Anda di halaman 1dari 6

Isi kandungan

Perkara Muka surat

1.0 pengenalan 1

2.0 pandangan tokoh dan huraian 1-3

3.0 Kepentingan 3-4

4,0 Rumusan 5

5.0 Rujukan 5
1.0 pengenalan

Peribahasa orang berbudi kita berbahasa membawa maksud jika seseorang menunjukkan
sikap dan budi yang baik kepada kita,maka kita wajar membalasnya dengan kata-kata yang
baik.Kesantunan berbahasa boleh ditafsirkan sebagai sifat lemah -lembut ,bersopan santun
dan kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutu r apabila berkomunikasi
dengan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.Dengan menggunakan kesantunan
berbahasa,perselisihan faham dapat sentiasa dielakkan dan masalah dapat diselasaikan
dengan mudah. Namun begitu, Segelintir masyarakat tidak mengetahui takrifan kesantunan
kerana mereka hanya tahu mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana
mereka mempunyai sikap yang tidak mementingkan maksud sesuatu perbuatan yang baik.
Oleh itu,Kesantunan berbahasa setiap masyarakat telah ditakrifkan oleh tokoh-tokoh
terkenal, sama ada di tanah air atau pun di pentas antarabangsa. Pelbagai tokoh dunia dan
tokoh-tokoh luar telah memberikan takrifan kesantunan ini.Persoalannya ,apakah aspek
kesantunan Bahasa berdasarkan pandangan tokoh-tokoh dan kepentingannya dalam
membina masyarakat Malaysia yang harmoni dan berpekerti tinggi?

Dr. Asmah Hj. Omar(2000). Awang Sariyan(2000) Confucius Tokoh Al-Qahthani (2005)

2.0 Pandangan tokoh dan huraian

Salah satu tokoh yang terlibat dalam memberikan takrifan ini adalah Dr. Asmah Hj. Omar
(2000). Menurut beliau, kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan oleh
penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Kaedah ini juga dikaitkan dengan tingkahlaku dan
tutur kata penuh santun yang perlu diikuti. Terdapat dua jenis kesantunan; kesantunan asas
dan kesantunan berkala. Kesantunan berkala merupakan kesantunan sedia yang
merupakan pedomen bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.Kesantunan
berkala merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh
masyarakat dalam hubungan antara satu lama lain mengikut keadaan,situasi dan tempat
tertentu.Hal ini berlaku semasa pertuturan antara rakyat biasa dengan raja,rakyat dengan
pemimpin,anak murid dengan guru dan lain-lain.Komunikasi tersebut mempunyai
adab,peraturan dan etika tertentu,dan ini telah menunjukkan kehormatan semasa dalam
pertuturan tanpa menyinggung perasaan orang lain.  Oleh sebab itu, penerapan sikap
bersopan santun ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya melalui
pendidikan dan asuhan yang berterusan. Melalui cara ini, sikap sopan santun ini telah
menjadi satu budaya dalam masyarakat dan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam negara
yang harmoni dan aman.

Selain itu, terdapat tokoh iaitu Awang Sariyan(2000) juga memberi takrifan tentang
kesantunan berbahasa.Beliao telah memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan
bahasa yang baik ,sopan ,beradab,memancarkan peribadi mulia,dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara .Dengan perkataan lain,kesantunan
didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat tersebut.Pada
pandangan saya ,kesantunan bahasa yang ditakrifkan oleh Awang Sarifan telah
membolehkan rakyat Malaysia bertutur dengan bersopan santun dengan penggunaan
Bahasa secara lemah-lembut ,tidak angkuh,tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong
dalam pergaulan dengan orang lain tanpa mengira pangkat ,kedudukan dan
kaum.Walaubagaimanapun, Menurut Confucius, kesantunan merupakan konsep yang
digunakan. Dalam konsep ini, terdapat beberapa sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh
manusia iaitu: Ketaatan kepada ibu bapa kasih sayang menghormati orang lain, patuh
sopan santun dan melakukan kebajikan.Melalui konsep Confucius ini,kita dapat menjadi
insan yang bersopan santun ,anak yang tahu mengenang budi ibu bapa,dan menjadi
individu yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi juga akan membantu orang yang
memerlukan pertolongan.

J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan bahawa kesantunan itu berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Sebagai contoh, wujud
persetujuan bersama dalam masyarakat dan mewujudkan etika dan peraturan
bermasyarakat. Pada pandangan saya, hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan
perbalahan yang terdapat antara kaum dan seterusnya dapat mewujudkan masyarakat yang
aman dan harmoni melalui kesantunan berbahasa .Di samping itu,Leech (1983) telah
mendefinisikan kesantunan sebagai strategi untuk mengelakkan persengketaan dalam
interaksi.Strategi utama yang perlu dipatuhi untuk mencapai sifat santun adalah
penggunaan bahasa yang halus,beradab sopan,sifat yang lemah lembut,dan berbudi
pekerti.Melalui penggunaan kesantunan berbahasa,kita dapat menyelesaikan masalah
dengan mudah walaupun menghadapi konflik ataupun kesulitan.

Tokoh Al-Qahthani (2005) juga telah menyamakan makna kearifan dan kesantunan pada
takrif yang lebih mudah difahami. Kearifan dan kesantunan itu merupakan terjemahan kata
Bahasa Arab ‘halim-halima-hilman’ yang membawa maksud perlahan, tenang ketika sedang
emosi memuncak (marah) atau ketika berhadapan dengan hal yang tidak menyenangkan
dengan mengarahkan kemampuan sikap pemaaf dan nalar sihat untuk melawannya.Selain
itu,menurut Thomas(1995),kesantunan adalah kesedaran tentang jarak sosial.Perkara ini
bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap sopan apabila
berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur dengan yang lain.
Dengan perkataan lain,darjah kesopanan perlu mengambil kira jarak sosial
misalnya,perbualan dengan seseorang yang rapat pastinya berbeza daripada seseorang
yang baru dikenali.

3.0 Kepentingan

Berdasarkan pandangan tokoh –tokoh,kita dapat membuat kesimpulan bahawa Kesantunan


berbahasa adalah amat penting dalam komunikasi dengan orang lain seharian.Kesantunan
Bahasa ialah timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap
dan merujuk kepada sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan
seseorang tanpa menyinggung hatinya.Oleh itu,kesantunan berbahasa memainkan peranan
yang penting dalam membina masyarakat Malaysia yang harmoni dan bekerti tinggi.Salah
satu kepentingannya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang
kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira
apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling
menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam
pada itu, perselisihan faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat
dielakkan.. Pepatah ada menyatakan ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Justeru apabila
masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak
dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Selain itu, kesantunan bahasa penting dalam membina kepada remaja agar dapat berjaya
dalam membina masyarakat Malaysia yang harmoni dan bekerti tinggi disebabkan mereka
merupakan generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Bak kata
pepatah,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negaraHal ini menjadikan betapa
pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan memimpin bangsa
dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang. Sehubungan itu,
pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada mereka sebagai
panduan untuk menjalani kehidupan. Nilai-nilai murni seperti bersopan santun, hormat-
menghormati dan sebagainya perlu diamalkan sejak kecil. Remaja yang berperibadi mulia
dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan kerosakan akhlak kerana mereka
sedar akan keburukan tindakan tersebut.

Di samping itu, kesantunan bahasa dapat menjalinkan silaturrahim dan ukhuwah yang rapat
antara jiran. Kini, manusia semakin ghairah dalam mengejar kemajuan dunia yang moden,
sehingga perhubungan dengan komuniti sekeliling menjadi tidak penting lagi. Budaya
kunjung-mengunjungi, gotong-royong dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang
sudah mula goyah di sesetengah kawasan. Sebenarnya, kesantunan bahasa harus
dijadikan asas untuk membentuk semangat kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan
antara satu sama lain.Melalui kesantunan berbahasa ,kita dapat memudahkan komunikasi
antara satu sama lain.Kita juga dapat bergaul mesra antara kaum tanpa mengira latar
belakang ,kaum,agama ,dan kedudukan.Bukan itu sahaja, Bertegur sapa dengan jiran tidak
memadai untuk mengekalkan persahabatan sekiranya kita tidak mengamalkan sikap tolong-
menolong, bekerjasama, dan toleransi.

4.0Rumusan

Sudah terang lagi bersuluh ,kesantunan bahasa yang mulia mampu memajukan sektor
pelancongan negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Datuk Seri Abdullah bin
Haji Ahmad Badawi pernah berkata, "Apabila pelawat datang, kita kena senyum kepada
mereka. Apabila mereka bertanya jalan, kita kena tunjuk jalan dan apabila mereka bertanya
sesuatu, kita harus menjawab secara sopan." Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah
sentiasa menunjukkan kemesraan kita kepada pelancong asing.Pelancong asing wajar
dilayan dengan sopan supaya mereka mempunyai pandangan yang baik terhadap negara
kita. Hal ini akan dapat meningkatkan imej yang baik pelancong asing kepada negara
kita.Rakyat haruslah sentiasa mengamalkan sifat senyum selalu kerana sifat ini dapat
memberi tanggapan positif kepada seseorang bahawa kedatangannya dialu-alukan. Di
samping itu, sektor pelancongan yang rancak akan mempercepat aliran mata wang asing,
sekali gus menjana ekonomi negara. Strategi tersebut dianggap sebagai 'langkah
serampang dua mata' kerana kita juga akan memperoleh faedah apabila negara menjadi
maju dan makmur.Semoga semua rakyat Malaysia akan berat sama dijinjing ,ringan sama
dipikul untuk membina negara Malaysia yang harmoni dan berpekerti tinggi.

5.0 Rujukan:
a)(Der Shin)https://zh.scribd.com/presentation/278088173/Takrifan-Takrifan-Kesantunan-
Yang-Diberikan-Oleh-Tokoh-Tokoh-Dunia
b) (Demolish Wolf)https://www.slideshare.net/microwong/bab-2-kesantunan-berbahasa

c)(Teslgegurls)https://kesantunanipgktik02.wordpress.com/2015/08/24/kesantunan-
berbahasa-minggu-4-takrifan-kesantunan-daripada-tokoh-tokoh-dunia/
d)(Velter Jailih)https://www.slideshare.net/velter97/kesantunan-masyarakat-malaysia-
58244693

e) (Lim Der Shin) https://zh.scribd.com/presentation/278088173/Takrifan-Takrifan-


Kesantunan-Yang-Diberikan-Oleh-Tokoh-Tokoh-Dunia

Anda mungkin juga menyukai