Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

09310 KUALA KETIL


KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PERJUMPAAN
PERMUAFAKATAN
PRASEKOLAH SESI 2016

TARIKH : 26 DISEMBER 2017 (RABU)


TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK TAWAR
MASA : 8.30 PAGI
…TENTATIF…

1. Pendaftaran.
2. Ucapan Guru Besar
3. Taklimat Dari Guru
Prasekolah
4. Perlantikan Jawatankuasa
PERMUAFAKATAN 2018
5. Perbincangan Aktiviti 2018
6. Hal-Hal Lain
PERATURAN PRASEKOLAH CELIK MINDA,
SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

1. Sesi persekolahan bermula pada jam 7.40 pagi dan pulang pada jam 11.40
pagi. Pada hari Ahad murid perlu hadir awal untuk perhimpunan.

2. Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam.

3. Terdapat 6 Tunjang Pengajaran dan Pembelajaran iaitu :


 Tunjang Komunikasi ( Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
 Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains dan Matematik )
 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam)
 Tunjang Fizikal dan Estetika (Jasmani, Kesihatan & Seni)
 Tunjang Kemanusiaan (Kemasyarakatan, Negara dan Patriotik)
 Tunjang Ketrampilan Diri (Kepimpinan dan Sahsiah diri)

4. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai (Pendidikan Islam) akan diajar oleh Guru
Pendidikan Islam.

5. Murid Prasekolah dikehendaki memakai pakaian seragam seperti ketetapan


berikut :
MURID LELAKI MURID PEREMPUAN

1. Kemeja-T warna putih berkolar dan 1. Kemeja-T warna putih berkolar dan
lengan pendek. lengan panjang.
2. Seluar trek panjang warna biru 2. Seluar trek panjang warna biru
gelap. gelap.
3. Lencana sekolahh 3. Tudung putih.
4. Kasut kanvas putih dan berstoking 4. Lencana sekolah
putih. 5. Kasut kanvas putih dan berstoking
putih.

6. Wajib makan sarapan dan kudapan yang disediakan di prasekolah. Makanan


disediakan 2 kali sehari.

7. Wang saku tidak perlu dibekalkan kepada murid. Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan wang.

8. Murid tidak dibenarkan memakai barang kemas atau membawa benda tajam
dan berbahaya.

9. Sebarang surat menyurat hendaklah diberi perhatian segera. Contohnya surat


siaran atau surat kebenaran.

10. Waris hendaklah menghantar dan mengambil anak mengikut masa yang telah
ditetapkan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian
yang tidak diingini selepas tamat waktu pembelajaran.
11. Waris tidak dibenarkan memandu kenderaan masuk ke kawasan sekolah.

12. Waris tidak dibenarkan menunggu anak jagaan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

13. Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB. Sekiranya murid tidak dapat hadir,
sila berikan surat doktor atau hubungi guru prasekolah / pembantu pengurusan
murid.

14. Waris hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak jagaan
tuan/puan :
 Alah terhadap makanan.
 Mengidap sebarang penyakit atau perlu makan ubat semasa sesi
pembelajaran.
 Diambil atau dihantar oleh orang yang berbeza iaitu tidak seperti
kebiasaan/ terlewat daripada biasa.
 Dibuli kawan-kawan.
 Berbakat dalam sesuatu bidang.

HARAPAN WARGA PENGURUSAN PRASEKOLAH…

1. Pihak sekolah berharap ibubapa/penjaga memberikan kerjasama yang


padu sepanjang murid berada di kelas prasekolah.

2. Ibubapa/penjaga melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak


memandangkan kami amat komited untuk mencapai kecemerlangan
diperingkat awal lagi.

3. Sebarang pertanyaan berkaitan pengajaran dan pembelajaran anak-


anak, waris bolehlah menghubungi guru prasekolah / PPM.

MAKLUMAT GURU DAN PPM

PRASEKOLAH CELIK MINDA

PN. SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN (GURU) 019 - 4335574

PN. SUHAIZA BINTI SULAIMAN (PPM)


CADANGAN PROGRAM BAGI TAHUN 2018

BIL AKTIVITI / PROGRAM SASARAN TARIKH


CADANGAN
1. Pendaftaran Murid Prasekolah 2018 Ibubapa/Calon Murid Dec
Prasekolah
2. Mesyuarat / Taklimat AJK Permuafakatan Dec
Permuafakatan Prasekolah
3. Gotong-Royong Perdana Guru/PPM/Ibu Bapa Mac, Jun

4. Pentaksiran Berkala Murid Pra Mac,Jul


Okt
5. Sukan Tahunan (Sekolah) Murid Pra Apr

6. Program Bijak Bacaan Murid Pra/Ibubapa Jan –Okt

7. Program Bijak Nombor Murid Pra/Ibubapa Jan –Okt

8. Program Tulisan Cantik Murid Pra/Ibubapa Jan –Okt

9. Program ‘ A word a day’ Murid Pra/Ibubapa Jan –Okt

10. Program Pintar Eja Murid Pra/Ibubapa Mac – Jul

11. Pertandingan Futsal, Funball dan Murid Pra Jun -


Bijak Pra Peringkat Zon September
12. Program Ehya Ramadhan Murid Pra Mei

13. Program Semarak Merdeka Murid Pra Ogos

14. Sambutan Hari Lahir Murid Murid Pra May dan


- Program Penyayang November
15. Lawatan Belajar Murid Pra April

16. Pemeriksaan Kesihatan/Gigi Murid Pra

17. Konvokesyen Prasekolah (Daerah) Murid Pra/Ibubapa Nov


Hari Terbuka
18. (Perjumpaan Guru dengan Murid Pra/Ibubapa Mei, Oktober
ibubapa/penjaga)
19. Jamuan Akhir Tahun Murid Pra/Ibubapa Nov
JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN
PRASEKOLAH CELIK MINDA
2018

PENASIHAT : PN. ZALILAH BINTI MAT ZAIN (GURU BESAR)


PENGERUSI : _________________________________
NAIB PENGERUSI : _________________________________
SETIAUSAHA : PN. SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN (GURU)
NAIB SETIAUSAHA : PN. SUHAIZA BINTI SULAIMAN (PPM)
AJK :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

TERIMA KASIH
… JUMPA LAGI…

Anda mungkin juga menyukai