Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

TUGASAN TARIKH MULA TARIKH HANTAR


1. Pembinaan Resos (15%) : Berkumpulan 17 Sept 25 Sept

2. Penulisan Laporan Kajian Kes (35%) : 5 Okt 26 Okt


Individu (1200pp)
3. Kuiz I (30 minit) - Topik 2 dan 3 (10%) 1 Okt 7 Okt

4. Kuiz II (30 minit) - Topik 4, 5 dan 6(10%) 13 Nov 19 Nov

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Mengaitkan kandungan matematik dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk pengetahuan
pedagogi kandungan bagi bidang pengajaran Nombor dan Operasi. (C2, A4, PLO1)
2. Membina resos yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Nombor dan Operasi secara
berkumpulan. (C3, P6, PLO2, PLO5, TS3)
3 Membincang isu-isu pengajaran dan pembelajaran dalam Nombor dan Operasi berdasarkan
amalan dan rujukan dapatan penyelidikan yang berwasit atau berautoriti. (C5, A4, PLO3, PLO6,
CTPS3, LL2)
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi Nombor dan Operasi. (C6, PLO3,
CTPS4)

Tugasan projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:


1. Mengaitkan kandungan matematik dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk
pengetahuan pedagogi kandungan bagi bidang pengajaran Nombor dan Operasi dalam
menjawab Kuiz I.
2. Mengaitkan kandungan matematik dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk
pengetahuan pedagogi kandungan bagi bidang pengajaran Nombor dan Operasi dalam
menjawab Kuiz II.
3. Membina resos yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Nombor dan Operasi dan
melaksanakan demonstrasi aktiviti secara berkumpulan.
4. Membincang isu-isu pengajaran dan pembelajaran dalam Nombor dan Operasi melalui
pembacaan sekurang-kurangnya 3 artikel berdasarkan amalan dan rujukan dapatan
penyelidikan yang berwasit atau berautoriti.
5. Mereka bentuk serta menilai secara kendiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bagi Nombor dan Operasi dengan menggunakan model pedagogi berkesan dalam
matematik melalui satu simulasi secara individu.
6. Menulis Laporan Kajian Kes bagi simulasi pengajaran dan pembelajaran Nombor dan
Operasi secara individu.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada


pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan di mana sistem pembelajaran yang
fleksibel dan interaktif seperti mengadakan smart class room dan kaedah pelaksanaan
P&P secara dalam talian.
Namun sebagai bakal guru, anda perlu mendalami pengetahuan pedagogi kandungan
bagi konsep nombor dan operasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik murid
bagi membantu mereka belajar tentang nilai tempat dan memahami sistem nombor.
Perancangan dan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Model Pembelajaran Matematik menjadikan aktiviti murid lebih terancang dan
bermakna.

TUGASAN 1: Penghasilan resos (15%)


Secara berkumpulan tiga orang, anda dikehendaki berkolaborasi menghasilkan satu resos
berdasarkan Model Pembelajaran Matematik supaya aktiviti murid lebih terancang dan bermakna.

a. Pilih sub topik dari Topik 2, 3, 4, 5 atau 6 dan model Pembelajaran Matematik yang dapat
membina pengetahuan konsep kandungan matematik sekolah rendah (rujuk DSKP Matematik).
b. Bina resos bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan model yang dipilih.
c. Laksanakan demonstrasi aktiviti pdp menggunakan resos yang dibina dan rekodkan dalam
MS Power Point atau rakaman video.

Tarikh akhir hantar : 25 September 2020


TUGASAN 2: Laporan Kajian Kes (35%)

Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan laporan kajian kes dalam anggaran
1200 patah perkataan yang merangkumi aspek berikut:

a. membincang isu pengajaran dan pembelajaran bagi sub topik dari Nombor dan Operasi
(nombor bulat, pecahan atau perpuluhan) berdasarkan amalan dan dapatan penyelidikan
melalui pembacaan sekurang- kurangnya tiga artikel penyelidikan dalam jurnal berwasit atau
berautoriti.
b. mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sub topik dari Nombor dan
Operasi (nombor bulat, pecahan atau perpuluhan) yang dipilih dengan menggunakan pedagogi
berkesan dalam matematik.
c. membina resos yang sesuai dan kreatif sebagai penyelesaian alternatif bagi penambahbaikan
isu di atas.
d. melaksana dan merakamkan simulasi aktiviti pdp yang telah dirancang dalam bentuk rakaman
video.
e. menilai secara kendiri dan/atau penilaian rakan ke atas rakaman video dengan menggunakan
borang senarai semak atau format refleksi.
f. hasilkan laporan kajian kes yang lengkap berkaitan simulasi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Tarikh akhir hantar : 26 Oktober 2020

Tugasan ini perlu merangkumi :


1. Penjelasan konsep pengetahuan pedagogi kandungan bagi topik Nombor dan Operasi yang dipilih.
2. Penghuraian secara kritis pelaksanaan dan/atau faktor kritikal yang mempengaruhi pelaksanaan,
procedur, isu-isu berbangkit, analisa, dan penyelesaian bagi masalah yang berkaitan.
3. Panjang dalam anggaran 1200 patah perkataan ( lebih kurang 6 muka surat kertas A4 tidak
termasuk rajah, jadual dan lampiran)
4. Format penulisan :
a. Tajuk
b. Isi kandungan:
i. Pengenalan
ii. Prosedur / Perlaksanaan
iii. Masalah / Isu semasa
iv. Analisis / Penyelesaian
c. Kesimpulan
d. Lampiran
5. Rujukan : sokongan sumber rujukan yang sahih.

Tarikh akhir hantar: 26 Oktober 2020

TUGASAN 3: Kuiz I (30 minit) - Topik 2 dan 3 (10%)


Secara individu, anda diminta menjawab 2 soalan struktur yang mengaitkan kandungan matematik
dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk pengetahuan pedagogi kandungan bagi topik
Nombor dan Operasi.

TUGASAN 4: Kuiz II (30 minit) - Topik 4, 5 dan 6 (10%)


Secara individu, anda diminta menjawab 2 soalan struktur yang mengaitkan kandungan matematik
dengan pedagogi yang sesuai dalam membentuk pengetahuan pedagogi kandungan bagi topik
Nombor dan Operasi.

Arahan Perlaksanaan Tugasan

Setiap tugasan, perlu mematuhi keperluan berikut:


1. Rujukan perlu mengikut format APA terkini sekurang-kurangnya dari 3 rujukan sahih.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Font Arial
b. Saiz huruf – 11
c. Langkau 1.5 baris
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
4. Sebarang unsur plagiarism tidak dibenarkan.
5. Format muka depan hendaklah mengikut templet yang sepatutnya.
6. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
7. Tugasan ini membawa markah dengan wajaran 70 %.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(YM Tengku Noor Zima Tuan Jaffar) ( SHUIB ABD HAMID)


Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:
(Siti Khadzimah Bt Sallip)
Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai