Anda di halaman 1dari 3

Teori Perkembangan Piaget Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos1896.

Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorangProfesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernamaRebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang sukaberdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskannafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun,

Beliau telah kemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitifkanak-kanak.Sebelum membincangkan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulumengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : Konsep Huraian1. Skema Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untukmelakukan sesuatu dengan cara tertentu.-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan denganbeberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema sepertigerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang,serta menggerakkan tangan dan kaki.-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegangbenda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderungmemegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayibertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yangbaru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Konsep Huraian -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikutsesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang barudiperolehi.-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihatsebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skemamemegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yangbaru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalamiperubahan.-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalamperolehan kognitif kanak-kanak.-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu prosespembelajaran.-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidakditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanyadan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antaraakomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanakmempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apayang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satuperingkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanakmencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yangrelevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampumencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empattahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dancara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semuaperingkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat mana-mana peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinyapada kadar yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yangberkaitan dengan peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titikperubahan ke peringkat yang baru. (Slavin, pg. 33)." Tahap-tahap perkembangan 1. Sensori-motor(dari lahir hingga 2 tahun) 2. Preoperational( 2 hingga 7 tahun) 3. Operasi Konkrit(7 hingga 12 tahun) 4. Operasi Formal(12 tahun hingga dewasa) 4.1. Tahap Sensorimotor Pada tahap ini, perkembangan mental ditandai oleh kemajuan yang besar dalamkemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi (sepertimelihat dan mendengar) melalui gerakangerakan dan tindakan-tindakan fisik 4.1.2 Tahap Praoperasi Pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar.Mulai muncul pemikiran egosentrisme, animisme, dan intuitif. Egosentrisme adalahsuatu ketidakmampuan untuk membezakan antara perspektif seseorang denganperspektif orang lain dengan kata lain anak melihat sesuatu hanya dari sisi dirinya.Animisme adalah keyakinan bahwa objek yang tidak bergerak memiliki kualiti semacamkehidupan dan dapat bertindak. Seperti seorang anak yang mengatakan, Pohon itubergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh. Sedangkan intuitif adalahapabila kanakkanak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu etapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional. 4.1.3 Tahap Operasi Konkrit Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitifsejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit. 4.1.4 Tahap Operasi Formal Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit danberfikir secara abstrak dan lebih logik. Sebagai pemikiran yang abstrak, remajamengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berfikir seperti apakahorang tua yang ideal dan membandingkan orangtua

mereka dengan standar ideal yangmereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinankemungkinan bagi masadepan dan terkagum-kagum terhadap apa yang mereka lakukan. 4.2 Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah Berehat sebentar!Teori Piaget ini dapat membantu anda untuk mempertingkat pengajaran sains daripadaaspek-apek berikut. A. Inkuiri-penemuan Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on yangmenggunakan bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapatmembentuk pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patutbertindak sebagai fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagiperkembangan kognitif mereka B. Kesesuaian mengikut tahap kognitif Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangankognitif kanakkanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi danoperasi konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi menerangkan konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, andaingin menyampaikan konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perludigunakan. Murid pada tahap ini akan menggunakan deria untuk memerhati danmengelas contohcontoh tumbuhan bgi membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanak-kanak itu telah berada di tahap operasi formal maka tidak perlulah anda menggunakanbanyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini sudah boleh membentuk konsep abstrak C. Membentuk operasi mental Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktivitiyang sesuai.seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian. D. Motivasi dalaman Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanak-kanak akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanaksecara aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai.Ini akan bertindak sebagai motivasi untuk kanakkanak itu sendiri akan senantiasa inginterus mempelajari sains

Anda mungkin juga menyukai