Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK: .

Nama Pelajar :
Program:
Kod :
Semester / Tahun : Ambilan:
Kumpulan:
Nama Kursus : Asas Seni dan Rekaan

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Kuiz 1
2. Kuiz 2
3. Penghasilan Produk
4. Pembentangan

Hasil Pembelajaran Kursus (CLO):


1. Menjelaskan pengertian seni dan rekaan, elemen unsur seni serta elemen prinsip rekaan
terhadap perkembangan seni visual. (C2,HP1)
2. Mengaplikasikan kemahiran unsur seni, prinsip rekaan dan kemahiran karya kreatif seni digital
dalam bidang pendidikan seni visual sekolah rendah.(C3, HP2,KKG1)
3. Menilai aktiviti bidang pendidikan seni visual sekolah rendah dengan kemahiran karya kreatif
seni digital.(A3,HP4, HP6,KIK5, KDN2)

Pentaksiran berterusan ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2 dan 3 .

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar Dapat:
1. Menjawab kuiz 1 dan kuiz 2 dengan menjelaskan pengertian seni dan rekaan, elemen unsur seni
serta elemen prinsip rekaan terhadap perkembangan seni visual. (C2,HP1)
2. Menghasilkan satu karya digital dengan mengaplikasikan kemahiran unsur seni, prinsip rekaan
dan kemahiran karya kreatif seni digital dalam bidang pendidikan seni visual sekolah rendah.(C3,
HP2,KKG1)
3. Melaksanakan pembentangan secara kumpulan penilaian aktiviti bidang pendidikan seni visual
sekolah rendah dengan kemahiran karya kreatif seni digital.(A3,HP4, HP6,KIK5, KDN2)
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

1. Kuiz 1 (Markah: 10%) Tugasan Individu


1. 2 Soalan struktur pengertian seni dan rekaan.
2. Jawab semua soalan yang dikemukakan.

2. Kuiz 2 (Markah: 10%) Tugasan Individu


1. Buat analisis terperinci sebuah hasil karya catan berdasarkan elemen unsur seni dan prinsip
rekaan.

1
3. Penghasilan Produk (Markah: 60%) Tugasan Individu
Soalan:
Berdasarkan salah satu bidang pendidikan seni visual di sekolah rendah, hasilkan sebuah karya
kreatif seni digital dalam bentuk 2 Dimensi (2D), dengan mengaplikasikan elemen unsur seni dan
prinsip rekaan.

Tema: Bebas
Bahan/media: Seperti yang terdapat dalam aplikasi komputer/Android/iphone
Saiz Karya: Kertas A3 (Potrait = 2339 pixel x 3308 pixel, Landskap 3308 pixel x 2339 pixel)
Teknik: Bebas mengikut kesesuaian bahan yang digunakan.

Perisian Komputer: Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator.


Perisian Android/Smartphone: Sketchbook (Muat turun di Google Play)

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Pilih salah satu bidang yang terdapat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.
2. Proses penghasilan karya menggunakan perisian komputer, telefon pintar, Tab atau iPhone.
3. Hasil karya memperlihatkan kreativiti dalam olahan elemen unsur seni dan prinsip rekaan, tema
dan subjec matter.
4. Hasil karya hendaklah dicetak dan dibingkaikan.
5. Sertakan tajuk karya, nama dan no. matriks pada sudut tepi bawah karya dalam ukuran 5cm x
4cm.

4. Pembentangan (Markah: 20%) Tugasan Berkumpulan


Soalan:
Berdasarkan Tugasan 3, pilih salah satu karya dari kalangan ahli kumpulan dan sediakan bahan
pembentangan yang lengkap. (Apresiasi seni).

Arahan:
1. Satu kumpulan terdiri dari 3 orang ahli.
2. Setiap ahli hendaklah terlibat dalam pembentangan.
3. Masa pembentangan 10 minit termasuk sesi soal jawab.
4. Pembentangan hendaklah menyentuh tentang media yang digunakan, asas seni reka dan prinsip
rekaan.
5. Bahan pembentangan tersebut hendaklah disimpan dalam format PDF dan di muat naik di
Google Class Room pada tapak yang disediakan.
5. Muka depan slaid anda hendaklah mengandungi maklumat kumpulan sebagaimana format kerja
kursus IPG Kampus Keningau yang telah ditetapkan.

ARAHAN UMUM PELAKSANAAN TUGASAN:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan.


2. Tugasan ini hendaklah disiapkan dan dihantar berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan.
Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang releven boleh menjejaskan markah kerja kursus
anda.
3. Format penulisan adalah seperti berikut :-
I. Font Arial
II. Saiz huruf 11 point
III. Langkau 1.5 baris
IV. Rujukan mengikut format APA edisi ke 7
4. Anda dikehendaki menyertakan Borang Maklum Balas Tugasan dengan melampirkannya di
muka surat pertama tugasan.

5. Perlu ditegaskan bahawa plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

2
6. Muka depan tugasan hendaklah mengandungi perkara berikut :
i) Nama Pelajar
ii) Angka Giliran
iii) Nombor Kad Pengenalan
iv) Kumpulan/Unit
v) Kod dan Nama Kursus
vi) Nama Pensyarah
vii) Tarikh hantar
viii) Pengakuan Pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

7. Tugasan ini membawa wajaran 100%.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan ini disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai