Anda di halaman 1dari 3

CARA MENULIS KARANGAN YANG BAIK

Dalam peperiksaan, sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih


dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah
pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup

A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak
tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca
karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam kepada pemeriksa.

B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan
memerlukan empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan
kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu
dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-
murid digalakkan menulis satu isi, satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak
semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-
murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang
mendapat banyak isi ? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi yang
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah,
makalah- makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,
menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya. Gunakan kata
tanya
 Apa( contoh : Apa program yang dijalankan ?)
 Siapa ( contoh, siapa yang merasmikan program itu ?)
 Bila ( contoh, bila program itu diadakan ?)
 Mengapa ( contoh, mengapa program itu diadakan?)
 Di mana ( contoh, di mana program itu berlangsung?)
C. Penutup
Penutupnya adalah kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam
penutup boleh digambarkan pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Boleh masukkan perasaan atau harapan.Contoh, semua
peserta berasa gembira dan berpuas hati dengan keadaan sekolah setelah tamatnya
aktiviti gotong-royong itu. Kami berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan
lagi pada masa akan datang.

Juga boleh dimuatkan nilai-nilai yang sesuai. Contohnya, aku bersyukur kerana
kawanku akhirnya selamat. Ibub bapanya mengucapkan terima kasih kepadaku
kerana telah membantu anak mereka.Elakkan menamatkan karangan secara
mengejut atau tergantung.

Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

KARANGAN UPSR : Anda Ingin Menulis Karangan Fakta ??


Karangan Fakta adalah merupakan antara karangan yang 'famous' dalam UPSR.
Karangan jenis ini tergolong dalam karangan tidak berformat.

Untuk menghasilkan karanga fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian: Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta


yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.
~ Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun, dan menepati kehendak
soalan
~ Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yang
mudah difahami
~ Karangan mestilah merangkumi perenggan pendahuluan, isi dan penutup.
~ Bagi perenggan pendahuluan, mestilah mengandungi definasi atau enerangan
tentang tajuk yang diberi.
~ Untuk perenggan isi pula, sekurang-kurangnya carilah 4 isi penting. Ianyan mestilah
tepat dan bukan rekaan penulis semata-mata. Untuk memperkukuhkan isi, maka
perlu disusuli dengan huraian serta contoh.
~ Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentan perkara yang ditulis.

CONTOH PENDAHULUAN

AMALAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan


teknologi maklumat, faktor kesihatan masyarakat pada hari ini berada
pada tahap yang membimbangkan.Semakin hari, masalah wabak pelbagai
penyakit semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
usia tua atau muda.
Sebenarnya masalah kesihatan masyarakat mampu diatasi dengan segera
supaya kesihatan masyarakat akan terjamin.

Contoh 1
Isu karangan

Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat


dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil
………………………………………………………………yang semakin seriusini.
Peribahasa sediakan payung se b e l u m h uj a n wa j a r d i j a d i ka n
p e d o m a n i n d i v i d u da l a m mengatasi masalah ini.

CONTOH 2

Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah
timbuldan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu ........................ telah
menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Pelbagai-bagai inisiatif telah diambil
namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat
menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah
kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak
yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di
tangga.

MASALAH PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong


kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti
harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya.
Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab
sesetengah pihak.

Anda mungkin juga menyukai