Anda di halaman 1dari 3

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.”

” Pengawal, halau perempuan tua ini. Hamba benci melihatnya!”

Para hadirin sekalian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ”Si
Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang bahagia ini.

            Di hujung sebuah kampung tinggal seorang wanita tua yang bernama Mak Umpit.
Dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga
amatlah miskin.

            Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah.

            ”Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang hendak pergi ke negeri lain
untuk mencari kekayaan. Tanggang akan kembali dengan harta dan ibu tidak akan susah
lagi.”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anaknya itu.


           
            ”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu? Ibu sudah tua. Jangan tinggalkan ibu,
Tanggang.”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.
Keesokan harinya, Si Tanggang keluar meninggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah lama bekerja kuat di negeri orang, Si Tanggang telah berjaya menjadi
Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya. Dia juga telah berkahwin
dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akan tetapi, dia telah lupa kepada ibunya
yang tua dan miskin di kampung.
Si Tanggang suka membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata
negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai kampung asalnya.
Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh Mak Umpit. Dengan gembira,
dia terus mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

            ”Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Ibu rindukanmu.”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan Mak Umpit. Dia berasa malu kepada isterinya
untuk mengaku perempuan yang tua dan uzur itu ibunya. Lalu Si Tanggang pun menghalau
Mak Umpit dari kapalnya.

“Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.”

”Pengawal, halau perempuan tua ini. Hamba benci melihatnya!”

Mak Umpit berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anaknya telah
berubah. Dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Apabila tiba di daratan, Mak
Umpit menadah tangan ke langit sambil berseru.

            “Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu
terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa takut dan kesal.

” Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!”

Akan tetapi, segalanya sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapal Si
Tanggang. Kapalnya pun semakin karam. Akhirnya, Si Tanggang, isteri dan semua anak
kapalnya bertukar menjadi batu.

Para hadirin sekalian,


Janganlah kita tidak mengenang budi dan menderhaka kepada ibu bapa kita. Mereka
telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Oleh
itu, hargailah dan sayangilah ibu bapa kita.
( Begitulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan menderhaka
kepada orang tuanya. Janganlah kita menjadi angkuh dan sombong kepada ibu bapa kita.
Mereka telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.
Oleh itu, hargailah dan sayangilah ibu bapa kita. )

            Terang bulan di malam sepi,


            Cahaya memancar ke pohon kelapa,
            Hidup di dunia buatlah bakti,
            Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai