Anda di halaman 1dari 13

EPAL

Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.


Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.

Membantu kesihatan membran paru-paru.

Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada


mineral tulang.

Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap


kolesterol darah.

Membantu mengekalkan berat badan

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh
melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan
dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau
meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah
pembentukan lemak dalam badan.

Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol,


menentang kanser dan anti oksidan.

KISMIS

sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur


kering
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Jafar At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.
InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa.
Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang
dalam pelajaran.
Khasiat :
1. Menguatkan daya ingatan
2. Mengubati penyakit lupa
3. Mencerdaskan minda
4. Memutuskan balgham
5. Membersihkan hati
6. Mencerahkan mata
Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak,
lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).


6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

ANGGUR

Anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan
seseorang.
Selain itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.
Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, yang dapat
mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis
karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida.
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur
yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki
khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.
Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung,
dan kanser.
Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda
yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk
mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya
saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak).
Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi
melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.

OREN

Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan


mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu
perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

PEAR

Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang,


menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam,
membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang
jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

PISANG KAKI

Pisang kaki sejenis buah yang


berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros,
fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan.
Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi,
meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori,
mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi
bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang
lain.
Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini
berasal dari keluarga Ebenacea. .
Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki
yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol,
glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

MANGGA

Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk


mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan
untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi
perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak,
ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh
dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk
vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.
Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang
tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit
diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

KIWI

Membantu

mengatasi

insomnia,

kesihatan

kardiovaskular

mencairkan

(menurunkan

darah

kolesterol

untuk
dan

trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak


(pendek

nafas,

berdehit

dan

batuk

malam),

mencegah

kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga


kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

PISANG

Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur),


antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya
tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga,
menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser,
melegakan ciri-birit dan juga sembelit.
Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian
seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi
kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim
dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan
tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan
ubat

yang

mujarab

untuk

menyembuhkan

luka.

Dengan

menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti


mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh
dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu

pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser


dan penyakit gastritis atau radang perut.

TEMBIKAI

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium,


zink dan pelbagai galian bermutu tinggi dalam perubatan.
Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit
antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan
orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah
bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau
menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat
kehadiran asid urik yang berlebihan.
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit dengan
menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.

Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi


dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat
bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

BETIK

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari


keluarga caricaceae.
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia
berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.
Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan
manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah
tinggi.
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah
yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.

Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati


masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang
dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian
tumit yang pecah.

CIKU

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaankeadaan yang tidak menyenangkan.


Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan
tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran serta kurang meminum air.
Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang
lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir.
Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan
menggunakan buah ciku.

Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah


ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu
dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit
air panas dan garam.
Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

BELIMBING

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak.


Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus.
Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi keduaduanya dipanggil belimbing besi.
Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.

Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam


darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap
penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

Anda mungkin juga menyukai