Anda di halaman 1dari 7

Etika berasal dari perkataan ethos (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian.

Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Berdasarkan definisi-definisi etika di atas, etika adalah satu ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk

menentukan perbuatan yang dilakukan baik atau buruk. Fungsi etika itu sendiri menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah perbuatan yang betul dan apakah perbuatan yang salah. Sebagai contoh, merompak merupakan satu jenayah dan salah disisi undang-undang. Ia sememangnya melanggar etika kemasyarakatan sehingga

menghalang hak dan menggangu keselesaan orang lain. Dalam cabang utama falsafah, etika Ia merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Antara aspek utama yang terdapat dalam etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang mana boleh dianggap penting daripada tingkah laku moral. Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Oleh itu, etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar dan rakan sejawat. Semua guru di Malaysia hendaklah mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menghayatinya. Niat untuk menjadi seorang guru hendaklah betul, mempunyai perlakuan yang baik, berdisiplin dan sentiasa beradab. Moral berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan satu disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Sebagai contoh di Malaysia, negara kita mempunya pelbagai bangsa seperti Melayu Cina dan India. Kesedaran moral hendaklah wujud dalam masyarakat yang berbilang ini untuk memupuk persefahaman dan perasaan tolong menolong antara satu sama lain. Ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan tenteram. Pada zaman penjajahan British, pentadbiran

pecah dan perintah telah dilaksanakan oleh pihak british. Ia adalah untuk bagi meng elakkan kaum-kaum ini bergaul antara satu sama lain. Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya persefahaman dan mengelakkan kaum-kaum ini menentang British. Ketika ini, setiap kaum mengamalkan sistem moral masing-masing.. Namun begitu usaha British gagal apabila penduduk di Tanah Melayu menuntut kemerdekaan. Pada masa tersebut, kesedaran moral telah pun wujud dalam kalangan penduduk dalam menuntut kemerdekaan. Nilai boleh didefinasikan sebagai prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkahlaku (Shea,1988). Nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku (Raths, Harmin dan Simon 1980). Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Nilainilai ini perlulah dipupuk dalam diri rakyat Malaysia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berulang kembali. Peristiwa 13 Mei yang penuh berdarah cukup untuk menjadi tauladan kita semua. Untuk menerapkan nilai-nilai murni ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah atau strategi yang sesuai dalam memupuk unsur nilai di dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari sini kita dapat melihat nilai moral dan etika ini mempunyai perkaitan yang rapat dalam kehidupan seharian khususnya cabaran dalam kehidupan seorang guru di sekolah. Hal ini disebabkan di sekolah, murid-murid terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya. Tugas guru begitu mendalam dan berat untuk kerana guru inilah yang akan mencorakkan anak bangsa kita pada masa akan datang. Guru yang bermutu akan menampilkan ciri-ciri guru yang professional ketika berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amatlah penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang semakin pesat. Apabila pendidikan negara semakin pesat, maka cabaran guru juga turut meningkat. Oleh itu, guru hendaklah membuat persiapan rapi bagi menghadapi generasi Y yang mencabar ini. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Dalam konteks ini, seorang guru hendaklah mengenal pasti potensi

dan kebolehan murid-murid mereka secara menyeluruh dalam mewujudkan insan yang seimbang dari semua aspek kehidupan. Selain itu, falsafah ini adalah satu usaha bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu pegetahuan, berketerampilan, mempunyai akhlak yang baik, bertanggungjawab dan berupaya menjadi manusia yang menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru perlu memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid selain menjaga etika kerja semasa bertugas menjadi guru. Bidang kuasa guru ini tidak hanya menjadi guru di sekolah semata-mata. Oleh itu, beban guru ini semakin meningkat dan menjadikan bidang ini menjadi lebih mencabar. Selain itu, guru perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa supaya tidak ketinggalan. Terdapat tujuh nilai utama yang dijadikan teras dalam pembentukan etika kerja yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah, amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Nilai-nilai tersebut mempunyai perkaitan dengan cabaran guru dalam meningkatkan amalan professional di sekolah. Dalam mencapai wawasan 2020, seorang guru hendaklah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Amanah boleh ditakrifkan sebagai jujur dan boleh dipercaya. Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis. Di sekolah, guru bertanggungjawab terhadap, murid, tugas dan masa. Guru diamanahkan dalam mendidik anak bangsa. Oleh itu seorang guru, perlu menyiapkan rancangan pengajaran harian beserta alat bantu mengajar sebelum masuk ke dalam kelas. ia perlu disediakan dengan rapi supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai murid. Jika seorang guru itu hanya ambil sambil lewa, ia hanyalah merosakkan anak bangsa itu sendiri kerana beliau tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mengajar. Di samping itu, ia memberikan kesan negatif terhadap guru kerana ibu bapa akan hilang kepercayaan terhadap guru untuk mendidik anak mereka. Guru juga perlu amanah dalam menepati masa waktu bekerja. Sebagai contoh, guru perlu datang awal ke sekolah sebelum loceng pertama sekolah

berbunyi. Ia melambangkan personaliti atau keperibadian guru itu sendiri ketika datang ke sekolah. Seterusnya, sifat benar. Benar bermaksud betul dan sahih. Benar bukan bermula di lidah, tetapi di hati. Seorang guru yang mempunyai sifat ini akan menjadikan tugas mengajar ini sebagai satu ibadah dan ikhlas dalam melaksanakannya. Maksud lain bagi benar ialah melakukan sesuatu tanpa agenda tersembunyi. Ia bermaksud perkara yang dilakukan adalah sesuatu yang telus tanpa mempunyai unsur-unsur yang tersirat. Sifat benar pada seorang guru itu ialah, guru sentiasa benar ketika melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. sebagai contoh, maklumat atau isi pelajaran yang ingin disampaikan di dalam kelas hendaklah benar dan sahih ketepatannya. Guru dilarang sama sekali membuat fakta sendiri yang boleh menyebabkan kekeliruan pada diri murid. Guru perlu mengelak dari megharapkan balasan atas jasanya terhadap murid. Sebagai contoh, selepas selesai sesi pengajaran, seorang guru mengharapkan murid-muridnya akan memberikannya penghargaan atau hadiah sebagai balasan mengajar murid-muridnya. Dari contoh tersebut kita dapat lihat guru tersebut mempunyai niat yang tidak baik dan mempunyai agenda tersembunyi ketika mengajar di dalam kelas. Pada masa yang sama, bijaksana juga menjadi nilai utama dalam pembentukan etika kerja. Bijaksana bermaksud kecerdikan akal fikiran dan pengalamannya dalam mengatasi masalah. Dalam konteks seorang guru, seorang guru perlu bijaksana dalam merancang rancangan pengajaran harian mengikut tahap perkembangan murid. Guru juga perlu tahu tahap pencapaian murid bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya. Sebagai contoh, sebelum guru masuk ke dalam kelas, guru itu perlu mengetahui tahap perkembangan murid-muridnya. Oleh itu, guru dapat menetapkan objektif yang ingin dicapai mengikut tahap perkembangan murid. Kesannya, objektif pengajaran dapat dicapai di samping meningkatkan minat murid untuk belajar. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menangani masalah pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menggunakan kaedah, teknik dan strategi pembelajaran bagi mengatasi kekangan yang dihadapi. Selain itu, seorang guru perlu bijak dalam menggunakan seluruh tenaga, kepakaran dan keupayaan dalam melaksananakan tugas dengan sebaiknya. Lantaran itu, guru perlu bijak dalam menjalankan tugas secara profesional. Bukannya mengikut emosi. Walaupun pada ketika ini sering berlakunya kes murid dipukul guru disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah, guru perlu juga perlu bijak dalam mengawal emosi mereka ketika berada di stuasi yang tegang. Baru-baru ini, seorang bapa telah telah membuat laporan polis

berkenaan anaknya telah dirotan oleh guru disebabkan anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya seorang guru tidak mampu mengawal emosi mereka bermakna guru itu perlu bersedia mendapat segala kemungkinan. Nilai utama yang lain ialah bersyukur. Bersyukur bermaksud menghargai nikmat yang telah diberikan Allah kepada manusia. Dalam konteks seorang guru, guru perlu bersyukur dan tidak mengeluh kerana pendapatan yang diperolehi sedikit berbanding dengan khidmat atau tugas yang telah dicurahkan kepada pihak sekolah. Sebagai contoh, seorang guru yang sering bergiat aktif di dalam sekolah dan guru tersebut memegang pelbagai jawatan penting dan dilantik menjadi guru cemerlang. Namun begitu guru tersebut mengeluh kerana pendapatan yang diperolehi tidak setimpal dengan apa yang telah beliau lakukan di sekolah. Seharusnya guru tersebut bersyukur kerana masih mendapat gaji dan tidak perlu membandingkan pendapatan yang diperolehinya dengan persekitaran. Seterusnya, guru hendaklah bersyukur kerana diberikan cuti dalam seminggu dan mendapat cuti ketika hari peristiwa dan cuti penggal. Cuti guru tidak sama seperti cuti pekerjaan yang lain. Pekerjaan-pekerjaan yang lain tidak mempunyai cuti-cuti khas seperti cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu memanfaatkan cuti-cuti yang diberikan dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan tidak membung masa. Nilai syukur ini dapat dilihat dari zahir ataupun batin. Sekiranya seseorang itu bersyukur, dia akan menerima segala yang diperolehinya dengan baik dan tenang. Nilai seterusnya ialah dedikasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, dedikasi mempunyai dua maksud. pertama ialah pengabdian diri, masa kepada sesuatu tujuan tertentu (kerjaya dan lain-lain). Kedua ialah inskripsi atau pengumuman yang ditambah pada awal buku, gubahan muzik, yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Dalam konteks sebagai seorang guru, guru hendaklah mempunyai sifat dedikasi. Sifat ini boleh timbul sebelum sebelum ataupun selepas menjadi guru. Dedikasi pada seorang guru ialah seseorang itu mempunyai minat yang mendalam dalam mengajar dan mendidik anak bangsa. Seorang guru hendaklah sanggup menghabiskan masa beliau dalam kerjaya yang diceburi iaitu guru. Tanpa kesanggupan ini, guru tidak akan menggunakan sebarang helah dalam menggalas tugas yang diberikan. sebagai contoh, seorang guru yang sentiasa komited dan berdedikasi dalam bidangnya akan sentiasa jujur dan tabah dalam apa jua cabaran yang dihadapinya. Walaupun cabaran guru semakin mencabar, guru-guru yang berdedikasi sahaja yang dalam meneruskan bidang ini dan dapat menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Guru juga akan berusaha mengatasi segala masalah yang dihadapai disebabkan terdapatnya sifat sabar dalam diri guru itu sendiri. Guru yang berdedikasi akan sentiasa sabar dalam menghadapi cabaran di dalam

kelas mahupun di luar kelas. sebagai contoh, di dalam kelas, cabaran terbesar buat guru ialah melayani karenah anak-anak muridnya yang pelbagai. Oleh itu, guru itu perlu bersabar dan mengambil cabaran tersebut sebagai kekuatannya. Dengan ini, masalah dapat diatasi dengan perancangan guru itu sendiri sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, ikhlas juga merupakan salah satu nilai utama dalam pembentukan etika kerja. Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran. Ikhlas dari sudut istilah syarak ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apapun. Nilai ikhlas pada seorang guru ialah, seorang guru hendaklah ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan tanpa mengharapkan balasan dari sesiapa pun. Ikhlas ini dapat dilihat dari sudut perbuatan mahupun tingkah laku. Seorang guru yang ikhlas akan memberikan yang terbaik sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran. Guru yang ikhlas juga akan menjadikan tugas mendidik sebagai satu ibadah. Ibadah yang dimaksudkan ialah perbuatan yang dilakukan kerana Allah. Sebagai contoh, guru yang ikhlas akan menjalankan tugas dengan sebaiknya akan mendapat keredhaan dari Allah di dunia mahupun akhirat. Oleh itu, guru akan mendapat keberkatan hasil dari keikhlasan yang ditunjukkan. Selain itu, ia juga sebagai pahala yang berterusan umpama sungai yang mengalir di sebabkan ilmu yang disampaikan guru diamalkan dan diwarisi. Guru juga perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dalam mencapai matlamat sekolah. Kebiasaanya, setiap sekolah bermatlamat dalam mencapai sasaran kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Dalam hal ini, keikhlasan itu perlu dalam diri guru supaya matlamat yang ingin dicapai oleh pihak sekolah dapat dicapai sepenuhnya dan dapat meningkatkan nama baik sekolah. Guru yang ikhlas juga tidak mengejar pangkat mahupun kedudukan. Namun begitu, terdapat segelintir guru di sekolah yang melakukan sesuatu perkara disebabkan mahukan pangkat dan pujian dari pihak sekolah. Guru sebegini tidak harus dicontohi kerana beliau telah melanggar kod etika kerja yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebenarnya, bukan pangkat atau kedudukan seorang guru itu perlukan. Apa yang guru inginkan ialah jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat mahupun negara. Akhir sekali ialah penyayang. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna guru yang penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin

dan sabar. Guru penyayang ini menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Sebagai contoh, di dalam kelas, guru hendaklah menyayangi murid-muridnya dengan mengambil berat masalah yang dihadapi murid dan memberi kasih sayang, perhatian, bimbingan dengan sama rata. Guru dielakkan untuk bersifat pilih kasih di dalam kelas. hal ini disebabkan ia dapat menyebabkan murid itu sendiri berasa disisih oleh itu, guru hendaklah membudayakan amalan dalam menjaga perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Ada sesetengah pendapat mengatakan memukul murid disebabkan tidak menyiapkan kerja sekolah merupakan tanda sayang guru terhadap muridnya. Guru memukul murid bertujuan untuk mendidik. Namun begitu, terdapat cara lain yang boleh dilakukan bagi menghukum murid yang bermasalah ini. Antaranya ialah dengan mendekati kehidupan murid tersebut dan mengetahui latar belakangnya. Dengan cara ini, murid akan berasa disayangi dan masalah dapat diselesaikan. Sebagai kesimpulan, terdapat tujuh nilai utama yang dijadikan teras dalam pembentukan etika kerja yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia adalah bagi melahirkan guru-guru yang berkualiti disamping dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan berkepimpinan. Nilai-nilai tersebut ialah amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Nilai-nilai ini menjadi kayu pengukur seseorang guru itu sama ada berupaya menjadi seorang guru atau tidak. Jika dilihat, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Manusia perlulah sedar akan kelebihan yang terdapat dalam diri masing-masing khususnya guru. Nilai-nilai ini bersangkut paut dengan keperibadian guru itu sendiri dalam menghadapi situasi di sekolah. Guru yang mempunyai tujuh nilai ini akan sentiasa disanjungi dan diingati hingga ke akhir hayatnya. Oleh itu, sebagai seorang guru hendaklah menerapkan nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat melahirkan insan-insan yang berjaya dan bermutu pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai