Anda di halaman 1dari 26

Sekolah Menengah Dunearn 2007

Bengkel Bimbingan Peperiksaan Bahasa Melayu Peringkat GCE O Anjuran Sekolah Menengah Evergreen

Panduan dan Strategi Menulis Karangan Perbincangan 10hb March 2007


kegigihan dan ketekunan seseorang untuk memburu kejayaan bermula daripada tahap paling bawah sehingga ke titik akhir sebelum dapat meraih manfaatnya Nota-Nota Disediakan Oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi Ketua Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Menengah Dunearn
0
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

KANDUNGAN Pengenalan 1 2 Struktur Karangan Pendahuluan Karangan Jenis-Jenis Pendahuluan Pembinaan Bahagian Pengenalan Karangan Pembinaan Perenggan Isi Menulis Penutup Karangan Tak Berformat Karangan Jenis Huraian Jenis-Jenis Karangan Perbincangan Penanda Wacana Panduan Memahami Kehendak Soalan 1 2 3 4

3.

4. 5.

Lampiran Lampiran Lampiran Lampiran

1
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

PENGENALAN Karangan Perbincangan


Jenis karangan yang agak mencabar Sesuai untuk pelajar yang banyak berhujah, suka mengkritik dan mempersoalkan hal-hal semasa Calon bebas mengemukakan pendapat sama ada bersetuju atau membangkang atau keduaduanya sekali.(memberi kebaikan dan keburukan) Setiap hujah yang dikemukakan hendaklah disertai dengan alasan-alasan yang munasabah. Definisi tajuk mestilah tepat dan menarik minat pembaca. Hujah-hujah kamu dibincangkan secara logik.

Ciri-Ciri Karangan Jenis Perbincangan


Tidak mempunyai format khusus Tajuk yang diberikan selalu terbuka. Menghendakki calon membincangkan sesuatu topik yang khusus dan mencabar berdasarkan kehendak soalan. Menghendakki calon memberikan hujah-hujah yang logik, tepat dan idea yang bernas. Setiap hujah yang dikemukakan perlulah diterangkan atau dihuraikan dengan terperinci serta disokong dengan contoh atau bukti-bukti untuk menguatkan hujah/isi karangan. Menguji kemampuan calon mengemukakan hujah atau fakta-fakta yang relevan dengan soalan yang dikemukakan. Biasanya soalan perbincangan jelas kehendaknya, iaitu dengan kata-kata Bincangkan.

Asas Karangan Yang Perlu Dikuasai Oleh Calon


Sebelum kamu menulis karangan beberapa asas mengarang mestilah kamu kuasai terlebih dahulu. Antara asas tersebut ialah : menulis pendahuluan menulis perenggan menulis penutup menganalisis soalan merangka karangan merancang penulisan merancang masa menyemak hasil penulisan

2
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

I. STRUKTUR KARANGAN
Setiap karangan yang ditulis mestilah mempunyai 3 komponen, iaitu : Pengenalan/Pendahuluan/Mukadimmah (Latar belakang persoalan, definisinya dan isi utama persoalan yang ditanya) Isi Sokongan (antara 4 atau 5 perenggan) (Sekurang-kurangnya 5 fakta untuk ditulis dengan setiap fakta dihuraikan dalam 1 perenggan fakta, huraian, contoh-contoh) Kesimpulan Harus membuat rumusan / kesimpulan Mengemukakan langkah-langkah bagi mengatasi Ketiga-tiga komponen inilah yang membentuk organisasi karangan. Jika salah satu daripada komponen ini tidak ada maka karangan itu akan dianggap tidak utuh atau longgar organisasinya.

II.

PENDAHULUAN KARANGAN

Fungsi Pendahuluan
v Menarik perhatian dan minat v Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam karangan v Menjelaskan tema karangan secara ringkas dan bertepatan dengan kehendak soalan

Ciri-Ciri Pendahuluan Yang Baik


v v v v v v Tepat dengan kehendak soalan Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan Menggunakan bahasa yang tepat dan jelas Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan Ditulis dalam satu perenggan Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan

A.

Jenis-Jenis Pendahuluan

Terdapat pelbagai jenis pengenalan yang boleh digunakan oleh pelajar bagi menarik minat dan perhatian pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan karangan kamu. Antaranya adalah seperti berikut: Pendahuluan Pendahuluan Pendahuluan Pendahuluan Pendahuluan Pendahuluan Pendahuluan Jenis Jenis Jenis Jenis Jenis Jenis Jenis Definisi Pendapat Suasana Persoalan Peribahasa Cerita Ringkas/Anekdot Gabungan

3
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

1.

Pendahuluan Jenis Definisi


Memberikan takrif, makna, atau definisi tentang sesuatu tajuk yang dikemukakan.

Contoh Skop : Kenakalan Remaja Tajuk : Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Kenakalan Remaja dan Akibat-akibat Yang Mungkin Timbul (Soalan GCE O Nov 2000) Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kenakalan bermakna perihal nakal atau kejahatan dan remaja pula adalah mereka yang sudah akal baligh, dewasa dan cukup umur untuk berkahwin. Kenakalan tergolong dalam perbuatan mencuri, melepak, merokok, merosakkan harta benda awam dan sebagainya. Sejak akhir-akhir ini masalah kenakalan remaja semakin meningkat dan ia bermaharajalela bukan sahaja di kalangan masyarakat kita malah kini berleluasa dan telah menjadi gejala dunia. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenakalan remaja. Apakah akibat-akibat yang mungkin timbul disebabkan kenakalan remaja?

2.

Pendahuluan Jenis Pendapat


Mengajukan kata tokoh-tokoh berwibawa dan pemimpin tentang sesuatu isu yang dikemukakan

Contoh Skop: Gejala Seks Rambang Tajuk : Punca-Punca dan Langkah-Langkah Mengatasi Gejala Seks Rambang. Menurut Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air usaha menangani masalah keseksualan remaja melalui kempen lebih seksi katakan tidak, baru mencapai tahap pertamanya. Ternyata banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi, terutama menyasarkan golongan yang sudah pun terlanjur. Mungkin dengan usaha selanjutnya ini, menjauhi seks rambang akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Kenyataan ini menunjukkan betapa masalah seks rambang semakin berleluasa dan langkah-langkah berterusan harus diambil untuk menanganinya. Apakah punca-puncanya? Apakah pula langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah yang semakin ruwet ini?

3.

Pendahuluan Jenis Suasana


Dimulakan dengan mengemukakan keadaan atau situasi semasa

Contoh Skop: Kecemerlangan Akademik Tajuk:Galakan dan bimbingan ibu bapa adalah merupakan punca utama kejayaan cemerlang seseorang pelajar. Bersetujukah kamu? (Soalan GCE "O" Jun 1980) Setiap kali keputusan peperiksaan rasmi diumumkan, kita akan melihat betapa cerianya wajah pelajar-pelajar yang berjaya. Ada yang melonjak riang. Ada yang menitiskan air mata keriangan. Tidak kurang juga pelajar yang berpelukan sesama mereka bagi melahirkan perasaan gembira meraikan kejayaan yang diperoleh. Guru-guru dan ibu bapa dengan pantas mengucapkan tahniah dan menjabat tangan tanda penghargaan. Tetapi terfikirkah kita siapakah tulang belakang di sebalik kejayaan cemerlang seseorang pelajar? Adakah guru-guru, kelas tuisyen atau pun kerana galakan dan bimbingan ibu bapa? Saya bersetuju seratus-peratus bahawa galakan dan bimbingan ibu bapa adalah merupakan punca utama kejayaan cemerlang seseorang pelajar.

4
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

4.

Pendahuluan Jenis Persoalan


Menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan

Contoh Skop : Kad Kredit Tajuk : Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit Mengapa kita menggunakan kad kredit? Tanpa kad kredit, apakah diri akan dituduh ketinggalan zaman? Jika orang dewasa menggunakan kad kredit, bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi bagi remaja yang baru bekerja atau masih menuntut menggunakan kad kredit, memang membimbangkan kita. Mungkin mereka menganggap kad kredit lambang prestij, selain mudah kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Tetapi persoalannya, benarkah kad kredit lambang manusia berprestij atau sebenarnya mereka ingin menunjukkan kemegahan sebagai manusia berwang walaupun sebenarnya akaun simpanan kosong? Sebenarnya kita bangga jika remaja kita menjadi manusia yang berkerjaya, berwang, mahu bersaing dengan orang lain, dan tidak mahu diri diperkecilkan oleh orang lain. Sikap tersebut memang baik jika ada dalam diri, tetapi adakah kad kredit harus diberi keutamaan atau menjadi agenda utama hidup remaja?

5.

Pendahuluan Jenis Peribahasa


Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.

Contoh Tajuk: Semangat Kejiranan Skop : Huraikan bagaimana semangat hidup kejiranan dapat dipupuk di kalangan penduduk Singapura. (Soalan GCE O Jun 1983) Semenjak kebelakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong semakin tipis dalam masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, dan : hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah menjadi pegangan hidup masyarakat kita, tetapi kini peribahasa ini tidak lagi menjadi pegangan hidup masyarakat. Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan masing-masing perahu, masing-masing kayuh. Jadi, bagaimanakah kita hendak memupuk semangat hidup kejiranan di kalangan penduduk Singapura?

6.

Pendahuluan Jenis Cerita Ringkas atau Anekdot


Menggunakan cerita ringkas atau anekdot

Contoh Skop : Kenakalan Remaja Tajuk: Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya kenakalan remaja dan akibat-akibat yang mungkin timbul (Soalan GCE O Jun 2000)

5
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Muka Encik Ramli merah padam apabila menerima panggilan telefon daripada pengetua sekolah. Aiman ponteng sekolah lagi. Puan Azizah yang meluru keluar dari arah dapur terpaku sebentar mendengar rungutan suaminya tentang anak tunggal mereka yang sering menimbulkan masalah. Ini adalah secebis daripada permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa masa kini. Dalam banyak situasi masyarakat sering menyalahkan ibu bapa apabila berlaku kenakalan remaja. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku? Apakah pula akibat-akibat yang mungkin akan timbul. Langkah mengatasinya haruslah diambil segera supaya masalah ini tidak berpanjangan.

7.

Pendahuluan Jenis Gabungan


Menggabungkan 2 atau lebih mana-mana jenis pendahuluan. Mulakan dengan mana-mana jenis perenggan dan diikuti oleh perenggan jenis lain.

Contoh Skop : Penyalahgunaan Dadah Tajuk:Apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh orang ramai di Singapura bagi membantu pemerintah menghapuskan kegiatan penyalahgunaan dadah. (Soalan GCE Jun 1982) Masalah penyalahgunaan dadah tidak sudah-sudah dibicarakan. Pelbagai usaha dilakukan untuk membendung masalah tersebut, tetapi jumlah penyalahgunaan najis dadah khususnya dadah Subutexs terus meningkat. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Sikap menuding jari tidak akan menguntungkan sesiapa. Memang banyak usaha membendung masalah ini, tetapi semuanya hangat-hangat tahi ayam. Kini lebih ratusan belia menjalani pemulihan di pusat-pusat pemulihan dadah Singapura. Kajian menunjukkan, mereka yang keluar dari pusat tersebut akan menagih semula. Adakah pusat pemulihan tersebut tidak memberi sebarang kesan atau sebenarnya masalah penyalahgunaan najis dadah sukar untuk dihapuskan. Apakah langkah-langkah yang patut dilakukanoleh orang ramai untuk membantu pemerintah menghapuskan kegiatan penyalahgunaan dadah?

B. PEMBINAAN BAHAGIAN PENGENALAN KARANGAN


Seboleh-bolehnya pengenalan mengandungi 3 bahagian, iaitu penyataan umum tentang tajuk, penjelasan tentang tajuk, dan ayat yang membayangkan isi-isi sokongan yang dibentangkan untuk menyokong kehendak tajuk Soalan Contoh Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh pelajar contoh? (Soalan GCE O Nov 2006) Pernyataan 'Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara' merupakan slogan yang sering umum tentang dilaung-laungkan pada masa ini. Slogan ini bermaksud golongan remaja tajuk merupakan aset dan tunggak negara. Penjelasan Malangnya penyakit sosial seperti keterlanjuran remaja, penyalahgunaan tentang tajuk Subutexs, jenayah di kalangan remaja semakin serius. Masalah ini ibarat duri dalam daging. Sekiranya masalah ini berterusan Singapura tidak akan mempunyai pemimpin pelapis pada masa hadapan. Ayat yang membayangkan isi sokongan Justeru, kita harus melahirkan remaja yang menjadi contoh ikutan remaja yang lain. Persoalannya apakah ciri-ciri pelajar contoh?

6
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

C.

PEMBINAAN PERENGGAN ISI

Karangan ialah himpunan perenggan yang dibentuk dengan menggunakan ayat sempurna dari segi makna dan tatabahasanya. Ayat pula dibentuk untuk mengembangkan isi. Dalam membentuk sesebuah perenggan, sebaik-baiknya setiap perenggan mempunyai satu isi sahaja. Jangan mencampuradukkan beberapa fakta dalam satu perenggan. Jika kamu melakukan hal ini, maka tumpuan pembaca akan terganggu dan mengelirukan fokus sebenar yang ingin disampaikan. Setiap perenggan yang lengkap mesti disertakan isi penting, huraian dan contoh yang sesuai. Terdapat dua jenis perenggan bagi membina isi, iaitu: (a) Perenggan deduktif (b) Perenggan induktif

Perenggan Deduktif
Perenggan deduktif didahului dengan isi, diikuti dengan huraian, dan seterusnya dimasukkan beberapa contoh yang sesuai.

Isi

Deduktif

Huraian

Contoh
Tajuk:Disiplin Skop: Punca-punca kemerosotan disiplin di kalangan pelajar dan langkah-langkah mengatasinya. Pengaruh persekitaran terutamanya media massa turut mengakibatkan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar. Media massa seperti televisyen, video, dan lain-lain yang bertemakan keganasan dan kelucahan disalurkan tanpa pengawalan sehingga menjadi ikutan para pelajar. Kini para pelajar terlibat dalam kegiatan negatif seperti merokok, menyimpan rambut panjang, kurang sopan terhadap guru, dan mencuri barang-barang pelajar lain. Apabila di soal siasat, 50% mengaku bahawa meniru idea daripada televisyen, iaitu melalui tindak tanduk pelakon, artis atau filem-filem yang dipaparkan.

7
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Isi Pengaruh persekitaran terutamanya media kemerosotan disiplin di kalangan pelajar. massa turut mengakibatkan

Huraian

Media massa seperti televisyen, video, dan lain-lain yang bertemakan keganasan dan kelucahan disalurkan tanpa pengawalan sehingga menjadi ikutan para pelajar. Kini para pelajar terlibat dalam kegiatan negatif seperti merokok, menyimpan rambut panjang, kurang sopan terhadap guru, dan mencuri barang-barang relajar lain. Apabila di soal siasat, 50% mengaku bahawa meniru idea daripada televisyen, iaitu melalui tindak tanduk pelakon, artis atau filem-filem yang dipaparkan.

Contoh

Perenggan Induktif
Perenggan ini didahului dengan huraian isi, diikuti dengan contoh-contoh, dan diakhiri dengan isi penting.

Huraian

Deduktif

Contoh

Isi
Tajuk : Disiplin Skop : Punca-punca pelajar kemerosotan disiplin di kalangan pelajar dan langkah-langkah mengatasinya. Media massa seperti televisyen, video, dan lain-lain yang bertemakan keganasan dan kelucahan disalurkan tanpa pengawalan sehingga menjadi ikutan para pelajar. Kini para pelajar terlibat dalam kegiatan negatif seperti merokok, menyimpan rambut panjang, kurang sopan terhadap guru, dan mencuri barang-barang pelajar lain. Apabila di soal siasat, 50% mengaku bahawa meniru idea daripada televisyen, iaitu melalui tindak tanduk pelakon, artis atau filem-filem yang dipaparkan. Ini menggambarkan bahawa pengaruh persekitaran, terutamanya media massa turut mengakibatkan kemerosotan disiplin di kalangan remaja.

8
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Huraian Media massa seperti televisyen, video, dan lain-lain yang bertemakan keganasan dan kelucahan disalurkan tanpa pengawalan sehingga menjadi ikutan para pelajar. Kini para pelajar terlibat dalam kegiatan negatif seperti merokok, menyimpan rambut panjang, kurang sopan terhadap guru, dan mencuri barang-barang pelajar lain. Apabila di soal siasat, 50% mengaku bahawa meniru idea daripada televisyen, iaitu melalui tindak tanduk pelaron, artis atau filem-filem yang dipaparkan. Ini menggambarkan bahawa pengaruh persekitaran, terutamanya media massa turut mengakibatkan kemerosotan disiplin di kalangan remaja.

Contoh

Isi

C. MENULIS PENUTUP
Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan. Merupakan pandangan akhir penulis terhadap isu yang dibincangkan dan mempunyai kaitan yang erat dengan isi-isi karangan. Beberapa perkara penting harus diambil perhatian semasa menulis penutup. Antaranya ialah : (i) Kesimpulan mesti lembut tetapi berkesan. ( ii ) Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan. ( iii ) Gunakan penanda wacana yang sesuai yang memberi gambaran kepada pembaca bahawa karangan itu sudah tamat.

Penanda wacana yang sesuai digunakan ialah :Oleh yan Kesimpulannya, Jelaslah kepada kita Natijahnya, ... Pada keseluruhannya, ... Rumusannya ialah Kesimpulan daripada perbincangan di atas ialah ... Daripada perbincangan tadi, saya merumuskan bahawa Daripada perbincangan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa ... INGAT! Perenggan kesimpulan perlu mengandungi 4 perkara berikut :

9
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

Perenggan Penutup Rumusan

Penutup

Cadangan

Harapan

Pendirian
Tajuk : Membaca Skop : Faedah Membaca (Soalan GCE O 1976) Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa tabiat membaca perlu dipupuk dalam kehidupan seharian kita. Sebagai rakyat yang prihatin, perlulah kita sedar bahawa ilmu pengetahuan dapat menjadikan rakyat Singapura suatu bangsa yang berilmu, bertamadun, dan berwawasan. Oleh itu, kita perlu menanam budaya membaca di kalangan generasi muda agar mereka dapat mengamalkan tabiat membaca sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dengan ini, cita-cita untuk melahirkan masyarakat yang progesif, dinamis dan beraspirasi akan menjadi kenyataan. Kesimpulan/ Rumusan Cadangan Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa tabiat membaca perlu dipupuk dalam kehidupan seharian kita. Sebagai rakyat yang prihatin, perlulah kita sedar bahawa ilmu pengetahuan dapat menjadikan rakyat Singapura suatu bangsa yang berilmu, bertamadun, dan berwawasan. Oleh itu, kita perlu menanam budaya membaca di kalangan generasi muda agar mereka dapat mengamalkan tabiat membaca sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Harapan

10
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Pendirian Dengan ini, cita-cita untuk melahirkan masyarakat yang progresif, dinamis dan beraspirasi akan menjadi kenyataan.

Hal ini dapat digambarkan seperti berikut : Rumusan tentang semua isi yang telah dibincangkan. Cadangan penulis secara keseluruhan tentang isu yang dibincangkan. Harapan penulis tentang cadangan di atas. Pendirian penulis tentang isu tersebut.

11
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

III. KARANGAN TAK BERFORMAT


Karangan jenis tak berformat merujuk kepada sekumpulan esei yang tidak mempunyai sebarang ciri fizikal khusus. Karangan jenis ini memerlukan penulisan dalam bentuk wacana yang terdiri daripada pendahuluan, perenggan-perenggan isi dan diakhiri dengan penutup. Namun begitu karangankarangan ini juga perlu memenuhi beberapa ketetapan berdasarkan penjenisannya. Kita perhatikan setiap satunya dengan terperinci.

1.

HURAIAN

Karangan jenis huraian boleh dianggap sebagai salah satu jenis karangan yang termudah di antara karangan-karangan jenis tak berformat. Secara kasar "huraian" membawa erti yang sama dengan "pengembangan", "penjelasan" dan "penerangan." Tajuk karangan jenis ini biasanya terdiri daripada satu pernyataan. Kamu hanya perlu memberikan hujah-hujah untuk menerangkan, menyetujui dan mengukuhkan pernyataan tersebut. Perhatikan contoh soalan ini. Pembinaan Kasino Mendatang Kebaikan Kepada Negara. Huraikan Perhatikan bahawa tajuk itu sendiri merupakan satu pernyataan atau keputusan iaitu sukan membawa kebaikan kepada sesebuah negara. Oleh itu, tugasan kamu sebagai penghurai hanyalah membuktikan pernyataan tersebut. Oleh itu kamu perlu memberikan isi-isi atau berhujah bagaimana sukan membawa kebaikan kepada sesebuah negara. Maka format karangan ini adalah seperti berikut.

PENDAHULUAN
Kasino suatu hiburan yang popular bagi golongan kaya Suatu skim cepat kaya Menyedikan peluang berjudi bagi golongan yang kaki judi Membawa pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya dari segi sosial

ISI 1
Meningkatkan daya tarikan pelancong Merancakkan semula industri pelancongan yang semakin pudar Menjadikan Singapura lebih kompetitif

ISI 2
Menyediakan peluang pekerjaan Mengurangkan kesan yang timbul akibat kemelesetan ekonomi Mereka ayng menganggur akan dapat pekerjaan Penting bagi menjana penakatan Singapura

ISI 3
Satu sumber hiburan Selamat (di dalam negara sendiri) dan murah Dapat menyekat pengaliran kewangan ke luar negara

12
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

ISI 4
Menggalakkan pelaburan Menggalakkan pelaburan asing Meningkatkan daya saing Singapura

ISI 5
Meningkatkan hasil mahsul negara Pengaliran mata wang asing ke Singapura Para pelancong akan berbelanja dan menghabiskan wang mereka di Singapura

PENUTUP
Daripada perbincangan di atas jelaslah pembinaan kasino mendatangkan banyak kebaikan Sokong Pro sahaja

Seterusnya perhatikan tajuk ini. Sebahagian besar masalah disiplin di kalangan pelajar hari ini berpunca daripada keluarga mereka sendiri. Huraikan. Kamu mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan pernyataan tersebut. Ini kerana kita semua sedar bahawa selain daripada masalah keluarga tersebut terdapat pelbagai faktor yang turut menyumbang ke arah gejala ini. Di antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, persekitaran, media massa dan sebagainya. Namun begitu karangan ini menghendaki kamu hanya menghuraikan pernyataan yang diberikan. Dengan kata lain kamu tidak diberikan ruang untuk menyatakan pandangan kamu tentang pernyataan tersebut. Tugasan kamu hanyalah membuktikan atau menyokong pernyataan tersebut. Secara ringkas karangan tersebut akan berbentuk seperti ini:

PENDAHULUAN
Pelajar hari ini merupakan pemimpin akan datang Mereka menjadi harapan negara Malangnya ramai di antara mereka yang terpesong daripada norma hidup yang diterima masyarakat Ini boleh diperhatikan daripada peningkatan kes-kes disiplin di sekolah-sekolah Rata-rata dipersetujui bahawa punca utamanya ialah kepincangan di dalam keluarga mereka sendiri

ISI 1
Buktikan bahawa Masalah Disiplin Pelajar Berpunca Dari Rumah Ibu bapa sibuk dengan kerjaya Anak-anak terabai Kurang jagaan/didikan moral/agama Tidak tahu membezakan perbuatan baik daripada jahat

13
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

ISI 2
Buktikan bahawa Masalah Disiplin Pelajar Berpunca Dari Rumah Ibu bapa sibuk Anak-anak ketandusan kasih sayang Terlalu bergantung kepada rakan sebaya Sanggup menyahut cabaran rakan sebaya agar diterima dalam kumpulan Ada masanya melanggar peraturan untuk memuaskan rakan

ISI 3
Buktikan bahawa Masalah Disiplin Pelajar Berpunca Dari Rumah Ibu bapa memberi kebebasan berlebihan kepada anak Menyemaikan keberanian membuta tuli Kebebasan yang sama diharapkan oleh anak di sekolah Peraturan dianggap menjadi kongkongan Mula menentang peraturan (kongkongan) tersebutt

ISI 4
Buktikan bahawa Masalah Disiplin Pelajar Berpunca Dari Rumah Ibu bapa terlalu memanjakan anak (anak emas) Berkompromi dengan kesalahan yang dilakukannya Menentang pihak sekolah yang mengambil tindakan terhadap anak-anak mereka Ini memberi keberanian kepada anak-anak untuk melanggar peraturan

ISI 5
Buktikan bahawa Masalah Disiplin Pelajar Berpunca Dari Rumah Ibu bapa menjadi teladan negatif Akhlak ibu bapa rendah Ada ibu bapa yang melakukan jenayah/maksiat Anak-anak memandang tinggi kepada ibu bapa/cuba mencontohi mereka

PENUTUP
Jelaslah bahawa sikap negatif anak-anak berpunca daripada ibu bapa mereka sendiri Tidak boleh salahkan sebarang pihak lain Para ibu bapa harus menyedari perkara ini Mereka perlu lebih bertanggungjawab dan menjalankan peranan dengan lebih berkesan

14
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

2. PERBINCANGAN
Ini merupakan satu bentuk karangan yang bertentangan dengan karangan jenis huraian. Berbeza dengan karangan jenis huraian yang menghendaki kamu akur terhadap pernyataan yang diberikan, karangan jenis perbincangan pula menghendaki kamu memberikan pendapat yang berbeza untuk isu yang sama. Karangan jenis perbincangan boleh dikelompokkan kepada 3 kategori :

Jenis-Jenis Karangan Perbincangan

Perbincangan

Berkecuali Berpihak

Huraian

A. PERBINCANGAN BERKECUALI
Secara kasar istilah "perbincangan" atau bincangkan membawa maksud memberikan pandangan pro (bersetuju) dan kontra (tidak bersetuju/ menyangkal ) terhadap sesuatu isu. Perbincangan berkecuali bermaksud kamu memberikan kedua-dua pandangan ini dalam satu karangan secara seimbang tanpa berpihak kepada pro atau kontra. Dengan kata lain, kamu hanya bertugas sebagai pembentang kedua-dua aspek ini untuk renungan pembaca. Sebagai contoh perhatikan tajuk yang berkaitan dengan pembinaan kasino sekali lagi. Bincangkan Kebaikan dan Keburukan Pembinaan Kasino. Dalam menjawab soalan di atas kamu perlu memberikan kebaikan (pro) dan juga keburukannya terhadap pelajar (kontra). Maka rangka untuk karangan ini adalah seperti berikut:

PENDAHULUAN
Kasino suatu hiburan yang popular bagi golongan kaya Suatu skim cepat kaya Menyedikan peluang berjudi bagi golongan yang kaki judi Membawa pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya dari segi sosial

15
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

ISI 1 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


Meningkatkan daya tarikan pelancong Merancakkan semula industri pelancongan yang semakin pudar Menjadikan Singapura lebih kompetitif

ISI 2 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


Menyediakan peluang pekerjaan Mengurangkan kesan yang timbul akibat kemelesetan ekonomi Mereka yang menganggur akan dapat pekerjaan Penting bagi menjana penakatan Singapura

ISI 3 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


Satu sumber hiburan Selamat (di dalam negara sendiri) dan murah Dapat menyekat pengaliran kewangan ke luar negara

ISI 4 (KONTRA - PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBURUKAN)


Mulakan dengan pengenalan ringkas sebagai pembuka untuk mengalihkan pandangan pro kepada kontra Pengenalan Pembinaan kasino juga membawa keburukan Banyak kajian menunjukkan kasino menjadi peunca berbagai masalah sosial Menggalakkan perjudian Menggalakkan sikap boros Menjadi ikutan rakyat Singapura Bercanggah dengan nilai murni di Timur / agama Islam

ISI 5 (KONTRA - PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBURUKAN)


Masalah Muflis Ramai yang jatuh muflis dan menanggung hutang/melakukan jenayah Bunuh diri akibat kalah di medan perjudian

ISI 6 (KONTRA - PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBURUKAN)


Menjejaskan masa depan Ada rakyat yang ketagih dengan perjudian Mengabaikan pekerjaan dan rumah tangga Menanggung hutang keliling pinggang Masalah perceraian

PENUTUP
16
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Daripada perbincangan di atas jelaslah pembinaan kasino ada pro dan kontra Sokong pro Kewujudan kasino membawa pulangan yang lumayan dari aspek ekonomi Sokong kontra Pemerintah boleh membina kasino dengan sisitem pengawalan yang menyeluruh. Mereka harus mengadakan langkah-langkah tertentu bagi mengurangkan kesan sosial yang mungkin timbul akibat pembinaan kasino.

B. PERBINCANGAN BERPIHAK
Perbincangan berpihak tidak jauh bezanya dengan perbincangan berkecuali. Hanya pemberatan isinya sahaja yang berbeza. Dalam karangan perbincangan berkecuali kita memberi pemberatan yang sama terhadap isi-isi pro dengan kontra dari segi bilangannya yakni tiga untuk setiap satu. Sekiranya kamu berpendapat salah satu daripada aspek tersebut sepatutnya diberi penekanan yang berlebihan (katakan kamu berpendapat kebaikan pembinaan kasino mengatasi keburukannya), maka kamu boleh menambahkan isi untuk aspek tersebut (dalam kes ini pastikan isi-isi pro yakni kebaikan pembinaan kasino melebihi isi kontra iaitu keburukan pembinaan kasino) dan mengurangkan isi untuk aspek satu lagi. Maka untuk tajuk di atas rangka untuk perbincangan berpihak akan berbentuk begini.

Pembinaan Kasino lebih Banyak Daripada Keburukan. Bincangkan. PENDAHULUAN

Mendatangkan

Kebaikan

Kasino suatu hiburan yang popular bagi golongan kaya Suatu skim cepat kaya Menyedikan peluang berjudi bagi golongan yang kaki judi Membawa pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya dari segi sosial

PENDIRIAN
Saya bersetuju dengan pernyataan di atas tetapi tidak seratus peratus Memang saya tidak menafikan bahawa pembinaan kasino membawa kebaikan khusunya dari segi ekonomi. Salah satu kebaikannya ialah

ISI 1 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


Meningkatkan daya tarikan pelancong Merancakkan semula industri pelancongan yang semakin pudar Menjadikan Singapura lebih kompetitif

ISI 2 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


17
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007 Menyediakan peluang pekerjaan Mengurangkan kesan yang timbul akibat kemelesetan ekonomi Mereka ayng menganggur akan dapat pekerjaan Penting bagi menjana penakatan Singapura

ISI 3 (PRO-PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBAIKAN)


Satu sumber hiburan Selamat (di dalam negara sendiri) dan murah Dapat menyekat pengaliran kewangan ke luar negara

ISI 4 (KONTRA PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBURUKAN)


Mulakan dengan pengenalan ringkas sebagai pembuka untuk mengalihkan pandangan pro kepada kontra Pengenalan Pembinaan kasino juga membawa keburukan Banyak kajian menunjukkan kasino menjadi peunca berbagai masalah sosial Menggalakkan perjudian Menggalakkan sikap boros Menjadi ikutan rakyat Singapura Bercanggah dengan nilai murni di Timur / agama Islam

ISI 5 (KONTRA - PEMBINAAN KASINO MEMBAWA KEBURUKAN)


Masalah Muflis Ramai yang jatuh muflis dan menanggung hutang/melakukan jenayah Bunuh diri akibat kalah di medan perjudian

PENUTUP
Daripada perbincangan di atas jelaslah pembinaan kasino ada pro dan kontra Walaubagaimanapun terdapat lebih pro daripada kontra Sokong pro sahaja

Perhatikan bahawa perbezaan yang paling ketara di antara perbincangan berkecuali dengan berpihak dapat diperhatikan pada penutupnya. Berbeza dengan penutup perbincangan berpihak yang memerlukan kamu memberikan sokongan kepada kedua-dua aspek pro dan kontra, kini kamu hanya perlu menegaskan aspek yang kamu lebihkan dalam perbincangan kamu. Dalam kes ini penutup kamu akan bersandar kepada pegangan pembinaan kasino membawa lebih banyak kebaikan dan oleh itu kasino harus diberikan kesempatan untuk wujud agar dapat meraih pelangan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan

18
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

CONTOH PENUTUP PERBINCANGAN BERPIHAK


Melalui perbincangan di atas jelaslah kepada kita bahawa pembinaan kasino membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Oleh itu, pemerintah seharusnya mengenakan kawalan yang sewajarnya bagi mengurangkan kesan-kesan sosial. Masyarakat seharusnya mengikis anggapan kolot bahawa pembinaan kasino akan mengheret rakyat Singapura ke jalan yang menyesatkan. Sebaliknya kita harus melihat daripada aspek positifnya. Kasino harus diberikan kesempatan untuk wujud agar negara dapat meraih pelangan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan.

C. PERBINCANGAN HURAIAN
Walaupun perbincangan biasanya ditakrifkan sebagai pembentangan hujah oleh dua pihak atau pembentangan dua aspek berbeza yang bertolak daripada isu yang sama, kita tidak boleh melupakan hakikat bahawa istilah "perbincangan" juga boleh membawa maksud "diskusi" atau "penerangan". Maka sesetengah tajuk karangan yang menggunakan istilah ini hanya menghendaki kamu membentangkan isi-isi sebagaimana sebuah karangan huraian biasa. Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya boleh digunakan sekiranya tajuk yang diberikan tidak memungkinkan pembentangan dalam bentuk pro dan kontra. Perkara ini biasanya terjadi kerana tidak ada isi-isi yang konkrit atau bernas untuk aspek kontra di dalam isu tersebut. Sebagai contoh, perhatikan tajuk di bawah:

Nilai-nilai murni harus disemaikan di jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Bincangkan.
Sekiranya kita menggunakan kaedah perbincangan pro dan kontra untuk tajuk di atas maka isi-isi pronya ialah "nilai-nilai murni harus disemaikan di jiwa anak-anak sejak kecil lagi". Kita pasti boleh membeikan alasan yang kukuh untuk perkara ini. Ini kerana kita semua sedia maklum akan peribahasa "melentur buluh biar dari rebungnya". Namun begitu isi-isi kontranya pula perlu menjelaskan konsep "nilai-nilai murni tidak harus disemaikan di jiwa anak-anak sejak kecil lagi". Perkara ini pastinya tidak berasas. Sukar untuk kita memberikan dalil atau rasional mengapa kita tidak harus menyemaikan nilai-nilai murni pada diri seseorang ketika dia masih berada di dalam usia yang muda. Oleh yang demikian perbincangan di sini boleh diertikan sebagaikan terangkan atau huraikan pernyataan di atas semata-mata. Dengan kata lain keseluruhan karangan ini memerlukan kita mengemukakan hujah-hujah mengapa kita harus menyemaikan nilai-nilai murni pada diri seseorang ketika dia masih kecil.

19
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

IV. PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN


Pengunaan penanda wacana amat perlu, khasnya semasa menyambung ayat denganayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan berhati-hati akan dapat melahirkan ayat-ayat dan perenggan-perenggan yang berkesinambungan, gramatis, dan bermakna. Penanda wacana dapat dibahagi-bahagikan kepada beberapa jenis fungsi dan penggunaannya. Antaranya ialah: Fungsi a) Tambahan b) Urutan c) Contoh d) Pernyataan semula e)Rumusan f) Tempat g) Waktu h)Sebab dan kesan i) Bandingan j)Pertentangan k)Persetujuan Contoh Dan, serta, juga, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, berikutnya, di samping Pertama, kedua, ketiga, seterusnya, selepas itu, kemudian dari itu, berikutan dengan, akhirnya, menyusul kemudian Seperti, ibarat, contohnya, laksana, macam, umpama, seumpama, bagai, sebagai, bak kata Iaitu, yakni, ialah, adalah, sebenarnya, dengan kata-kata lain, seperti yang diterangkan Kesimpulannya, rumusannya, dengan ringkas, sebagai kesimpulan, secara ringkas, akhir kata Di mana, di luar, di dalam, di sana, di sini, di atas, di bawah, di sekitar, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bersetentangan dengan Apabila, ketika, tatkala, tengah, semasa, sedang, sebelum, kemudian Akhirnya, kerana, akibatnya, kesannya, kesudahnnya, justeru, justeru itu, oleh itu, oleh sebab, lantaran, fasal, dek, jadi Seperti, seperti juga, serupa dengan, berbanding dengan, sesuai dengan Tetapi, sebaliknya, bertentangan dengan, sungguhpun, meskipun, walaupun, walau bagaimanapun, namun demikian, namun begitu. Sebenarnya, sesungguhnya, bahawasnya, sememangnya, sewajarnya, sepatutnya, sudah tentu, seterusnya

Contoh Memanfaatkan Penanda Wacana


Generasi muda merupakan aset penting negara sebagai penegak wawasan pada masa akan datang. Namun, generasi hari ini sering dikaitkan dengan gejala yang tidak sihat seperti dadah, lepak, dan jenayah. Sehubungan itu, pemerintah sedang berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi menyelamatkan belia daripada ancaman gejala social yang semakin menular dalam masyarakat kita. Walaupun kempen antimerokok giat diadakan melalui televisyen dan khabar, namun amalan ini masih berleluasa. Kempen tersebut meminta agar orang ramai menghentikan dan menghindari diri daripada rokok. Namun begitu, kempen kesedaran tersebut tidak memadai jika tidak disertai dengan tindakan tegas oleh semua pihak. Antaranya, termasuklah daripada golongan perokok, penjual, pengusaha, dan pihak pemerintah khasnya.

20
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

V. PANDUAN MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN


Bagi karangan tidak berformat, calon perlu mengetahui perkara berikut: (a) Karangan jenis Setujukah kamu. Calon dikehendaki menyatakan sama ada setuju atau tidak dengan tajuk berkenaan. Calon tidak boleh mengambil jalan tengah (neutral) dalam menjawab soalan berbentuk ini. (b)Karangan jenis Bincangkan. Soalan jenis ini mahukan calon membincangkan sesuatu isu atau perkara. Dalam konteks ini, calon tidak boleh pro atau kontra terhadap sesuatu tajuk kecuali soalan-soalan tertentu. Contohnya: Masyarakat Singapura mementingkan kebendaan. Bincangkan. (Soalan GCE O 2001) Bagi soalan begini, calon hendaklah menyatakan pendapat sama ada masyarakat Singapura mementingkan kebendaan atau tidak dan bukannya memberikan kesan mementingkan kebendaan. (c) Karangan jenis Jelaskan dan Berikan pendapat. Soalan jenis ini mahukan calon menjelaskan sesuatu pendapat atau pernyataan. Dalam hal ini calon boleh pro atau kontra atau neutral. (d)Karangan jenis Huraikan. Soalan jenis ini mahukan calon menghuraikan sesuatu pendapat atau pernyataan. Dalam hal ini calon boleh pro atau kontra atau neutral.

21
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

Lampiran 1 Jadual Analisis Karangan Ekspositori (1990 2006)


Soalan Tahun Bincang kan Pendapat Jelaskan/ Terangkan/ Huraikan Cadang kan KesanKesan/ AkibatAkibat Bersetuju kah kamu Baik/ Buruk/ Faedah Puncapunca/ SebabSebab CiriCiri Cara/ Bagai mana/ Langka h

1990 Mei 1990 Nov 1991 Mei 1991 Nov 1992 Mei 1992 Nov 1993 Mei 1993 Nov 1994 Mei 1994 Nov 1995 Mei 1995 Nov 1996 Mei 1996 Nov 1997 Mei 1997 Nov 1998 Mei 1998 Nov 1999 Mei 1999 Nov 2000 Mei 2000 Nov 2001 Mei 2001 Nov 2002 Mei 2002 Nov 2003 Mei 2003 Nov 2004 Mei 2004 Nov 2005 Mei 2005 Nov 2005 Mei 2006 Mei 2006 Nov

22
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

Belajar Tanpa Jemu Elakkan Sikap Malas Belajar Rajin Bertanya Jika Tidak Faham Jangan Mudah Berputus Asa Analisis Kelemahan Kamu Yakin Kamu Boleh Mengatasinya Mengatasinya A Pasti Dalam Genggaman Kamu

E R

23
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

Lampiran 2 Kerangka Karangan Dalam Bentuk Pengurusan Grafik PETA KONSEP (Soalan GCE Nov O 2006) Nama: _________________Tarikh:

Mempunyai Tahap Disiplin Yang Tinggi dan bertindak berlandaskan keluhuran etika

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan cemerlang dalam bidang akademik

Ciri-Ciri Yang Harus Dimiliki Oleh Pelajar Contoh

Berpersonaliti Sihat

Serba Boleh

Penampilan watak terpuji dan berperibadi mulia

24
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Sekolah Menengah Dunearn 2007

PENUTUP TIRAI
dengan pengetahuan yang diraih Mulakan latihan secara konsisten. Penulis tidak dicipta sekelip mata. Ayuh!, gilaplah bakat yang ada bagi memastikan kesusasteraan tidak akan tandus di penghujung jalan. Nota daripada pembimbing : Yang elok (apa sahaja ilmu yang pelajar raih daripada bengkel ini) datangnya daripada Allah, segala kekurangan adalah daripada kami, insan biasa.

25
Nota-nota ini disediakan oleh Cikgu Supandi Bin Djoeraemi. Hakcipta Terpelihara 2007

Anda mungkin juga menyukai