Anda di halaman 1dari 22

Teknik Mengarang

1.0
PENDAHULUAN
Dalam penulisan karangan langkah yang perlu dipenuhi oleh setiap pelajar ialah:
a) Idea
Untuk mengarang harus mempunyai idea. Idea lazimnya diperoleh melalui pembacaan.
Oleh itu, pembacaan amat penting untuk kita menggarap idea dalam penulisan
karangan.
b)

Fakta
Fakta-fakta yang berkaitan dengan idea akan menjadikan karangan yang dihasilkan
bermutu dan menampakkan penguasaan maklumat yang luas. Fakta yang disertakan
dalam karangan akan mengukuhkan idea kita. Fakta-fakta dalam karangan termasuklah
statistik, contoh kejadian/peristiwa, pendapat tokoh dan sebagainya.

c)

Perancangan
Sebelum memulakan gerak kerja penulisan karangan, kita perlu membina kerangka
karangan meliputi bahagian pendahuluan, perenggan isi dan penutup karangan. Banyak
pelajar terus sahaja menulis karangan setelah diberikan soalan atau latihan tanpa
menyediakan kerangka karangan. Akibatnya, idea yang ingin disampaikan tidak
tersusun, malah banyak yang kematian idea ketika proses mengarang.

d)

Teknik mengarang
Mengarang melibatkan teknik. Terdapat pelbagai teknik penulisan yang boleh
diaplikasikan untuk menulis pendahuluan, perenggan isi dan penutup. Penguasaan
terhadap teknik mengarang amat membantu kita ketika mengarang agar idea yang
hendak disampaikan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.

e)

Pengeditan/ penyemakan
Karangan yang telah ditulis perlu melalui proses pengeditan/penyemakan. Hal ini
deisebabkan mungkin terdapat kesilapan-kesilapan dari segi ejaan, tanda baca dan
tatabahasa yang boleh menjejaskan mutu karangan yang telah ditulis. Jadi, luangkan
beberapa minit untuk mengedit. menyemakn karangan yang telah dihasilkan.
2.0

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN.

Pendahuluan sangat penting dalam karangan kerana bertujuan untuk menarik perhatian
pembaca terhadap tajuk yang dibincangkan. Oleh itu, pendahuluan harus mempunyai
pautan dengan tajuk yang dipilih. Pada pendahuluan karangan harus mengandungi ayat
rangsangan dan ayat arah.
Ayat rangsangan harus menimbulkan perasaan ingin tahu atau tindak balas
pembaca untuk terus membaca manakala ayat arah akan memberitahu pembaca
tentang topik/tajuk yang akan diperkatakan.
Pada asasnya, terdapat satu teknik yang boleh diaplikasikan untuk menulis
pendahuluan, iaitu menggunakan teknik TIK. Akronim TIK ialah Tema, Isu semasa
danKehendak soalan.
a)

Tema merupakan idea yang mampu memberikan gambaran asas tentang isu atau topik
yang hendak diperkatakan. Maka, tema boleh merupakan peribahasa yang berkaitan
dengan isu, pendapat, definisi konsep, suasana, soalan, dan statistik/ perangkaan.
b) Isu semasa ialah senario semasa yang boleh dikaitan dengan tema.

c)

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Kehendak soalan ialah


dikupas/dihuraikan.

aspek

yang

dikehendaki

oleh

soalan

yang

perlu

Oleh yang demikian, berdasarkan tema yang telah dikenal pasti ini lalu terciptalah
beberapa jenis pendahuluan yang boleh dihasilkan, iaitu:
Pendahuluan jenis peribahasa;
Pendahuluan jenis soalan;
Pendahuluan jenis perangkaan/statistik;
Pendahuluan jenis suasana;
Pendahuluan jenis pendapat;
Pendahuluan jenis definisi;
Pendahuluan jenis gabungan.
a)
Pendahuluan jenis peribahasa.
Pendahuluan jenis ini memanfaatkan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai
dengan topik yang menjadi soalan.
Contoh: Semangat gotong-royong menjadi amalan rakyat Malaysia sejak turun-temurun.
Jelaskan impak semangat berkeaan dalam masyarakat masa kini.
Rangka pendahuluan:

Isu semasa
Tema
(peribahasa)
Kehendak
soalan

Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat kini semakin


terpinggir.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul memberikan mesej yang jelas
kepada kita tentang betapa pentingnya semangat bergotong-royong.
Bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat sudah pasti
banyak mendatangkan impak yang positif.

Contoh huraian:
Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat kini semakin terpinggir
lantaran kesibukan mereka mengejar material. Sedangkan, peribahasa Ringan sama
dijinjing, berat sama dipikul merupakan antara peribahasa yang telah menjadi basahan
dalam kehidupan kita sehari-harian yang memberikan mesej yang jelas kepada kita
tentang betapa pentingnya semangat bergotong-royong. Sesungguhnya, bermuafakat
dan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat sudah pasti banyak mendatangkan
impak yang positif.
b)

Pendahuluan jenis soalan.

Pendahuluan jenis ini, memfokuskan pada beberapa ayat tanya yang sama ada
berjawaban atau tidak yang berkaitan dengan isu.
Contoh soalan: Budaya makan di luar kini menjadi sebahagian daripada budaya
masyarakat Malaysia. Bincangkan kesan amalan ini pada gaya hidup masyarakat.
Rangka pendahuluan:

Isu semasa budaya makan di luar sudah menjadi cara hidup

Tema Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar?


(soalan) Persoalannya mengapakah ada sesetengah keluarga di Malaysia menjadikan
tabiat makan di luar sebagai amalan setiap kali waktu makan?
Adakah mereka sudah terlalu kaya atau tidak tahu memasak?
Kehendak Persoalannya, apakah kesan budaya ini kepada gaya hidup masyarakat?
soalan
Contoh huraian:
Budaya makan di luar sudah menjadi cara hidup bagi kebanyakan penduduk di
Malaysia lantaran begitu banyak gerai dan restoran yang bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Mungkin ramai
yang bersetuju bahawa tidak salah sesekali makan di luar rumah. Namun, persoalannya
mengapakan ada sesetengah keluarga di Malaysia menjadikan tabiat makan di luar
sebagai amalan setiap kali waktu makan? Adakah mereka sudah terlalu kaya atau tidak
tahu memasak? Persoalannya, apakah kesan budaya ini kepada gaya hidup
masyarakat?
c)

Pendahuluan jenis perangkaan.

Kita boleh memanfaatkan data-data statistik yang ada kaitan dengan tajuk untuk
menghasilkan pendahuluan jenis perangkaan. Oleh itu, catatlah statistik yang diperoleh
semasa pembacaan kerana amalan ini amat membantu kita untuk menulis pendahuluan
jenis ini.
Contoh soalan: Gejala sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi belakangan
ini. Huraikan peranan pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah berkenaan.
Rangka pendahuluan:
Isu semasa
Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat berhubung dengan gejala negatif dalam kalangan remaja
amatlah menggerunkan.
Tema
71 peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati
(Perangkaan) merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan
perjudian, dan 14 peratus menagih dadah.
Kehendak
pelbagai pihak memainkan peranan bagi membendung masalah ini.
soalan
Contoh huraian:
Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
berhubung dengan gejala negatif dalam kalangan remaja amatlah menggerunkan kita.
Lebih kurang 71 peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati
merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian, dan 14
peratus menagih dadah. Kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan
pesatnya, serancak pertumbuhan ekonomi negara. Sesungguhnya, pelbagai pihak
memainkan peranan bagi membendung masalah ini.
d)

Pendahuluan jenis suasana.

Bagi menghasilkan pendahuluan jenis suasana, kita boleh memanfaatkan suasana/


senario/ peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tajuk/ isu. Pendahuluan jenis ini mampu
menimbulkan kesan dramatik yang dapat menarik minat pembaca.
Contoh soalan: Isu penebangan hutan yang tidak terkawal kini semakin mendapat
perhatian daripada pelbagai pihak. Huraikan kesan penebangan hutan kepada
kehidupan sejagat.
Rangka pendahuluan:

Isu semasa

Eksploitasi hutan oleh pihak yang rakus mengejar kebendaan kian


berleluasa seolah-olah tiada penghujungnya.
Pokok-pokok balak seperti meranti, cengal dan merbau satu demi satu
menyembah bumi.
Kini yang tinggal hanya tunggul-tunggul mati yang mereput dimamah
masa.
hutan gondol segondolnya menanti untuk dihakis oleh limpahan air hujan
yang menyimbah lebat.
kehidupan sejagat sudah pasti akan menerima impaknya yang maha
dahsyat.

Tema
(Suasana)

Kehendak
soalan

Contoh huraian:
Pengeksploitasian hutan oleh pihak yang rakus mengejar kebendaan kian
berleluasa seolah-olah tiada penghujungnya. Pokok-pokok balak seperti meranti, cengal
dan merbau satu demi satu menyembah bumi. Kini, yang tinggal hanya tunggul-tunggul
mati yang mereput dimamah masa. Hutan yang gondol segondolnya pula hanya
berserah menanti untuk dihakis oleh limpahan air hujan yang menyimbah lebat. Ironinya,
si penjenayah alam sekitar itu seolah-olah tidak sedar bahawa kehidupan sejagat sudah
pasti akan menerima impaknya yang maha dahsyat akibat ketamakan mereka itu.
e)

Pendahuluan jenis pendapat.

Kadang kala kita boleh menggunakan pendapat umum atau tokoh bagi menghasilkan
pendahuluan karangan. Oleh itu, penduluan yang terhasil dinamakan pendahuluan jenis
pendapat.
Contoh soalan: Peningkatan kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin
memeningkan semua pihak. Namun begitu, punca masalah berkenaan perlu dikenal
pasti sebelum langkah-langkah yang ampuh boleh dilaksanakan. Bincangkan.
Rangka karangan:

Isu semasa
Tema
(Pendapat)
Kehendak
soalan

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan.


cadangan agar hukuman rotan diadakan semula untuk menghukum
mereka yang melanggar disiplin.
punca masalah ini mestilah dikenal pasti terlebih dahulu.

Contoh huraian:

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Malah, setiap


hari ada sahaja laporan tentang pelanggaran disiplin tidak kiralah sama ada melibatkan
kesalahaan yang kecil atau kesalahan yang besar oleh golongan pelajar. Hal berkenaan
semakin memeningkan kepala semua pihak lalu pelbagai cadangan telah diajukan bagi
membendung gejala ini. Oleh itu, timbul cadangan agar hukuman rotan diadakan semula
untuk menghukum mereka yang melanggar disiplin atau melakukan kesalahan jenayah
atau salah laku di sekolah. Namun begitu, punca masalah ini mestilah dikenal pasti
terlebih dahulu.
f)

Pendahuluan jenis definisi.

Salah satu cara untuk menulis pendahuluan adalah dengan mentakrifkan atau
mendefinisikan kata kunci bagi tajuk yang dibincangkan. Pendefinisian boleh ditulis
sama dari segi maksud literal atau maksud dari segi konsep.
Contoh soalan: Inflasi yang dialami oleh sesebuah negara membimbangkan
penduduknya yang bermaksud beban kewangan mereka semakin meningkat. Oleh itu,
bincangkan usaha-usaha untuk membendung masalah inflasi.
Rangka pendahuluan:

Tema (Takrif) Inflasi - kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa
yang tertentu.
tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi
barangan dan perkhidmatan.
Isu semasa Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah - kadar 3.5 peratus.
Kehendak usaha untuk menanganinya harus difikirkan bersama-sama.
Soalan
Contoh huraian:
Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang
tertentu. Inflasi tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi
barangan dan perkhidmatan. Pada masa ini , Malaysia mengalami kadar inflasi yang
rendah iaitu pada kadar 3.5 peratus, namun hal berkenaan tetap meresahkan rakyat
terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Hal itu, bermakna beban
kewangan mereka akan semakin menghimpit lalu kehidupan mereka semakin sempit.
Oleh itu, usaha untuk menanganinya harus difikirkan bersama-sama.
g)

Pendahuluan jenis gabungan.

Pendahulan jenis gabungan ialah pendahuluan yang menggabungkan beberapa jenis


pendahuluan.
Contoh soalan: Rakyat di negara maju sentiasa menjadikan budaya membaca sebagai
sebahagian daripada gaya hidup mereka. Namun, di Malaysia budaya ini belum menjadi
amalan keseluruhan rakyatnya. Bincangkan langkah-langkah bagi menggalakkan
budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Rangka karangan:

Tema
Ayat al-Quran yang pertama turun ke bumi dalam usaha memandu manusia
(peribahasa)
ke arah kebaikan ialah Iqrak bermaksud Bacalah dan peribahasa Cina

Bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat menunjukkan


betapa pentingnya tabiat membaca .
Tema
kajian Tabiat Membaca di Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 1996
(perangkaan) mencatatkan secara purata rakyat Malaysia membaca dua helai buku ilmiah
setahun.
Isu semasa amalan membaca belum menjadi budaya masyarakat Malaysia.
Kehendak
soalan

langkah yang tuntas perlu dilakukan untuk menyemarakkan budaya


membaca .

Contoh huraian:
Kata-kata hikmat Membaca jambatan ilmu dan peribahasa Cina Bacalah
sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat menunjukkan betapa pentingnya tabiat
membaca dalam pembentukan minda, sahsiah, dan kerohanian manusia. Berhubung
dengan dunia pembacaan di Malaysia, kajian Tabiat Membaca di Malaysia yang telah
dijalankan pada tahun 2010 mencatatkan secara purata rakyat Malaysia membaca
sebuah buku ilmiah setahun. Hal ini menunjukkan bahawa amalan membaca belum
menjadi budaya masyarakat Malaysia. Oleh itu, langkah yang tuntas perlu dilakukan
untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga Malaysia.
LATIHAN MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN.
Tulis pendahuluan karangan berdasarkan soalan berikut:
1.
Persaingan untuk mencari pekerjaan marcapada kini semakin sengit. Sebagai
seorang remaja huraikan usaha-usaha yang harus anda lakukan bagi memperoleh
pekerjaan yang anda idam-idamkan. [Pendahuluan jenis soalan]
2.
Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi
akan datang. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan
untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita.[Pendahuluan jenis
peribahasa]
3.
Makanan ringan atau makanan rapu dikatakan antara punca kegemukan dalam
kalangan remaja. Bincangkan. [Pendahuluan jenis perangkaan]
4.
Kemajuan yang sangat pesat di negara kita telah menarik beribu-ribu pekerja
asing ke negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kesan kemasukan pekerja asing
ke negara kita. [Pendahuluan jenis gabungan]
3.0

a)
b)
c)
d)

TEKNIK MENULIS PERENGGAN ISI

Perenggan isi merupakan bahagian yang paling penting yang akan menjawab kehendak
soalan. Berjaya atau tidaknya sesebuah karangan bergantung pada kupasan pada
bahagian ini. Secara asasnya perenggan isi mestilah mengandungi:
Ayat Topik (AT) , iaitu isi pokok yang menjadi asas perbincangan pada perenggan
berkenaan.
Ayat Huraian (AH) , iaitu ayat yang akan menjelaskan maksud dan menyokong
kerelevanan isi pokok.
Ayat Contoh (AC) , pula merupakan bukti atau fakta yang akan menyokong kebenaran
isi pokok yang boleh merupakan data, peristiwa, pendapat, analogi dan sebagainya.
Ayat Rumusan (AR) , ialah kesimpulan bagi perenggan isi yang berkenaan.
Oleh itu, ayat-ayat dalam perenggan isi boleh diakronimkan sebagai ATAHACAR.

Suatu masalah yang sering kita hadapai untuk merangka perenggan isi ialah apa
yang hendak dihuraikan? Maka, masalah ini boleh diatasi dengan cara
memanfaatkankaedah 5W 1H , iaitu apa?, kenapa?/ mengapa?, siapa?, di mana?, bila?
dan bagaimana?
Contoh mengaplikasikan kaedah 5W1H dalam merangka perenggan isi.
Soalan: Makanan ringan punca kegemukan dalam kalangan remaja. Bincangkan.

Ayat Topik

Apakah elemen dalam makanan ringan yang menggemukkan?

Ayat
Huraian

Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat


yang menggemukkan.
Bagaimanakah elemen-elemen ini menggemukkan?

Ayat
Contoh

Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses


metabolisme akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.
Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak
yang terkumpul di dalam badan.
Apakah contoh makanan ringan yang menggemukkan?

Ayat
Rumusan

Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng
mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.
Kenapa kita perlu mengelakkan makanan ringan?

Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.

Isi yang menarik juga bergantung pada cara atau kaedah kita mengolah
perenggan isi berkenaan. Oleh yang demikian, terdapat dua kaedah yang boleh
diapliksaikan, iaitu yang mengutamakan isi pokok dan mengutamakan contoh.
a)

Perenggan yang mengutamakan isi pokok (ATAHACAR)

AT

Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang


menggemukkan.
AH Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses metabolisme
akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.
Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak yang
terkumpul di dalam badan.
AC Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng
mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.
AR Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.
Contoh huraian:
Kebanyakan makanan ringan mengandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang
sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan.[Ayat Topik]. Apabila kita makan
terlalu banyak makanan ringan, gula dan karbohidrat yang terkandung di dalam
makanan ini akan bertukar menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga. [Ayat
Huraian]. Oleh itu, semakin banyak makanan ringan yang dimakan semakin banyaklah

lemak yang akan terkumpul di dalam badan. [Ayat Huraian]. Makanan ringan seperti
kek, minuman bergas, keropok dan kentang goreng mengandungi banyak lemak, gula,
dan karbohidrat. [Ayat Contoh].Tuntasnya, komponen dalam makanan ringan itulah
yang menjadi pencetus kepada kegemukan dalam kalangan remaja. [Ayat Rumusan]
b)

Perenggan yang mengutamakan contoh (ACATACAR)

AC

Makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok, dan kentang goreng
mengandungi banyak gula, lemak, dan karbohidrat.
AT Kebanyakan makanan ringan menggandungi lemak, gula, dan karbohidrat yang
menggemukkan.
AH Selain lemak, gula dan karbohidrat yang dihasilkan daripada proses metabolisme
akan menjadi lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga.
Semakin banyak makanan ringan dimakan, maka semakin banyak lemak yang
terkumpul di dalam badan.
AR Komponen dalam makanan ringan menyebabkan kegemukan.
Contoh huraian:
Tanpa kita sedari bahawa makanan ringan seperti kek, minuman bergas, keropok
dan kentang goreng mengandungi banyak lemak, gula, dan karbohidrat. [Ayat
Contoh]. Elemen lemak, gula, dan karbohidrat inilah sebenarnya penyumbang kepada
masalah kegemukan.[Ayat Topik]. Apabila kita makan terlalu banyak makanan ringan,
gula dan karbohidrat yang terkandung di dalam makanan ini akan bertukar menjadi
lemak jika tidak digunakan sebagai tenaga. [Ayat Huraian]. Oleh itu, semakin banyak
makanan ringan yang dimakan semakin banyaklah lemak yang akan terkumpul di dalam
badan. [Ayat Huraian]. Tuntasnya, komponen dalam makanan ringan itulah yang
menjadi pencetus kepada kegemukan dalam kalangan remaja. [Ayat Rumusan]
LATIHAN MEMBINA PERENGGAN ISI.
Soalan latihan.
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi semakin pesat sehingga
mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. Bincangkan kesan kemajuan bidang
berkenaan kepada gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Contoh isi:
1.

Membentuk masyarakat yang bermaklumat

2.

Masyarakat dapat berhubung secara global

3.

Mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral

4.

Kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial

Rangka isi:
Isi 1
Ayat Topik

Apakah kebaikan ICT?


membentuk masyarakat yang bermaklumat.

Ayat
Huraian

Bagaimanakah senario ini berlaku?


Masyarakat senang utuk memperoleh maklumat dengan hanya satu klik di
internet.
Maklumat yang diperlukan pula mampu diakses dengan cepat dan pada bilabila masa menjimatkan masa.
Ayat Contoh Apakah contoh enjin carian yang boleh membantu?
masyarakat boleh memanfaatkan enjin carian seperti goole atau yahoo
dalam pencarian maklumat.
Ayat
Apakah kebaikan jika masyarakat bermaklumat?
Rumusan
masyarakat tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Isi 2
Ayat Contoh

Apakah contoh laman sosial yang popular?


Facebook, Twitter, Myspace dan Skype.
Ayat Topik
Apakah kebaikan ICT?
masyarakat dapat berhubung secara global.
Ayat
Bagaimanakah senario ini berlaku?
Huraian
Penciptaan laman sosial memudahkan masyarakat untuk berhubung dengan
sesiapa sahaja di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Siapakah yang akan memperoleh manfaat daripada hubungan
berkenaan?
Penggunaan internet boleh bertukar-tukar maklumat tentang bidang yang
diminati.
Peniaga menjalin hubungan perniagaan di peringkat global meluaskan
pasaran.
Ayat
Apakah yang terjadi kepada cara masyarakat berhubung?
Rumusan
jalinan persahabatan atau perniagaan semakin luas melangkau batas negara
dan benua.

Isi 3.
Ayat Contoh

Apakah bukti yang menyokong?


13 peratus remaja dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun melakukan
hubungan seks sebelum berkahwin kerana terangsang oleh unsur pornografi
dalam laman sesawang.
Ayat Topik
Apakah keburukan ICT?
mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral.
Ayat
Bagaimanakah senario ini berlaku?
Huraian
pengguna ICT menyalahgunakan kecanggihan teknologi ini.
terdedah kepada pelbagai kandungan maklumat yang berunsurkan negatif
laman sesawang pornografi, blog yang menyebarkan fahaman songsang.
terdapat sesetengah pengguna yang ghairah memuat naik gambar atau video
peribadi yang mengandungi aksi kurang sopan.
Ayat
Bagaimanakah masalah ini boleh diatasi?
Rumusan
generasi muda hendaklah diperkukuh dengan benteng agama dan moral.

Isi 4
Ayat Topik

Apakah keburukan ICT?


kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial.

Ayat
Huraian

Bagaimanakah senario ini berlaku?


orang ramai lebih selesa bersosial secara atas talian atau menerusi alam
maya.
mereka menjadi kekok untuk berkomunikasi secara bertentang mata.
terdapat kecenderungan untuk menggunakan singkatan ejaan atau bahasa
slanga yang hanya difahami oleh kelompok tertentu.
Ayat Contoh Apakah bukti yang menyokong?
ejaan singkatan seperti dtg untuk datang, cer untuk cerita.
Bahasa slanga seperti koyak untuk malu, kena kencing untuk kena tipu
Ayat
Apakah saranan?
Rumusan
masyarakat harus belajar menghargai bahasa dan cinta akan bahasa kerana
bahasa jiwa bangsa.
4.0

a)
b)
c)
d)

TEKNIK MENULIS PERENGGAN PENUTUP

Perenggan penutup sama penting dengan perenggan pendahuluan dan isi. Terdapat
empat jenis penutup yang boleh diaplikasikan dalam penulisan, iaitu:
Meninggalkan pembaca dengan persoalan.
Membuat ramalan
Membuat cadangan
Rumusan kronologi
a)

Meninggalkan pembaca dengan persoalan.

Penutup jenis ini adalah dengan meninggalkan pembaca dengan soalansoalan yang mampu membuka minda pembaca untuk sama-sama berfikir akan isu yang
dibincangkan.
Contoh: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Saranan

marilah kita menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala
penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini.

Soalan 1

Sampaikah hati kita melihat generasi negara kita akan datang ibarat mayat
hidup yang menjadi hamba dadah?
Soalan 2 Adakah wajar kita berpeluk tubuh sahaja?
Soalan 3 Relakah kita, membiarkan ketamadunan bangsa yang dibina lebih setengah
abad ini runtuh akibat dadah durjana?
Peribahasa Janganlah sudah terhantuk, baru nak tengadah
Contoh huraian:
Akhir kata, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk
mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini. Sampaikah hati kita
melihat generasi negara kita akan datang ibarat mayat hidup yang menjadi hamba

dadah? Adakah wajar kita berpeluk tubuh sahaja? Relakah kita, membiarkan
ketamadunan bangsa yang dibina lebih setengah abad ini runtuh akibat dadah durjana?
Oleh itu, kita hendaklah bertindak secara drastik dan proaktif, janganlah sudah
terhantuk, baru nak tengadah.
b)

Membuat ramalan.

Penutup jenis ini memerlukan penulis mengjangkakan akibat sesuatu


keadaan. Namun begitu, ramalan berkenaan harus logik kerana ramalan yang tidak logik
akan merosakkan keseluruhan karangan.
Contoh: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Saranan
Ramalan 1
(kesan)
Ramalan 2
(kesan)
Ramalan 3
(kesan)
Peribahasa

marilah kita menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk mengawal gejala
penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini.
kita tidak menangani wabak ini secara kolektif serta penuh rasa
tanggungjawab, besar kemungkinan gejala ini tidak dapat dikawal lagi.
mungkin setiap keluarga akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli
yang terlibat.
keadaan ini berlaku, segala-galanya sudah terlewat dan mungkin kita tidak
dapat berbuat apa-apa lagi.
Nasi sudah menjadi bubur.

Contoh huraian:
Tuntasnya, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu
untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini. Jika kita tidak
menangani wabak ini secara kolektif serta penuh rasa tanggungjawab, besar
kemungkinan gejala ini tidak dapat dikawal lagi. Implikasinya, mungkin setiap keluarga
akan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli yang terlibat dalam kebejatan moral
berkenaan. Apabila keadaan ini berlaku, segala-galanya sudah terlewat dan mungkin
kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
c)

Membuat cadangan.

Penutup jenis ini hanya sesuai jika soalan tidak meminta isi tentang cadangan/
langkah/ usaha penyelesaian. Seperti membuat ramalan, cadangan juga mesti logik
dengan tajuk.
Contoh: Punca-punca penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Cadangan semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.


1
Cadangan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh masyarakat setempat hendaklah
2
ditubuhkan dengan menganjurkan pelbagai prakarsa ke arah membanteras
penyalahgunaan dadah
Harapan membebaskan warga Malaysia daripada najis dadah.
Peribahasa Hidup tanpa dadah, negara sejahtera.

Contoh huraian:
Konklusinya, bagi memastikan gejala yang berbahaya ini tidak merebak menjadi
barah dalam masyarakat, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing
secara efektif. Antaranya, suatu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh masyarakat
setempat hendaklah ditubuhkan dengan menganjurkan pelbagai prakarsa ke arah
membanteras penyalahgunaan dadah seperti penganjuran Kempen Antidadah.
Tegasnya, kita mengharapkan agar keseriusan semua pihak ini akan membebaskan
warga Malaysia daripada najis dadah. Sesungguhnya, hidup tanpa dadah, negara
sejahtera.
d)

Rumusan kronologi.

Bagi menghasilkan rumusan jenis ini, penulis perlu merumuskan segala idea/
isi yang telah dikemukakan satu persatu secara urutan. Idea/isi itu hendaklah
diringkaskan dan diubah suai daripada idea/isi yang telah dinyatakan dalam perenggan
isi.
Contoh soalan: Cara untuk menangani penyalahgunaan dadah di Malaysia.

marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu untuk
mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini
Isi perenggan
Ibu bapa memantau tindak-tanduk anak-anak.
1
Isi perenggan
Guru-guru perlulah cakna terhadap perubahan tingkah laku para pelajar.
2
Isi perenggan
Penduduk setempat harus prihatin terhadap aktiviti golongan muda-mudi di
3
tempat mereka.
Harapan
masalah ini akan dapat dibendung.
Peribahasa Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; akar umbi
Saranan

Contoh huraian:
Deduksinya, marilah kita bersatu hati menggembleng tenaga tanpa rasa jemu
untuk mengawal gejala penyalahgunaan dadah yang berbahaya ini Oleh itu, ibu bapa
hendaklah memantau anak-anak bagi memastikan anak-anak mereka terhindar daripada
gejala negatif ini. Di samping itu, guru-guru perlulah cakna terhadap perubahan tingkah
laku para pelajar mereka. Sementara itu, penduduk setempat harus prihatin terhadap
aktiviti golongan muda-mudi di tempat mereka terutama yang boleh menimbulkan
kecurigaan. Dengan adanya budaya bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat, sudah pasti masalah ini akan dapat dibendung sehingga ke akar umbi.
LATIHAN MEMBINA PERENGGAN PENUTUP.
Soalan latihan:
Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi semakin pesat sehingga
mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. Bincangkan kesan kemajuan bidang
berkenaan kepada gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Senarai isi:
1. Membentuk masyarakat yang bermaklumat

2.
3.
4.

Masyarakat dapat berhubung secara global


Mewujudkan masyarakat yang tidak bermoral
Kurang kemahiran berkomunikasi dan bersosial

Latihan 1: Meninggalkan pembaca dengan soalan.


Tips/ Panduan:
ICT mendatangkan kesan positif dan negatif - oleh itu, tinggalkan pembaca dengan
persoalan seperti wajarkah pengaruh negatif ICT dibiarkan sebegitu sahaja?
Sanggupkah kita membiarkan pengaruh negatif ICT membelenggu kehidupan
masyarakat?
Latihan 2: Membuat ramalan.
Tips/ panduan:
Anda perlu meramalkan keadaan gaya hidup masyarakat pada masa hadapan kesan
baik kemajuan ICT. Ramalkan juga, impak yang mungkin akan berlaku jika unsur negatif
ICT tidak dikawal.
Latihan 3: Membuat cadangan
Tips/ panduan:
Anda boleh menyatakan cadangan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
memastikan setiap anggota masyarakat tidak ketinggalan dalam arus kemajuan ICT.
Nyatakan juga cara untuk memastikan unsur-unsur negatif ICT tidak menggugat gaya
hidup positif masyarakat.
Latihan 4: Rumusan kronologi.
Tips/pedoman:
Anda perlu membuat rumusan terhadap setiap ayat topik perenggan isi supaya menjadi
suatu kronologi huraian perenggan kesimpulan yang menarik.
5.0

PENANDA WACANA DALAM PENULISAN.


Apakah itu penanda wacana?

Sekumpulan kata untuk menghubungkan dua ayat dan antara perenggan supaya dapat
membentuk perkaitan dan pertalian antara suatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat
sebelumnya lalu membentuk satu aliran huraian yang logik serta sistematik.
Penanda wacana yang lazim digunakan ialah kata penyambung ayat/ kata hubung/ frasa
penghubung, kata ganti nama, sinonim,antonim, pengulangan, unsur bersambutan,dan
hubungan lokasi/konteks.
Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat atau ketiadaan langsung penanda
wacana akan menyebabkan keseluruhan wacana/penulisan tiada kesatuan dan
perpautan yang tepat.
Penanda wacana turut berfungsi untuk membina kohensi dan koheren dalam penulisan.
Apakah pengertian kohensi?
Nik Safiah Karim , et. al. (2009). mentakrifkan kohesi sebagai ciri wacana yang
membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik
yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian
hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa dengan
ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Selain itu,
kohesi juga boleh ditakrifkan sebagai kesepaduan ayat dari segi hubungan antara ayat

dalam sesebuah wacana. Hubungan ini dilihat dari segi penggunaan kata ganti nama
diri, penggantian, elipsi, kata hubung dan ciri leksikal. (Mohd. Dahalan et. al., 2003).
Apakah pengertian koheren?
Koheren pula yang dikenali sebagai runtutan, merupakan kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. (Nik Safiah
Karim, et.al, 2009). Hal ini bermakna koheren(runtutan) merupakan asas dalam
pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana. Mohd.
Dahalan et.al (2003) telah mentakrifkan koheren sebagai kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana seperti antara ayat dengan ayat, perenggan dengan
perenggan, atau bab dengan bab. Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Moh Nor (2007),
mendefinisikan koheren sebagai hubungan padu antara unsur yang membina
perengggan seperti perkataan, ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan huraian, dan
kepaduan wacana yang turut dibina oleh peralihan atau penanda wacana yang
menggabungjalinkan antara perenggan.
5.1

JENIS-JENIS PENANDA WACANA.

Terdapat banyak jenis penanda wacana yang boleh dikelompokkan berdasarkan tujuan
atau fungsinya.

TUJUAN
Menghurai

KATA HUBUNG/ FRASA PENGHUBUNG


kini, tambahan pula, dalam hal ini, untuk

Menegas

Cth: Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Merekalah yang


mendidik dan membesarkan kita. Tambahan pula,mereka terlebih
dahulu makan garam.
sesungguhnya, sebenarnya, yang paling utama
Cth: Sesungguhnya, kejadian bencana alam yang melanda akibat
kerakusan manusia mengeksploitasi sumber alam. Manusia tanpa belas
menggondolkan hutan, meratakan bukit bukau atas nama
pembangunan.

Menilai

Memapar/
memberikan
contoh
Menambah

kecuali, tetapi, namun, bagaimanapun


Cth: Jika mahu mencapai kejayaan kita perlu berusaha dengan tekun
dan sabar. Namun kita perlu sentiasa berdoa kerana manusia hanya
mampu merancang, tuhan sahaja yang menentukan.
sebagai contoh, misalnya, tamsilannya.
Cth: Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja semakin ketara
kebelakangan ini. Sebagai contoh, jumlah remaja yang merempit
semakin bertambah.
seterusnya, juga, lagi pun, kemudian, tambahan pula, sekali lagi,
bertitik tolak.
Cth: Daud berasa malu untuk meminta simpati daripada Tuan
Bakar. Tambahan pula, Tuan Bakar selalu menghinanya. Bertitik
tolak daripada itu, dia berasa maruahnya akan diinjak-injak oleh Tuan
Bakar jika dia meminta pertolongan daripada Tuan Bakar.

Membanding

Mengakui

Menyatakan
akibat

sebaliknya, sehubungan itu, selain itu, walau bagaimanapun, namun


demikian.
Cth: Pencapaian cemerlang negara dalam sukan badminton sebelum ini
sukar ditandingi, namun kini semakin jauh ketinggalan berbanding
negara Asia yang lain.
walaupun, jelaslah, akhirnya, namun
Cth: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan OKU dengan
menyediakan peruntukan yang banyak dalam belanjawan tahun
ini. Jelaslah bahawa kerajaan sentiasa prihatin akan golongan ini.
oleh itu, akibatnya, jadi.
Cth: Ada juga remaja yang berfikir bahawa mereka harus merebut
peluang untuk menceburi bidang glamor pada usia yang
muda. Akibatnya, banyak yang bersikap sambil lewa akan
kepentingan pelajaran.

TUJUAN
Menghurai

KATA HUBUNG/ FRASA PENGHUBUNG


kini, tambahan pula, dalam hal ini, untuk

Menegas

Cth: Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Merekalah yang


mendidik dan membesarkan kita. Tambahan pula,mereka terlebih
dahulu makan garam.
sesungguhnya, sebenarnya, yang paling utama
Cth: Sesungguhnya, kejadian bencana alam yang melanda akibat
kerakusan manusia mengeksploitasi sumber alam. Manusia tanpa belas
menggondolkan hutan, meratakan bukit bukau atas nama
pembangunan.

Menilai

Memapar/
memberikan
contoh
Menambah

kecuali, tetapi, namun, bagaimanapun


Cth: Jika mahu mencapai kejayaan kita perlu berusaha dengan tekun
dan sabar. Namun kita perlu sentiasa berdoa kerana manusia hanya
mampu merancang, tuhan sahaja yang menentukan.
sebagai contoh, misalnya, tamsilannya.
Cth: Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja semakin ketara
kebelakangan ini. Sebagai contoh, jumlah remaja yang merempit
semakin bertambah.
seterusnya, juga, lagi pun, kemudian, tambahan pula, sekali lagi,
bertitik tolak.
Cth: Daud berasa malu untuk meminta simpati daripada Tuan
Bakar. Tambahan pula, Tuan Bakar selalu menghinanya. Bertitik
tolak daripada itu, dia berasa maruahnya akan diinjak-injak oleh Tuan
Bakar jika dia meminta pertolongan daripada Tuan Bakar.

Membanding

Mengakui

Menyatakan
akibat

sebaliknya, sehubungan itu, selain itu, walau bagaimanapun, namun


demikian.
Cth: Pencapaian cemerlang negara dalam sukan badminton sebelum ini
sukar ditandingi, namun kini semakin jauh ketinggalan berbanding
negara Asia yang lain.
walaupun, jelaslah, akhirnya, namun
Cth: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan OKU dengan
menyediakan peruntukan yang banyak dalam belanjawan tahun
ini. Jelaslah bahawa kerajaan sentiasa prihatin akan golongan ini.
oleh itu, akibatnya, jadi.
Cth: Ada juga remaja yang berfikir bahawa mereka harus merebut
peluang untuk menceburi bidang glamor pada usia yang
muda. Akibatnya, banyak yang bersikap sambil lewa akan
kepentingan pelajaran.

TUJUAN
Menghurai

KATA HUBUNG/ FRASA PENGHUBUNG


kini, tambahan pula, dalam hal ini, untuk

Menegas

Cth: Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Merekalah yang


mendidik dan membesarkan kita. Tambahan pula,mereka terlebih
dahulu makan garam.
sesungguhnya, sebenarnya, yang paling utama
Cth: Sesungguhnya, kejadian bencana alam yang melanda akibat
kerakusan manusia mengeksploitasi sumber alam. Manusia tanpa belas
menggondolkan hutan, meratakan bukit bukau atas nama
pembangunan.

Menilai

Memapar/
memberikan
contoh
Menambah

kecuali, tetapi, namun, bagaimanapun


Cth: Jika mahu mencapai kejayaan kita perlu berusaha dengan tekun
dan sabar. Namun kita perlu sentiasa berdoa kerana manusia hanya
mampu merancang, tuhan sahaja yang menentukan.
sebagai contoh, misalnya, tamsilannya.
Cth: Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja semakin ketara
kebelakangan ini. Sebagai contoh, jumlah remaja yang merempit
semakin bertambah.
seterusnya, juga, lagi pun, kemudian, tambahan pula, sekali lagi,
bertitik tolak.
Cth: Daud berasa malu untuk meminta simpati daripada Tuan
Bakar. Tambahan pula, Tuan Bakar selalu menghinanya. Bertitik
tolak daripada itu, dia berasa maruahnya akan diinjak-injak oleh Tuan
Bakar jika dia meminta pertolongan daripada Tuan Bakar.

Membanding

Mengakui

Menyatakan
akibat

sebaliknya, sehubungan itu, selain itu, walau bagaimanapun, namun


demikian.
Cth: Pencapaian cemerlang negara dalam sukan badminton sebelum ini
sukar ditandingi, namun kini semakin jauh ketinggalan berbanding
negara Asia yang lain.
walaupun, jelaslah, akhirnya, namun
Cth: Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan OKU dengan
menyediakan peruntukan yang banyak dalam belanjawan tahun
ini. Jelaslah bahawa kerajaan sentiasa prihatin akan golongan ini.
oleh itu, akibatnya, jadi.
Cth: Ada juga remaja yang berfikir bahawa mereka harus merebut
peluang untuk menceburi bidang glamor pada usia yang
muda. Akibatnya, banyak yang bersikap sambil lewa akan
kepentingan pelajaran.

6.0

PENGGUNAAN SINONIM DALAM PENULISAN.

Istilah sinonim dari segi linguistik bermaksud kata yang sama atau hampir sama
maknanya dengan kata lain atau kata seerti. (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2008).
Penggunaan sinonim dapat mempercepat proses penulisan, di samping
mewujudkan gaya penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian, kita perlu berhati-hati
sewaktu menggunakan sinonim dalam membentuk wacana kerana pemilihan sinonim
yang kurang tepat boleh menimbulkan keraguan dan pembentukan konotasi yang
berlainan daripada yang diingini. Natijahnya, perenggan menjadi lemah dan kurang
berkesan. (Roselan Baki, 2003). Maka, terdapat beberapa kaedah untuk membina
perenggan yang koheren menggunakan unsur sinonim.
6.1 Membina koheren menggunakan kata yang bersinonim.
Apabila seseorang menulis menggunakan kata yang sama sahaja maka, hal itu
boleh menimbulkan kebosanan kepada pembaca, di samping menunjukkan seolah-oleh
seseorang penulis itu mempunyai kosa kata yang terhad. Oleh yang demkian, satu cara
bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kata yang bersinonim.
Penggunaan kata-kata yang bersinonim akan menggambarkan kekayaan penguasaan
kosa kata oleh penulisnya. Seterusnya, cuba perhatikan contoh-contoh penggunaan kata
bersinonim berikut:
Contoh 1.

Penggunaan herba Tongkat Ali memang tidak asing


lelaki untuk meningkatkan tenaga terutama tenaga dalaman.
produk ini menyebabkan permintaannya semakin meningkat
Golongan suami mahupan teruna sering menjadikan produk
mereka terutama sebagai minuman tenaga.

lagi dalam kalangan kaum


Obsesi kaum Adamterhadap
sejak dasawarsa belakangan.
ini sebagai amalan harian

Dalam contoh di atas, kata kaum lelaki digantikan dengan kata bersinonim
yang merujuk kepada gender lelaki seperti kaum Adam, suami dan teruna.
Contoh 2.

Sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan pengusaha industri mengalirkan sisa toksik
ke dalam sungai merupakan antara punca pencemaran sungai. Sungai yang dahulunya
sungguh bersih dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai kini telah ternoda oleh bahan
kimia berbahaya seperti raksa. Tambahan lagi, kejernihan air sungai turut dicela oleh warna
kecoklatan atau kehitaman cecair beracun berkenaan. Tidak cukup dengan itu, kadang kala
sungai yang mengalir mengeluarkan bau yang menjelikkan deria bau masyarakat umum.
Dalam contoh 2 pula, konsep pencemaran telah ditukargantikan dengan beberapa kata
yang bersinonim seperti ternoda, dicela dan menjelikkan.
6.2

Membina koheren menggunakan frasa yang bersinonim.

Dalam pada itu penggunaan sinonim tidak terhad pada kata sahaja, malahan
frasa yang bersinonim juga mampu menghasilkan perenggan yang koheren. Frasa-frasa
yang dipilih lazimnya mewakili konsep yang sama makna. Perhatian contoh-contoh
perenggan berikut.

Contoh 1.

Tidak dapat dinafikan bahawa wang merupakan faktor utama yang mendorong seseorang
itu terlibat dalam kegiatan jenayah. Ada segelintir manusia yang sanggup berbuat apa-apa
sahaja demi mendapatkan wang tanpa perlu bersusah-payah. Mereka rela terjebak
dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang, seperti merompak, pecah amanah,
meragut, dan mencuri. Kebejatan moral yang mulai menguasai insan yang lemah iman ini
harus ditangani agar tidak menjadi suatu wabak dalam masyarakat moden hari ini.
Frasa perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kebejatan moral yang
digunakan dalam perenggan karangan di atas secara jelas mempunyai konsep yang
bersinonim iaitu perbuatan jenayah.
Contoh 2.

Anak-anak merupakan amanah daripada Tuhan kepada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mesti
bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka berakhlak mulia. Kegagalan ibu
bapa melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan itu menyebabkan mereka akan
dipersalahkan jika anak-anak mereka terbabit dalam pelbagai gejala sosial yang sedang
berkembang biak. Seyogia, ibu bapa patut mencanai anak-anak mereka menjadi generasi
madani yang mampu menjadipemimpin yang berwibawa pada masa hadapan . Jelaslah
bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan disiplin anakanak untuk menjadi modal insan yang berkualiti.
Dalam perenggan di atas pula, frasa berakhlak mulia, generasi madani,
pemimpin yang berwibawa dan modal insan yang berkualiti merupakan frasa-frasa yang
mempunyai konsep yang sama makna atau bersinonim bagi maksud sikap yang baik.
6.3

Membina koheren menggunakan peribahasa yang bersinonim.

Dalam penulisan karangan, penggunaan unsur-unsur keindahan bahasa yang


koheren dalam wacana mampu menghasilkan karangan yang cemerlang misalnya,
penggunaan peribahasa termasuklah bidalan, pepatah dan kata-kata hikmat. Biasanya,
penulis boleh menggunakan peribahasa yang sama maknanya dengan kata atau frasa
dalam ayat sebelumnya bagi menimbulkan kesan yang lebih mendalam kepada
pembaca. Sebagai contoh, perhatikan penggunaan peribahasa yang bersinonim dalam
perenggan berikut.
Contoh 1.

Selain itu, usaha memelihara dan memulihara warisan sejarah wajar diiringi dengan
usaha mengajak masyarakat umum untuk turut serta secara langsung kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.. Kita tidak mahu warisan sejarah ini sekadar
menjadi bahan pameran di muzuim-muzium yang hanya ditonton sahaja oleh para
pengunjung atau hanya dipusakai oleh generasi tua sahaja. Sudah tiba masanya, masyarakat
umum diajak menyertai ekspedisi ekskavasi seperti yang dilakukan oleh Jabatan Muzium
Perak di tapak candi Lembah Bujang. Hal ini secara tidak langsung akan memberi
pengalaman baru kepada umum untuk lebih menghargai warisan sejarah sebagai khazanah
bangsa yang harus dipertahankan agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek

panas dan mampu menokah arus pemodenan.


Dalam contoh perenggan di atas, peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya sama maksudnya dengan usaha memelihara dan memulihara
warisan sejarah. Sementara, peribahasa tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas
bersinonim dengan maksud harus dipertahankan.
Contoh 2.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa berdarah yang mahu dihindari daripada
berulang lagi. Persengkataan antara kaum yang terjadi telah mengorbankan banyak nyawa
dan memusnahkan banyak harta benda lantaran tiadanya perasaan perpaduan antara kaum.
Oleh
yang
demikian,
perpaduan
amat
penting
bagi
mengelakkan
sebarang persengketaan yang tidak menguntungkanmana-mana pihak kerana yang kalah
menjadi abu dan yang menang menjadi arang. Lebih malang lagi, rakyat jelata juga yang
hidup menderita kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Penggunaan peribahasa kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang
serta gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah dalam perenggan di
atas jelas bersinonim dengan maksud persengketaan yang tidak menguntungkan.
7.0

PENGGUNAAN ANTONIM DALAM PENULISAN.

Antonim ialah perkataan atau rangkai kata yang bertentangan maksud. (Roselan
Baki, 2003). Sementara itu dari segi linguistik, antonim ialah kata yang berlawanan
maknanya dengan kata lain. (Kamus Dewan, 2008). Berdasarkan kedua-dua takrif
antonim tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan antonim berlawanan
dengan penggunaan sinonim dalam wacana. Jika penggunaan sinonim mewujudkan
pertautan antara ayat-ayat yang membawa maksud yang sama, maka penggunaan
antonim sudah pasti ghalibnya untuk tujuan pertentangan atau berlawanan maksud.
Dalam penghasilan wacana, perkara ini pasti berlaku kerana dalam kehidupan seharian,
kita sememangnya sering membandingkan atau membincangkan perkara yang
berlawanan. (Zamri Salleh, 2010).
7.1
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Membina koheren menggunakan kata yang berantonim.

Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak kata yang berantonim misalnya,


jauh - dekat,
miskin - kaya,
tua - muda,
tinggi - rendah
sunyi - bising
Penggunaan antonim akan menghasilkan suatu unsur pertentangan dalam
sesuatu wacana berkenaan. Misalnya, penggunaan antonim tinggi dan rendah dalam
perenggan berikut:

Antara faktor yang mendorong para majikan tempatan lebih suka menggunakan tenaga
buruh asing ialah perbezaan gaji. Pekerjaan tempatan lazimnya akan menuntut gaji
yang tinggi berserta dengan pelbagai kemudahan yang lain seperti doktor panel dan elaun.
Hal itu, sudah pasti akan membebankan para majikan terutama majikan yang memperoleh
margin keuntungan yang kecil. Oleh itu, bagi mengurangkan kos, majikan tempatan akan

beralih kepada pekerja asing yang bersedia untuk bekerja walaupun dengan upah
yang rendah.
Selain itu, penggunaan antonim kadang kala akan mewujudkan kesan ironi
dalam sesuatu wacana. Misalnya, penggunaan antonim sunyi dan bising dalam contoh
berikut.

Entah mengapa, pada malam itu dia terasa benar-benar sunyi. Kesunyian membelenggu
dirinya yang bersendirian di dalam bilik kecil yang bersaiz 4 X 8 kaki itu yang hanya
memuatkan sebuah katil bujang dan sebuah meja tepi. Jiwanya yangsunyi itu hanya ditemani
oleh bunyi bising kenderaan yang bertali arus di jalan raya di hadapan kamar sewaannya itu.
Penggunan antonim sunyi dan bising dalam perenggan di atas jelas
mewujudkan unsur ironi kerana pada realitinya suasana itu tidaklah sunyi dalam erti kata
yang sebenarnya kerana ada bunyi bising daripada kenderaan yang lalu lalang.
7.2

Membina koheren menggunakan frasa yang berantonim.

Penggunaan antonim tidak terbatas pada kata sahaja, malah frasa yang
mengandungi unsur antonim juga boleh digunakan untuk membina perenggan yang
koheren. Contohnya, dalam perenggan berikut.

Pada zaman pancamerdeka kini, semangat kejiranan masih diamalkan olehmasyarakat


kampung dalam kehidupan seharian mereka. Budaya kunjung-mengunjung dan bergotongroyong masih subur dalam dairi kehidupan mereka. Namun sayang seribu kali sayang,
semangat ini makin luntur dan tidak diamalkanoleh masyarakat bandar lantaran
kesibukan mereka mengejar kebendaan yang tidak pernah berkecukupan.
Dalam petikan di atas frasa masih diamalkan berantonim dengan frasa tidak
diamalkan, masyarakat kampung pula merupakan antonim bagi frasa masyarakat
bandar, dan frasa masih subur ialah antonim bagi frasa makin luntur.
7.3

Membina koheren menggunakan peribahasa yang berantonim.

Penggunaan peribahasa yang berantonim bermaksud menggunakan


peribahasa untuk menerangkan suatu situasi yang bertentangan dalam sesuatu wacana.
Oleh itu penggunaan peribahasa yang bertentangan dari segi maksudnya juga dapat
mewujudkan koheren dalam wacana. Perhatikan contoh yang berikut.

Selain itu, kami juga merayu agar pihak tuan dapat menggunakan kuasa yang ada pada
pihak tuan untuk mendesak pihak Jabatan Parit dan Saliran agar bertindak secara proaktif
untuk meningkatkan keberkesanan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di kampung
kami. Usahlah bertindak secara melepaskan batok di tangga sahaja. Biarlah kerja-kerja
penyelenggaraan itu dijalankan secara bersungguh-sungguh kerana alang-alang berdakwat
biarlah hitam. Pihak kami bersedia membantu pihak jabatan untuk meningkatkan kesedaran
kepada penduduk kampung agar bersama-sama menjaga kebersihan dan kelancaran sistem
perparitan itu. Hal ini disebabkan ada segelintir penduduk kampung yang bersikap ambil
mudah dengan membuang sampah ke dalam parit-parit berkenaan.
Kedua-dua peribahasa di atas mempunyai maksud yang berbeza iaitu
melepaskan batok di tangga bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-

sungguh. Sementara itu, maksud peribahasa alang-alang berdakwat biarlah hitam


bermaksud berbuat sesuatu jangan alang kepalang.
8.0

KESIMPULAN

Kemahiran menulis terutama karangan merupakan kemahiran aras tertinggi


dalam kemahiran berbahasa. Oleh itu, kemahiran ini perlu digabungjalinkan dengan
kemahiran lisan dan membaca yang akan membantu meningkatkan kemahiran dalam
penulisan. Kemahiran ini perlu dilatih melalui pelbagai pendekatan, antaranya ialah
pendekatan berstruktur dan proses. Pendekatan berstruktur melibatkan kemahiran
membina perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Sementara, pendekatan proses
menyarankan bahawa proses penulisan melibatkan beberapa proses seperti
pengumpulan maklumat, penulisan draf, proses pengeditan, penulisan draf akhir dan
seterusnya persembahan karangan berkenaan setelah dinilai. Tuntasnya, pengajaran
dan pembelajaran aspek kemahiran menulis perlu dilaksanakan dalam keadaan yang
santai agar pelajar bermotivasi untuk menghasilkan penulisan yang bermutu, bukannya
buat asal siap.

Anda mungkin juga menyukai