Anda di halaman 1dari 2

INTEGRITI ADALAH SUATU NILAI MURNI ATAU KUALITI UNGGUL YANG HARUS

WUJUD DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU ATAU SESEBUAH ORGANISASI.


BINCANGKAN DENGAN CONTOH BAGAIMANA ANDA TERAPKAN BUDAYA
INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA SEBAGAI SEORANG BAKAL
GURU.

Perkataan Integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala


ada pula yang menganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk
kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004). Jika kita merujuk kepada maksud integriti
menurut Kamus Dwibahasa DBP, 1985 integriti ialah kejujuran, ketelusan, kesempurnaan,
dan keutuhan. Rumusnya, integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang
inidividu. Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul
yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organasisasi. Integriti berkait
rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan perceminan etika dalam
tindakan sehari-hari.

Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan
amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Sebagai
seorang pendidik, iaitu bakal guru, saya akan sentiasa mengamalkan nilai murni integriti ini
dalam sanubari saya dengan menjalankan kerja-kerja yang diberi dengan bersungguh-
sungguh. Hal ini demikian kerana seseorang yang amanah dapat menjalankan tugasan
dengan baik dapat menimbulkan kepercayaan pihak atasan dan juga rakan sekerja. Sikap
kerja ini secara tidak langsung akan membantu saya supaya mudah bergaul dengan
masyarakat secara mesra dan harmoni. Contohnya, saya akan menyelesaikan tugasan
yang diberi oleh pihak atasan pada masa yang ditetapkan.

Selain itu, saya akan menerapkan budaya integriti ini ke dalam kehidupan seharian saya
dengan mengelakkan diri daripada gejala rasuah tersebut, terutamanya rasuah masa.
Sebagai seorang bakal guru, kami haruslah sentiasa mengingati diri supaya tidak
melakukan sebarang tindakan yang akan menganggu proses pembelajaran murid-murid.
Misalnya, sengaja bergerak ke kelas dengan lambat 10 minit atau 15 minit bagi kelas yang
sebenarnya 35 minit. Tindakan ini harus sentiasa dihalang oleh seorang guru yang
berintegriti disebabkan ini merupakan tindakan yang tidak jujur. Bukan itu sahaja, tindakan
seorang guru yang melakukan gejala rasuah masa ini akan memusnahkan kerjaya sebagai
seorang guru serta tidak dipercayai oleh ibu bapa murid.

Di samping itu, saya akan menerapkan integriti ini dengan menjadi suri teladan kepada
murid-murid. Hal ini demikian kerana sebagai seorang bakal guru Pendidikan Moral, kita
haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid supaya tidak bertingkah laku
yang buruk. Contohnya, guru sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada murid-murid
supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan amanah. Ini dapat membolehkan diri
sebagai orang yang boleh dipercayai dan dapat memikul tugasan yang berat pada masa
akan datang nanti.

Anda mungkin juga menyukai