Anda di halaman 1dari 3

CONTOH MEMBUAT RANGKA KARANGAN [ Menggunakan Teknik Penulisan DiKeMaSeN]

Tajuk: Faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja pada masa kini

Pendahuluan:  [Ayat Topik] Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara.

[Ayat Huraian 1] Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka.

[Ayat Huraian 2] Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan
membangunkan negara.

Peribahasa] Bak kata peribahasa, “Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”

[Ayat Huraian 3] Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak
remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu.

[Ayat Penegas] Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk
sesebuah negara yang berjaya

Perenggan isi 1 (Faktor Diri)

[Ayat Topik] Seseorang itu mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya.

[Ayat Huraian 1] Hal ini demikian kerana seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding
keluarga.

[Ayat Huraian 2] Rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan
yang benar atau ke jalan yang songsang.

[Ayat Huraian 3] Para remaja ini akan saling mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu,
walaupun mereka tahu perkara itu salah.

[Ayat Penegas] Bak kata peribahasa, “menang jadi arang, kalah jadi abu”.

Perenggan isi 2 (Faktor Keluarga)

[Ayat Topik] Kesibukan ibu bapa menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak.

[Ayat Huraian 1] Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang
yang berguna.
[Ayat Huraian 2] Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak
dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
melakukan aktiviti yang salah.

[Ayat Huraian 3] Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata peribahasa,
“sudah terhantuk, baru tergadah”.

[Ayat Penegas] Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan penting agar anak-anak tidak
akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
songsang

Perenggan isi 3 (Faktor Masyarakat)

[Ayat Topik] Masyarakat yang tidak prihatin.

[Ayat Hurian 1] Masyarakat tidak ada kesedaran sivik untuk bersama-sama mempertahan keharmonian
hidup masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

[Ayat Huraian 2] Sikap masyarakat “acuh tak acuh” dan pentingkan diri sendiri menyebabkan tidak
ditegur dan dididik apabila bertingkah laku kurang sopan.

Ayat Huraian 3] Mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita dan
perlu lebih proaktif serta prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.

[Ayat Contoh] Sebagai contoh, jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan
mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa mereka.

[Ayat Penegas] Oleh itu, semua lapisan masyarakat harus menjadi masyarakat yang prihatin, proaktif
dan penyayang.

Perenggan isi 4 (Faktor Sekolah)

[Ayat Topik] Tekanan di sekolah juga merupakan punca dominan masalah sosial dalam kalangan remaja.

[Ayat Huraian 1] Tatkala remaja diberikan terlalu banyak kerja rumah atau tekanan untuk berjaya dalam
peperiksaan, mereka mudah mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan tekanan mereka.

[Ayat Contoh] Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah, melakukan vandelisme dan lain-lain.

[Ayat Huraian 2] Mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan asyik
menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di sekolah.

[Ayat Penegas] Jelaslah bahawa tekanan emosi yang dialami oleh remaja mendorong mereka untuk
terjebak dalam kancah negatif.
Perenggan isi 5 (Faktor Negara)

[Ayat Topik] Pelaksanaan prorgam yang dianjurkan oleh pihak kerajaan bagi membentuk sahsiah remaja
kurang efektif.

[Ayat Huraian 1] Hal ini menyebabkan masih banyak lagi dalam kalangan remaja mudah terpengaruh
dengan gejala-gejala yang negatif.

[Ayat Contoh] Contohnya, para remaja mudah terikut-ikut dengan budaya dan amalan hidup dari barat.

Perenggan Penutup.

Tuntasnya, semua pihak haruslah  memainkan peranan penting dan tanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Seperti kata peribahasa “Bersatu
kita teguh bercerai kita roboh”.

Anda mungkin juga menyukai