Anda di halaman 1dari 2

POLITIK

Myanmar merupakan sebuah negara demokrasi selepas mendapat kemerdekaan dari


penjajahan British. Namun, Myanmar mengalami pelbagai masalah tentang konflik etnik,
perang bersaudara dan konflik bersenjata. Pada tahun 1962, berlaku pergolakan politik yang
buruk sehingga kerajaan Myanmar tidak dapat mempertahankan sistem pemerintahan secara
demokratik. Hasil daripada pergolakkan tersebut, U Ne Win berkuasa pada tahun 1962 dan
bermula penyingkiran kaum Rohingya sebagai etnik yang sah berkewarganegaraan Myanmar.

EKONOMI

Ekonomi di negara Myanmar berasaskan pertanian dan fungsi utama ekonomi


tertumpu kepada gas dan sistem barter. Industri dan syarikat-syarikat negara dikawal ketat
oleh tentera. Setiap aspek kehidupan ekonomi diserap oleh pasaran gelap. Dasar ekonomi
pasaran terbuka telah membawa kebanjiran pelaburan asing. Contohnya, di sektor minyak
dan gas dikawal oleh syarikat-syarikat barat manakala di sektor perhutanan, pelancongan, dan
perlombongan dikawal oleh syarikat-syarikat asia. Kemajuan perdagangan negara China telah
menyebabkan hasil perdagangan dari negara Myanmar semakin berkurangan.

SOSIAL

Rohingya adalah sekumpulan minoriti muslim yang tinggal di Myanmar bahagian


barat . Terdapat kira-kira 800,000 orang di kelompok ini , dan walaupun tinggal di Myanmar
selama bergenerasi - generasi , orang - orang Rohingya dianggap sebagai orang - orang yang
tidak berdokumen ( illegal ) . Alasan kerajaan Myanmar untuk mengusir Rohingya untuk
tidak berhak tinggal di negara tersebut kerana Rohingya adalah sekumpulan pendatang haram
yang datang dari Bangladesh untuk merampas tanah di Myanmar .

HARAPAN HASIL KAJIAN

I.

Mengenalpasti punca awal dan punca pemasalahan berkaitan dengan masyarakat

II.
III.

Islam Rohingya di Myanmar.


Mengetahui dengan lebih terperinci asal usul masyarakat Rohingya.
Mengenalpasti jenis hak-hak asasi manusia yang telah dicabuli dan tindakan yang

IV.

telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Mengetahui sejauh mana krisis ini diperdebatkan di peringkat antarabangsa dan usaha

V.

menanganinya.
Mengenalpasti negara jiran yang berdekatan yang menjadi tempat persinggahan
mereka sebagai pelarian dan respon mereka dalam membantu menangani isu ini..

Anda mungkin juga menyukai