Anda di halaman 1dari 2

4.

0 Kesan dan risiko remaja yang terbabit dalam masalah lari dari rumah
Golongan belia atau remaja yang lari dari rumah akan menyebabkan beberapa kesan buruk berlaku
khususnya terhadap remaja yang lari tersebut. Kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati beberapa
masalah yang akan timbul apabila remaja lari dari rumah, kebanyakan remaja yang lari dari
rumah cenderung melibatkan diri dengan penyalahgunaan bahan, mereka didapati menghisap
rokok, meminum alkohol dan menyalahgunakan beberapa jenis dadah berbanding remaja
yang tidak terlibat dengan masalah lari dari rumah (Grenee, Ennet, & Ringwaltz,  1997).
Remaja yang lari dari rumah akan mengalami risiko penyalahgunaan bahan dan juga jenayah
keganasan lain. Remaja lazimnya akan mudah terperangkap dengan masalah-masalah seperti dadah,
alkohol, jenayah, pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi. Situasi seperti ini berlaku apabila remaja
lari dari rumah, remaja menjadi bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak termasuklah ibu
bapa. kebebasan itulah yang menyebabkan remaja akan cuba mencari keseronakan bersama-sama
rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan remaja mudah terdedah dengan pengambilan pelbagai jenis
dadah seperti syabu, ganja, pil ecstacy, heroin dan sebagainya lagi. Salah satu jenis dadah yang sering
disalahgunakan oleh remaja ialah syabu atau istilah lainnya dipanggil sebagai “Ice”, dadah ini adalah
merupakan sejenis dadah perangsang methamphetamine yang paling popular disalahgunakan (Clinard &
Meier, 2004). Selain itu, remaja seperti ini juga akan cenderung melibatkan diri dengan pengambilan
alkohol, pengambilan bahan ini sering dikaitkan dengan tujuan untuk berhibur bersama rakan-rakan
yang lain. Kesannya ialah remaja mungkin akan jadi tertagih dengan alkohol sehingga boleh
menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang lari dari rumah dan menerima
pengaruh-pengaruh seperti ini.
Remaja yang lari dari rumah juga terdedah kepada salah laku atau jenayah yang berkaitan
dengan jenayah seksual. Bagi golongan dan remaja yang lari dari rumah khususnya remaja
perempuan, mereka akan cenderung melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti pelacuran, pornografi,
menjadi mangsa keganasan seks dan sebagainya lagi. Remaja perempuan yang lari dari rumah akan
menyebabkan mereka tidak dapat menanggung kos perbelanjaan seharian, situasi seperti ini akan
menyebabkan golongan gadis ini terdesak untuk menjual tubuh badan sendiri atau melibatkan diri
dengan kegiatan pelacuran dan pornografi, kesan yang paling serius sekali ialah mereka mungkin akan
terdedah kepada sindiket-sindiket pelacuran yang menjual gadis tempatan ke luar negara (Loh Kha Bee,
2009). Golongan remaja perempuan yang lari dari rumah juga cenderung menjadi mangsa seksual.
Menurut Cauce (2004), remaja perempuan yang lari dari rumah dalam lingkungan umur 13, 14, dan 15
tahun lebih banyak menjadi mangsa seksual berbanding dengan remaja perempuan yang berumur lebih
daripada 17 tahun. Ini disebabkan mereka masih belum matang dan tidak mampu mempertahankan diri
dalam mengurangkan risiko-risiko yang mungkin mereka akan hadapi. Situasi-situasi seperti ini akan
menyebabkan membawa kepada beberapa lagi masalah seperti komplikasi dan gangguan psikologi yang
mungkin akan dihadapi oleh golongan belia dan remaja yang terlibat dalam kes lari dari rumah ini.    
Antara kesan komplikasi penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja yang terlibat dalam kes
lari dari rumah ini ialah seperti penyakit kelamin, kehamilan di luar perkahwinan, jangkitan
penyakit HIV/AIDS dan sebagainya lagi. Penyakit dan masalah ini adalah disebabkan oleh kesan
daripada aktiviti sosial yang dijalankan oleh remaja yang lari dari rumah. Penyakit kelamin
seperti sifilis adalah merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh mereka yang melakukan hubungan
seks tanpa mengambil langkah keselamatan seperti pengunaan sarung kondom, dimana ia adalah
merupakan penyakit yang mudah berjangkit kepada remaja yang sering bertukar-tukar pasangan.
Kehidupan sosial yang bebas terhadap remaja yang lari dari rumah ini akan menyebabkan beberapa lagi
masalah seperti kehamilan di luar perkahwinan, perkara-perkara seperti ini sudah tentu akan
menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak yang berlaku di dalam masyarakat. Akhir sekali ialah
remaja seperti ini akan mudah terdedah kepada penyakit serius seperti AIDS pembawaan virus HIV.
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan terhadap golongan remaja yang lari dari rumah ini, dilaporkan
bahawa remaja lelaki dan remaja perempuan yang menjadi mangsa seksual didapati lebih berisiko
menghidapi penyakit pembawaan HIV berbanding daripada remaja yang bukan merupakan mangsa
seksual (Grenee, Ennet, & Ringwaltz,  1999).
Selain itu remaja yang lari dari rumah juga cenderung menghadapi masalah dari sudut psikologikal
seperti kemurungan, tekanan, kecelaruan tingkah laku, mencederakan diri sendiri dan
akhirnya melakukan percubaan membunuh diri. Masalah psikologi yang dihadapi oleh mereka ini
mungkin disebabkan oleh masalah yang timbul akibat daripada tindakan mereka yang lari dari rumah.
Lazimnya perasaan-perasaan seperti rasa menyesal, menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan nasib
yang menimpa dirinya akan memberikan kesan terhadap emosi remaja. Sebagai akibatnya remaja-
remaja seperti ini akan mengalami kecelaruan yang disebut sebagai proses pencacatan-kendiri (self-
mutilation), pencacatan-kendiri adalah merujuk kepada tindakan menyakiti atau mencederakan diri
sendiri. kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati bahawa sebanyak 69 peratus daripada remaja
yang terlibat dalam masalah lari dari rumah adalah mereka yang didapati mengalami masalah
pencacatan-kendiri, iaitu salah satu masalah psikologi yang akan memberi kesan terhadap kesihatan
fizikal mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dari segi jumlah
bilangan remaja lelaki dan remaja perempuan lari dari rumah yang menghadapi kecelaruan pencacatan-
kendiri (Tyler, et al., 2003).   
Gejala sosial remaja lari dari rumah semakin meningkat pada masa kini.kita boleh
lihat hampir setiap berita tentang remaja lari dari rumah tersebar di kaca telivisyen,di dada
akbar dan sebagainya.gejala remaja lari dari ruah ini  tidak semestinya berlaku di kawasan
luar Bandar sahaja ia juga turut berlaku  di  dalam kawsan Bandar.

Kebebasan.mungkin di antara factor yang menyebabkan remaja yang lari dari rumah
ialah kerana mereka menginnginkan kebabasan.kebebasan yang dimaksudkan oleh mereka
ialah tinggal berjauhan dengan keluarga.mungkin ada sesebuad keluarga yang terlalu
mengongkong kehidupan anak-anak mereka.oleh itu hal ini mendorong mereka untuk lari
dari rumah.selain itu,kurang didikan agama yang kuat juga menyebabkan mereka lari dari
rumah.dalam hal ini peranan kedua ibu bapa amat penting dalam membirikan didikan agama
yang kuat terhadap anak-anak mereka.dengan adanya didikan agama yang kuat didalam diri
mereka ia akan membuatkan mereka berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu
perkara.

Jika kita lari dari rumah kita tidak akan mendapat sebarang kesan positif malah apa
yang kita dapat ialah hanya kesan negatif.kesan negatif remaja lari dari rumah ialah
mencemarkan maruah keluarga .nama sesebuah keluarga itu akan disebut-sebut oleh
masyarakat akibat perbuatan negatif anak-anak mereka.selain itu,masa depan remaja juga
akan terjejas .hal ini berlaku , akibat remaja gagal pergi ke sekolah dan menyebabakan
ketinggalan dalam pelajaran.

Tidak kira sama ada keluarga mahupun kawan , kedua-dua pihak ini memainkan
peranan yang begitu penting dalam member nasihat kepada anak atau kawan anda yang lari
dari rumah.di samping itu,kita juga boleh mengajaknya ke kem motivasi sebagai terapi jiwa
agar dia tidak mengulangi atau terjebak dengan gejala social remaja lari dari rumah.

Oleh itu,kita sebagai ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama anak-anak kita
dengan menonton telivisyen bersama-sama , bertukar pendapat,menyelesaikan masalah
bersama dan sebagainya.pujuk lah anak-anak kita ,belailah mereka dengan kasih-sayang,puji
lah mereka kerana mereka hanya menginnginkan kasih sayang dan perhatian dari kita .

Anda mungkin juga menyukai