisasi portfolio mesti kemas, sistematik dan mempamerkan kandungannya dengan jelas. C. Penulisan Reflektif (10)% Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut: i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini. (Mencari maklumat, membina buku skrap dan lain-lain) ii. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.

iii.

Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan individu.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Projek ini perlu dilaksanakan secara individu. 2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i.Fon Arial ii.Saiz huruf ialah 11 iii.Langkau satu setengah baris iv.Rujukan mengikut format APA v.Lampiran yang berkaitan vi.Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 4. Panjang booklet tidak melebihi 20 muka surat. 5. Rujukan disertakan pada muka surat terakhir booklet. 6. Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy (emel kepada pensyarah berkenaan) 7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut: 1.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2.Mengandungi rajah-rajah, illustrasi dan gambar yang jelas 3.Analisis mendalam serta logik 4.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan kreativiti, mutu kerja yang tinggi, keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5.Rumusan tepat 6.Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren 7.Penulisan laporan tugasan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. 8.Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(PN PARIMALARANI SIVASUBRAMANIAM) Penyelaras Kursus MTE3108 Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Teknik

(PN SITI KHADZIMAH SALLIP) Pakar Bidang (SME) Konten Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(PN WAN NOOR ADZMIN MOHD SABRI) Ketua Jabatan Matematik Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai