Anda di halaman 1dari 2

 SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera, Terima kasih kepada


pengerusi majlis, barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang teliti, para guru
dan rakan-rakan sekalian.

Senyum, senyum selalu


Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

Hadirin yang dimuliakan,

Saksikanlah dan dengarkanlah, kisah Si Tanggang Anak derhaka yang saya akan
ceritakan pada pagi ini. Semoga semua hadirin terhibur.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga
yang sangat miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya
yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sangat susah, bak kata pepatah kais pagi,
makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang meminta kebenaran kepada ibunya untuk pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Tanggang berjanji akan mendirikan mahligai
yang indah untuk ibunya. Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak
kesayangannya itu.

Mak Umpit merayu kepada Si Tanggang untuk membatalkan hasratnya itu sambil
menangis. “Tanggang anakku, janganlah pergi nak, kasihanilah ibu” Segala rintihan dan
rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang. Keesokan harinya, keluarlah
Si Tanggang meninggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Dalam perjalanan Si Tanggang untuk mencari kerja, dia terlihat ada sebuah kapal
dagang berlabuh di pantai. Si Tanggang mahu mencari pekerjaan di sana. Maka bersusah
payahlah Si Tanggang berenang hingga sampai ke kapal yang sedang berlabuh itu. Si
Tanggang telah berjumpa dengan nakhoda kapal itu. Si tanggang bersusah payah memujuk
rayu kepada nakhoda. Mujurlah, Si tanggang diterima juga untuk bekerja. Nakhoda amat
menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang telah diambil sebagai anak
angkatnya.

Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia
sangat cekap berniaga dan akhirnya menjadi kaya raya. Tidak lama kemudian, Si Tanggang
pun berkahwin dengan anak nahkoda kapal. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke
merata tempat dan negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampungnya. Mak
Umpit berasa amat gembira. Mak Umpit dengan segera mendayung sampan menuju ke kapal
Si Tanggang sambil memanggil nama anaknya. “tanggang anakku, ini ibumu, Tanggang
anakku, ibu dating nak”. Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Si
Tanggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu
ibu kandungnya.
Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali Mak Umpit sambil berkata “ heeii
perempuan tua, engkau bukan ibuku..aku tidak pernah kenal kamu”. Si Tanggang berkata
pula kepada isterinya, “Wahai isteriku, jangan percaya pada kata-kata perempuan tua ini, dia
bukan ibuku, ibuku sudah tiada”.

Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya. Kerana terlalu
sedih, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya
sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.

Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru
kepada Tuhan. Melihat sikap anaknya itu,Hancur luluh hati si ibu,Doa dipohon kepada Yang
Satu, Si anak disumpah menjadi batu.

Akhirnyaaa..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Ibuuu kau ampunilah dosaku.


Andainya pernah ku menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Para hadirin sekalian

Begitulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan menderhaka kepada
orang tuanya. Janganlah menjadi angkuh dan sombong kepada ibu bapa kita. Hargailah dan
sayangilah ibu bapa kita.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai