Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MTES3083 Semester / Tahun : 2 / 2


Nama Kursus: Ambilan: Jun 2016
Kalkulus Kumpulan: Mat
Calculus

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Tugasan 1 : Kuiz 1 (10%) 3. 2. 2018 3. 2. 2018


Tugasan 2 : Kuiz 2 (10%) 1.3.2018 1.3.2018
Tugasan 3: Projek 24.1.2018 9.3.2018
Penyelesaian Masalah (30%)

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menentukan kesahan had dan keselanjaran bagi suatu fungsi dengan menggunakan
pelbagai teorem. (C2, PLO1)
2. Menentukan graf fungsi dan pembezaan fungsi terbitan separa serta aplikasinya dalam
masalah maksimum dan minimum. (C3, PLO1, PLO3, CTPS3)
3. Menentukan terbitan dan kamiran fungsi eksponen dan logaritma serta aplikasinya. (C3, A5,
PLO1, PLO3, CTPS3)
4. Menyelesaikan persamaan pembezaan untuk aplikasi dalam pemodelan. (C6, A5, PLO1,
PLO3, CTPS5)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus :


Pelajar dapat:
1. Menguasai konsep dalam menentukan kesahan had dan keselanjaran bagi suatu fungsi
dengan menggunakan pelbagai teorem.
2. Menguasai konsep dalam menentukan graf fungsi dan pembezaan fungsi terbitan
separa.
3. Menguasai konsep dalam menentukan terbitan dan kamiran fungsi eksponen dan
logaritma
4. Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep terbitan separa dalam menyelesaikan
masalah seharian.
5. Menguasai konsep persamaan pembezaan dan aplikasinya dalam pemodelan
matematik.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Kuiz 1 - 20 Markah (Wajaran 10%)

Menjawab 5 soalan struktur pendek yang berkaitan dengan Topik 1 (Had dan keselanjaran) dan
Topik 2 (Terbitan separa) dalam masa 30 minit.

Tugasan 2: Kuiz 2 - 20 Markah (Wajaran 10%)

Menjawab 4 soalan struktur pendek yang berkaitan dengan Topik 3 (Fungsi Eksponen dan Fungsi
Logaritma) dan Topik 4 (Persamaan Pembezaan) dalam masa 30 minit.

Tugasan 3: Projek Penyelesaian Masalah - 60 Markah ( Wajaran 30%)

Masalah 1 - 40 Markah ( Wajaran 20 %)

Rajah 1 Kawasan pengumpulan sampah yang tidak terurus

Masalah longgokan sampah yang tidak terurus di kawasan pengumpulan sampah berpunca
antaranya daripada ketiadaan tong yang cukup besar untuk menampung sampah-sampah yang
dibuang (seperti dalam Rajah 1).
Jalankan tinjauan terhadap tong pengumpulan sampah yang terdapat di kawasan sekitar anda dan
jelaskan secara terperinci reka bentuk dan bahan yang digunakan untuk pembinaannya, dimensi dan
isipadu bagi tong tersebut. Seterusnya, cadangkan satu reka bentuk tong sampah yang dapat
menampung kapasiti sampah dalam masa seminggu untuk kawasan yang mempunyai penduduk
dalam lingkungan 1000 orang. Tong sampah tersebut hendaklah mempunyai isipadu yang maksimum
dengan kos pembuatan yang minimum. Huraikan secara terperinci reka bentuk tong, jenis bahan
yang digunakan, kos bahan, kos pembinaan dan sebagainya serta buat perbandingan antara tong
sampah rekaan anda dengan tong sampah yang sedia ada di kawasan sekitar. Berikan juga justifikasi
terhadap pemilihan reka bentuk tong anda dan penjimatan kos jika ada.

Masalah 2 - 20 Markah (Wajaran 10%)


Gunakan Model Matematik untuk menjalankan penyiasatan terhadap populasi dunia pada masa
sekarang dan buat anggaran populasi dunia dalam tempoh 25 tahun akan datang. Terjemahkan data
yang anda perolehi dan perincikan model matematik yang anda gunakan dalam menyelesaikan
masalah tersebut.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Semua tugasan perlu disediakan secara individu.

2. Penulisan hendaklah ditaip dengan kemas dan lakaran grafik dibuat menggunakan perisian
yang sesuai. Penulisan Tugasan 3 perlu mengikut spesifikasi berikut:
▪ Fon : Arial saiz 11
▪ Jarak antara baris : 1.5
▪ Penulisan yang dihasilkan perlu dihantar dalam bentuk cetakan kemas dengan hasil kerja
yang asli.
▪ Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
▪ Menulis sumber rujukan (citation dan bibliografy)mengikut format APA (American
Psychological Association)
▪ Sila patuhi tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.
▪ Anda WAJIB menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dalam kerja kursus.

3. Semua dokumen perlu dihantar dengan format yang kemas serta menyertakan butiran
berikut:
▪ Institut
▪ Program
▪ Kod dan Nama Kursus
▪ Nama Pelajar
▪ No Kad Pengenalan pelajar
▪ Kumpulan/Opsyen
▪ Nama Pensyarah
▪ Tarikh Hantar
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

▪ Menggunakan konsep kalkulus dengan pengiraan yang betul untuk menyelesaikan


masalah.
▪ Memberikan justifikasi yang jelas bagi setiap keputusan, pemilihan sesuatu perkara dan
andaian yang dibuat dalam menyelesaikan masalah.
▪ Mampu memperoleh banyak bukti kukuh, bernas dan tepat serta sentiasa berjaya
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat.
▪ Memasukkan graf dan grafik yang sesuai dalam penulisan.
▪ Keseluruhan pengolahan menunjukkan keaslian tugasan yang dihasilkan.
▪ Keupayaan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.
▪ Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah
maklumat secara analitikal.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(SALMIAH BINTI MD SALLEH) (SITI KHADZIMAH BINTI SALLIP)


Penyelaras Kursus MTE3083 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI)


Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai