Anda di halaman 1dari 3

Pak pandir dan semut

  Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin

pendam.Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan


usia bernama Pak Pandir dan Mak Andeh.Seperti penduduk-penduduk kampung yang
lain,mereka mengerjakan ladang sebagai sumber utama rezeki mereka.

    Pak Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana kebodohannya.Dia sering


diketawakan kemana sahaja dia pergi namun,dia tidak terasa hati.Dia tetap
meneruskan kehidupannya seperti biasa.Mak Andeh pula merupakan seorang wanita
yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir seadanya.

     Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung kerana Mak
Andeh mengidamkan dagingnya.Walaupun tidak tahu bagaimana untuk menangkap
burung-burung tersebut,demi isterinya yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap
pergi berburu dengan semangatnya.Setelah lama berjalan dia berehat dibawah
sepohon durian yang besar dan tinggi.
  
    "Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun aku
nampak.Wahai burung muncullah.Isteriku mengidamkan daging kau sekarang.", ucap
Pak Pandir perlahan.Seperti mendengarkan ucapannya seekor enggang tiba-tiba
muncul dan terbang rendah betul-betul dihadapannya.Pak Pandir bingkas
bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.

    Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu


menangkapnya.Alangkah gembiranya dia apabila berjaya menangkap burung sebesar
itu.Dia terus mengikat kaki burung tadi kemudian dia mengikat hujung tali tersebut
pada kakinya sendiri.Dia mengikat burung tersebut pada kakinya supaya ia tidak
boleh terbang lagi fikirnya.
 
     Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan
begitu sahaja.Tidak lama selepas itu,sekumpulan  enggang pula datang dan  terbang
rendah melintasinya.Pak Pandir bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang
dia mampu.Ada yang dikepitkan pada ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga
yang diapit menggunakan dagunya,selebihnya
dipegang menggunakan tangan.

    Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat


terbang membawanya jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap
mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat gayat itu terpaksa melepaskan burung-
burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.
 
     "Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat perjanjian
dengan kau.Kalau kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku akan melepaskan
ikatan ini dan membiarkan kau pergi.",katanya serius.Seperti memahami kata-
katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.

    Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa burung
tersebut setuju  dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi terlepas,si
enggang terus terbang pergi meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu seorang diri.
 
    "Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau bermain
muslihat tadi ,baik aku bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik nafasnya menahan
amarah.Namun apabila menyedari dia kini berada nun jauh tinggi diatas pokok
dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan supaya boleh kembali ke
bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-akar yang menjalar pada pokok
itu dan ada sesetengahnya yang boleh digunakan untuk menuruni pokok
tersebut,namun Pak Pandir tidak terfikirkannya.

    Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat


penyelesaian.Dia melihat semut-semut yang kelihatan begitu senang memanjat
naik pokok dan menuruni pokok tersebut tanpa jatuh.Dia tergelak
sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.
   

     "Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari tadi.Terima kasih sahajalah
wahai semut.",ucapnya riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi
menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.

     Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia yakin bahawa dia tidak
akan jatuh seperti semut-semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan
badannya menghadap ke bawah dia terus jatuh gedebuk bagaikan nangka
busuk .Pak Pandir terus meninggal  dunia disitu tanpa ada sesiapa pun tahu
kerana kebodohannya.

Anda mungkin juga menyukai