Anda di halaman 1dari 7

Pak pandir dan semut

Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin

pendam.Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan usia bernama Pak
Pandir dan Mak Andeh.Seperti penduduk-penduduk kampung yang lain,mereka mengerjakan ladang
sebagai sumber utama rezeki mereka.

Pak Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana kebodohannya.Dia sering diketawakan kemana
sahaja dia pergi namun,dia tidak terasa hati.Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.Mak
Andeh pula merupakan seorang wanita yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir seadanya.

Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung kerana Mak Andeh mengidamkan
dagingnya.Walaupun tidak tahu bagaimana untuk menangkap burung-burung tersebut,demi isterinya
yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap pergi berburu dengan semangatnya.Setelah lama berjalan
dia berehat dibawah sepohon durian yang besar dan tinggi.

"Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun aku nampak.Wahai burung
muncullah.Isteriku mengidamkan daging kau sekarang.",ucap Pak Pandir perlahan.Seperti
mendengarkan ucapannya seekor enggang tiba-tiba muncul dan terbang rendah betul-betul
dihadapannya.Pak Pandir bingkas bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.

Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu menangkapnya.Alangkah gembiranya
dia apabila berjaya menangkap burung sebesar itu.Dia terus mengikat kaki burung tadi kemudian dia
mengikat hujung tali tersebut pada kakinya sendiri.Dia mengikat burung tersebut pada kakinya supaya ia
tidak boleh terbang lagi fikirnya.

Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan begitu sahaja.Tidak
lama selepas itu,sekumpulan enggang pula datang dan terbang rendah melintasinya.Pak Pandir
bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang dia mampu.Ada yang dikepitkan pada
ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga yang diapit menggunakan dagunya,selebihnya

dipegang menggunakan tangan.

Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat terbang membawanya
jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat
gayat itu terpaksa melepaskan burung-burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.

"Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat perjanjian dengan kau.Kalau
kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku akan melepaskan ikatan ini dan membiarkan kau
pergi.",katanya serius.Seperti memahami kata-katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.

Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa burung tersebut setuju
dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi terlepas,si enggang terus terbang pergi
meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu seorang diri.

"Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau bermain muslihat tadi ,baik aku
bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik nafasnya menahan amarah.Namun apabila menyedari dia
kini berada nun jauh tinggi diatas pokok dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan supaya boleh
kembali ke bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-akar yang menjalar pada pokok itu dan
ada sesetengahnya yang boleh digunakan untuk menuruni pokok tersebut,namun Pak Pandir tidak
terfikirkannya.

Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat penyelesaian.Dia melihat
semut-semut yang kelihatan begitu senang memanjat naik pokok dan menuruni pokok tersebut
tanpa jatuh.Dia tergelak sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.

"Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari tadi.Terima kasih sahajalah wahai semut.",ucapnya
riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.

Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia yakin bahawa dia tidak akan jatuh seperti
semut-semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan badannya menghadap ke bawah dia terus
jatuh gedebuk bagaikan nangka busuk .Pak Pandir terus meninggal dunia disitu tanpa ada
sesiapa pun tahu kerana kebodohannya.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru –guru yang dikasihi serta rakan – rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah

Pak Pandir dan Bunga

Pada suatu hari, Pak Pandir dan Mak Andeh telah berpindah ke rumah baru mereka. Mereka telah
memperoleh rumah yang lebih besar dan cantik berbanding rumah lama mereka yang kian roboh dimakan
dek anai-anai. Mereka sangat gembira dengan rumah baru mereka. Mak andeh tidak sabar-sabar untuk
menceriakan rumah barunya itu di samping mengalihkan barang-barang mereka ke rumah itu.

Setelah selasai mengalihkan barang-barang ke dalam rumah, Mak Andeh beralih pula melihat
kawasan sekitar luar rumahnya. Disebabkan mereka mempunyai kawasan halaman yang cukup luas, Mak
Andeh menyimpan hasrat untuk menanam pelbagai jenis pokok bunga di sekitarnya.

“ Tentu rumah ini lebih berseri jika aku menanam pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna-warni
di sini,” fikir Mak Andeh.

Tanpa melengahkan masa lagi, Mak Andeh terus memanggil suaminya, Pak Pandir.

“ Pak Pandir, saya ada cadangan. Saya nak tanam pokok bunga di halaman rumah kita ini. Awak
setuju tak ?,” tanya Mak Andeh.

Boleh juga. Nanti, bertambah cantiklah rumah kita. Hurmmm…Jadi, awak nak suruh saya buat apa
ni?,” tanya Pak pandir.

“ Saya nak suruh awak ke pekan. Awak carilah apa-apa bunga yang cantik, banyak warna dan boleh
hidup lama. Ni duitnya,” kata Mak Andeh lalu menghulurkan wang sebanyak RM10.

Kemudian, Pak Pandir mengayuh basikal buruknya ke pekan. Kebetulan pula pada hari itu ada pasar
Tani di tempat yang sama. Pak Pandir pun menghampiri gerai yang menjual pokok-pokok bunga itu. Dia
tertarik melihat banyak jenis bunga yang berwarna-warni yang dijual di dalam pasu dan juga plastik tanah
yang berwarna hitam dan berlubang-lubang itu. Lalu Pak Pandir pun bertanya kepada penjual bunga itu.

“ Adik, pokok-pokok bunga ini dijual berapa ringgit satu?” tanya Pak Pandir.

“ Ooo.. Yanh ini harganya RM10 satu pasu. Cuba tengok bunganya memang cantik. Belilah bang,”
tawar penjual itu kepada Pak Pandir.

Mendengarkan harganya RM10, Pak Pandir mula terfikir. “ Sudahlah mak Andeh bagi RM10 tetapi
dia ininkan bunga yang cantik dan banyak warna, kemudian boleh hidup lama. Tapi, bunga yang ini hanya ada
satu warna sahaja. Tentu Mak Andeh marah nanti. Tapi, manalah tahu pokok ini boleh hidup lama”, fikir
Pak Pandir.

“ Adik, pokok ni boleh hidup lama tak?” tanya Pak Pandir kepada penjual bunga itu lagi.

“ Ooo…Semua pokok boleh hidup lama kalau kita pandai menjaganya, letak di tempat yang betul
dan rajin menyiramnya,”jawab penjual itu.

“ Ishh..Macam nak menjaga orang pula lagaknya. Sudahlah harganya mahal, Cuma ada satu warna
sahaja pula tu,” kata Pak Pandir di dalam hati.
Kemudian pak Pandir berlalu dari situ menuju ke kedai-kedai lain di pekan itu. Tiba-tiba dia
ternampak banyak bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni. Bunga itu boleh hidup tanpa matahari dan
tanah. Pemilik kedai itu boleh menggantung bunga itu di dinding. Mak Andeh pasti suka yang ini,” fikir Pak
Pandir.

Sedang Pak Pandir melihat bunga-bunga itu, pemilik kedai itu mendekatinya.

“ Ya, encik. Encik nak beli bunga-bunga hiasankah? Bunga-bunga yang cantik ini murah sahaja.
Dengan RM10, encik boleh dapat 5 tangkai. Encik pilihlah,” tawar gadis itu.

“Wow, yang ini harganya lebih murah berbanding kedai tadi. Yang ini lbh cantik, berwarna-warni
dan mudah dijaga. Tengok sajalah pemilik gerai ini meletakkan bunga-bunga ini di dalam pasu tanpa air dan
tanah. Boleh juga diletakkan di atas meja dan di dinding sekalipun,” fikir Pak Pandir.

Pak Pandir bertanya kepada penjual itu, “ Cik, bunga-bunga ini boleh hidup lamakah?”

Gadis itu kebingungan dengan prtanyaan Pak Pandir itu. “ Tidak tahukah dia yang kedai ini menjual
bunga-bunga hiasan dalam rumah saja, bukannya bunga hidup. Mungkin dia salah sebut ni kot,” kata gadis
itu di dalam hati.

“ Hurmm.. Iya, encik. Bunga-bunga ini boleh tahan lama. Bertahun-tahun pun boleh tahan lagi,”
jawab gadis itu.

“ Ha, kalau macam tu baguslah. Saya nak beli RM10 yang bunganya berwarna-warni,” kata Pak
Pandir.

“ Baik, encik,” kata gadis itu lalu memasukkan bunga-bunga itu ke dalam plastik lalu dihulurkan
kepada Pak Pandir.

Pak Pandir balik dengan riangnya kerana dapat membeli bunga yang diinginkan oleh Mak Andeh.
Sesampainya di rumah,

“ Mak Andeh, oh Mak andeh. Saya dah balik ni. Saya dah belikan bunga yangn awak nak tu,” jerit
Pak Pandir di luar pintu rumah.

Mendengarkan suara Pak Pandir, mak Andeh dengan segera berlari keluar di pintu rumah. Dia tak
sabar lagi untuk menghias halaman rumahnya dengan bunga yang cantik-cantik.

“ Mana bunga yang awak belikan tu?” tanya Mak Andeh kepada pak pandir kerana dia tidak nampak
akan bunga itu.

Pak pandir menunjukkan bungkusan yang mengandungi bunga itu yang disorokkan di belakang
badannya tadi. Tiba-tiba, air muka Mak andeh berubah menjadi merah seperti orang yang menahan marah.
Pak Pandir kebingungan kerana sepatutnya Mak Andeh gembira dengan bunga yang telah dia belikan itu.

“ Pak Pandir!!! Ini bunga plastik. Bukan bunga hidup. Mana ada orang tanam bunga plastik kat
halaman rumah. Awak ni memang nak kena ni!!!” jerit Mak Andeh lalu memegang kayu mengejar Pak pandir
keliling rumah.

TAMAT
Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua danmiskin.
Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana
besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban
hari tanpa dikurniakan anak.Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......Pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti
kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api.
Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya....
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah
lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun
mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...Maka...bersimpatilah
pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai
orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-
pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku..."Baiklah..akan
kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-
pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil
membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini
bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....Lalu terjunlah
sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua
mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa
pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya.
Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya
kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.
Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut
bergembira dengan kejujuran suaminya.Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
Nilai murni / Pengajaran
1. Bertanggungjawab mencari rezeki.
2. Tabah dengan segala dugaan dan cabaran.
3. Rajin berusaha untuk mencari kayu api di hutan.
4. Jujur dengan hak kepunyaannya sendiri.
5. Sabar walaupun kapak kesayangannya jatuh ke dalam sungai.

Anda mungkin juga menyukai