Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

JABATAN PENDIDIKAN KEJURUTERAAN


KOD MATAPELAJARAN

: BBV 20203

NAMA MATAPELAJARAN

: Elektronik 1

PENSYARAH

: PUAN ANIZAM BINTI MOHAMED YUSOF


(aniza@uthm.edu.my)

JENIS TUGASAN

: PROJEK / KUMPULAN (empat atau lima orang)

A. TUJUAN TUGASAN
Tujuan utama tugasan ini dilaksanakan adalah bagi menggalakkan pelajar mengaplikasikan
teori-teori kepada bentuk amali dengan melaksanakan projek-projek yang berkaitan. Objektif
tugasan ialah:
(i)
pelajar dapat membangunkan produk dengan mengaplikasikan teori ke dalam
bentuk praktikal.
(ii)
pelajar dapat menggunakan komponen elektronik dengan betul.
(iii)
pelajar dapat menggunakan peralatan tangan dan meter dengan betul.
(iv)
pelajar dapat membuat pengujian ke atas litar dengan betul.
B. AKTIVITI
Anda dikehendaki untuk membangunkan satu kit pengajaran/ABBM
tentang peranti
semiconduktor di bawah untuk kegunaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(i)
(ii)
(iv)

Diod
Transistor
LED

C. ARAHAN
Pelajar dikehendaki untuk:
1) Menjalankan kajian awal (need analysis) : menentukan masalah pelajar dalam
proses pembelajaran (kajian juga boleh disebut senagai kajian tinjauan).
2) Menentukan ABBM yang akan dibangunkan.
3) Merekabentuk litar pada strip board/PCB.
4) Menguji litar tersebut dengan terperinci.
5) Menyediakan manual bagi ABBM yang dibangunkan.
6) Menyediakan laporan (Laporan perlu dinyatakan dengan bukti, contoh : gambar)
Hard copy laporan dibawa semasa pembentangan.
7) Membentangkan hasil projek pada minggu ke 14 perjumpaan.

D. PENULISAN LAPORAN
Format Laporan
1) Hendaklah bertaip menggunakan font Times New Roman saiz 12.
2) Jarak langkau : 1 spacing
3) Ukuran sebelah kiri 3 cm, kanan 2.5 cm, atas dan bawah 2.5 cm.
4) Kulit Depan : Warna kuning yang mengandungi maklumat : Nama Universiti, Jabatan,
tajuk, nama ahli kumpulan dan nama pensyarah.
Format Penulisan
1) Muka surat Hadapan.
2) Penghargaan.
3) Isi Kandungan.
4) Pendahuluan.
5) Kajian Awal (berdasarkan survey/pemerhatian).
6) Penyataan Masalah.
7) Objektif.
8) Teori (sertakan teori berkenaan dengan semikonduktor tersebut).
9) Metodologi Pembangunan (kaedah untuk membangunkan ABBM berkenaan)
Rekabentuk Produk
Peralatan yang digunakan
Proses pembangunan
Pengujian
Trouble shooting
10) Perbincangan.
11) Keputusan.
12) Kesimpulan.
13) Rujukan.
14) Lampiran sekiranya perlu.
*Kemas, berkualiti dan original.
E. PEMARKAHAN
Projek akan dinilai berdasarkan kepada kekemasan, kualiti, original dan kebolehfungsian.
Pembahagian markah adalah seperti berikut:
Markah Produk = 40%
[kemas, bolehfungsi, original, keselamatan, teratur, sesuai, mudah dikendalikan,
mempunyai casing]
Markah Laporan = 40%
Tajuk, original, bahan/peralatan, objektif, teori, prosedur, keputusan, perbincangan dan
kesimpulan.
Pembentangan=20%
Menguasai operasi, kerjasama, dan keyakinan.

JUMLAH KESELURUHAN

100%

Anda mungkin juga menyukai