Anda di halaman 1dari 20

Perkembangan kanak-kanak

 Kanak-kanak (juga digelarkan budak atau


anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu
seorang yang masih belum mencapai baligh.
 Peringkat perkembangan manusia adalah
seperti berikut:
tua
dewasa
remaja
kanak-kanak
bayi
• Perkembangan kanak-kanak merujuk
kepada perubahan kualitatif biologi dan
psikologi yang berlaku kepada manusia
antara kelahiran dan akhir masa remaja.
• “Perkembangan kanak-kanak" juga adalah
kajian proses dan mekanisme yang bertindak
sewaktu perkembangan fizikal dan mental
seorang bayi menjadi orang dewasa.
• Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas
berlaku jika dibandingkan dengan peringkat
yang lebih awal.
• Contohnya, cara pertuturan dan
kematangan.
 Julat-julat umur hampiran ditunjukkan, tetapi
tanggapan mengenai sempadan antara peringkat-
peringkat hidup adalah berbeza-beza antara
budaya dan zaman.
Pengenalan
• Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget,
kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep
penting yang diutarakan oleh beliau.
• Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :
(i)Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia
untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan
dengan beberapa gerakan pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
• Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindak balas dengan
persekitarannya.
•  (ii) Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses
penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada.

-Proses asimilasi yang berlaku


membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi.
• Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindak balas dengan
persekitarannya.
•  (ii) Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses
penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada.

-Proses asimilasi yang berlaku


membolehkan manusia mengikuti
sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi.
• Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru
yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif
kanak-kanak.
• Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai
suatu proses pembelajaran.
• Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua
tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap magnet itu.
• (iv) Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana
wujud keseimbangan di antara akomodasi
dan asimilasi untuk disesuaikan dengan
persekitaran.
• Keadaan keseimbangan akan wujud apabila
kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi
untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.
• Jean Piaget mendapati kemampuan mental
manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui.
• Perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila
kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan.
• Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,
kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai
tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Tahap sensorimotor (0-2 tahun)

• Pada tahap ini, bayi melihat kepada


hubungan antara badannya dengan
persekitaran.
• Kebolehan deria motornya berkembang dari
semasa ke semasa.
• Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan
mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya.
• Kebolehan untuk meniru tingkah laku
dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning)
(Mussen dan Kagan, 1974).
Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub
tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan
kebolehan tertentu pada umur yang tertentu
1. Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang


diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan
sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar
daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai
gerakan pantulan sahaja.

2. Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.


bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di
tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan
tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di
tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan
sesuatu situasi baru.
3 。 Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)
Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan
da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi
dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat
melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang
lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan
ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja
memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk
mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
4 。 Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang
wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap
ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai
sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan
mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat
sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan
sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
5。 Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular
ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang
dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan
kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku
apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi
memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang
kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya
tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini
akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan
perhatian.
6 。 Lapan belas bulan hingga dua tahun
(penggambaran pemikiran awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-
kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi
simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat
membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan
yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah
mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi
individu dalam rumahtangga.
Tahap Praoperasi (2-7 tahun)

 Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di


tahap ini ialah penggunaan bahasa.
 Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan
buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
 Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak
masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang
dewasa.
 Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di
mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari
perspektif mereka sahaja.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan
kognitif kanak kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga
kebolehan asas yang berlaku iaitu :

1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak


untuk melakukan tingkah laku yang ketara
seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian
tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema
tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh
individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan
kepada dua sub tahap iaitu :
• Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
• Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
• Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi
dapat membezakan dan
• memahami dua atau lebih dimensi pada masa
yang sama. Hal ini kerana,
• mereka belum dapat menyusun penerangan
yang ada dalam pemikiran.
Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun)

• Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi


konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7
hingga 11 tahun.
• Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada
tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik
minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
• Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya
menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang
lain.
• Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
Tahap operasi formal (12 tahun-dewasa)
• Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan
kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.
• Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun.
Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini
dikatakan lebih baik dan nyata.
• mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat
membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional
dan lebih sistematik.
• Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan
berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula
memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka dalam
masyarakat.
• Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan
pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan
norma yang terdapat dalam masyarakat.
The end^^

Anda mungkin juga menyukai