Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

PRASEKOLAH CELIK MINDA

Tajuk :
“ADIK BIJAK BACA”

Tarikh : Mac – Oktober 2018


Masa : 12.00 – 1.15 petang
Tempat : Kelas Prasekolah
PROGRAM AKADEMIK PRASEKOLAH
“ Adik Bijak Baca”

Tajuk : Adik Bijak Baca


Tarikh : Mac Hingga Oktober 2018
Masa : 12.00 – 1.15 petang
Tempat : Kelas Prasekolah

Rasional.
Program ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan secara
terperinci tentang bunyi dan bentuk huruf seterusnya dapat membaca suku
kata, perkataan dan ayat mudah.

Matlamat.
1. Memberi bimbingan berterusan kepada semua murid dan murid yang
kurang mengenal huruf.
2. Menaik dan meningkatkan minat murid untuk mengenal huruf dan
membaca melalui sistem kupon.
3. Meninggalkan kesan yang mendalam supaya murid dapat mengingati
setiap apa yang diajar.

Objektif.
1. Program ini diharapkan dapat membolehkan murid dapat membaca
sebelum masuk ke Tahun 1.
2. Mendorong murid untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
membaca.
3. Menarik perhatian murid untuk membaca.
Kumpulan Sasaran.
Semua murid prasekolah. Pembahagian kumpulan mengikut penguasaan
murid. (Rujuk Lampiran)

Perlaksanaan.
Program dijalankan selama 1 jam 15 minit selepas waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas setiap hari selepas waktu persekolahan. Murid
membaca ikut giliran pada guru. Murid yang selesai membaca pada waktu itu,
diberi latihan mengeja dan menulis.

Cara dijalankan:

1. Mengecam bentuk huruf kecil dan besar.:


 Pilih huruf kecil didalam sebuah kotak yang dicampur dengan
huruf besar. ( sebaliknya )
 Menulis huruf besar/kecil yang disebut oleh guru.

2. Membunyikan huruf vokal : -


 Lagu pak mamat ada kebun
 Lagu-lagu versi Didi and friends

3. Mengecam dan membunyikan huruf konsonan.


4. Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan vokal.
5. Mencantum dua suku kata terbuka ( vkv )
Cth: bu + ku  buku
6. Membaca suku kata terbuka ( vkv )
Cth : ibu ( guna kad cantuman )
7. Membaca suku kata tertutup ( kvk )
Cth : bas, pen, jam ( permainan huruf yang dicantum )
8. Membaca dua suku kata.
a) ( kv + kvk )  cth : pokok
b) ( kvk + kv )  cth : lampu
c) ( kvk + kvk )  cth : pensel
9. Latih tubi membaca
10.Membuat aktiviti latih tubi membaca secara berulang sampai murid
boleh menguasai.

Rumusan.
Diharapkan program ini dapat membantu semua murid dalam perkembangan
Bahasa dan Komunikasi yang amat penting untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran di Tahun Satu 2019 nanti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………… …………………………………
(SITI MUNIRAH BINTI ROSLAN) (ZALILAH BINTI MAT ZAIN)
Guru Prasekolah Guru Besar
JADUAL PEMBACAAN ADIK BIJAK BACA

AHAD ISNIN
MOHAMAD KHAIRUL AMSYAR MUHD ARIF
MUHD AIDIL SAFWAN MUHD DANISH
NUR AYUNI HAZIRAH MUHD DANISH DANIAL
MUHD FAWWAZ AMIR NUR ALYA QAISARA
NUR AMEERA BALQIS NUR FATIN AIRA

SELASA RABU
MUHD FARIS MUHD ADWA ANIQ NASRIN
MUHD IMAN AMSYAR AINASYATUL ALISYA
NURUL ALYA ATHIRAH ANNUUR IZZATI AQILAH
NUR IMANINA AMNI QAISARA
NUR FATIN HUSNA MUHD FAIZ HAKIM

KHAMIS
AMIN AMSYAR
MUHD FIRAS DANIAL
MUHD SHAHRUL ADHA
ASYRAF DANIAL
NUR SYAMIMI BALQIS

Anda mungkin juga menyukai