Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN PENGAJARAN RANCANGAN HARIAN

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan


pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan
pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara
berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum
mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada
Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan
objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.

Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis


maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua,
catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses
pengajaran-pembelajaran. Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program
Latihan Mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih awal,
selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran yang terlibat
merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar, rancangan kerja
mingguan dan rancangan kerja harian. Rancangan pengajaran merupakan rangka
kerja aktiviti pengajaran- pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah
atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin


murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan
keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang
pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang
murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat
keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan
dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai
objektif.

Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis


maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua,
catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses
pengajaran-pembelajaran. Sehubungan dengan ini, semasa mengikuti program
Latihan Mengajar, guru pelatih dikehendaki merancang pengajaran lebih awal,
selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran yang terlibat
merangkumi rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar, rancangan kerja
mingguan dan rancangan kerja harian.
KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kepentingan Rancangan Harian ialah ia membolehkan guru merancang dan


bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur. Semua guru
perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan
pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , di samping mengurangkan masalah-
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang
juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang
dan disediakan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran
iaitu objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan atau bahan bantu
mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang
berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan
sebagainya. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap
adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan
sistematis membolehkan guru untuk menentukan objektif pelajaran supaya dapat
mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek
yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).
Sebagai contoh guru akan mengajar topik sifat Allah iaitu iradat. Jadi perlunya guru
merancang agar tidak terkeluar dari topik hingga terkait dengan sifat Allah yang lain.

Selain itu, kepentingan RPH ini juga ialah guru dapat memahami dan
menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan
dan menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
apabila segalanya telah dirancang terlebih dahulu. Guru hendaklah sedaya upaya
untuk menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih
tersusun dan bersistem. Ini supaya guru tidak mengambil masa yang terlalu lama
melebihi had masa yang telah diperuntukkan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hendaklah menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu
jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai
dengan berkesan.

Selain itu, apabila guru dapat memahami dan dapat menyampaikan pelajaran
dalam masa yang telah diperuntukkan ianya akan meningkatkan keyakinan diri guru
sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel. Apabila guru
lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid, secara tidak lansung guru akan
mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.

RPH juga dapat menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan


peringkat, kebolehan dan minat pelajar. Kerana seperti yang kita tahu, setiap murid
di dalam kelas berbeza aras mereka iaitu tahap kefahaman mereka, juga berbeza
kebolehan dan minat..

Selain itu juga, kepentingan RPH ialah dapat menentukan dan menyediakan
BBM yang perlu untuk proses P & P. Jadi, seseorang guru itu tidak akan tergesa-
gesa untuk memikirkan BBM yang akan dibuat dan disediakan kerana sudah
dirancang terlebih dahulu.

Guru dapat merancang aktiviti murid-murid iaitu seperti contoh guru


menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara
mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau
dilakukan murid semasa diluar bilik darjah selain guru dapat mengawal bilik darjah
dengan baik apabila sudah merancang pengajaran dan seterusnya menjadikan
proses P & P berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru juga dapat menilai
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid melalui perancangan pengajaran
harian tersebut. Guru juga boleh membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah
cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai
pembelajaran murid secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan
menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri),
seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.
Apabila guru telah merancang pengajaran, guru boleh memilih jenis soalan yang
sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran, memikirkan cara
untuk memotivasikan murid merancang dan bagaimana nilai murni dapat diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran memastikan keberkesanan pelajaran
meningkatkan pencapaian pelajar.mengurangkan masalah dalam proses P & P.
Guru mengurangkan masalah dalam proses P & P dengan merancang serta
menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai