Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH SPRINGFIELD LATIHAN PENULISAN E-MEL RASMI Nama: ______________________________________ Kelas: ___________ SOALAN: Kamu dapati bahawa

pemilik-pemilik binatang peliharaan di kawasan kediaman kamu kurang bertanggungjawab dalam menjaga binatang peliharaan mereka. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk yang lain. Tulis e-emel kepada Pegawai Perhubungan Awam bagi Majlis Bandaran kawasan kediaman kamu untuk menerangkan masalah-masalah yang dihadapi. Nyatakan saranan-saranan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kamu dikehendaki menggunakan alamat e-mel yang berikut: Alamat pengirim: fauziah@e-warkah.com Alamat penerima: Mohd-Faisal@majlis_bandaran_summerville.com

Langkah 1: Kenal pasti jenis e-mel rasmi Penghargaan / Aduan / Laporan / Saranan / Permohonan Langkah 2: Fahami Soalan Dengan SAMMBoB Siapa Apa ( Kata kerja) Mengapa Mana Bila Bagaimana

Langkah 3 : Bentuk Perenggan Pendahuluan


Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ______________ ( Peranan anda : pelajar, penonton, penggunan dan sebagainya ) ingin ______________ ( membuat aduan, memberi saranan, memberi penghargaan dan sebagainya). Untuk pengetahuan Tuan, _____________________ a. Isikan informasi yang telah diperoleh daripada Soalan dengan menggunakan SAMMBoB b. Jelaskan Kesan / Perasaan setelah menjelaskan SAMMBoB

Dengan ini, ________________________ a. Jelaskan tujuaan menulis e-mel ini. ( Contoh: Dengan ini, saya ingin memberi beberapa saranan untuk mengatasi masalah ini)

Langkah 4 : Bentuk Perenggan ISI dengan menggunakan IBuKU


Gunakan IBuKU untuk membentuk perenggan Isi A. Isi 1 : Pelaku / penerima + kata kerja B. Bukti bagi kata kerja : Gunakan SAMMBoB untuk beri bukti C. Kesan bagi kata kerja ( Mulakan berfikir daripada sudut Diri sendiri, keluarga, teman, orang ramai, organisasi dan pemerintah) D. Ulasan : Gunakan Penanda wacana yang sesuai untuk TEKANKAN semula Isi

Dengan ini Banyak pihak yang berpendapat Amnya Sememangnya Lazimnya Sering kali kita Justeru itu

Contoh contohnya Sebagai contoh seperti yang boleh kita lihat Misalnya

Masa Akhirnya Pada masa yang sama Sesekali Dewasa ini Pada ketika itu Sebelum ini selepas itu Pada mulanya Semenjak itu Sementara itu Pada mulanya

Penutup Oleh itu Kesimpulannya Jelaslah Dapatlah disimpulkan bahawa Sesungguhnya Ringkasnya Pada keseluruhannya Tegasnya Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa

Langkah 5 : Bina Perenggan Penutup


1. Nyatakan harapan 2. Mempertimbangkan Saranan Saya berharap pihak Tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan yang telah dinyatakan dan mengambil langkah-langkah yang sebaiknya/sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Sekian. Terima kasih. Yang benar (Nama Pengirim)

Anda mungkin juga menyukai