Anda di halaman 1dari 15

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Unit

10
TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, RANGKAI KATA DAN KATA MAJMUK.
HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. menggunakan tanda sempang bahasa Melayu dengan betul, ii. menggunakan imbuhan pinjaman, rangkai kata dan kata majmuk dalam bahasa Melayu dengan tepat.

Pengenalan
Fokus huraian unit ini adalah tentang penggunaan tanda sempang dalam bahasa Melayu dan penulisan imbuhan pinjaman, rangkai kata serta kata majmuk bahasa Melayu.

Penggunaan Tanda Sempang


Dalam penulisan, tanda sempang digunakan seperti berikut: 1. Bagi kata ulang yang diulang sepenuhnya, tanda sempang diletak pada bahagian kata yang diulang. Contoh: anai-anai anak- anak cantik-cantik conteng- conteng kura- kura kupu- kupu

215

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

biri-biri budak-budak

dalam- dalam hati-hati

sia- sia undang- undang

2. Bagi kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, tanda sempang diletak di antara kata dasar dan kata yang diulang. Contohnya: dolak-dalik gerak-geri gunung-ganang serba-serbi kucar-kacir kuih-muih lemah-lembut tunggang-langgang mandi-manda mundar-mandir ramah-tamah sedu-sedan

3. Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang diletak di antara bahagian-bahagian kata yang diulang. Contohnya: anak-anakan akhir-akhirnya bermain-main berpeluk-pelukan pijak-memijak bersiri-siri dibesar-besarkan ditinggal-tinggalkan karang-mengarang renung-merenung kait-mengait menangis-nangis melambai-lambai pukul-memukul sayang-menyayangi

4. Tanda sempang juga digunakan apabila kata ulang dijadikan bentuk dasar yang sekali gus mendapat awalan dan akhiran. Contohnya: dikucar-kacirkan disia-siakan diporak-perandakan mengucar-kacirkan

5. Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang huruf awalnya huruf besar. Contohnya: se-Nusantara se-Malaysia se-Tanah Melayu

216

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

6. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya:

anti-Rusia pro-Malaysia

hamba-Mu kepada-Nya

petunjuk-Nya rahmat-Nya

7. Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 70-an (tahun tujuh puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) 8. Tanda sempang juga digunakan untuk merangkaikan awalan ke- dengan angka. Contohnya: ke-12 (kedua belas) ke-100 (keseratus) ke-100, 000 (keseratus ribu) 9. Tanda sempang yang digunakan untuk menyatakan hubungan antara katakata pada rangkaian kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: duti anti-lambak (anti-dumping dutty) mikro-zat makanan (micronutrient) lima butir-isi peluru (load five rounds) larutan Kerbs-Ringer (Kerbs-Ringer Solution) nodus sino-atrium (sino-atrial node) antisiklon semi-kekal (semi-permanent anticyclone) perbadanan semi-awam (semi-public corporation) semi-berdaulat (semi-severeign) suai-iklim (acclimation) penyesuaian-ikliman (acclimatization)

217

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

10.1 Terangkan penggunaan tanda sempang dalam bahasa Melayu.

Penulisan Imbuhan Pinjaman


Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu, imbuhan-imbuhan pinjaman seperti ab-, anti-, bi-, dasa-, dwi-, eka-, hidro-, homo-, infra-, inter-, kontra-, maha-, makro, mikro-, mono-, panca-, pan-, poli-, pra-, re-, semi-, sub-, swa-, tata-, tele-, trans-, tuna-, ultra-, inter-, -isme, -ita, -man, -wan, dan -wati penulisannya dilakukan secara serangkai. Maksudnya imbuhan pinjaman itu dirangkaikan pada kata dasar. Contohnya:

Imbuhan pinjaman abantibidasadwiekahidrohomoinfrainterkontra-

Contoh perkataan abnormal antikerajaan, antitoksin biadab dasawarsa dwibulanan, dwibahasa ekafungsi, ekabahasa hidrometer homograf infrastruktur interlokal, interlingua, interaktif kontrarevolusi

218

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

mahamakromikromonopancapanpolipraproresemisubswatatateletranstunaultra-isme -ita -man -wan -wati

mahasiswi, mahaguru makroskopi mikrofilem monograf pancaindera panteisme politeknik prasangka, prasekolah, praijazah prokerajaan, prodemokrasi reaksi semiparasit, (semi-profesional) substandard, subtajuk, subgolongan swadaya tatabahasa, tatasusila telefoto transmigrasi tunasusila ultralembayung, ultrasonik impresionisme, kolonialisme biduanita seniman angkasawan seniwati

Penulisan kata Maha secara Terpisah


Dalam bahasa Melayu terdapat juga kata maha yang ditulis secara terpisah. Contohnya: Maha Besar Maha Mengetahui Maha Esa Maha Bijaksana Duli Yang Maha Mulia

219

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Ejaan bagi Kata Depan


Peraturan penulisan kata depan ejaan lama yang menggunakan tanda sempang ( - ) selepas kata depan di dan ke kini digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu. Kata depan ditulis secara berasingan atau terpisah. Contohnya:

Ejaan Lama di-atas di-bawah di-dalam di-pejabat di-sekolah di-Hotel Istana di-seluruh dunia di-England

Ejaan Baharu di atas di bawah di dalam di pejabat di sekolah di Hotel Istana di seluruh dunia di England

Kata depan ka- dalam ejaan lama diubah menjadi ke dalam ejaan baharu dan ditulis terpisah daripada kata yang mengikutnya. Contohnya: Ejaan Lama ka-atas ka-bawah ka-dalam ka-pejabat ka-sekolah ka-Hotel Istana ka-seluruh dunia ka-England Ejaan Baharu ke atas ke bawah ke dalam ke pejabat ke sekolah ke Hotel Istana ke seluruh dunia ke England

220

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Ejaan bagi Partikel


Ada empat jenis partikel dalam bahasa Malaysia, iaitu -lah, -kah, -tah dan -pun. Partikel -lah, -kah dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan lama ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya, tanpa sempang dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya: Ejaan Lama ada-lah datang-lah tolong-lah apa-kah apa-tah bila-tah Ejaan Baharu adalah datanglah tolonglah apakah apatah bilatah

Ada dua cara menulis partikel pun. Bagi partikel pun yang membawa makna juga ditulis berasingan atau terpisah daripada kata yang mendahuluinya. Contohnya: 1. Jika ibu pergi, anaknya pun ingin pergi. 2. Guru itu membaca buku di perpustakaan dan murid-muridnya pun membaca di perpustakaan. 3. Ahmad pergi ke Tanjong Malim dan Aminah pun pergi ke Tanjong Malim. Partikel pun yang satu lagi itu pula ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel tersebut, iaitu: adapun andaipun ataupun biarpun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun 221

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

kalaupun kendatipun mahupun

lagipun bagaimanapun

10.2 Terangkan penggunaan partikel dalam bahasa Melayu.

Ejaan bagi Kata Ganti Singkatan


Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis kata ganti singkatan, iaitu ku, kau, mu dan kau sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya: kuambil kulihat kuterima kauambil kaulihat kauterima

Kata ganti singkatan singkatan ku, mu dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya: hatiku cintaku untukku hatimu cintamu untukmu hatinya cintanya untuknya

222

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Kata ganti singkatan -mu dan -nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan ditulis dengan mengguna tanda sempang ( - ). Contohnya: Ampunkan hamba-Mu, ya Tuhanku Tolonglah hamba-Mu, ya Tuhanku Mereka memohon rahmat-Nya, hidayat-Nya dan petunjuk-Nya

Rangkai Kata
Dalam bahasa Melayu, rangkai kata juga dikenali sebagai frasa. Terdapat empat jenis rangkai kata atau frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ejaan bagi rangkai kata atau frasa tersebut ditulis secara terpisah seperti contoh berikut:

Ejaan Frasa Nama anak sulung burung putih rumah besar emas tulen kereta baharu perempuan gemuk hutan tebal ikan masin bangunan tinggi pemandangan indah udara nyaman zaman moden

Ejaan Frasa Kerja berjalan cepat bangun awal sembahyang subuh terbang tinggi menunai janji memancing ikan memelihara ayam datang lewat berlumba kuda membina bangunan memasak nasi menyanyi lagu kebangsaan

Ejaan Frasa Ejaan Frasa Adjektif Sendi Nama biru yang lembut di dapur hijau seperti warna di Kuala Lumpur daun tinggi gunung di dewan hitam manis merah saga masam seperti cuka merah muda panas terik pucat putih panjang lebar kurus kering lemah lembut ke pasar malam ke Amerika ke Jepun oleh Ahmad oleh mereka itu oleh polis tentang perkara itu tentang pendidikan moral tentang budaya kerja

223

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat bentuknya hingga tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contohnya kata majmuk kereta lembu tidak boleh disisipkan dengan perkataan itu atau yang menjadikan kereta itu lembu atau kereta yang lembu. Kata majmuk berbeza dengan dengan rantai kata atau frasa, kerana rangkai kata atau frasa boleh menerima penyisipan unsur lain, misalnya rangkai kata rumah rumah besar boleh disisipkan dengan perkataan yang menjadikan rumah yang besar. pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara, iaitu cara terpisah dan cara tercantum.

Kata Majmuk Ejaan Cara Terpisah


Kata majmuk yang dieja secara terpisah ini terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk daripada dua kata bebas. Contoh:

air batu air hujan alat tulis baju kemeja balai raya bandar raya bom tangan nuzul Quran peti besi periuk nasi ulat bulu

burung merpati daging lembu daun pandan dasar laut duta besar enam ratus ribu empat puluh lima pukat tunda ratu cantik terima kasih ular sawa

kapal terbang kapal korek kereta api kereta kebal kereta kuda meja tulis mesin jahit nasi minyak topi keledar tukang besi tukang rumah

Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus, baik istilah yang berbentuk daripada dua kata bebas mahupun tiga kata bebas dieja secara terpisah. Contoh:

224

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

batu kapur garis pusat kanta tangan kaedah bayar balik kawasan pinggiran kertas kerja kultur mutiara

lintasan bebas min mata pelajaran min jangka masa model linear nisbah bayar balik peledekan gambut

tanah gambut telefon dail terus tempoh pinjaman lesung sendi lintasan cahaya rumput ternak

Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja secara terpisah. Contoh: Duta Besar Ketua Menteri Ketua Setiausaha Negara Menteri Besar Naib Presiden Pegawai Daerah Profesor Madya Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Raja Muda Setiausaha Politik

Kata Majmuk Ejaan Cara Tercantum


Dalam bahasa Melayu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata lama tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. (Nik Safiah Karim dan rakan, 2003:75). Antara kata majmuk yang lama serta mantap dan dieja tercantum adalah seperti berikut: adakala antarabangsa apabila apahal apakala bagaimana barangkali beritahu bumiputera darihal daripada dinihari dukacita hulubalang jawatankuasa kadangkala kakitangan kepada kerjasama manakala olahraga padahal peribadi peribahasa

225

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

perikemanusiaan pesuruhjaya sediakala sepertimana setiausaha sukacita

sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara

Ejaan Tercantum yang Sudah Mantap


Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2003:75) telah menyenaraikan 15 perkataan yang terdiri daripada kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bnetuk kata dasar tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk perkataan tersebut ialah: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Ejaan Penggandaan Kata Majmuk


Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata majmuk itu sahaja, dan ejaannya dilakukan dengan cara meletakkan tanda sempang pada kata yang digandakan. Contohnya: alat-alat tulis balai-balai raya garis-garis pusat kapal-kapal terbang mata-mata pelajaran model-model linear Guru-guru Besar Naib-naib Cancelor Ketua-ketua Menteri Menteri-menteri Besar Perdana-perdana Menteri Timbalan-timbalan Perdana Menteri

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata majmuk sahaja, dan ejaannya dilakukan dengan cara meletakkan tanda sempang 226

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

pada kata yang digandakan seperti ditunjukkan dalam contoh di atas. Walau bagaimanapun, terdapat kekecualian bagi kata majmuk yang telah mantap, yakni penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur (Tatabahasa Dewan, 2008: 75). Contohnya: kakitangan-kakitangan jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya sukarela-sukarela warganegara-warganegara setiausaha-setiausaha

10.3 Terangkan penggunaan kata majmuk dalam bahasa Melayu.

227

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 10 10.1 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu menjelaskan cara-cara menggunakan tanda sempang bahasa Melayu dengan betul seperti yang diterangkan pada halaman 215 217, misalnya: tanda sempang diletak pada kata ulang, contoh: cantik-cantik, kupu-kupu tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama, contoh: anti-Amerika, petunjuk-Mu. 10.2 Bagi soalan ini, anda perlu: i. Menerangkan semua penggunaan partikel dalam bahasa Melayu seperti -lah, -kah, -tah, pun ii. Sertakan contoh-contoh penggunaannya dalam perkataan iii. Sila rujuk buku lain dan internet untuk maklumat tambahan. 10.3 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Menerangkan pengertian kata majmuk bahasa Melayu ii. Membezakan kata majmuk dengan frasa dan sertakan contohcontohnya sekali iii. Huraikan jenis-jenis kata majmuk tercantum dan kata majmuk terpisah, kemudian sertakan contoh-contohnya sekali iv. Sila rujuk buku Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan, Penerbit UPSI (2004), dll.

228

TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, / 10

Rujukan
Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood (2002). Kursus menguasai bahasa Melayu mudah. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Abdul Hamid Mahmood (2004). Kuasai sistem ejaan baharu bahasa Melayu melalui latihan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Abdul Hamid Mahmood (2010). Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood (2012). Gunakan Bahasa Melayu Yang Betul, Betulkan Kesalahan Bahasa Anda. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Nik Safiah dan rakan-rakan (2003). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

229

Anda mungkin juga menyukai