Anda di halaman 1dari 13

1

TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari
Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan
kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan
dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Di
usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu
bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan
dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak
sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau
bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja
dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan
oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan
bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam
persekitaran semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga anaknya
sendiri. Piaget telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema,
asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.
Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran manusia untuk melakukan
sesuatu. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk memandu
tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat
keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang individu, iaitu asimilasi dan
akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh kanak-kanak ketika dia belajar
untuk

menyesuaikan

diri

dengan

persekitarannya.

Setiap

individu

hendaklah

menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya meningkat. Ini melibatkan
asimilasi dan akomodasi. Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia
menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan yang baru.
Contohnya, seseorang yang tahu menunggang basikal tidak perlu belajar semula
tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas kenderaan beroda dua. Pembelajaran
tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas basikal akan membantunya
menunggang motosikal. Ini merupakan asimilasi. Walau bagaimanapun, untuk
menunggang motosikal, dia perlu mempelajari menggunakan klac motosikal. Perkara
2

baru yang dipelajari disebut akomodasi. Dengan ini jelaslah asimilasi dan akomodasi
berinteraksi untuk mendapatkan tingkah laku baru yang membantu seseorang individu
membuat penyesuaian dengan alam sekitarnya.
-

Teori Perkembangan Kognitif


Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut

beliau,

tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu
perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan
empat peringkat perkembangan intelek. Iaitu:
i.

Perkembangan semasa bayi (Peringkat Deria Motor)


Pada pandangan Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan
atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran deria motor, pra operasional, operasional
konkrit, dan operasional formal. Pemikiran bayi termasuk ke dalam pemikiran deria
motor, Tahap deria motor berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun.
Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan
kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasi deria melalui gerakangerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja
menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya,
tetapi juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerakgerak reflek.
Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola deria motor
mereka semakin kompleks dan mulai mengadaptasi suatu sistem simbol yang primitif,
misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan
memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada.
Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak menggunakan deria motor (seperti
memegang) untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Misalnya, apabila
kanak-kanak ini menarik ekor kucing (aktiviti motor) ianya akan menghasilkan jeritan
yang kuat (pengalaman kederiaan). Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep
kewujudan objek. Ini bermakna apabila suatu objek yang pernah dilihatnya telah
disimpan, dia menganggap objek itu tidak ada lagi.
Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana, seperti mama melompat.
3

ii. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi)


Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra
operasional (preoperational stage),yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Dalam
tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak di organisasi secara baik.
Pemikiran pra operasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada
tahap pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran pra
operasional juga mencakupi transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada
yang lebih maju.
Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objekobjek yang dilihat di sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya
bersifat egosentrik,iaitu dia bercakap sendiri. Mereka juga tidak berminat untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar tentang
dirinya.

Kanak-kanak belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan

merujuk kepada bilangan atau jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau
penglihatannya telah ditukar ( dengan syarat bahan asal itu tidak ditambah atau
dikurangkan) . Contohnya, apabila dua gelas yang diisi air (isi padu yang
sama)dituangkan ke dalam Dua bekas yang berlainan; sebuah yang lebih tinggi dan
sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan pendek. Apabila disoal bekas manakah
yang mengandungi lebih banyak air, kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan
bekas yang tinggi dan sempit itu. Konsep transformasi juga belum diperoleh.
Contohnya,apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya diletakkan secara
mendatar,kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perubahan yang berlaku itu.
Lagipun, perhatian kanak-kanak dipusatkan kepada aspek-aspek yang tertentu sahaja.

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih
dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau.
Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :
1.Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan
dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda
yang tidak
menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan
persekitarannya.
2.Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu
modifikasi skemahasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang
(skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak

tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji


epal".
3.Akomodasi
-Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaranbaru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadapmagnet itu.
4.Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap
tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan
berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman
tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif
kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap
perkembangan tersebut ialah :
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
6

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)


Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)
Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

KESIMPULAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami oleh
setiap individu dan bersifatkualitatif tetapi mengalami perubahan seiring
dengan peredaran masa. Perubahan tingkahlaku berlaku dalam keadaan
yang

berterusan

dan

menerusi

peringkat-peringkat

kematanganyang

tertentu. Aspek baka dan persekitaran juga memainkan peranan dalam


mempengaruhiperkembangan

individu.

Baka

menentukan

had

perkembangan manakala persekitaran akanmembantu individu mencapai


perkembangan yang optimum.Perkembangan adalah satu bahagian yang
saling berhubung antara satu sama lain iaituwujud pertalian yang nyata
antara perkembangan jasmani dan perkembangan kognitif manusia. Corak
perkembangan

adalah

berbeza-beza

di

mana

semua

kanak-kanak

akanmengalami persamaan pada umur yang sama. Perkembangan berlaku


mengikut peringkatiaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja,
dewasa dan seterusnya.Berdasarkan teori-teori perkembangan kognitif ini,
kami berpendapat

bahawa

teori iniboleh

diaplikasikan

dalam

bidang

pendidikan di Malaysia. Ini kerana, setiap individudilahirkan dengan tahap


perkembangan

yang

berbeza-beza.

Oleh

itu,

aktiviti

pengajaran

danpembelajaran perlulah sesuai dengan tahap perkembangan kognitif


seseorang pelajar supayailmu yang disampaikan dapat diserap oleh para
pelajar.

RUJUKAN
1. http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/vbehaviorurldefaultvmlo.html
2. http://www.pusatbiologi.com/2013/01/faktor-yang-mempengaruhipertumbuhan_17.html
3. Haliza Hamzah Joy N.Samuel Rafidah Kastawi
4. Mok Soon Sang

Tajuk 1

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi
pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi
kepentingan psikologi dan psikologi pendidikan, terutama sekali yang berkaitan dengan
profesion perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga mereka
yang berkecimpung dalam bidang pendidikan memahami dengan lebih baik profesion
ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

Mendefinisikan psikologi pendidikan dan menerangkan kepentingannya


kepada manusia sejagat.

2.

Menganalisis kepentingan psikologi pendidikan kepada guru-guru.

3.

Menggunakan psikologi pendidikan dalam pengurusan kelakuan murid-murid.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini


Psikologi dan
Psikologi Pendidikan

Konsep Asas Psikologi

Konsep Pendidikan

Konsep Psikologi
Pendidikan

Definisi

Kepentingan

Definisi

Kepentingan

Psikologi

Psikologi

Pendidikan

Pendidikan

10

Definisi
Psikologi
Pendidikan

Implikasi
Psikologi
Pendidikan
Kepada Guru

1. 1

Konsep Asas Psikologi


Apakah yang anda faham tentang ilmu psikologi?
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari
perkataan psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa dan logos bermaksud
kajian mengenai sesuatu. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian
mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.
Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai:
Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan
perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau
sesuatu kumpulan tertentu;dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.
Dari definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa kajian mengenai sesuatu yang
dimaksud oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat
mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian

psikologi
ini.
Antaranya ialah:
The scientific study of the way the human mind works and how it influences
behaviour, or the influence of a particular persons characteron their
behaviour.(Cambridge International Dictionary of English, p.383).
11

Henry L. Roediger dan rakan (1984) memberi definisi psikologi seperti berikut:
Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental
life.
Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang
tingkah
Laku manusia dan pengalaman. Williams (1960) pula telah mendefinisikan
psikologi
sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.
Wittaker (1970) mengatakan psikologi merupakan sains tingkah laku. Oleh itu
dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani
manusia secara saintifik.
Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.
1.1.1 Kepentingan Psikologi.
Mengapa pula kita belajar psikologi?
Nampak macam penting sangat!

Kepentingan psikologi tidak dapat dinafikan. Tidakkah anda fikirkan, dengan


memahami psikologi anda akan menjadi seorang individu yang lebih baik? Ini sangat
menarik kerana anda akan dapat memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi
tidak sahaja mengajar kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang
mungkin terlibat dalam berkelakuan. Bahkan psikologi sebagai kajian sains melibatkan
aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia.

12

Sebagai individu kita lebih memahami sikap dan hubungan manusia dalam konteks
masyarakat. Perasaan dan kepercayaan mempengaruhi tindakan seseorang terutama
sekali hubungan manusia di tempat kerja dan dalam kehidupan sosialnya.

13

Anda mungkin juga menyukai