Anda di halaman 1dari 7

KARANGAN PASANG SIAP UNTUK KUMPULAN CEMERLANG

AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN

A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

 Baca arahan dengan teliti


 Baca semua soalan
 Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan
 Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan

B. KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN

 Isu = Topik dalam soalan


 Ayat penyataan = Ayat isu
 Ayat tugasan = Ayat kehendak soalan

C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN

Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah.


Contoh soalan :
Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin meningkat
dan membimbangkan banyak pihak.

Huraikan [ langkah–langkah untuk mengatasi masalah ini.]

Isu Masalah sosial dalam kalangan remaja

Penyataan soalan Sejak akhir–akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja
semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak

Ayat tugasan Langkah – langkah mengatasi.


A. Perenggan Pendahuluan

1. Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu ……. ( isu karangan ).
2. Umum mengetahui bahawa ………( isu)……. semakin hari semakin serius/ kritikal/
berkurangan/ meningkat/ membimbangkan.
3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti … ( kesan)………
4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku?
5. Siapakah yang harus dipersalahkan?........................................( masukkan peribahasa yang
sesuai. contoh tepuk dada tanya selera)
6. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.
7. Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka...
8. Pernahkah terlintas dalam gawang/kotak minda kita bahawa....
9. Senario ini perlu ditangani sebelum menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak
dapat digelengkan, ....

B.Perenggan Isi

ISI PERTAMA - 5W 1H (Where, When, Who, What, Why, How) –Bila, bagaimana, siapa,
mengapa,kenapa, apa)

1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan)…. ialah…..
( isi 1 / apa) –ayat topik
2. Hal ini dikatakan demikian kerana.....( huraian / mengapa)
3. Sekiranya dipraktikkan akan ……………………… ( bagaimana/kesan)………
4. Sebagai analoginya.................( masukkan contoh )
5. Hal ini menyebabkan..............( huraian contoh )
6. Persis kata peribahasa Melayu,……………………………
7. Natijahnya,…….. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)…………(penegas)

ISI KEDUA

1. Sesungguhnya …………. ( ayat tugasan )…. .ialah ( isi 2 / apa)


2. Hal ini tercetus kerana................( huraian isi/ mengapa )
3. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa … ( kesan jangka pendek )…….
4. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah……….(contoh)………..
5. Justifikasinya…….( huraian contoh)……
6. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa………( jika ada )……
7. Dengan keadaan sedemikian ………….. ( kesan/kesimpulan kecil )………

ISI KETIGA

1. Umum mengetahui bahawa …………. ( ayat tugasan ) yang seterusnya ialah...........( isi
3/apa)……..
2. Dalam konteks ini ………….. ( huraian isi/ mengapa)……………..
3 ……..huraian (bagaimana)………..
4.Misalnya……….( contoh )………………………..
5. Oleh hal yang demikian ……………………(huraian contoh )……………….
6 . Fenomena ini dikatakan..................(masukkan peribahasa jika ada)
7. Yang pasti..............(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

ISI KEEMPAT

1. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain……..( ayat tugasan )……ialah …( isi empat
/apa)……
2. Hal ini dikatakan demikian kerana……… huraian isi/mengapa)……………………
3 ..…..huraian / bagaimana ………..…….
4. Sebagaimana yang kita sedia maklum,…….( masukkan contoh)……
5. Oleh hal yang sedemikian………..(huraian contoh )………
6. Bak kata peribahasa atau ungkapan menarik jika ada………………………………………
7. Tentulah..................................( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil )

ISI KELIMA
1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ……
( ayat tugasan )…......ialah ( isi 5/apa)
2. Buktinya ialah………( huraian isi /mengapa )……………………….
3. Hal ini dilakukan kerana …………… ( kesan jangka pendek )…………………..
4. Tamsilnya…………………………………………………………………..
5. Jelaslah bahawa………………………. huraian contoh )………………………………
6. Persis kata mutiara……………………………..
7. Nyatalah….................................(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

c.Kesimpulan

1. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit
sama didaki ke lurah sama dituruni mengatasi / menyokong isu ini.

2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain.

3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

4. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.


Contoh Karangan Menggunakan Teknik Pasang Siap

Soalan: Terdapat sebilangan remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak
dan merempit. Sebahagian remaja pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih
dadah dan pergaulan bebas.
Huraikan langkah – langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh karangan

Dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia
tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam
kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang
remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada
tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah
sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada penyakit yang tiada
penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan
secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu
bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para
remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa
sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai
analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang
dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu
bapa adalah pakar rujuk kepada anak–anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak –
anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara
anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu
memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana
para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian.
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja
yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara
berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam
membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah
vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para
remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja akan
lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat
setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.
Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk
menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak media
massa. Dalam konteks ini, media massa perlu memainkan peranan yang
berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para remaja. Media massa
seperti televisyen, radio, Internet ataupun media cetak yang merupakan
perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program
–program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja terutama dalam
usaha remaja mencari jati diri mereka. Misalnya program seperti Rancangan
realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat berguna kepada remaja kerana
melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk remaja. Oleh hal
yang demikian, pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak
faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai
alat untuk mengaut keuntungan semata–mata tetapi menjadi wadah penting
untuk menjana remaja yang berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam
kalangan murid akan dapat diatasi sekiranya pihak media massa sama- sama
bahu-membahu memainkan peranan dan tidak hanya memikirkan
keuntungan sahaja.

Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga
boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah sosial
dalam kalangan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti
dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh
menggubal undang–undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka
dan dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai–nilai murni yang cuba
diterapkan melalui program ini akan diamalkan oleh para remaja. Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN ) yang telah dianjurkan oleh kerajaan
adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini demikian kerana
melalui program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang
tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata,
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang
dilahirkan ialah remaja yang boleh menjadi modal insan yang berguna untuk
membangunkan negara pada masa akan datang.

Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah,


antara langkah menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah
peranan agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian
Belia dan Sukan adalah antara agensi yang aktif menjalankan pelbagai
program untuk menarik minat para remaja. Kementeria Belia dan Sukan
bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan
seterusnya berjaya menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan
Muda merupakan antara program yang dilancarkan oleh Kementerian Belia
dan Sukan. Jelaslah bahawa melalui program ini remaja telah dibentuk agar
mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan
modal insan kelas pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk
pimpinan negara. Nyatalah sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan
aktif menjalankan pelbagai program yang berguna untuk remaja, nescaya
remaja akan terhindar daripada anasir-anasir yang negatif.

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama


ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi
masalah yang beronak dalam kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan
dipandang rendah oleh negara lain. Semoga kita akan dapat melahirkan remaja
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara amat mengharapkan remaja
yang berkualiti dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun
begitu bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera.

(812 patah perkataan)

LATIHAN :

1. Buat peta Ithink (isi penting) / rangka karangan berdasarkan contoh karangan di atas.

2. Berdasarkan karangan di atas lengkapkan rangka karangan

PENGEMBANGAN ISI 1

Ayat 1 (To) Topik (gabungkan soalan dan isi )


Ayat 2 (Hu)Huraian (mengapa/sebab)
Ayat 3 (Co) Contoh
Ayat 4 (Ke) Kesan
Ayat 5 (P) Penegas
Ungkapan

PENGEMBANGAN ISI 2

Ayat 1 (To) Topik (gabungkan soalan dan isi )


Ayat 2 (Hu)Huraian (mengapa/sebab)
Ayat 3 (Co) Contoh
Ayat 4 (Ke) Kesan
Ayat 5 (P) Penegas
Ungkapan

PENGEMBANGAN ISI 3

Ayat 1 (To) Topik (gabungkan soalan dan isi )


Ayat 2 (Hu)Huraian (mengapa/sebab)
Ayat 3 (Co) Contoh
Ayat 4 (Ke) Kesan
Ayat 5 (P) Penegas
Ungkapan

PENGEMBANGAN ISI 4

Ayat 1 (To) Topik (gabungkan soalan dan isi )


Ayat 2 (Hu)Huraian (mengapa/sebab)
Ayat 3 (Co) Contoh
Ayat 4 (Ke) Kesan
Ayat 5 (P) Penegas
Ungkapan
PENGEMBANGAN ISI 5

Ayat 1 (To) Topik (gabungkan soalan dan isi )


Ayat 2 (Hu)Huraian (mengapa/sebab)
Ayat 3 (Co) Contoh
Ayat 4 (Ke) Kesan
Ayat 5 (P) Penegas
Ungkapan

KECAHA (Membuat kesimpulan)

PENJELASAN Ayat Murid


Penutup Kesimpulan
(KeCaHa) Cadangan
Harapan

Anda mungkin juga menyukai