Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan

Grafik kejuruteraan adalah satu mata pelajaran asas yang penting kepada pelajar
kejuruteraan. Grafik kejuruteraan merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang
digunakan dalam bidang kejuruteraan. Hari ini, grafik kejuruteraan telah diterima sebagai
media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun
pekerja pengeluaran. Penglibatan grafik kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah
menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat penyelenggaraan.
Oleh kerana grafik kejuruteraan mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia
dianggap sebagai suatu alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan
mestilah mudah, tepat dan jitu. K efahaman yang mudah dalam grafik kejuruteraan adalah
penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan suatu yang
diperlukan untuk suatu tujuan.

Grafik kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel.


L ukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan, bukannya
secara bebas tanpa menggunakan peralatan. L ukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi
sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci dan disertakan dengan saiz dan ukuran dari
semua arah pandangan. Grafik kejuruteraanadalah cara untuk menghasilkanlukisan
pelanyang menggambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal,seni binadan kejuruteraan.
Dengan kata lain grafik kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di
kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.

Dalam melaksanakan tugasan individu ini saya telah memilih satu objek iaitu sebuah
stapler kerja seperti dilampiran. Berdasarkan objek sebenar saya telah menghasilkan lukisanlukisan yang berkaitan dengan ukuran sebenar objek tersebut. A ntara lukisan yang saya
hasilkan adalah lukisan ortografik, lukisan isometrik, dan lukisan oblik. Dengan pengetahuan
1

dan bantuan daripada pensyarak khusus, lukisan ini dilukis berdasarkan objek sebenar dengan
menggunakan teknik, kemahiran dan peralatan yang betul dan sesuai. Skala yang digunakan
dalam ketiga-tiga lukisan ini adalah menggunakan skala sebenar iaitu 1 nisbah 1.

2.0

Objektif

Tugasan individu ini telah dilaksanakan dalam tempoh yang telah diberikan iaitu selama 2
minggu dengan dibantu dan dipantau oleh pensyarah khusus. Perlaksanaan tugasan ini adalah
untuk mendedahkan pelajar kepada khusus grafik kejuruteraan dan mengukur sejauh mana
kemahiran dan kefahaman pelajar. A ntara objektif perlaksanaan tugasan individu ini bertujuan
untuk:

3.0

i.

Mengaplikasikan pembelajaran grafik kejuruteraan.

ii.

Penggunaan alatan-alatan lukisan yang betul.

iii.

Menggunakan kaedah melukis dengan cara yang betul.

iv.

K emahiran menghasilkan lukisan secara manual.

v.

L ukisan berdasarkan objek sebenar atau pegun.

vi.

K emahiran menghasilkan lukisan kejuruteraan yang tepat dan kemas.

J enis lukisan dan A latan L ukisan

Peralatan-peralatan yang digunakan untuk tugasan lukisan secara manual ini ialah:
i.

Papan lukisan

ii.

K ertas L ukisan A 3

iii.

J angka L ukis
2

iv.

J angka sudut

v.

Pembaris L engkung

vi.

Pensel

vii.

Pemadam

viii.

Sesiku T

ix.

Sesiku set

L ukisan yang dihasilkan dalam tugasan individu ini ialah :


i.

L ukisan Ortografik

ii.

L ukisan Isometrik

iii.

L ukisan Oblik

3.1

L ukisan Ortografik

Unjuran ortografik ditakrifkan sebagai suatu kaedah untuk memaparkan bentuk


lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah
paparan. Dalam kaedah unjuran ortografik, kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk
menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada sesuatu lukisan objek
tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan atau menunjukkan
bentuk permukaan objek yang sebenar. Dalam unjuran ortografik, terdapat tiga arah
pandangan yang utama iaitu:

1.

Pandangan atas (pelan)


Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi
ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang
dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk
3

bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi, tetapi
kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas.

2.

Pandangan hadapan
A rah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat
menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan
kedudukan objek itu, seperti lukisan isometrik yang telah dilukis dalam tugasan ini.
Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian
bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan
bahagian bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya
garisan tersembunyi.

3.

Pandangan sisi
A rah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek
itu. Pemilihan arah mana yang dapat menunjukkan bahagian-bahagian objek yang
lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi.

3.2

L ukisan Isometrik

L ukisan pandangan isometrik dianggap sebagai lukisan tiga dimensi. Ianya membantu untuk
lebih memahami sesuatu reka bentuk objek dengan mudah. Pada pandangan-pandangan yang
lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif. Bagi
pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut sahaja.
Dalam membuat lukisan ini, saya telah membuat beberapa langkah untuk

mendapatkan lukisan objek sebenar. Cara untuk mendapatkan hasil 3 dimensi ialah:
Bina paksi isometri iaitu sudut 45.
L ukis objek mengikut arah pandangan iaitu pandangan pelan, pandangan sisi dan
pandangan hadapan.
L ukis unjuran garisan bagi memudahkan untuk melukis objek 3 dimensi.
Bentuk lukisan mengikut objek isometri.

3.3

L ukisan Oblik
Merupakan satu lagi kaedah lukisan yang digunakan untuk menunjukkan rupa bentuk

sesuatu objek dalam lukisan yang sebenarnya. K adang kala lukisan oblik ini dikenali sebagai
unjuran serong. Pada paksi belakang kita boleh memilih ukuran sudut samada (30, 45, atau
60). Paksi mendatar dan menegak akan kekal pada paksi x dan paksi y. L ukisan oblik juga
merupakan unjuran selari yang menghasilkan bentuk lukisan 3D. L ukisan oblik dilukis adalah
bertujuan untuk melihat pandangan atas objek serta kadang kala bahagian sisi objek.

4.0

Pengalaman Individu
5

Tugasan individu grafik kejuruteraan ini memberi saya pengalaman di mana saya
dapat memahami dan mengenalpasti setiap jenis lukisan dengan lebih jelas. Dalam membuat
tugasan ini, saya menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada dimana lukisan ini
memerlukan daya imaginasi yang tinggi. Dalam mengimaginasi sesuatu objek adalah tidak
susah bagi saya tetapi dalam kerja-kerja penghasilan lukisan ini bagi saya amat rumit dan
mengambil masa yang agak lama. Ini kerana stapler adalah objek yang kecil dan mempunyai
banyak komponen-komponen kecil di dalamnya. Saya juga melaksanakan lukisan ini
menggunakan objek pegun iaiatu objek sedia ada dan bukan daripada gambar.
Seterusnya penggunaan pensel dalam membuat garisan juga memberi saya pengalaman di
mana saya perlu mengawal cara membuat garisan terang dan garisan halus. Dalam membuat
setiap lengkungan dalam lukisan juga mengajar saya untuk membuat lengkungan dengan
teknik serta cara dan teknik yang betul serta penuh dengan kawalan agar saya mendapat
bentuk yang sebenar. Setiap lukisan yang dilukis memerlukan kawalan tangan dan daya
pemikiran yang tinggi. Pada setiap lukisan yang saya buat saya berasa membuat lukisan ini
mempunyai kerumitan yang tersendiri pada setiap lukisan yang dihasilkan dan memerlukan
banyak masa dalam menyiapkan lukisan ini. Namum begitu, untuk menyiapkan tugasan ini
adalah tanggungjawab diri saya sendiri.
A khir sekali, saya sangat gembira kerana dengan usaha saya sendiri, saya dapat
menyiapkan lukisan saya dengan baik. Sesungguhnya membuat lukisan kejuruteraan ini sukar
namun begitu apabila saya melihat hasil lukisan saya, saya berpuas hati dengan usaha yang
saya telah lakukan walaupun ada sedikit masalah pada kekemasan dalam lukisan saya. Di
samping mengajar saya untuk lebih bersabar dan tekun dalam sesuatu kerja yang dihasilkan.

5.0

K esimpulan

L ukisan kejuruteraan memerlukan kemahiran asas dan daya imaginasi yang tinggi agar
dapat melihat bagaimana objek tersebut terhasil. L ukisan kejuruteraan ini memberi latihan
kepada saya untuk berfikir secara kreatif untuk menghasilkan lukisan yang dikehendaki
berdasarkan objek sebenar. K husus grafik kejuruteraan ini melatih pelajar untuk
mengaplikasikan teknik-teknik yang diperlukan dalam melaksanakan lukisan ini.

K esimpulannya objektif tugasan ini telah dicapai sepenuhnya, dimana saya telah
mengaplikasikan kaedah-kaedah yang terdapat dalam grafik kejuruteraan dengan lebih baik.
K esemua lukisan yang dilukis mengajar saya menggunakan teknik dan cara yang betul untuk
melukis segala lukisan yang dikehendaki dalam tugasan ini. Seterusnya setiap lukisan yang
dilukis adalah saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh, setiap hasil
lukisan adalah sama dari segi ukuran dan objek sebenar tetapi berbeza pada sudut pandangan
dan kedudukan pandangan objek tersebut. Dengan ini, daripada tugasan ini saya dapat
membezakan takrifan dan kaedah bagi setiap lukisan yang dibuat.

Anda mungkin juga menyukai