Anda di halaman 1dari 7

Tajuk Karangan : Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga.

anda bercadang untuk menulis sebuah rencana di akhbar dengan menyentuh punca-punca berlakunya masalah ini dan langkah-langkah mengatasinya. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang melibatkan fizikal yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya sehingga membawa kemudaratan yang teruk. Tindakan penderaan fizikal ini boleh ditentukan melalui kesan-kesan calar, luka, lebam dan patah yang dialami oleh seseorang isteri itu. Kemelut ini memang serius kerana turut disiarkan oleh media massa menerusi program-program beritanya. Maka, ada pelbagai faktor penyebab yang perlu difahami dan langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam kalangan pasangan muda negara. Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Konsep ini dijelmakan menerusi semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. ikap suami yang terlalu mendesak isteri supaya mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini mudah berlaku. !elaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Polemik ini turut menular kerana meningkatnya tekanan di pejabat yang menyebabkan ada golongan lelaki yang tidak berupaya untuk menahan impak psikologi bebanan ini. Masalah kerja yang dialami itu terus dibawa pulang ke rumah yang menyaksikan ramai yang menjadikan isteri mereka sebagai tempat meluahkan perasaan marah mereka itu. Tindakan mendera yang mungkin pada peringkat awal dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya tekanan yang dialami di pejabat. Mungkinkah kaum lelaki harus lebih peka dengan bijak mengawal tekanan pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka" elain itu, kemelut sosial ini turut meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan wanita terhadap hak mereka dalam sesuatu perhubungan itu. Kegagalan wanita untuk memahami hak mereka sebagai pasangan menyebabkan mereka seolah-olah merelakan penderaan yang dialami itu. Keadaan ini pula diburukkan dengan keadaan ketiadaan tempat untuk mengadu masalah ini. #leh itu, masalah yang memalukan ini terus wujud kerana wanita masih kabur tentang hak mereka dalam kehidupan zaman moden. Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan masyarakat yang menganggap masalah rumah tangga sebagai satu masalah peribadi seseorang. Persepsi ini menyebabkan masyarakat terus menyepi diri walaupun mengetahui wujudnya masalah ini dalam kalangan jiran mereka. Keengganan masyarakat untuk melibatkan diri secara serius dalam isu ini turut menyukarkan mangsa untuk mendapatkan nasihat dan panduan menyelesaikan masalah ini. !usteru, masalah ini terus wujud dalam diri seseorang itu seperti api dalam serkam yang secara senyap-senyap memusnahan kehidupan seseorang insan itu. Kesimpulannya, semua faktor di atas menjadi satu pemangkin yang mewujudkan kemelut sosial ini. Kegagalan indi$idu untuk mengawal perasaan mereka menjadi penentu dalam menyelesaikan masalah yang tidak mengira kaum, umur dan tahap pendidikan ini. Kegagalan untuk membendung polemik ini berupaya untuk membawa kemusnahan institusi keluarga negara. Peribahasa %sudah habis madu sepah dibuang% menghuraikan betapa mudahnya kasih sayang antara manusia menghilang.

Tajuk Karangan : Masalah pembuangan bayi makin menjadi-jadi akhir-akhir ini terutama dalam kalangan remaja. Ulaskan pernyataan ini. Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang tidak bertindak terburu-buru mengambil tindakan. Kemelut ini semakin serius apabila pihak media massa memaparkan kejadian ini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segan-silu. Jadi apakah punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani isu ini? Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibubapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Kesannya, ramai yang terjebak dalam kancah negatif ini saban tahun. Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungja ab mendidik anda tidak menjadi satu keperluaan yang harus dipenuhi dengan baik. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi. Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap anita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Pemikiran masyarakat ini menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka daripada dipandang jijik oleh masyarakat. !rus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. "antaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dalam hidup mereka. "angkah yang perlu dilaksanakan oleh kita ialah menyediakan satu tempat perlindungan kepada remaja yang bermasalah seperti ini. Rumah perlindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada remaja dan bayi sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Ke ujudan rumah perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat dikurangkan. Paradigma masyarakat harus berubah dalam menangani masalah ini. Kita perlu mengikis sikap suka menghukum moral seseorang itu dengan terburu-buru tanpa mengambil kira keadaan yang dialami oleh remaja terbabit. Kita seharusnya menjadi tempat remaja meluahkan masalah mereka dan bukannya tempat remaja melarikan diri mereka. Pandangan masyarakat yang berubah memberikan persepsi yang baik kepada remaja untuk berkongsi masalah mereka. Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua pihak bertanggungja ab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini daripada berterusan. Kita harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

Tajuk Karangan : Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. &alam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-' &ato eri (bdullah )in *aji (hmad )atawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. #leh itu, terdapat pelbagai langkahlangkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang. ehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anakanak. +amun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. *al ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. #leh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. &i sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. !adi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua. ejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. )ak kata pepatah ,melentur buluh biarlah dari rebungnya-. ebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. *al ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. #leh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. &i samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. !elaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. )egitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. .ingkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini. eiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. +amun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. /ontohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. *al ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. )ak kata pepatah , bagai acuan begitulah kuihnya-. *al ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. 0mpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. 1amakelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. .ingkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini. Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. &alam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang. !usteru, peribahasa ,bagai aur dengan tebing- hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

Tajuk Karangan : Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus. (pakah itu kes buli" Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. *al ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. ,!ika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang-. #leh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. (ntaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. .ingkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. elain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. 2bu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. &i samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. !ika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. )ak kata pepatah 3tiada penyakit yang tiada penyembuhnya4.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. (ntaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan 2slam, Pendidikan i$ik dan sebagainya. &engan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. elain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. (kti$iti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. +amun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah !enayah di sekolah dengan aktif. *al ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa

dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. 1angkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. /ontohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. &i samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. !ika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. elain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. 2bu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. !anganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. )ak kata pepatah 3bapa borek, anak rintih4, 3ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget4. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. 2bu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. +atijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. *asrat negara kita yang ingin mencapai 5awasan 6767 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat !enin semata-matanya. *al ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. )ak kata peribahasa Melayu 3pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara4. #leh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. emoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Tajuk Karangan : Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah tangga. anda bercadang untuk menulis sebuah rencana di akhbar dengan menyentuh punca-punca berlakunya masalah ini. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang melibatkan fizikal yang dilakukan oleh suami terhadap isterinya sehingga membawa kemudaratan yang teruk. Tindakan penderaan fi ikal ini boleh ditentukan melalui kesan-kesan calar, luka, lebam dan patah yang dialami oleh seseorang isteri itu. Kemelut ini memang serius kerana turut disiarkan oleh media massa menerusi program-program beritanya. Maka, ada pelbagai faktor penyebab yang perlu difahami dan langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam kalangan pasangan muda negara. Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Konsep ini dijelmakan menerusi semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. ikap suami yang terlalu mendesak isteri supaya mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini mudah berlaku. !elaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Polemik ini turut menular kerana meningkatnya tekanan di pejabat yang menyebabkan ada golongan lelaki yang tidak berupaya untuk menahan impak psikologi bebanan ini. Masalah kerja yang dialami itu terus dibawa pulang ke rumah yang menyaksikan ramai yang menjadikan isteri mereka sebagai tempat meluahkan perasaan marah mereka itu. Tindakan mendera yang mungkin pada peringkat awal dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya tekanan yang dialami di pejabat. Mungkinkah kaum lelaki harus lebih peka dengan bijak mengawal tekanan pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka" elain itu, kemelut sosial ini turut meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan wanita terhadap hak mereka dalam sesuatu perhubungan itu. Kegagalan wanita untuk memahami hak mereka sebagai pasangan menyebabkan mereka seolah-olah merelakan penderaan yang dialami itu. Keadaan ini pula diburukkan dengan keadaan ketiadaan tempat untuk mengadu masalah ini. #leh itu, masalah yang memalukan ini terus wujud kerana wanita masih kabur tentang hak mereka dalam kehidupan zaman moden. Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan masyarakat yang menganggap masalah rumah tangga sebagai satu masalah peribadi seseorang. Persepsi ini menyebabkan masyarakat terus menyepi diri walaupun mengetahui wujudnya masalah ini dalam kalangan jiran mereka. Keengganan masyarakat untuk melibatkan diri secara serius dalam isu ini turut menyukarkan mangsa untuk mendapatkan nasihat dan panduan menyelesaikan masalah ini. !usteru, masalah ini terus wujud dalam diri seseorang itu seperti api dalam serkam yang secara senyap-senyap memusnahan kehidupan seseorang insan itu. Kesimpulannya, semua faktor di atas menjadi satu pemangkin yang mewujudkan kemelut sosial ini. Kegagalan indi$idu untuk mengawal perasaan mereka menjadi penentu dalam menyelesaikan masalah yang tidak mengira kaum, umur dan tahap pendidikan ini. Kegagalan untuk membendung polemik ini berupaya untuk membawa kemusnahan institusi keluarga negara.

Peribahasa %sudah habis madu sepah dibuang% menghuraikan betapa mudahnya kasih sayang antara manusia menghilang.

Anda mungkin juga menyukai