Anda di halaman 1dari 4

Buah merah adalah buah yang hanya terdapat di daerah Papua New Guinea.

Buah Merah juga dikenali


dengan nama saintifik Pandanus Conoideus Lam, yang merupakan salah satu tanaman dari jenis
pandanus. Tanaman buah merah ini dikatakan terdapat hingga 12 kultivar dan tersebar luas di
persekitaran daerah Papua dengan ketinggian hingga 2.300 dpl, seperti di lembah Baliem Wamena,
serta di beberapa daerah terpencil lainnya di Papua seperti Arfak, Jayapura, dan kawasan pergunungan
Bintang.

Red fruit (Pandanus conoideus Lam) is endemic plant of Papua,

Indonesia and Papua New Guinea.

Potensi utama dari buah merah ini secara tradisional digunakan sebagai sumber minyak nabati (minyak
karotenoid ) oleh masyarakat yang tinggal di daerah pergunungan dan pesisir. Minyak buah merah juga
digunakan sebagai penyedap makanan masyarakat Papua, seperti sagu dan ubi jalar. Buah merah
mengandung lemak yang cukup tinggi, yaitu 35 % per kg. Kandungan lemak buah ini pada umumnya
lebih lemak dari minyak goreng. Dengan demikian, buah merah juga memiliki potensi sebagai sumber
minyak nabati selain kelapa dan kelapa sawit.

Minyak buah merah berasal dari lapisan merah seperti jelly yang melekat pada bijinya. Pengeluaran
minyak buah merah sehingga ini masih dilakukan dengan kaedah tradisional, yang mungkin berbeza dari
satu daerah dengan daerah lain di Papua .

Kandungan nutrisi Buah Merah

Buah merah mengandung omega – 3, omega – 6, dan asam lemak omega 9. Dari jumlah kandungan
lemak pada buah merah, yang paling dominan adalah asam lemak oleat dengan jumlah 30% dari jumlah
lemak. Buah merah juga mengandung antioksidan seperti karotenoid yang cukup tinggi, serta vitamin E
atau tokoferol 11,000-12,000 ppm. Mineral yang terdapat dalam buah merah adalah Fe, Mg, Ca, dan Zn.
Antara lain yang terdapat dalam buah merah adalah beta karoten, dengan nilai hingga 12,000 ppm. Beta
karoten diantaranya berkhasiat untuk mencegah kebutaan ( xerophtalmia ), serta penyakit beguk, dan
juga dapat digunakan sebagai agen anti cancer.

Kaedah tradisional

Kaedah ttradisional digunakan untuk menghasilkan minyak adalah dengan cara:

1. Buah dipetik dengan dipotong, dan inti buah kemudian dipotong menjadi potongan-potongan kecil
(antara diameter 5-10 cm ).

2. Potongan-potongan tersebut kemudian direbus dengan suhu 100 C agar tekstur buah menjadi
lembut.

3. Kemudian dileburkan untuk memisahkan biji dengan isi buah.

4. Seterusnya sisa air mendidih dibuang hingga tinggal hanya bahagian yang lembik yang perlu ditekan
untuk mendapatkan jus.

5. Jus ini kemudian direbus dalam bekas/ periuk untuk mendapatkan minyak. Minyak akan terpisah dari
air dan akan terapong dibahagian permukaan. Ini merupakan hasil akhir yang lazimnya digunakan ketika
makan ubi atau sagu.

Minyak dan sos buah merah hasil ekstraksi ini boleh disimpan dalam botol yang ditutup untuk
menghindari minyak basi dan masam. Biasanya masyarakat Papua menyimpannya di atas perapian, agar
kualiti sos dan minyak buah merah tetap terjaga.

Khasiat Buah merah

AIDS

Dikatakan bahawa buah merah dapat mengubati HIV, walaupun belum ada kajian khusus. Kemungkinan
disebabkan buah merah yang mengandung tokoferol dan betakaroten yang sangat tinggi. Seperti yang
diketahui umum bahawa kandungan bahan tersebut mampu bertindak sebagai antioksidan, yang dapat
meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyakit HIV adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang
merosakkan sistem kekebalan badan. Justeru itu, terdapat kemungkinan bahawa buah merah ini juga
boleh mengubati cancer dan tumor.

Stroke dan Tekanan Darah

Stroke dan darah tinggi adalah penyakit yang awalnya disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah
atau penggumpalan darah. Buah merah yang mengandung tokoferol ini dapat melancarkan darah,
sehingga sirkulasi darah meningkat dan tekanan darah menjadi normal kembali.

Asid Urik

Asid urik merupakan sisa produk daripada pemecahan purin, bahan yg dihasilkan dalam tubuh kita dan
terkandung dalam kebanyakan makanan yang kita makan. Bahan ini dikumuhkan melalui air kencing,
tetapi apabila terlalu banyak asid urik dihasilkan, ini boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout)
khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan penyumbatan dan karang buah
pinggang.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan
makanan yg mengandungi banyak purin seperti daging organ, angsa, itik, ikan tenggiri, kapis dan
kupang, serta sayur-sayuran yg kaya dengan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan
dan kacang hijau. Pengambilan alkohol yg berlebihan terutamanya bir juga menyebabkan paras asid urik
meningkat.

Pengambilan makanan ini secara berlebihan akan meningkatkan asid urik dalam darah - hyperuricemia -
menyebabkan air kencing menjadi berasid. Asid urik ini akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu
tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan. Tokoferol dalam buah
merah dapat membantu melancarkan darah dan memperbaiki sistem kerja dari hati. Dengan demikian
hati akan memproses urik asid dalam jumlah yang normal kembali.

Diabetes Mellitus ( DM )

Penyakit jenis ini disebabkan oleh kelenjar pankreas yang tidak mampu lagi memproses insulin dalam
jumlah yang cukup. Kesannya, kandungan gula dalam darah meningkat. Kandungan tokoferol dalam
buah merah mampu membantu pankreas beroperasi secara normal.
Osteoporosis

Osteoporosis umumnya disebabkan oleh kekurangan kalsium yang lazimnya berlaku kepada orang
berusia tua. Buah merah kaya akan kalsium, sehingga mampu mencegah dan membantu untuk
mengubati osteoporosis.

Gangguan mata

Beta – karoten tinggi yang terdapat dalam buah merah boleh membantu mengatasi berbagai macam
jenis penyakit mata, yang umumnya disebabkan oleh kekurangan vitamin A. Beta – karoten adalah
bahan yang diserap oleh tubuh yang diolah menjadi vitamin A.

Meningkatkan Gairah dan Kesuburan

khasiat utama dalam hal ini tak lain adalah adanya Vitamin E (tokoferol) yang sangat tinggi dalam buah
merah. Vitamin E dapat meningkatkan kesuburan lelaki dengan cara membantu meningkatkan
pemprosesan sperma. Selain itu, buah merah juga mengandung kalori tinggi iaitu 360 kalori, sehingga
akan meningkatkan gairah serta keupayaan fizikal kita sepanjang hari.

Anda mungkin juga menyukai