Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan,

, dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus:

Matematik Keputusan (MTE 3104) PPG Matematik (Kohort 2) Dr. FAN SIONG PENG

Tempoh: 6 Minggu

Tarikh Mula: 18.8.2012 Tarikh Serahan: 6.10.2012

Program: Kumpulan: Disediakan oleh: Disahkan oleh: Nama & Tandatangan

Tahun/ Semester: 2012/ 2

Penyelaras Kursus

Ketua Jabatan

Tarikh:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER : : : : MATEMATIK MATEMATIKKEPUTUSAN (MTE 3104) MATEMATIKPPG (Kohort 2) KEDUA

Tarikh Mula

18.8.2012

Tarikh Hantar

6.10.2012

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: 1. Memerihalkan pelbagai alat dalam Matematik Keputusan 2. Mengaplikasikan algoritma Matematik, algoritma heuristik mengisih, carian, graf, pengaturcaraan linear, dan analisis laluan kritikal dalam membuat keputusan 3. Menjustifikasikan penggunaan alat yang sesuai untuk membuat keputusan dalam Matematik 4. Mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman Matematik Keputusan dalam menyelesaikan masalah harian Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, dan 4. OBJEKTIF KERJA KURSUS: 1. Membanding-bezakan antara algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra dari aspek definisi, fungsi, dan prosedur pembinaan 2. Mengilustrasikan kefahaman anda tentang definisi, fungsi, dan prosedur pembinaan algoritma Prim, Kurskal, dan Disjkstra dalam membuat keputusan melibatkan kehidupan seharian 3. Menganalisis komponen dalam analisis laluan kritikal untukmenyelesaikan suatu projek 4. Membincangkan perkaitan antara komponen dalam analisis laluan kritikal dalam konteks membuat keputusan melibatkan kehidupan seharian

SPESIFIKASI TUGASAN TAJUK


1. Rangkaian Algoritma Prim AlgoritmaKruskal Algoritma Dijkstra

TUGASAN 1. Buku Skrap a) Membanding-bezakan algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra dari aspek definisi, fungsi, dan prosedur pembinaan masingmasing b) Menganalisis komponen dan perkaitan antara komponen bagi analisis laluan kritikal untuk menyelesaikan suatu projek -1500 hingga 2000 patah perkataan (Tidak melebihi 10 muka surat). 2. Pembinaan Model -Model tentang algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra dari konteks kehidupan seharian -Model tentang analisis laluan kritikal dari konteks kehidupan seharian 3. Penulisan Refleksi -Kebolehan menganalisis pengalaman yang dilalui semasa penulisan esei dan pembinaan buku skrap.

WAJARAN 40%

CATATAN Kriteria penilaian keseluruhan: -Kandungan -Perbincangan kritikal -Organisasi -Bahasa

2. Analisis laluan kritikal Pengenalan dan definisi analisis


laluan kritikal Elemen-elemen rajah rangkaian : laluan dami (dummies),peristiwa,peristiwa utama,simbol Membina rajah rangkaian Analisis rajah rangkaian Pengurusan resos

40%

Komitmen: -Menunjukkan kefahaman dan kesungguhan dalam menjalankan tugasan

20%

Refleksi: -Menunjukkan keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis, -Mencatat refleksi secara sistematik dan berkualiti.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: MATEMATIK KEPUTUSAN (MTE 3104)

SEMESTER: DUA

TARIKH MULA:

18.8.2012

TARIKH HANTAR:

6.10.2012

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: 1. Memerihalkan pelbagai alat dalam Matematik Keputusan 2. Mengaplikasikan algoritma Matematik, algoritma heuristik mengisih, carian, graf, pengaturcaraan linear, dan analisis laluan kritikal dalam membuat keputusan 3. Menjustifikasikan penggunaan alat yang sesuai untuk membuat keputusan dalam Matematik 4. Mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman Matematik Keputusan dalam menyelesaikan masalah harian Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, dan 4. OBJEKTIF KERJA KURSUS: 1. Membanding-bezakan antara algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra dari aspek definisi, fungsi, dan prosedur pembinaan 2. Mengilustrasikan kefahaman anda tentang definisi, fungsi, dan prosedur pembinaan algoritma Prim, Kruskal, dan Disjkstra dalam membuat keputusan melibatkan kehidupan seharian 3. Menganalisis komponen dalam analisis laluan kritikal untuk menyelesaikan suatu projek 4. Membincangkan perkaitan antara komponen dalam analisis laluan kritikal dalam konteks membuat keputusan melibatkan kehidupan seharian

Tugasan Projek (50%) Matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia, oleh itu adalah penting bagi kita untuk memahami matematik dari konteks praktis. Justeru, aplikasi pengetahuan matematik diskret dari aspek kehidupan seharian dibincangkan dalam kerja kursus ini. Antara bidang yang diberikan perhatian termasuklah: Tugasan 1 Rangkaian merupakan bidang yang menggabungkan pengetahuan tentang graf. Oleh itu, dalam menyempurnakan tugasan tentang rangkaian anda perlu memahami komponenkomponen yang membentuk graf dan sifat-sifat graf secara spesifik. Pengetahuan graf ini yang dikaitkan dengan pemberat tertentu (weighted graph) dikenali sebagai rangkaian. Oleh itu, kerja kursus membabitkan rangkaian ini memerlukan anda: Mendefinisikan algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra dengan jelas dan spesifik Menterjemahkan kefahaman dengan membanding-bezakan fungsi dan prosedur algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra untuk membuat keputusan dalam konteks kehidupan seharian Memodelkan algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra sama ada menggunakan aplikasi ICT, lukisan, atau bahan konkrit untuk menunjukkan kefahaman anda mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian Tugasan 2 Analisis laluan kritikal ialah teknik bagi membolehkan manusia merancang dan memantau suatu projek yang kompleks supaya ia dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Bagi menjalankan analisis laluan kritikal, anda perlu memahami komponen yang membentuk laluan kritikal tersebut. Antara komponen yang dimaksudkan ialah aktiviti, peristiwa (event), titik (node), lengkok (arc), masa peristiwa terpantas (earliest event time), masa peristiwa terlewat (latest event time), dami (dummy), dan flot (float). Dalam kerja kursus ini, anda dikehendaki melakukan perkara berikut: Menganalisis komponen yang membentuk analisis laluan kritikal dengan jelas dan terperinci, Memodelkan analisis laluan kritikal sama ada menggunakan aplikasi ICT, lukisan, dan bahan konkrit untuk menunjukkan kefahaman anda mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian Membincangkan perkaitan antara komponen yang membentuk analisis laluan kritikal dengan jelas dan terperinci

Sub tugasan Anda dikehendaki menyiapkan tugasan ini secara berpasangan.Bagi tugasan yang memodelkan algoritma Prim, Kruskal, Dijkstra, atau analisis laluan kritikal dengan menggunakan ICT, anda perlu menghantar dalam bentuk hard copy (cetakan) dan soft copy (CD). Model yang dibina tanpa dikaitkan dengan kehidupan seharian anda sendiri akan ditolak markah.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

b. c. d. e. f. g. 3.

Fon Arial : Times New Roman Saiz huruf : 12 Langkau baris : 1.5 baris Rujukan mengikut standard APA terkini Lampiran adalah wajib Jawab dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris sahaja

Buku skrap tentang rangkaian(definisi algoritma, banding-beza fungsi dan prosedur algoritma) dan analisis laluan kritikal(menganalisis komponen dan membincangkan perkaitan antara komponen analisis laluan kritikal) perlu ditulis dalam lingkungan 1500-2000 patah perkataan atau tidak melebih 10 muka surat. Model bagi rangkaian dan analisis laluan kritikal (sama ada menggunakan ICT, Lukisan, bahan konkrit) dapat menjelaskan perkaitan antara komponen-komponen yang membentuk analisis laluan kritikal. Misalnya, model yang dibentuk secara ICT dapat dianimasikan. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan akan ditolak markah. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

4.

5. 6. 7.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kritikal Berikut:


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Buku Skrap: i. Rangkaian:

Mendefinisikan yang jelas dan spesifik tentang algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra Membanding-bezakan ketiga-tiga algoritma berkenaan dari segi fungsi dan prosedur pelaksanaan berdasarkan rujukan ilmiah dan ulasan lanjut dengan perkataan sendiri (original idea).

ii. Analisis Laluan Kritikal: Menganalisis komponen yang terlibat dalam analisis laluan kritikal dengan jelas dan spesifik. Menghubungkaitkan komponen yang terlibat dalam analisis laluan kritikaldengan menyeluruh dan jelas dari konteks pengiraan, makna jawapan yang diperoleh, dan kesan perhubungan itu kepada pelaksanaan projek. b. Modeling matematik i. Rangkaian: Guna elemen kehidupan seharian yang berkaitan diri anda sendiri, Ilustrasi yang dihasilkan menunjukkan perbezaan nyata antara algoritma Prim, Kruskal, dan Dijkstra. Mengaplikasikan model yang dibina untuk membuat keputusan.

ii. Analisis Laluan Kritikal: Guna elemen kehidupan seharian yang berkaitan diri anda sendiri, Ilustrasi yang dihasilkan dapat menjelaskan perkaitan antara komponen-komponen dalam analisis laluan kritikal, Mengaplikasikan model yang dibina untuk membuat keputusan.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 4

6. Pembinaan buku skrap dan refleksi haruslah menunjukkan kefasihan bahasa laras, laras bahasa yang sesuai, dan tiada kesalahan ejaan dengan menunjukkan kematangan hujah. 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (Sekurang-kurangnya 1 buah jurnal, 5 buah buku, dan 3 sumber internet).

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

DR FAN SIONG PENG Penyelaras (PPG) Mata Pelajaran MTE 3104 Jabatan Matematik IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu

HJH ZAKIAH BT SALLEH Ketua Jabatan Matematik, Jabatan Matematik IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER: DUA TAJUK KURSUS: Matematik Keputusan (MTE 3104)

Aspek Dinilai

Cemerlang (34-40) Elemen kehidupan seharian sangat jelas dan sesuai, Ciri-ciri algoritma diaplikasikan dengan sangat jelas, Huraian menunjukkan pelajar sangat faham melukis spanning tree dengan sangat baik, Sangat mahir membuat keputusan daripada rangkaian yang dibina.

Baik (24-33) Elemen kehidupan seharian jelas dan sesuai, Ciri-ciri algoritma diaplikasikan dengan jelas, Huraian menunjukkan pelajar faham melukis spanning tree dengan baik, Mahir membuat keputusan daripada rangkaian yang dibina.

Memuaskan (16-23) Elemen kehidupan seharian sederhana jelas dan sesuai, Ciri-ciri algoritma diaplikasikan dengan sederhana jelas, Huraian menunjukkan pelajar sangat faham melukis spanning tree dengan sederhana baik, Sederhana mahir membuat keputusan daripada rangkaian yang dibina.

1. Rangkaian (40%) Algoritma Prim Algoritma Kruskal Algoritma Dijkstra

Kurang Memuaskan (8-15) Elemen kehidupan seharian kurang jelas dan kurang sesuai, Ciri-ciri algoritma diaplikasikan dengan kurang jelas, Huraian menunjukkan pelajar kurang faham melukis spanning tree dengan kurang baik, Kurang mahir membuat keputusan daripada rangkaian yang dibina.

Lemah (0-7) Elemen kehidupan seharian tidak jelas dan tidak sesuai, Ciri-ciri algoritma diaplikasikan dengan tidak jelas, Huraian menunjukkan pelajar sangat faham melukis spanning tree dengan tidak baik, Tidak mahir membuat keputusan daripada rangkaian yang dibina.

Aspek Dinilai

Cemerlang (34-40) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal sangat jelas, Elemen seperti peristiwa, peristiwa utama, pemberat, dan simbol diguna dengan sangat tepat, Rajah rangkaian dibina dengan sangat sesuai dan sangat senang difahami, Sangat cekap mengurus resos berasaskan keputusan daripada rangkaian dibina.

Baik (24-33) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal jelas, Elemen seperti peristiwa, peristiwa utama, pemberat, dan simbol diguna dengan tepat, Rajah rangkaian dibina dengan sesuai dan senang difahami, Cekap mengurus resos berasaskan keputusan daripada rangkaian dibina.

Memuaskan (16-23) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal sederhana jelas, Elemen seperti peristiwa, peristiwa utama, pemberat, dan simbol diguna dengan sederhana tepat, Rajah rangkaian dibina dengan sederhana sesuai dan sederhana senang difahami, Sederhana cekap mengurus resos berasaskan keputusan daripada rangkaian dibina.

2. Analisis laluan kritikal (40%) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal Elemen-elemen rajah rangkaian: laluan dami (dummies), peristiwa,peristiwa utama, simbol Membina rajah rangkaian Analisis rajah rangkaian Pengurusan resos

Kurang Memuaskan (8-15) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal kurang jelas, Elemen seperti peristiwa, peristiwa utama, pemberat, dan simbol diguna dengan kurang tepat, Rajah rangkaian dibina dengan kurang sesuai, Sangat cekap mengurus resos berasaskan keputusan daripada rangkaian dibina.

Lemah (0-7) Pengenalan dan definisi analisis laluan kritikal tidak jelas, Elemen seperti peristiwa, peristiwa utama, pemberat, dan simbol diguna dengan tidak tepat, Rajah rangkaian dibina dengan tidak sesuai dan sukar difahami, Tidak cekap mengurus resos berasaskan keputusan daripada rangkaian dibina.

Aspek Dinilai

Cemerlang (17-20) -Semua tajuk dalam kerja kursus disentuh dalam refleksi. -Aspek apa, mengapa, dan bagaimanakah tajuk yang dilaksanakan memberikan manfaat diulas dengan sangat jelas. -Contoh diberikan dalam setiap refleksi bagi menyokong pembelajaran telah berlaku.

Baik (13-16) -Sebahagian besar tajuk dalam kerja kursus disentuh dalam refleksi. -Aspek apa, mengapa, dan bagaimanakah tajuk yang dilaksanakan memberikan manfaat diulas dengan jelas. -Banyak contoh diberikan dalam refleksi bagi menyokong pembelajaran telah berlaku.

Memuaskan (8-12) -Separuh daripada tajuk dalam kerja kursus disentuh dalam refleksi. -Aspek apa, mengapa, dan bagaimanakah tajuk yang dilaksanakan memberikan manfaat diulas dengan sederhana jelas. -Sebilangan contoh diberikan dalam refleksi bagi menyokong pembelajaran telah berlaku.

Refleksi (20%)

Kurang Memuaskan (4-7) -Sebilangan daripada tajuk dalam kerja kursus disentuh dalam refleksi. -Aspek apa, mengapa, dan bagaimanakah tajuk yang dilaksanakan memberikan manfaat diulas dengan kurang jelas. -Sedikit contoh diberikan dalam refleksi yang dibuat bagi menyokong pembelajaran telah berlaku.

Lemah (0-3) -Amat sedikit daripada tajuk dalam kerja kursus disentuh dalam refleksi. -Aspek apa, mengapa, dan bagaimanakah tajuk yang dilaksanakan memberikan manfaat diulas dengan tidak jelas. -Sangat sedikit contoh diberikan dalam refleksi yang dibuat bagi menyokong pembelajaran telah berlaku.

Anda mungkin juga menyukai