Anda di halaman 1dari 3

5.

0 Langkah mengatasi remaja lari dari rumah dan intrevensi yang berkaitan
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil sebagai cara untuk membendung remaja daripada
terlibat dengan masalah dan kes lari dari rumah. Salah satu langkah mengatasi masalah ini ialah
dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Kita sedia maklum bahawa salah satu punca
utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah disebabkan oleh masalah keluarga yang
berlaku di dalam rumah. Bagi mengelak anak-anak atau remaja lari dari rumah, ibu bapa sepatutnya
haruslah memahami perasaan anak tentang apa yang mereka inginkan dan apa yang diperlukan oleh
mereka dari sudut pendekatan emosi dan psikologikal dan bukannya dengan hanya memberikan anak-
anak keperluan material semata-mata. Ibu bapa seharusnya sedar dan tidak menganggap bahawa
dengan hanya memberi keperluan material seperti memberi mereka wang, pakaian, tempat tinggal dan
sebagainya sudah cukup menjadikan anak-anak mereka berasa bahagia. Sebenarnya anak-anak atau
remaja juga menginginkan keperluan dari sudut psikologi seperti keperluan keselamatan dan dimiliki,
keperluan kepada autonomi, keperluan kompentensi perasaan dan penghargaan kendiri serta keperluan
untuk difahami (Neubeck & Neubeck, 1999). Jika ibu bapa mengambil berat terhadap perkara-perkara
ini sudah tentu remaja tidak akan memberontak sehingga sanggup lari dari rumah. Ibu bapa seharusnya
melibatkan diri sepenuhnya dengan mengambil tahu masalah anak-anak mereka. Kasih sayang dan
kemesraan daripada ibu bapa sudah tentu dapat memberikan kebahagiaan kepada anak-anak sekaligus
mengelak mereka daripada terjerumus ke dalam masalah lari dari rumah. 
Langkah yang kedua ialah dengan memantau peranan yang dimainkan oleh rakan sebaya. Ibu
bapa seharusnya mengambil tahu pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Hai ini adalah untuk
memastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak baik. Kita sedia maklum
bahawa rakan sebaya adalah merupakan individu yang paling rapat dengan remaja, oleh itu remaja
akan cenderung terikut dengan tingkah laku yang dilakukan oleh rakan sebaya tidak kiralah tingkah laku
dan perbuatan itu baik atau tidak. Menurut Newman (1980), remaja lazimnya akan membuat persepsi
bahawa rakan sebaya adalah satu-satunya kumpulan yang wujud, dimana rakan sebaya dipersepsikan
sebagai tempat dimana remaja menyempurnakan keperluan sosial mereka dan memberi mereka satu
perasaan dihargai. Dalam hai ini katakanlah remaja tersebut menghadapi konflik dengan ibu bapa ini
menyebabkan remaja tersebut tidak teragak-agak untuk lari dari rumah dan pergi ke tempat rakan
sebaya mereka. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa seharusnya tahu anak-anak mereka berkawan
dengan siapa dan menghalang mereka bersahabat dengan rakan sebaya yang tidak baik.
Satu lagi cara untuk mengatasi remaja lari dari rumah ialah melalui peranan yang dimainkan oleh
masyarakat. Dalam hal ini pihak-pihak yang berkait secara langsung dengan remaja seperti guru-guru
di sekolah dan jiran-jiran seharusnya bersama-sama membendung masalah ini. Unit-unit masyarakat
seperti kaunselor dan guru-guru di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam mengesan pelajar
bermasalah kerana mereka cenderung untuk melarikan diri dari rumah, pihak-pihak itu seterusnya perlu
cuba untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini. Selain itu terdapat juga beberapa
langkah yang boleh diambil oleh unit-unit masyarakat yang lain seperti jiran tetangga untuk bersama-
sama membendung masalah ini. Jiran tetangga seharusnya perlu menanam semula nilai hidup
kolektivisme dimana masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran lain boleh diselesaikan secara bersama-
sama. Dalam hal ini masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh sahaja membiarkan remaja hanyut dan
terjebak dengan masalah sosial seperti ini.
Seterusnya ialah peranan yang dimainkan oleh media. Media memainkan peranan penting dalam
perkembangan remaja yang boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif, media membantu
dalam mendapatkan maklumat berguna yang berguna kepada kita, namun sebaliknya media juga boleh
memberi kesan yang negatif. Remaja biasanya akan mudah terpengaruh dengan aksi-aksi negatif yang
sering dipaparkan dalam media tidak kira sama ada yang dipaparkan dalam media elektronik seperti
televisyen mahupun media bercetak seperti majalah dan sebagainya lagi. Sebagai contohnya apabila
remaja menonton filem-filem barat yang memaparkan kehidupan-kehidupan remaja barat yang
berpusatkan kepada kebebasan dan keseronokan sehingga ada yang sanggup lari dari rumah, remaja-
remaja tempatan cenderung terpengaruh dengan budaya kehidupan mereka. Dalam situasi ini ibu bapa
seharusnya memantau dan mengawasi aktiviti anak-anak dalam perkara ini, contohnya ialah memberi
bimbingan kepada anak-anak semasa menonton sesuatu rancangan televisyen dimana terdapat
beberapa perkara dan maklumat negatif yang perlu dielakkan daripada terus sampai kepada anak-anak.
Akhir sekali ialah langkah-langkah yang dijalankan oleh institusi-institusi yang terlibat dalam
kemasyarakatan. Pada masa kini terdapat beberapa institusi telah ditubuhkan yang berfokuskan
kepada golongan belia khususnya terhadap remaja. Institusi atau pertubuhan yang ditubuhkan melalui
agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan ini membantu mengelak golongan remaja di negara
ini terbabit dengan masalah-masalah sosial seperti masalah lari dari rumah ini. Institusi seperti ini juga
perlu menggalakkan lebih ramai lagi remaja untuk menyertai program atau aktiviti yang dianjurkan.
Program seperti bengkel kepimpinan, ceramah, kem perkhemahan, aktiviti sukan, aktiviti keagamaan,
aktiviti kemasyarakatan, khidmat sosial komuniti dan sebagainya lagi dapat memberi manfaat yang
berguna kepada remaja sekaligus dapat mencegah remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat, hal ini kerana masa yang ada lebih ditumpukan kepada kegiatan yang berfaedah berbanding
kegiatan yang tidak berfaedah.        
Langkah

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi
mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka
dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi
dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan


akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan
perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat
pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat


sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan
beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia
ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.

1. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di


peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.

2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
1. Ibu bapa mestilah memerhati setiap gerak - geri atau pergerakan anak mereka.
adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak -
anak remaja mereka. Ibu bapa juga harus mengetahui rakan - rakan anak mereka dan
memastikan mereka berkawan dan bergaul dengan orang yang mempunyai kedudukan
moral yang baik.Pergaulan bebas sudah sinonim dalam masyarakat akan membuatkan anak
-anak mudah terpengaruh untuk terlibat dalam masalah sosial seandainya ibu bapa
membiarkan anak - anak mereka tanpa tempat bergantung.
2. Ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak -
anak. hal ini demikian kerana remaja merupakan golongan yang inginkan perhatian. Andai
kata mereka ketandusan kasih sayang sudah pasti mereka akan melepaskan diri dari
kelompok keselesaan. maa berlakulah kes remaja lari dari rumah.
3. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak - anak.Tamsilannya, ibu bapa boleh
membawa anak - anak menjalankan aktiviti kerohanian, melancong dan beriadah. hal ini
cuukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat
yang telah mengishtiharkan hari sabtu dan ahad kepada semua pegawai kerajaan supaya
mereka dapat menghabiskan waktu cuti bersama anak - anak.  
4. Ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak -anak dengan memberi keyakinan,
keberanian, mewujudkan sifat positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu,
tingkatkan penghayatan anak - anak terhadap agama, nilai murni, motivasi, melatih anak
cara bersopan, prinsip - prinsip akauntibiliti, tepati janji, berketrampilan, menunjukkan
keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta potensi anak.

PERANAN SEKOLAH........
1. Menambahkan aktiviti - aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kokurikulum.
2. Perubahan - perubahan teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas. Ianya juga haruslah dikawal setiap
penggunaan teknologi pada masa kini dari mengelakkan remaja menyalah gunakan
teknologi tersebut.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah dan merujuk masalah disiplin kepada
pihak polis supaya kes disiplin dapat dikawal.
4. PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah. dengan mengadakan pertemuan
lebih kerap antara ibu bapa dan guru khasnya bagi pelajar yang bermasalah. Ibu bapa harus
menerima teguran guru dengan sikap terbuka dan positif.
5. Kaunseling diperingkat sekolah adalah penting dalam membantu remajamengatasi
masalah mereka. Kaunselor - kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik
dalam memantapkan perlaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Anda mungkin juga menyukai