Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA, 01000 KANGAR,

PERLIS.

KISAH LUCU PAK PANDIR

NAMA PESERTA: UMMI IZZATI BT CHE MOHAMAD

GURU PEMBIMBING: ANITA BT YOB


KISAH LUCU PAK PANDIR

Assalamualaikumwbrkth,
Terima kasih tuan pengerusi majlis,
Barisan panel hakim yang arif,
Guru-guru yang dikasihi,
Para hadirin dan rakan-rakan sekalian.

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki dungu bernama Pak Pandir. Isterinya
bernama Mak Andeh. Pak Pandir bekerja membantu orang kampung di sawah. Sebagai upah,
Pak Pandir diberikan seguni beras. Pak Pandir tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana
mahu menunjukkan beras itu kepada isterinya. Tentu Andeh gembira, fikir Pak Pandir.

Ada sebatang sungai kecil di laluannya. Airnya deras dan dalam. Pak Pandir melihat
ada sebatang ranting yang merintangi parit itu. Sekawan semut sedang melaluinya. Jika
semut yang banyak itu boleh lalu, tentu aku yang seorang ini juga boleh, fikir Pak Pandir.
Apabila dipijak sahaja, ranting kayu itu ranap. Pak Pandir dan beras yang dipikulnya
tenggelam bersama. Pak Pandir timbul semula lalu tercungap-cungap. Berasnya dibawa arus.

Pak Pandir sampai di rumah dalam keadaan basah kuyup. Dia terus menuju ke dapur
lalu membuka tudung saji. Eh, Andeh! Mana makanan? Engkau tak masak kah? Aku lapar,
kata Pak Pandir. Mana ada beras nak masak nasi. Ke mana beras yang awak dapat? soal
Mak Andeh kembali. Pak Pandir pun menceritakan apa yang berlaku. Setelah Mak Andeh
mendengar cerita daripada Pak Pandir, dia menangis mengenangkan kebodohan suaminya itu.

Dia merajuk lalu berlari masuk ke dalam bilik. Puas Pak Pandir memujuknya namun Mak
Andeh tidak mengendahkannya.

Pak Pandir keluar dari rumah dengan perut yang lapar. Tangannya masih memegang
guni beras yang kosong. Dia mencari jalan bagaimana mahu memujuk isterinya.

Beginilah nasib diriku yang , oh, Tuhan.!

Hari sudah hamper malam. Pak Pandir berjalan sehingga sampai di sebatang pokok
durian. Bau buah durian yang gugur menusuk hidung Pak Pandir. Dalam kegelapan, Pak
Pandir meraba-raba buah durian lalu memasukkannya ke dalam guni. Andeh pasti gembira.
Dia memang suka makan buah durian, fikir Pak Pandir. Dia tidak menyedari apa yang
dimasukkan ke dalam guni itu bukan buah durian tetapi sekawan landak.

Setelah guninya penuh, Pak Pandir pun pulang. Sampai di simpang jalan, dia
kebingungan. Dia lupa di mana arah rumahnya. Pak Pandir mengambil lorong sebelah kiri. Di
hujung jalan, Pak Pandirternampak sebuah rumah. Dia menyangka itulah rumahnya.Andeh!
Oh, Andeh! Akubawakan durian! jerit Pak Pandir dengan perasaan gembira.

Mak Andeh tidak juga muncul. Pak Pandir terus masuk ke dalam rumah.Dia melihat
makanan telah siap terhidang. Tanpa berfikir panjang, Pak Pandir terus makan dengan lahap.
Sebenarnya, rumah itu milik gergasi. Ketika Pak Pandir sedang makan itulah gergasi tersebut
pulang. Pak Pandir amat terkejut.

Gergasi sangat marah melihat Pak Pandir. Siapa engkau, wahai manusia? Berani
engkau menceroboh rumahku dan makan makananku! jeritnya. Tiba-tiba, gergasi itu
ternampak karung guni yang Pak Pandir bawa. Itu apa? Tanya gergasi tersebut. Ini buah
durian untuk isteriku, jawab Pak Pandir dengan suara yang terketar-ketar. Ketika itu, seluruh
tubuh Pak Pandir menggigil kerana takut diapa-apa kan oleh gergasi itu.

Durian? Aku juga suka makan durian. Aku mahu makan durian, kata gergasi lalu
membuka karung guni berkenaan. Apabila terbuka sahaja karung itu, landak-landak di
dalamnya berlumba-lumba mahu keluar. Ia menggigit dan menikam-nikam gergasi itu.

Argh! Landak! Landak! Aku benci landak! Engkau penipu! jeritnya ketakutan.

Oleh sebab takut dan terkejut melihat landak, gergasi itu pengsan. Pak Pandir pulang
kebingungan. Dia berasa hairan bagaimana durian yang dibawanya boleh bertukar menjadi
landak.

Hairan benar, ya. Bagaimana landak-landak ini boleh masuk ke dalam karungku! Ke
mana pula buah durian yang aku kutip tadi? Mungkin karung ini koyak. Buah durian tercicir
dan landak-landak ini masuk ke dalam karungku, begitulah fikir Pak Pandir di dalam hati.

Pak Pandir meninjau-ninjau di dalam rumah gergasi. Di suatu sudut, Pak Pandir
terkejut melihat timbunan harta seperti emas, perak, intan dan berlian. Pasti semua ini harta
rampasan gergasi itu, fikir Pak Pandir.

Tiba-tiba, mata Pak Pandir tertumpu kepada suatu benda di antara timbunan harta itu.
Itulah benda yang paling bernilai bagi dirinya. Isterinya pasti gembira dan akan memaafkan
dirinya. Sebenarnya, antara timbunan harta itu adalah seguni beras. Pak Pandir lantas
memikul guni beras itu lalu keluar dari rumah gergasi.

Hai, senangnya dalam hati, Andeh tak marahku lagi..

Ya, para hadirin, kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain. Setiap
manusia pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya, seperti Pak Pandir. Walaupun
bodoh, tetapi kaya dengan kasih sayang. Kita juga jangan bersikap tamak kerana orang yang
tamak selalu rugi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai