Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BULAN BAHASA MELAYU

TARIKH : 04, 18, 23 dan 25 Febuari 2016

TEMPAT : PPKI SKSJ DAN PASAR HARIAN SEBERANG PERAK

OBJEKTIF:

1. Membantu meningkatkan minat murid dalam bidang Bahasa Melayu.

2. Melahirkan perasaan cinta akan Bahasa Melayu sebagai Bahasa utama.

3. Membantu para pelajar agar mempunyai daya saing dalam apa-apa jua acara yang
disertai.

4. Membantu murid untuk bijak berkomunikasi dengan dunia luar.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Bulan Bahasa Melayu dilancarkan pada 4 FEBUARI 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan
sewaktu Bulan Bahasa Melayu ini dilancarkan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1) Pertandingan menghasilkan buku cerita besar.

2) Pertandingan Bercerita

3) Kuiz Teka Teki

4) Mengunjungi Pasar Harian Seberang Perak

PERTANDINGAN MENGHASILKAN BUKU CERITA BESAR

Pertandingan buku cerita besar diadakan pada 4 Febuari 2016 di dalam kelas Pendidikan
Khas SK Sungai Jejawi. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan
Mawar, Teratai, dan Dahlia. Ketua kumpulan mengetuai ahli kumpulannya untuk
menghasilkan buku cerita besar. Guru menyediakan beberapa peralatan bagi memudahkan
kerja-kerja murid seperti kertas lukisan, gam, gunting, dan pensel warna.
PERTANDINGAN BERCERITA

Pertandingan Bercerita telah diadakan pada 23 Febuari 2016 bertempat di kelas


pendidikan khas. Murid –murid berkumpul di dalam kumpulan yang diberikan dan bercerita
berdasarkan buku cerita besar yang dihasilkan sebelum ini. Kebanyakan murid dapat
bercerita dengan baik dan gembira.

KUIZ TEKA-TEKI

Kuiz teka teki ini yang diadakan pada 23 febuari 2016 berjalan dengan lancar. Murid-murid
sangat teruja untuk menjawab teka teki dari guru. Hadiah turut diberikan kepada tiga
pemenang utama yang menjawab soalan dengan betul

MENGUNJUNGI PASAR MINGGU

Kunjungan ke pasar minggu ini diadakan pada hari Khamis bertarikh 18 Febuari 2016 di
pasar minggu Seberang Perak. Semua murid dibawa oleh guru-guru dan PPM ke pasar
minggu bagi mempelajari cara membeli belah di pasar. Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan dan diberi senanarai barang yang perlu dibeli. Setelah selesai membeli barang
yang diperlukan murid-murid dibimbing memasak bahan yang dibelikan di dapur Pendidikan
Khas. Masakan yang dimasak ialah bihun sup.

PENILAIAN/POST MORTEM AKTIVITI

Secara keseluruhan ,aktiviti-aktiviti ini dapat menarik minat para murid gemar membaca
bagi mencernakan idea yang bernas. Semua murid didapati dapat melahirkan perasaan
cinta akan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini juga
membantu para murid mempertingkatkan daya saing dalam apa jua acara yang disertai.

Disediakan oleh disemak oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI) (SHAHARUDIN B. ARBAIN)
S/U Progam Penyelaras PPKI

DISAHKAN OLEH :

……………………………………………\
LAMPIRAN

PASAR MINGGU SEBERANG PERAK


MENGHASILKAN BUKU CERITA BESAR

MEMBACA BUKU CERITA


PERTANDINGAN KUIZ

Anda mungkin juga menyukai