Anda di halaman 1dari 5

KAEDAH HAFALAN

Hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan. Melalui kaedah ini, apa yang dipelajari dapat dikeluarkan dengan lengkap.

Kaedah ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang dipelajari melalui lisan dan bertulis. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang penting dalam Pendidikan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W menerima wahyu, Baginda segera dan bersungguhsungguh menghafal wahyu tersebut kerana bimbang wahyu itu hilang dari ingatannya.

Allah telah berfirman di dalam Surah AlQiyamah ayat 16-19 yang bermaksud: Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu, supaya segera membaca Al-Quran itu, sesungguhnya Kami akan menghimpunkan (memberi hafalan) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu), maka apabila kami bacakan ia, maka hendaklah engkau turut bacaannya, kemudian Kami menerangkan (sehingga engkau memahami).

Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran Al-Quran, di mana murid diminta menghafal dan mengingatinya dengan baik dan sempurna. Memulakan murid dengan penghafalan Al-Quran mempunyai kebaikan, keberkatan dan takwa kerana ia juga sebagai jaminan ketidaklupaan.

Teknik-teknik Pengajaran Imam Ahmad

Hafalan bermaksud hafalan secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsipprinsip yang diperlukan termsuk sepatah demi sepatah. Antara ciri hafalan ialah: A. Memikirkan B. Mengulang C. Menyebut D. Mengingat

Anda mungkin juga menyukai