Anda di halaman 1dari 9

Tajuk Novel : Erti Sebuah Pengorbanan, Tingkatan 2.

AYAT MAJMUK Ayat Majmuk Gabungan 1. Kain tudung yang dipakai, ditinggalkan lalu disangkut pada bahunya.(Muka surat 1, Bab 1) 2. Iman benar-benar terkejut dan berasa malu dengan peristiwa tersebut.(Muka surat 2, Bab 1) 3. Dia berasa bimbang sekiranya nenek atau datuk muncul dan mendengar perbualan mereka.(Muka surat 9, Bab 1) 4. Malulah, ujar Pei Wan sambil menarik pergelangan tangan Iman.(Muka surat 11 Bab 1) 5. Komputerriba jenama Samsung itu dihadiahkan oleh ibu sempena hari jadinya yang kedua belas, tahun lalu. .(Muka surat 15 Bab 1) 6. Zulkarnian mengangkat tangan kanannya lalu memanggil Adif Danial menghampirinya.(Muka surat 18 Bab 2). 7. Semua mata tertumpu ke arah murid yang bangun lantas memberi cadangan kepada Cikgu Julia. .(Muka surat 20 Bab 2) 8. Kau ingat aku tak kenal yang mana satu menangis atau mata termasuk habuk. 9. Zulkarnian dan Pei Wen berjalan di hadapan manakala Iman dan Adif Danial berjalan di belakang. .(Muka surat 35,Bab 3)

11

10. Bibirnya, jadi kaku tatkala mendengar kata-kata Cikgu Julia yang bernas itu. .(Muka surat 84,Bab 7) Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1. Beg yang digalas pada bahu, diletakkan di atas meja.(Muka surat 2, Bab 1) 2. Dia ingin membina semula keluarganya yang runtuh.(Muka surat 6, Bab 1) 3. Mereka berdua melangkah menuju ke pangkin yang terletak di bawah sebatang pokok rambutan yang berhampiran. (Muka surat 9, Bab 1) 4. Pada pagi ini, saya akan memperkenalkan seorang murid baharu yang akan menjadi rakan sekelas kamu mulai hari ini. .(Muka surat 17 Bab 2) 5. Dia memerhati sekeliling dengan harapan ada murid lain yang turut berbuat demikian. .(Muka surat 20 Bab 2) 6. Dia mahu berterima kasih kepada Cikgu Julia yang membimbingnya selama ini. .(Muka surat 51Bab 4) 7. Dia sempat mengerling ke arah Iman yang kelihatan tenang.(Muka surat 67,Bab 5) 8. Iman dan Pei Wan pergi ke sebuah kedai buku yang terletak tidak jauh dari sekolah. (Muka surat 70,Bab 5) 9. Aku kagum dengan semangat yang engkau miliki,ujar Pei Wan lagi. (Muka surat 71,Bab 5)

12

10. Namun, ada pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran saya tentang ibu. .(Muka surat 83,Bab 6) Ayat Keterangan 1. Perutnya masih kenyang lagi kerana baru selesai makan nasi.(Muka surat 12,Bab 1) 2. Saya rasa dia memang layak kerana baru-baru ini dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato anjuran Persatuan Bahasa Melayu.(Muka surat19, Bab2) 3 Iman janganlah berkecil hati pula. Ayah minta maaf sebab ayah benar-benar sibuk bulan ini. .(Muka surat 40 Bab 3) 4. Dia tidak ceria seperti ketika mula-mula sampai tadi. .(Muka surat 41 Bab 3) 5. Nenek pun bersalah juga kerana merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Iman. (Muka surat 65 Bab 5) 6. Aku rasa menyesal kerana menuduh mak cik yang bukan-bukan.(Muka surat 71, Bab 5) 7. Iman ingin meminta maaf kerana terpaksa mengambil masa cikgu pada petang ini (Muka surat 86,Bab 7)

13

AYAT KOMPLEMEN 1. Pada awalnya, Cikgu Johari menetapkan bahawa keputusan telah muktamad.(Muka surat 2, Bab 1) 2. Malah, ayah dan ibu mengharapkan agar Iman belajar berdikari dan menerima hakikat bahawa mereka bukan suami isteri lagi. .(Muka surat 5, Bab 1) 3. Dia menyedari bahawa Iman berkecil hati sebentar tadi. .(Muka surat 40, Bab 3) 4. Seketika kemudian, pengadil mengumumkan bahawa pertandingan pidato akan bermula lima minit lagi. .(Muka surat 48,Bab 4) 5. Iman harus faham, bahawa ayah Iman memerlukan seseorang untuk menjaga makan dan pakainya. (Muka surat 84,Bab 6) 6. Itu semua tidak dapat menyakinkan cikgu bahawa ibu Iman mempunyai hubungan dengan lelaki Inggeris itu .(Muka surat 85,Bab 6) 7. Adif beritahu kepada mama, bahawa Adif tidak memerlukan bapa tiri.(Muka surat 91,Bab 6) 8. Iman menyedari bahawa dia telah terkasar bahasa kepada Pei Wen. (Muka surat 102,Bab 7) 9. Seorang murid dari kelas Tingkatan Satu Anggerik telah membuat pengakuan bahawa dia yang mengambil diari kamu.(Muka surat 111,Bab 8) 10. Untuk kali kelima, tiada e-mel yang diterima daripada ibu.(Muka surat 80,Bab 6)

14

AYAT MAJMUK CAMPURAN 1. Dia berasa bimbang sekiranya nenek atau datuk muncul dan mendengar perbualan mereka.(Muka surat 9,Bab 1) 2. Mereka berdua melangkah menuju ke pangkin yang terletak di bawah sebatang pokok rambutan yang berhampiran. .(Muka surat 9,Bab 1) 3. Murid-murid juga begitu banyak yang hadir untuk memberi sokongan dalam pertandingan itu. .(Muka surat 47,Bab 4) 4. Dewan itu bergema dengan tepuk dan sorak setiap kali Linda memberi hujah yang menarik. .(Muka surat 49,Bab 4) 5. Pada masa yang sama, Iman mengharapka agar ayah dan ibu Iman yang telah bercerai, akan berbaik semula. .(Muka surat 84,Bab 6) 6. Waalaupun dia tahu, Iman tidak bersetuju, tetapi kerana menghormati Iman sebagai anaknya, ayah Iman tetap berterus terang. (Muka surat 84,Bab 6) 7. Tidak pernah dia melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu walaupun jarak antara Iman dengan dirinya beribu-ribu batu jauhnya. .(Muka surat 85,Bab 6) 8. Dia bukan sahaja menjadi johan malah bertemu dengan ayah dalam majlis yang begitu bermakna buatnya. .(Muka surat 107,Bab 8) 9. Masing-masing rasa berdebar sewaktu menunggu keputusan yang berada pada tangan Cikgu Julia. (Muka surat 107,Bab 8)

15

10. Baju itu pernah dipakai semasa menyambut Hari raya Aidilfitri bersama-sama dengan ayah dan ibunya dua tahun yang lalu.(Muka surat 115,Bab 8) Refleksi Tugasan mengesan dan menganalisis ayat majmuk berdasarkan novel Erti Sebuah Pengorbanan merupakan satu cabaran baharu kepada saya. Saya perlu membaca novel ini berulangkali dan mengkaji serta menganalisis ayat-ayat yang mengandungi ayat majmuk. Namun begitu, ini bukanlah sesuatu yang janggal bagi saya kerana kerja kursus sebelum ini juga memerlukan saya membaca sebuah cerita pendek dan mengenal pasti ayat stilistik. Berdasarkan rujukan Tatabahasa Dewan, pencarian di internet, terdapat ayatayat majmuk seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu

diberi perhatian contohnya memberi tumpuan yang penuh semasa membaca agar tidak terlepas ayat-ayat majmuk. Di samping itu, saya perlu mengenal pasti ciri-ciri ayat majmuk yang terkandung dalam teks. Ayat Majmuk Gabungan merupakan ayat majmuk yang paling banyak digunakan dalam novel ini. Dengan ini secara tidak langsung penggunaan kata hubung seperti lalu, sambil, lantas dan lain-lain merupakan elemen yang penting dalam pembentukan ayat. Penggunaan kata hubung yang sesuai akan membentuk ayat yang gramatis. Melalui tugasan ini, saya dapat mengesan bahawa pembinaan ayat dalam bahasa Melayu tidak menggunakan ayat tunggal semata-mata. Kita sering

menggunakan ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal yang dicantumkan. Sebagai
16

guru Bahasa Melayu, peluang membuat kajian tentang ayat majmuk dapat saya aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Umum mengetahui soalan Bahagian A bagi Penulisan Bahasa Melayu iaitu soalan pembinaan ayat amat sesuai menggunakan ayat majmuk untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Sudah menjadi kelaziman beberapa masalah atau kekangan pasti wujud bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Sebenarnya inilah cabaran yang perlu di hadapi oleh mana-mana pelajar. Masalah utama yang dihadapi apabila melibatkan penggunaan ayat majmuk khususnya ayat komplemen. Jika merujuk pada Tatabahasa Dewan kata komplemen untuk hanya hadir dalam subjek. Kata komplemen untuk amat sukar

diperolehi berbanding ayat komplemen bahawa. Tumpuan yang sepenuhnya perlu diberikan ketika membaca novel ini bagi mendapatkan kata komplemen bahawa dan untuk. Selain itu, agak sukar juga untuk mengesan ayat majmuk campuran kerana bilangannya yang sedikit. Peringkat awal agak sukar juga untuk mengesan ayat

majmuk campuran yang terdiri daripada ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbaga-bagai jenis ayat majmuk. alhamdulillah perkara ini dapat diatasi. Selain itu juga saya perlu menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dan jenis-jenis ayat dalam bentuk grafik. Dengan kemajuan dalam bidang komputer, Melalui perbincangan dengan rakan-rakan,

tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan walaupun mengambil masa yang panjang kerana kerja-kerja grafik memerlukan ketekunan dan penelitian.

17

Penggunaan grafik dalam menerangkan ayat dan jenis-jenis ayat amat sesuai kerana maklumat dapat disampaikan dengan cara yang mudah dan menarik. Melalui kaedah ini saya yakin semua penerangan dan maklumat akan dapat disampaikan dan difahami semaksimum mungkin. Sedikit kepakaran amat diperlukan untuk

menghasilkan grafik yang menarik. Pemilihan bentuk dan warna merupakan elemen penting dalam menghasilkan sesebuah grafik. Dengan kemajuan internet dan perisian komputer kerja yang sukar ini dapat diatasi Dengan siapnya tugasan ini memberikan satu dimensi baharu kepada saya Peranan ayat-ayat

tentang penggunaan ayat-ayat majmuk dalam sesuatu ayat.

majmuk dalam mencantumkan ayat dan mengurangkan pengulangan sesuatu perkataan menjadikan ayat-ayat tersebut lebih mudah difahami dan menarik untuk dipertuturkan dan diperdengarkan.

18

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. (1999). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Khir Mohd Nor. (1996). Laras bahasa, gaya dan ragam bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim.(2011). Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaihanim Zainal Abidin. (2010). Erti Sebuah Pengorbanan. Kuala Lumpur : KZ Berjaya Enterprise.

Internet http://rujuknota.blogspot.com/2009/08/jenis-ayat-majmuk.html http://www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_campuran/ayat_majmuk_campuran.htm

19

Anda mungkin juga menyukai