Anda di halaman 1dari 12

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Seni Visual 970 STPM calon diberikan garis panduan bagi setiap

komponen. Komponen Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan) dibahagikan
kepada beberapa subtajuk. Antaranya ialah:

Komponen a) Teori Seni Visual


1. Apresiasi Seni Visual
1.1. Pengenalan Seni Visual
1.2. Bahasa Seni Visual
1.3. Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual

Kertas Kerja ini akan memfokuskan kepada Komponen a) 1.2 Bahasa Seni Visual
Dengan bilangan 34 waktu yang diperuntukkan, calon diharapkan dapat memahami semua aspek
Bahasa Seni Visual yang meliputi Aspek Formal dan Makna/fungsi/konteks dalam Seni Visual.

a) Aspek Formal Unsur Seni Garisan Unsur dan prinsip yang diolah menggunakan
Sifat Garisan media dan teknik membentuk kesatuan dalam
Jenis Garisan dalam hasil seni visual.
Kualiti Garisan
Jalinan
 Jalinan Tampak
 Jalinan Sentuh
Rupa Menyelesaikan masalah ruang
 Rupa Geometri
 Rupa Organik

Bentuk Isu yang ditekankan:


 Dua Dimensi  Struktur
 Tiga Dimensi  Suasana
 Pelbagai Bentuk  Ekspresi
 Emosi
 Perlambangan
 Pencahayaan
 Ciri dan sifat objek
Warna
 Jenis Warna Bentuk dalam konteks pelbagai dimensi:
 Suhu Warna multimedia, animasi dan landskap.
 Nilai Warna
 Skema Warna

Prinsip Rekaan Harmoni


Kepelbagaian
Keseimbangan
Kadar Banding
Dominan
Kontra
Ekonomi
New Media
Media Media konvensional
Media baruprint

non print

MULTIMEDIA
1

electronic publishing
Teknik Teknik Konvensional Kefahaman dalam menggunakan media
Teknik Baru mengikut kesesuaian untuk pengkaryaan dan
perekaan.

Teknik merujuk kepada kaedah, gaya dan


pengolahan sesebuah karya seni.

b) Aliran Tradisi Pengkaryaan dan perekaan mempunyai


Makna/fungsi/kontek Moden makna dan fungsi dalam konteks tertentu
s Pascamoden

Kebudayaan Pencapaian & Kebudayaan merangkumi aspek pencapaian


ekspresi nilai dalam sejarah seni, nilai kesenian, identiti dan
kesenian adat resam sesuatu bangsa/kaum.

Adab resam

Kepercayaan

Persekitaran Semulajadi
Buatan manusia
Fenomena

Nilai Identiti dan Nilai praktikal


hiasan Nilai estetik

Sifat Garisan
1. lembut
2. kasar
3. berserabut
4. tajam
5. menggerutu
6. licin
7. kesat
8. lurus
9. berduri
10. rapuh
11. tegas

Jenis Garisan

Antara jenis
garisan yang sering digunakan dalam lukisan adalah seperti:

2
1. horizontal
2. vertical
3. diagonal
4. straight/ruled
5. curved
6. bent
7. angular
8. thin
9. thick/wide
10. interrupted (dotted, broken, dashed)
11. blurred/fuzzy
12. controlled
13. freehand
14. parallel
15. hatching
16. spiraling

Gandingan sifat dan jenis garisan akan digunakan bagi tujuan


melukis sesuatu objek, sama ada objek alam, buatan manusia,
fenomena atau imaginasi. Setiap pilihan garisan dalam melukis
disandarkan kepada fungsi garisan itu sendiri. Ada yang
berfungsi sebagai menimbulkan rupa awal, menggubah bentuk,
merangka struktur tertentu, mewujudkan ruang, menghasilkan
jalinan, mengolah motif/rekacorak, menimbulkan ton/nilai dan
sebagainya.

Kualiti Garisan

Kualiti garisan merujuk kepada setiap karektor garisan yang


dihasilkan semasa melukis. Pelukis akan menentukan setiap
garisan yang akan dibuat sama ada garisan tegas tanpa banyak variasi, variasi
dalam pemberatan seperti pada lukisan kontor, garisan berulang-ulang
(semacam pergerakan/ritma)-pergerakan fizikal.
Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga
gestural yang terhasil dari
strok pensel (kekuatan
tekanan yang diberi) atau
arang atau medium yang
lain semasa melukis.
Garisan yang dihasilkan
melalui lukisan menjadikan
kualiti ini sebagai faktor
penting dalam menentukan
karektor ekspresif kepada
imej terutamanya dalam
lukisan kontor dan
hatching.

Jalinan/Tekstur (texture)

3
Pengenalan tentang tektur

Jalinan ialah sifat pemukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara
penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan terdapat di permukaan
objek alam dan objek buatan manusia seperti pada permukaan batang
kayu, kulit siput, permukaan daun, kulit nenas, rumput, permukaan
dinding, tikar mengjuang dan sebagainya.

Jenis Jalinan:
Jenis jalinan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Jalinan sebenar
(actual Texture), jalinan tiruan (Simulated Texture) dan jalinan rekaan
(Invented Texture). Kesemua jenis jalinan ini dapat diklasifikasikan
kepada jalinan sentuh dan jalinan tampak.

Jalinan Sentuh –
Merupakan kesan ke atas permukaan yang dapat dirasai melalui deria sentuhan.
Contohnya seperti permukaan tayar kereta, permaidani, tekat timbul, tapak kasut,
kulit buah durian, kulit kayu, bola sepak takraw, dan sebagainya.

Jalinan Tampak –
Kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai secara sentuhan.
Jalinan ini boleh dilihat secara ilusi pada alam benda dan juga pada karya seni.
Contohnya seperti permukaan corak kertas pembalut hadian, permukaan batu
marmar yang licin, kulit buah tembikai, gambar-gambar foto dan sebagainya.

Sifat jalinan:
Kasar – kulit ikan pari, kulit kayu
Lembut – permaidani,
Tajam – Kulit buah durian
Halus – Sayap rama-rama, kapas sutera.

Fungsi jalinan:
Fungsi jalinan ialah seperti:
 Keselamatan dan penyamaran – buaya, cicak, baju celoreng
 Cengkaman – tayar kereta, tapak kaki/tangan haiwan
 Hiasan – tekstil, alas meja, hiasan dinding
 Menampakkan pelbagai jenis ruang seperti ruang
cetek, ruang datar dan ruang dalam – catan, lukisan
interior/landskap

Bahan/Material dan Kajian jalinan


Bagi menghasilkan pelbagai jenis jalinan tampak, kajian dan
percubaan boleh dijalankan dengan bahan/material yang
berbeza-beza. Terjemahan jalinan sentuh kepada jalinan
tampak melalui pelbagai kaedah akan menambahkan idea kita
untuk mengaitkan lagi jalinan dengan prinsip rekaan dan
seterusnya menggunakannya dalam pengkaryaan mahupun
dalam perekaan. Dengan itu kita akan memahami jenis jalinan
sama ada jalinan sebenar, jalinan tiruan atau jalinan rekaan.
Kajian jalinan juga boleh mengambil mana-mana contoh karya
(catan misalnya) bagi memahamkan pelajar tentang jalinan.

4
Kadang-kadang pelukis akan mengubah dari simulating texture kepada abstract. Dengan mengubah
kepada jalinan abstrak, pelukis berasa karya mereka lebih senang diolah, dipermudahkan pemikiran dan
idea penterjemahan dari yang asal, menjadi kan permukaan karya suatu yang lebih dekoratif

Dengan membuat percubaan dalam menghasilkan jalinan, beberapa pengalaman dan pengetahuan baru
akan diperolehi. Kita mungkin akan bertemu dengan bahasa seni seperti jalinan sebenar (actual texture),
asemblaj (assemblage), kolaj (collage), jalinan rekaan (invented texture-imagination), natural texture,
pattern, jalinan tiruan) simulated texture, jalinan abstract (abstract texture-rearrange),tactile dan
sebagainya.

Warna

Jenis Warna
1. Additive
2. Subtractive

Additive = digunakan pada paparan skrin = campuran


warna oleh cahaya (CYMK)
Subtractive = digunakan oleh media cetak campuran
warna oleh dakwat (RGB)

Warna harmoni (asas)


 akromatik
 monokromatik
 warna asas (primary)
 sekunder (secondary)
 tetier (tertiary)
 hue panas
 hue sejuk
 analogous
 komplimen
 split compliment
 incongruous
 harmoni triad
 tetrad complement
 tetrad split complementary

Warna kontras = bergantung kepada hue, saturation &


value. Simultaneous contrast = merujuk kepada pengaruh
visual satu warna kepada warna yang lain bila
digandingkan bersebelahan atau beretentangan antara
satu sama lain.

hsv contrast = semua warna dalam petak tengah (satu


warna), dibandingkan dengan dengan warna latar
menampakkan perbezaan persepsi. Perbezaan sama
ada warna pada petak lebih terang atau lebih gelap

5
Sifat fizikal warna seperti :
Warna (Hue)
Nilai (value)
Kekuatan (Intensity/Saturation)

Interval dan Warna seperti:


Warna keluarga
ˉ (Analogous Colors)
ˉ Komplimentari
ˉ Split
ˉ Triad
ˉ Tetrad

Suhu Warna
 Warna panas dan warna sejuk

Nilai Warna
 Warna kromatik
 High-key
 Low-key
 intensity
 Peranan warna dalam komposisi
 Keseimbangan warna

Rupa

Lanjutan mengenai titik dan menjadi garisan


yang bersambung sehingga menghasilkan rupa

6
digandingkan dengan kefahaman berkaitan prinsip menggubah yang turut mementingkan ruang. Pada
peringkat awal kefahaman mengenai rupa mungkin menggunakan garisan luar yang mudah untuk
menggubah sesuatu gambaran. Contoh bagaimana motif dalam tekstil dibuat dan digubah. Kemudian
boleh ditingkatkan kepada analisis yang lebih rumit dan mendalam. Rupa dalam catan 2 dimensi
umpamanya, akan membawa pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai rupa geometri dan rupa
organik. Bila memperjelaskan mengenai rupa beberapa perkara yang berkaitan dengan rupa akan turut
dibincangkan bersama pelajar. Antaranya mungkin rupa sebenar (actual shape), rupa geometric
(biasanya yang bersangkutan geometri, mudah), rupa organik, dekoratif (permukaan datar dihias), satah
(plane), perspektif, implied shape (rupa yang dihasilkan melalui hubungan psikologi antara titik, garisan,
yang tidak wujud secara fizikal (gestalt).

Dalam konteks berkarya, semua unsur seni termasuk rupa digubah bersama unsur lain bagi
menyesaikan masalah ruang dan isu. Isu yang diberi penekanan, bagaimana unsur seni (dalam konteks
ini rupa), dapat dihubungkan dengan struktur, suasana, ekspresi, emosi, perlambangan dan sebagainya.
Bagaimana contoh yang ditunjukkan boleh membantu kita memperjelaskan mengenai rupa dan peranan
nya.

Bentuk

Lanjutan daripada pemahaman mengenai rupa


(kebanyakannya 2D,), bentuk boleh di kategorikan
kepada beberapa dimensi. Mungkin bentuk dalam
2dimensi, tiga dimensi ataupun pelbagai dimensi.

Bentuk 2 dimensi boleh difokuskan kepada


hasil karya seni halus seperti catan, cetakan,
fotografi atau reka bentuk grafik statik seperti
dalam item-item promosi (cetakan). Bentuk 3
dimensi pula merujuk kepada bentuk yang
mempunyai isipadu secara asasnya, yang
dapat disentuh dan dirasakan kepadatan (solid)
dalam ruang yang diwakilinya. Dalam konteks
ini arca, produk, model yang mempunyai
kriteria solid body adalah contoh terbaik untuk
memperjelaskan tentang bentuk. Manakala
bentuk dalam pelbagai dimensi mungkin boleh
diperjelaskan melalui media baru dan persembahan yang menggunakan teknologi komputer dan digital.
Persembahan animasi yang menggunakan pelbagai perisian grafik berupaya menghasilkan bentuk-
bentuk yang canggih dan tanpa melunturkan nilai estetik dan etik. Bentuk yang dihasilkan
kebanyakannya memasukkan ciri kemanusiaan bagi menyampaikan mesej. Ilusi-ilusi rupa 2 dimensi dan
3 dimensi digandingkan bagi menghasilkan equivocal space yang turut mempengaruhi ilusi optikal
(optical illusion). Kesan yang boleh dibina melalui perisian tertentu, menggabungkan beberapa unsure
seni dengan prinsip rekaanm menghasilkan bentuk-bentuk gabungan 2 dimensi, tiga dimensi dan dimensi
baru seperti suatu ilusi maya. Bentuk-bentuk ilusi dan maya ini boleh juga dijadikan bahan grafik statik
yang menunjukkan sekuen atau frame penceritaan sesuatu persembahan. Dengan ini bentuk pelbagai
dimensi juga boleh diterjemahkan untuk penerangan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.

7
Prinsip Rekaan (organisasi unsur dan prinsip serta hubungan dengan ruang)

Prinsip rekaan dalam konteks Seni Visual STPM menjurus kepada beberapa aspek pengolahan dalam
pengkaryaan dan perekaan. Aspek seperti harmoni, kepelbagaian, keseimbangan, kadar banding,
dominan, kontra dan ekonomi. Setiap satu prinsip membawa beberapa unsur seni tertentu bagi
memperjelaskannya. Maknanya kita boleh memilih satu unsur seni bagi menerangkan satu prinsip. Kita
juga boleh memilih beberapa unsur untuk menerangkan satu prinsip. Ini bergantung kepada isu dan
bentuk penekanan yang ingin diberikan. Dalam satu karya sama ada seni halus, mahupun reka bentuk
garfik atau persembahan multi media, prinsip rekaan digunakan dengan teliti, betul dan berkesan.

Sebagai contoh karya Kenneth Snelson, Forest Devil


(1977) yang menampakkan pendekatan terbuka atau
atektonik (atectonic-open, to a large degree), bukan
tektonik (tectonic-closed, massive & simple) dalam
mengetengahkan arca di kawasan publik, turut
memikirkan aspek prinsip rekaan yang mewakili
imabangan, harmoni, dominan dan ekonomi bagi
menyampaikan mesej arca beliau kepada awam. Faktor
organisasi unsur dan prinsip ini dikaji secara mendalam
bagi menampakkan seni visual merupakan satu ilmu
yang berkait rapat dengan kehidupan manusia. Pemikiran
beliau memberikan satu pendedahan dalam bentuk
Kenneth Snelson
sebenar mengenai fungsi seni tampak yang juga bersifat Forest Devil (1977)
interdisciplinary dan sustainable terutamanya hubungan Aluminium
dengan disiplin lain dalam seni bina dan akitektur.

Dalam reka bentuk grafik dan ilustrasi berkomputer,


penampilan imej dan mesej turut mementingkan unsur
dan prinsip rekaan. Cuma ditambah dengan kesan yang
disediakan oleh perisian komputer grafik, manipulasi
terhadap karya lebih luas. Hasil Peter Gudynas
umpamanya, menunjukkan contoh penggunaan
beberapa prinsip rekaan. Antaranya aspek kepelbagaian
dan harmoni dalam warna. Imej yang digubah
menampakkan kesatuan walaupun dominasinya pada
imej kepala manusia. Imej asal telah diimbas terlebih Peter Gudynas
dahulu dan kemudian dimanipulasikan dengan Computer illustration
menggunakan beberapa kesan yang disediakan oleh
perisian komputer grafik, seperti membuat lapisan
(layering) dan penapis (filters). Gambar asalnya mungkin daripada gambar foto. Komposisi kompleks
diwujudkan yang menandakan komunikasi sensasi segera. Contoh ini boleh dikatan seni elektronik
sebenar untuk era elektronik (electronic age).

Dalam contoh catan ini, pelukis menggunakan prinsip


harmoni yang terdiri dari garisan-garisan (batang
pokok) disusun sejajar dalam ruang yang berbeza-
beza. Pemilihan hue analogous bagi menimbulkan
suasana tenang dan natural. Pancaran cahaya yang
menembusi rimba menimbulkan keseimbangan

8
dalam kesejajaran barisan pokok-pokok. Ruang dalaman turut diperlihatkan melalui intensiti warna yang
dipudarkan/direndahkan bila jarak semakin jauh.

Media & Teknik

Pengkaryaan banyak menggunakan media konvensional.


Antaranya menggunakan cat minyak, akrilik, cat air, gough,
paster dan sebagainya untuk catan. Sementara karya
perekaan pula menggunakan media baru seperti media
bukan cetak, media cetak dan penerbitan elektronik. Bagi
pelukis yang menggunakan media konvensional, amalan
tradisi dalam seni tersebut masih digunakan dengan cara
formal. Namun, terdapat juga pelukis yang menjangkaui
amalan tradisi dalam sesuatu bidang seni halus, tetapi masih
menggunakan media konvensional. Karya mereka mungkin
menggunakan pendekatan dan teknik catan yang
digabungkan. Ada pula yang menggabungkan pelbagai media
dan teknik penghasilan bagi menghasilkan karya.
Eksperimentasi ini dilakukan kebanyakan pelukis bagi
memenuhi tuntutan masa dan kecenderungan awam.

Bagi perekaan pula Media Baru digunakan dalam Media: Pensel dan arang
kebanyakan rekaan. Media tersebut mungkin diklasifikasikan
sebagai media cetak, media bukan cetak dan penerbitan
elektronik. Banyak perisian yang boleh digunakan untuk
tujuan perekaan melalui media baru yang kini semakin
popular di kalangan pelajar. Tuntutan yang kuat terhadap
pengaplikasian media baru tidak menghalang media
konvensional daripada terus menjadi media pilihan pelukis,
kerana kemahiran menggunakan media tersebut datang
bersama pendekatan dan gaya tertentu, yang mungkin tidak
dapat dilakukan dengan media baru.

Kalau dilihat contoh gambar/ilustrasi yang dimuatkan dalam


kertas kerja ini, kita dapat mengklasifikasikan media yang
digunakan pelukis. Teknik pula merujuk kepada kaedah, gaya
dan pengolahan sesebuah karya seni.

Media: pen

Media: pen & dakwat

9
b) Aliran Tradisi Pengkaryaan dan perekaan mempunyai
Makna/fungsi/konteks Moden makna dan fungsi dalam konteks tertentu
Pascamoden

Kebudayaan Pencapaian & Kebudayaan merangkumi aspek pencapaian


ekspresi nilai dalam sejarah seni, nilai kesenian, identiti dan
kesenian adat resam sesuatu bangsa/kaum.

Adab resam

Kepercayaan

Persekitaran Semulajadi
Buatan manusia
Fenomena

Nilai Identiti dan Nilai praktikal


hiasan Nilai estetik

b) Makna/fungsi/konteks

Secara keseluruhannya fungsi seni, makna dan konteksnya berbeza bagi setiap aliran atau era
dalam kehidupan manusia. Ada yang melihat seni sebagai instrumen untuk memenuhi fungsi peribadi
atau memenuhi hasrat diri. Umpamanya seni sebagai cara mengekspreskan perasaan
psikologi/perasaan dalaman yang sukar dinyatakan dengan cara lain. Seni juga dapat
mengungkapkan perkara spiritual yang sukar dinyatakan dalam kata-kata atau bahasa biasa. Jadi
pengucapannya melalui karya seni yang pelbagai bentuk. Tetapi paling banyak untuk mewakili fungsi
peribadi, seni mengekspresikan hal-hal estetik.

Selain fungsinya untuk perkara peribadi seseorang, seni juga memainkan peranannya dari aspek
social, umpamanya dalam ekspresi ideologi dan politik. Karya-karya yang dihasilkan untuk
menyatakan perkara ini wujud sejak zaman berzaman. Cuma yang berbeza adalah bentuk
pengucapan atau bentuk seni visual yang dibuat. Diskripsi sosial yang masyarakatnya berada dalam
pelbagai situasi diterjemahkan oleh pelukis bagi mewakili masyarakat ttersebut entang situasi yang
dihadapi. Tidak kurang juga yang berbentuk satira, menjadi medium pelukis bagi tujuan penyataan
masyarakat. Begitu juga komunikasi grafik yang menjadi alat satu bentuk penyaluran maklumat yang
berkesan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Poster, rerambu, iklan, billboard , item promosi yang
lain adalah contoh fungsi seni untuk masyarakat.

Dari aspek fungsi fizikal, seni amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Ruang tempat tinggal
kita, pakaian, kenderaan yang kita gunakan, perabot dan segalanya lagi terdapat sentuhan seni bagi
menjayakannya. Begitu juga dengan bidang kraf dan reka bentuk industri merupakan aspek yang
besar dimainkan oleh seni.

Perkara ini boleh dibincangkan bersama bila kita melihat peranan, fungsi dan maksud bila merentasi
setiap era atau aliran.Apakah fungsi seni turut berubah?

10
Aliran Tradisi: Makna / fungsi / konteks berubah bila berada dalam beberapa aliran yang berbeza.
Aliran Tradisi umpamanya lebih mementingkan nilai budaya serta tamadun manusia pada masa
tersebut. Seni bagi kebanyakan masyarakat tradisi adalah membayangkan corak kehidupan dan
pemikiran mereka berhubung dengan persekitaran dan alam. Alam menmjadi sumber utama.
Kehidupan dan alam tidak boleh dijarakkan. Sebab itu peresapan nilai dalam diri amat kuat. Mereka
mengamati, mengalami, membuat tafsiran berhubung kehidupan juga jelas.

Selain itu setiap kerja yang dilakukan dianggap sebagai satu tanggungjawabyang mewakili kelompok
atau kaum mereka. Perasaan kekitaan amat kuat bagi mereka. Etik dan eatetik digandingkan dalam
kerja seni masuarakat tradisi. Konsep estetik wujud apabila manusia mula memikirkan tentang teori
keindahan dan teori seni dalam sejarah pemikiran. Mereka mula memikirkan konsep tetakjuban
(sublime) dan bagi masyarakat masa itu melihat sesuatu yang indah mempunyai nilai kesatuan,
kestabilan dan ketulenan (saranan Plato).

Dapat dikatakan estetik itu adalah satu bidang falsafah yang melihat, menikmati, menganalisis, dan
memperkatakan keindahan yang wujud pada alam. Terjemahan itu dibawa dalam setiap kerja
termasuk kerja seni.

Aliran moden: cuba membawa beberapa perubahan terutama dalam pandangan, pemikiran baru,
teknik dan gaya baru, dalam setiap penghasilan kerja seni. Justeru makna asal, fungsi barangan
serta konteks turut berubah. Kalau dulu produk seni dihasilkan bersama fungsi etik dan estetik, dalam
aliran moden estetik lebih diutamakan.

Pascamoden:
Pascamoden lebih mencabar pemikiran dan tidakan pelukis. Eksperimentasi terhjadap sesuatu
bidang seni dibuat. Logik akal mungkin boleh dilanggari bagi penghasilan yang memerlukan jawapan
pelbagai. Media tidak lagi secara konvensional, malah membawa masuk teknologi terbaru membantu
terjemahan idea pelukis. Seni bukan lagi dilihat secara pandangan biasa tetapi melihat dengan hati
dan pemikiran. Seni berfungsi bukan sahaja untuk diri atau kaum atau kumpulan tetapi untuk sesiapa
yang bersedia melanggar sempadan konvensional.

Begitu juga persoalan kebudayaan dan kepercayaan, persekitaran serta nilai identiti dan hiasan, seni
turut berperanan sama ada mengekalkan atau membuat improvisasi terhadap aspek-aspek tersebut.

11
12

Anda mungkin juga menyukai