Anda di halaman 1dari 2

Artikel ini membincangkan isu-isu berkaitan gejala sosial dalam kalangan masyarakat hari ini.

Antara isi-isu yang dibincangkan adalah gejala membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah,
mengamalkan seks bebas, dan budaya lepak di mana gejala-gejala ini semakin hari menyebabkan
kecenderungan ke arah kegiatan jenayah seperti membunuh, samun, merogol, pelacuran dan
vandalisme.
Antara punca yang dikenalpasti sebagai penyebab kepada berlakunya gejala ini adalah
keruntuhan atau permasalahan sesebuah institusi keluarga tersebut yang merupakan punca utama
kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja di bawah umur. Gejala sosial yang berlaku
dalam keluarga, misalnya gejala seperti penganiayaan isteri, penganiayaan kanak-kanak, suami kaki
botol dan sumbang-mahram. Dikatakan anak yang membesar dari keluarga yang runtuh
berkecenderungan untuk memiliki keluarga yang runtuh di masa depan. Begitu juga perkaitan
bahawa kanak-kanak yang dianiaya akan cenderung untuk menjadi seorang dewasa yang agresif.
Dalam kata lain, perkaitan seumpama ini menunjukkan bahawa individu yang menjadi mangsa
sesuatu gejala sosial akan dewasa menjadi individu yang menyumbang kepada gejala sosial itu itu
sendiri. Selain itu, kurangnya interaksi dan komunikasi antara ahli keluarga juga menyebabkan
berlakunya gejala ini di mana masalah yang dihadapi oleh remaja tersebut dilepaskan dengan
melakukan gejala sosial yang tidak baik. Kurangya kasih sayang juga merupakan satu faktor kepada
permasalahan ini. Remaja yang berjiwa muda memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga untuk
mencorak setiap tindakan dan perlakuan remaja tersebut. Kasih sayang yang dicurahkan dengan baik
membolehkan remaja tersebut berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu tindakan supaya tidak
menyakitkan hati dan mengecewakan ahli keluarga dan orang tersayang.
Faktor kemiskinan juga memainkan peranan yang besar dalam kegiatan sosial ini. Sebagai contoh,
kemiskinan untuk meneruskan hidup menyebabkan berlakunya kes samun untuk mendapatkan wang
dan kemungkinan bunuh jika berlaku pergelutan atau pergaduhan. Penceraian ibu bapa yang berlaku
juga menyebabkan kehidupan anak-anak terjejas dan disisihkan. Anak-anak tidak diberi pendidikan
yang sepenuhnya dan tanggungjawab ibu bapa itu sendiri untuk mendidik diabaikan dan kadang kala
diberikan kepada pengasuh untuk menjaga dan mendidik anak tersebut. Ini akan menyebabkan
kecenderungan di masa hadapan untuk anak-anak tersebut memberontak dan melakukan kegiatan
sosial yang tidak bermoral kerana kurangnya penjagaan sejak dari kecil. Dalam Islam, ibubapa
bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada
keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu
dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin
dalam keadaan kemiskinan, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni
dan mulia agak terbatas. Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk
menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi, maka usaha untuk meluangkan masa dan mendidik
anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia demi melahirkan
masyarakat yang berwawasan dan sihat.
Seiring dengan kemajuan ekonomi dan proses perbandaran yang pesat, negara turut
berdepan dengan pelbagai jenis jenayah dan kesan yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan
kesejahteraan negara. Gejala atau masalah sosial ini kebanyakannya melibatkan golongan wanita
seperti rogol, gangguan seksual, seks sebelum berkahwin, penceraian, penagihan dadah dan
pelacuran. Faktor keluarga, latar belakang pendidikan, pengaruh negatif rakan sebaya, media massa
dan masyarakat merupakan penyumbang utama kepada berlakunya gejala sosial di kalangan remaja
kini.



Salah laku dan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah masa kini amat membimbangkan
banyak pihak terutama golongan ibu bapa dan juga golungan pendidik. Penglibatan dalam pelbagai
masalah disiplin seperti ponteng sekolah, buli, pergaduhan, budaya hidu gam dan dadah memberi
kesan yang negatif kepada prestasi akademik pelajar. Kecenderungan pelajar yang obesiti untuk
dibuli amat tinggi kerana bentuk fizikal mereka yang besar dan sukar untuk bergerak. Pelajar obesiti
tersebut sering diganggu dan dibuli kerana mereka tidak melawan dan tidak terdaya untuk bertindak
sedemikian. Masalah kemurungan juga merupakan faktor kepada peningkatan gejala sosial. Individu
yang mengalami kemurungan sering menyendiri dan keseorangan. Ini menyebabkan ada pihak lain
yang suka mengambil kesempatan di atas perkara tersebut dengan mengganggu dan membuli
individu murung itu. Jika berlaku gangguan yang kasar kemungkinan akan berlaku pergaduhan dan
juga boleh membawa kepada pembunuhan jika serius.

Dewasa ini, masalah sumbang mahram dan seks di luar pernikahan sudah menjadi perkara
biasa di dalam masyarakat hari ini. Kesan buruk daripada masalah ini ialah runtuhnya institusi
perkahwinan dan keluarga dengan kelahiran anak-anak di luar perkahwinan. Permasalahan ini adalah
disebabkan tahap pengetahuan agama yang rendah yang cenderung menjadi punca penglibatan
remaja dalam seks sebelum perkahwinan. Selain itu, budaya remaja mempengaruhi keputusan
mereka dalam melakukan aktiviti seks. Walaupun wujudnya dominasi nilai keagamaan di
Malaysia,tetapi masih ramai remaja yang terlibat dalam seks sebelum perkahwinan.

Masalah dan jenayah pelacuran sudah lama wujud di Malaysia. Sehingga hari ini,
perbincangan mengenai pelbagai persoalan berkaitan fenomena pelacuran dari sifat-sifat pelacuran,
sebab-musabab aktiviti pelacuran terus wujud sehingga ke hari ini. Peningkatan penceraian,
kemiskinan dan masalah mendapatkan pekerjaan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan kegiatan pelacuran. Pelacuran merupakan jalan pintas untuk memperoleh
pendapatan yang lumayan dengan hanya menggadaikan tubuh dan memuaskan nafsu pelanggan
seterusnya dibayar dengan harga yang tinggi melalui servis yang diberikan.

Penyalahgunaan dadah juga menyumbang kepada peningkatan aktiviti sosial dan tidak
bermoral. Pengambilan dadah yang berlebihan mampu membuatkan seseorang itu bertindak di luar
kawalan dan batasan. Tindakan mereka boleh memberi kesan dan membahayakan keluarga, rakan-
rakan dan orang sekeliling. Di bawah pengaruh dadah, penagih sangat berani dalam melakukan apa
jua perkara seperti samun, rogol mahupun bunuh. Ini kerana mereka berada di dalam khayalan
seperti merasakan diri seperti di awang-awangan.

Anda mungkin juga menyukai