Anda di halaman 1dari 2

Komik

Oleh : Kusma Dahan




Berfikir sejenak, kenapa ada golongan yang terlalu suka dengan komik? Adakah
sebab komik-komik mensajikan cerita-cerita lucu yang boleh menghiburkan hati
pembaca? Terus-terang saya katakan, saya bukanlah seorang penggemar komik
kerana saya tidak pandai melihat jalan ceritanya dengan baik. Kadang-kadang, saya
terpinga-pinga apabila membaca komik kerana susunan gambar yang tidak teratur
menyebabkan jalan ceritanya lambat sampai ke dalam minda saya.

Terdapat pelbagai jenis komik yang berada di pasaran mengikut tahap umur
pembacanya. Kanak-kanak lebih suka kepada komik yang berunsur cerita kartun
yang juga turut ditayangkan di kaca televisyen. Manakala, golongan remaja dan
dewasa lebih suka kepada komik yang lebih tinggi tahap penceritaan serta konflik
cerita dalam komik tersebut.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa, penggunaan bahasa dalam komik lebih
bersifat ringan dengan menggunakan banyak bahasa rojak, bahasa slangan, bahasa
pasar dan kadang-kala juga menggunakan bahasa dialek. Pencemaran bahasa ini
sepertinya tidak dapat dibendung kerana penggunaan bahasa-bahasa ini sebenarnya
membuatkan jalan cerita komik lebih menyeronokkan dan mampu memberi unsur
humor kepada pembacanya. Jika dilihat secara realistik, tentu sahaja cerita buku
komik akan menjadi kaku jika menggunakan bahasa baku ataupun bahasa standart.

Oleh demikian, pembaca tidak akan tertarik untuk membacanya dan sekali gus
tidak akan mahu untuk membeli komik tersebut. Tidak salah sebenarnya bagi penulis
untuk menggunakan bahasa-bahasa seperti slanga, rojak, pasar, dialek atau bahasa
selain daripada bahasa Melayu asli kerana itulah nilai yang boleh digunakan oleh
penulis untuk menarik minat masyarakat untuk membaca bahan atau karya yang
mereka hasilkan.

Namun, tanggungjawab pembaca adalah lebih diutamakan kerana, pembacalah
yang akan menjadi pencemar bahasa jika pembaca terikut-ikut serta menggunakan
bahasa-bahasa tersebut dalam pertuturan seharian. Pembaca perlu bijak memilih
bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam pertuturan seharian kerana bahasa itu
melambangkan bangsa. Jika buruk bahasa, maka buruklah bangsanya. Oleh
demikian, pembaca perlu lebih bijak untuk menapis penggunaan bahasa-bahasa dalam
komik ini agar pencemaran bahasa tidak akan berlaku.

Slanga Komik
Oleh : Siti Hajar

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit isu mengenai penggunaan bahasa slanga
dalam komik-komik tempatan. Ramai dalam kalangan kita yang gemar membaca
komik seperti Ujang, Utopia, Gempak, Apo? dan sebagainya. Apabila saya membaca
komik-komik ini, saya mendapati bahawa terlalu banyak bahasa slanga yang
digunakan dalam penulisan dialog komik tersebut.

Hal ini perlu diberi perhatian serius kerana minat membaca komik dalam
kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan remaja mampu memberi kesan
kepada mereka dalam penggunaan bahasa Melayu seharian. Mereka mudah
terpengaruh melalui pembacaan komik-komik yang banyak menggunakan bahasa
slanga.
Kesannya, penggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja
menyebabkan wujudnya bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam
perbualan, malah turut juga digunakan dalam penulisan. Tambahan pula, penggunaan
bahasa slanga yang kian meluas ini telah melahirkan banyak istilah baru yang muncul
bagi memudahkan ekspresi. Berdasarkan gambar di atas, terdapat beberapa contoh
istilah baru yang muncul kesan daripada penggunaan bahasa slanga, iaitu:

Bahasa Slanga Bahasa Melayu Standard
Apsal Apa pasal (kenapa, mengapa)
Kalo Kalau
Sapa Siapa
Ngan Dengan
Asik Asyik
Abis Habis
Camana Macam mana (bagaimana)
Dok Duduk
Doploh pat Dua puluh empat
Amende Apa benda
Cam Macam

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas membuktikan bahawa komik-komik
tempatan banyak menggunakan bahasa slanga dalam penulisannya sehingga
menimbulkan pelbagai istilah baharu. Istilah-istilah ini pada peringkat awal digunakan
untuk meraih suasana sahaja, namun lama-kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam
komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai