Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Artikel Bertemakan “Memartabatkan Tatabahasa Bahasa Melayu”

Isu Kesalahan Berbahasa, Di Mana Kesudahannya?


(Murniati binti Tamin)

Setiap jalan cerita kehidupan pasti akan menemui pengakhirannya, namun


bagaimana pula dengan isu kesalahan berbahasa yang kian menjadi fokus utama
dalam kalangan masyarakat? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tiada siapa yang
boleh memberi kepastian mengenai hal ini kerana dunia bahasa masa kini
menghadapi kerumitan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu sama ada
disedari atau tanpa disedari. Kemurnian bahasa Melayu harus dipertahankan bukan
kerana ia pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu, bukan juga
kerana alasan ketaksuban terhadap bahasa tanah air tercinta, tetapi kerana kita
berpegang kepada maruah bahasa yang juga melambangkan identiti bangsa kita
sendiri. Untuk menerokai isu ini dengan lebih mendalam, marilah kita menelaah
kesalahan-kesalahan berbahasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Kesalahan berbahasa yang pertama ialah kesalahan penggunaan kata.


Kesalahan ini tidak menjejaskan makna sebuah perkataan atau ayat kerana kita
memahami maksud ayat yang ingin disampaikan tetapi menimbulkan perasaan
kurang senang. Perkara ini sememangnya kerap terjadi kerana cetek pengetahuan
terhadap tatabahasa. Tamsilnya, penggunaan kata ‘baru’ dan ‘baharu’. Penggunaan
ejaan baru dalam suatu ayat merujuk kepada masa manakala penggunaan ejaan
baharu merujuk kepada benda. Sesetengah masyarakat tidak dapat membezakan
penggunaan kedua-dua kata ini. Ejaan baru digunakan oleh mereka dalam
menerangkan sesuatu benda walhal kata yang betul ialah penggunaan ejaan baharu.
Contohnya, “Wah, cantiknya baju baru kamu!” dan “Kereta baru itu kamu punya?”.
Kata yang sepatutnya diletakkan dalam dua ayat tersebut ialah ‘baharu’ kerana
kedua-dua ayat itu merujuk kepada benda dan bukan masa. Oleh itu, kita perlu
menyedari kepentingan penggunaan sesebuah kata dalam suatu ayat supaya tidak
melanggar mana-mana hukum tatabahasa.

Seterusnya, kesalahan tatabahasa bahasa Melayu yang seterusnya ialah


kesalahan frasa. Kesalahannya ialah melanggar Hukum D-M, iaitu penerang
mendahului unsur yang diterangkan. Kesalahan Hukum D-M ini seperti menjadi
suatu kebiasaan dalam dunia masyarakat pada masa kini kerana sikap penutur yang
acuh tak acuh dengan penggunaan bahasa kebangsaan kita. Situasi ini sering dilihat

1
pada papan-papan tanda di deretan-deretan kedai. Nik Safiah Karim (1992) melihat
kepincangan bahasa Melayu pada papan-papan tanda perniagaan sebagai suatu
gejala yang amat buruk terutama kepada murid-murid di sekolah kerana
menimbulkan kekeliruan mereka di antara bahasa yang diajar di sekolah dengan
bahasa yang dilihat oleh mereka di tempat awam. Contoh kesalahan yang kerap
berulang ialah gerai goreng pisang sementara susunan katanya yang betul ialah
gerai pisang goreng. Apabila kita merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita
menyatakan pisang sebagai kata nama yang diterangkan barulah disusuli dengan
perkataan goreng sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Sebagai
rakyat Malaysia, kita perlulah sentiasa peka dalam mengenal pasti kesalahan
tatabahasa supaya kesucian bahasa Melayu sentiasa terpelihara.

Akhir sekali, kesalahan yang berulang-kali dilakukan di media sosial ialah


penggunaan bahasa Melayu singkatan. Pengguna media sosial tidak menggunakan
bahasa Melayu yang betul dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Dato Seri Mahdzir bin Khalid, bekas menteri pendidikan Malaysia pernah
menyatakan bahawa pengguna media sosial dilihat menekankan kepantasan mesej
yang mahu disampaikan, berbanding penggunaan bahasa dan tatabahasa yang
betul. Kesan paling ketara daripada penggunaan bahasa singkatan ini ialah
penggunaan tatabahasa dan ejaan yang salah. Tamsilnya, yang dieja menjadi ‘yg’
manakala untuk dieja menjadi ‘utk’. Oleh itu, pihak yang berwajib seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil tindakan serius terhadap situasi
Bahasa Melayu yang semakin serius.

Sebagai penghias bicara akhir, ingin saya simpulkan bahawa kesalahan-


kesalahan tatabahasa bahasa Melayu sedikit sebanyak telah mencemarkan
keunggulan bahasa Melayu dan yang lebih mengeruhkan keadaan apabila
masyarakat hanya memandang perkara ini dengan sebelah mata. Namun perlu
diingat bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Diminta setiap
masyarakat menglibatkan diri dalam mempertingkatkan taraf bahasa kebangsaan
kita. Maka tidak ada lagi timbul masalah-masalah yang berkait rapat dengan isu
bahasa Melayu. Oleh itu, dijemput agar semua rakyat berganding bahu mengekalkan
bahasa Melayu sebagai bahasa tanah air kita. Jangan hanya disebabkan satu
masalah timbul, keaslian bahasa Melayu sudah tidak dapat dikembalikan lagi seperti
dahulu bak kata peribahasa Melayu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

2.0 Analisis Jenis Ayat dan Ragam Ayat Berdasarkan Artikel

2
2.1 Jenis Ayat

Jenis-jenis ayat terbahagi kepada empat bahagian, iaitu ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah, dan ayat seruan.

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu
penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Oleh itu, ayat
penyata juga disebut sebagai ayat keterangan.

Jadual 1 : Analisis Ayat Penyata Berdasarkan Artikel

1. “Sesetengah masyarakat tidak dapat (perenggan 2, baris 7)


membezakan penggunaan kedua-dua kata ini.”
2. “Situasi ini sering dilihat pada papan tanda di (perenggan 3, baris 5)
deretan-deretan kedai.”

Ayat tanya ialah ayat yang bertujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.


Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya
terdiri daripada dua jenis golongan, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya
dengan unsur tanya.

Contoh ayat tanya berdasarkan artikel :

Ayat Tanya
Ayat tanya tanpa Ayat tanya dengan
kata tanya unsur tanya

“…bagaimana pula dengan isu


“Kereta baru itu kamu punya?” kesalahan yang kian menjadi fokus
(perenggan 2, baris 10) utama dalam kalangan masyarakat?”
(perenggan 1, baris 2)

Rajah 1 : Analisis Ayat Tanya Berdasarkan Artikel


Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan
sesuatu tindakan. Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis, antaranya ialah

3
ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.

Jadual 2 : Analisis Ayat Perintah Berdasarkan Artikel

Jenis Ayat Perintah Contoh Ayat


Ayat suruhan “..., marilah kita menelaah kesalahan-kesalahan
Ayat suruhan ialah ayat yang berbahasa yang berlaku dalam kehidupan
digunakan dengan tujuan memberi masyarakat.”
perintah atau arahan. (perenggan 1, baris 10)

Ayat larangan “Jangan hanya disebabkan satu masalah timbul,


Ayat larangan ialah ayat yang keaslian bahasa Melayu sudah tidak dapat
menggunakan kata larangan dikembalikan lagi seperti dahulu bak kata
seperti jangan, atau usah sebelum peribahasa Melayu kerana nila setitik rosak
kata kerja dengan tujuan menegah susu sebelanga.”
seseorang melakukan sesuatu. (perenggan 5, baris 9)
Ayat silaan “Dijemput agar semua rakyat berganding bahu
Ayat silaan ialah ayat yang mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa
menggunakan kata silaan seperti tanah air kita.”
sila atau jemput sebelum kata kerja (perenggan 5, baris 8)
dengan tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang.
Ayat permintaan “Diminta setiap masyarakat menglibatkan diri
Ayat permintaan ialah ayat yang dalam mempertingkatkan taraf bahasa
menggunakan kata permintaan, kebangsaan kita.”
seperti minta dan tolong, dengan (perenggan 5, baris 5)
tujuan memohon permintaan dan
pertolongan.

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, contohnya seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.

Intonasi seruan ini digambarkan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di
akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Contoh kata seru
yang sering digunakan ialah oh, amboi, cis, eh, aduh, dan sebagainya.

Ayat Seruan
4
“Wah, cantiknya baju baru kamu!”
(perenggan 2, baris 10)

Rajah 2 : Analisis Ayat Seruan Berdasarkan Artikel

2.2 Ragam Ayat

Ragam ayat terbahagi kepada dua jenis iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul
atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak
transitif.

Ayat pasif pula terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata
kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Jadual 3 : Analisis Ayat Aktif Transitif dan Ayat Aktif Tak Transitif Berdasarkan
Artikel

5
Ragam Ayat Contoh Ayat
Ayat Aktif Transitif “Pengguna media sosial tidak
Ayat aktif transitif ialah ayat yang menggunakan bahasa Melayu yang betul
mengandungi kata kerja transitif, iaitu dalam menyampaikan maklumat kepada
yang diiikuti oleh frasa nama atau klausa masyarakat.”
komplemen sebagai objek atau unsur (perenggan 4, baris 2)
penyambut.
“... Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
perlu mengambil tindakan serius terhadap
situasi Bahasa Melayu yang semakin
serius.”
(perenggan 4, baris 9)

Ayat Aktif Tak Transitif “..., kita perlu menyedari kepentingan


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang penggunaan sesebuah kata dalam suatu
mengandungi kata kerja tak transitif, ayat supaya tidak melanggar mana-mana
iaitu yang tidak diikuti oleh objek hukum tatabahasa.”
sebagai penyambutnya. (perenggan 2, baris 12)
Dua jenis ayat aktif tak transitif :
a. Ayat aktif tak transitif dengan “..., bekas menteri pendidikan Malaysia
keterangan yang digugurkan. pernah menyatakan bahawa pengguna
b. Ayat aktif tak transitif dengan media sosial dilihat menekankan
keterangan yang tidak boleh digugurkan. kepantasan mesej yang mahu
disampaikan, berbanding penggunaan
bahasa dan tatabahasa yang betul.”
(perenggan 4, baris 4)

Ayat Pasif “Ejaan baru digunakan oleh mereka


dalam menerangkan sesuatu benda
walhal kata yang betul ialah penggunaan
ejaan baharu.”
(perenggan 2, baris 8)

3.0 Rumusan

6
Natijahnya, isu tatabahasa bahasa Melayu mempunyai bidang yang sangat luas
untuk diterokai. Pelbagai aspek kesalahan tatabahasa yang berlaku di negara kita
sehingga mengancam identiti bahasa ibunda kita sendiri. Namun masyarakat sendiri
memandang perkara itu seperti suatu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Dari
aspek penghasilan tugasan pula, pembuatan artikel telah membantu saya untuk
sedikit sebanyak mahir dalam penulisan karangan dan mengenal pasti pelbagai jenis
ayat dan ragam ayat. Selaku seorang bakal guru, diharapkan agar ilmu pengetahuan
yang diterima dapat diterapkan dalam diri untuk disampaikan kepada anak-anak
murid pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai