Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
juga ahli masyarakat yang menuding jari terhadap golongan remaja.Pada pandangan mereka
inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.Sebagai masyarakat,kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut.Selain itu kesilapan yang paling
nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati.Mereka tregolong
dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.selepas itu,masing-masing hilang rasa
tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah penguatkusakan undang-undang dan mengambil
tindakan keras terhadap sesiapa yang pembuang bayi.Seterusnya, pihak sekolah haruslah
memberi nasihat atau ceramah untuk remaja pentingnya mengelakkan pelakuan yang tidak moral
berlaku.Selain itu, ibu bapa hendaklah menberi tumpuan terhadap anaknya supaya dapat
mengelakkan anaknya melibatkan dirinya dalam kegiatan negatif.Masyarakat juga perlu
berganding bahu dengan kerajaan untuk menyelasaikan masalah ini.
3. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, bertepatan dengan
pernyataan bahawa seseorang itu terutamanya seorang pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan
walau di mana berada. Mematuhi peraturan sememangnya dapat membentuk generasi yang lebih sihat
dalam kalangan masyarakat. Sekiranya murid-murid tidak mematuhi peraturan, banyak kesan negatif
yang akan berlaku. Antaranya ialah kes gaduh, mencuri, tidak berpakaian kemas dan sebagainya. Gejala
ini akan menular kepada murid-murid lain dan seterusnya akan melahirkan generasi yang tidak
berakhlak.
Peraturan diadakan bukannya untuk menyusahkan murid-murid tetapi bertujuan untuk
memastikan segala aktiviti dan kegiatan harian dapat berjalan lancar tanpa gangguan. Jika peraturan
yang disediakan tidak dipatuhi, maka segala-galanya akan menjadi kelam-kabut dan seterusnya suasana
yang tidak tenteram akan wujud. Akhirnya masyarakat akan berdepan dengan golongan yang
membawakan kerosakan kepada mereka.
Murid-murid yang mematuhi peraturan dapat memantapkan disiplin mereka, sekaligus kejadiankejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku. Mereka yang mematuhi peraturan akan lebih mudah
memberikan tumpuan dalam pelajaran kerana mampu belajar dalam suasana yang lebih selesa.
Kesannya, mereka akan berjaya dalam peperiksaan dan membentuk insan yang berilmu. Para pelajar
hendaklah mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang untuk melahirkan golongan
pelajar yang cemerlang pada masa yang akan datang. Contohnya, seorang pelajar yang menerima
peraturan yang ditetapkan mampu mengelakkan diri daripada melakukan jenayah.
Nilai harga diri boleh disemai dalam diri pelajar jika mereka mematuhi peraturan. Umpamanya,
peraturan boleh memupuk sikap mulia dalam kalangan pelajar. Selain itu, peraturan dapat mewujudkan
sikap sayang-menyayangi, bertolak ansur serta dapat menghindarkan sikap negatif dalam diri pelajar dan
menjaga maruah diri pelajar. Dengan ini, para pelajar mampu memuliakan maruah diri mereka.
Malahan peraturan sekolah juga dapat memupuk keinginan untuk bersaing secara sihat serta
mematangkan pelajar itu sendiri. Peningkatan imej sekolah sebagai sekolah yang berdisiplin juga mampu
tercapai jika para pelajar mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan. Setiap murid mestilah mempunyai
sikap bertanggungjawab terhadap imej sekolah. Oleh itu, nilai amanah hendaklah dipupuk dalam diri
pelajar agar boleh menimbulkan keyakinan warga sekolah terhadap para pelajar dalam usaha
meningkatkan disiplin sekolah.
Jelaslah bahawa pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah bagi mewujudkan masyarakat yang
seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani, intelek dan hubungan sosial mereka. Justeru, setiap murid
perlulah mematuhi yang ditetapkan agar dapat menjadi insan yang berguna dan lebih berdisiplin.
Kita sering didedahkan dengan perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran, rogol,
pergaulan bebas serta budaya lepak dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang menyedihkan,
salah laku seumpama ini melibatkan golangan remaja yang masih di bangku sekolah. Pada
pandangan anda, bagaimanakah golongan remaja dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam
masalah seumpama ini?
4.
Saban hari, kita sering disogokkan dengan berita-berita mahupun isu-isu semasa mengenai
remaja kini yang terlibat dengan pelbagai perbuatan sumbang seperti salah laku seks, pelacuran,
rogol, pergaulan bebas serta budaya lepak. Dapat dilihat dengan jelas bahawa kebejatan akhlak
dalam kalangan remaja seolah-olah semakin sukar dibendung lagi. Oleh itu, remaja perlulah ada
kesedaran agar tidak terjebak dengan anasir-anasir yang tidak sihat.
Bagi mengelakkan golongan remaja daripada terlibat dalam masalah seumpama ini, remaja
haruslah dilengkapkan dengan ilmu keagamaan secukupnya. Setiap agama menggariskan para
penganutnya, untuk mendekati kebaikan dan menjauhi kejahatan. Remaja perlu bertindak bijak
untuk tahu apa yang dilarang dan dibenarkan dalam agama masing-masing. Apabila golongan
remaja mematuhi segala suruhan-Nya, secara automatik remaja akan tahu membataskan diri
dalam pergaulan dan gaya hidup seharian mereka. Oleh yang demikian, para remaja haruslah
mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan.
Selain itu, remaja juga hendaklah mengamalkan nilai rasional agar mampu mengelakkan diri
dalam gejala-gejala negatif remaja masa kini. Golongan remaja mestilah boleh memilih rakan
sebaya yang baik bagi manfaat bersama. Seperti yang kita sedia maklum, remaja lebih banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya mereka. Keadaan ini akan turut mempengaruhi cara
hidup mereka. Oleh itu, remaja perlu dapat mengambil tindakan wajar dengam memilih rakan
sebaya yang sesuai. Sekiranya seseorang remaja tersebut memilih untuk bergaul dengan individu
yang suka melepak, maka tidak mustahillah remaja itu sendiri akan turut terlibat sama.
Di samping itu, para remaja juga mestilah mendisiplinkan diri serta mematuhi peraturan
yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, remaja perlulah mengamalkan nilai amanah dalam diri
masing-masing. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa remaja kini memang penuh dengan
naluri ingin mencuba. Jiwa remaja juga cepat mahu memberontak jika mereka sering kali
dikongkong. Hal ini mampu diatasi jika para remaja mempunyai sikap bertanggungjawab untuk
mendisiplinkan diri dan belajar mematuhi setiap peraturan atau larangan yang telah ditetapkan
sama ada di sekolah, di asrama, mahupun di rumah. Jika remaja mampu megendalikan amanah
tersebut dengan baik, maka mereka mampu membentuk diri supaya boleh menimbulkan
keyakinan orang lain terhadap diri remaja kini.
Kesimpulannya, remaja itu sendiri yang harus bertanggungjawab ke atas dirinya. Bak kata
perpatah, tepuk dada, tanya selera. Remaja perlu bijak berfikir untuk masa depan mereka dan
bukan sekadar menginginkan keseronokan sementara semata-mata.