Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami: PRA/SKT/04/10

Tarikh
: 9 Mac

(18)
2010
DENGAN TANGAN
Ibubapa Murid Prasekolah,
Sekolah Kebangsaan Tersang,
27610 Batu Malim,
Raub,
Pahang Darul Makmur.
Tuan,
MAKLUMAN KEHADIRAN MURID
JANUARI DAN FEBRUARI 2010

PRASEKOLAH

SKT

BAGI

BULAN

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.


2.
Dukacita ingin saya maklumkan kepada para ibubapa kehadiran murid
Prasekolah bagi 2 bulan pertama ini amatlah tidak memuaskan. Sila rujuk
lampiran 1 yang disediakan.
3.
Sekiranya anak tuan tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan masalah
kesihatan sila sertakan surat akuan doktor seperti di lampiran 2. Jika terdapat
masalah lain sila berikan surat tunjuk sebab atau maklumkan kepada Guru
Prasekolah di nombor talian 017-9729507 atau Pembantu Guru 012-2456872.
4.
Kami amat mengambil berat terhadap pendidikan anak tuan/puan di
Prasekolah, kejayaan mereka kebanggaan kami warga sekolah.
5.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah kami harapkan dan kami
dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,
.

Anda mungkin juga menyukai