Anda di halaman 1dari 8

Sejarah olahraga

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan
Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara
"lumba trek stadium" atau stade.

Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang


telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-

* Sukan Panhellenic
o Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan
setiap 4 tahun
o Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan
setiap 2 tahun
o Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2
tahun
o Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar,
lumba kuda, bergusti dan pertempuran gladiator.

Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga
meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan
latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.

Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formai pertandingan


Olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan
dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa
mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga
pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat
pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury,
Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt.
Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan
tentang penubuhan organisasi formal olahraga.

Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada


tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya
dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.

Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah


ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk
International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic
Union dan USA Track & Field.

Sumber daripada:

http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=sejarah-
olahraga&more=1&c=1&tb=1&pb=1
Lompat jauh
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Acara lompat jauh Grand Prix GE Money di Helsinki, Julai 2005.

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet


mencoba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju.

Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit,


biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan
melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke
bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke
tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu
memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau
melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di
depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan
salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta


akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya
lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta
dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan
dikira sebagai juara.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan


yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut
bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan
Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling
lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935,
Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga
1960 oleh Ralph Boston.

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani
Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang
dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring
apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke
belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling
dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Sumber daripada:

ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh
Lompat Jauh

Pengenalan
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli
sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat
pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap
elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan
melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke
bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke
tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu
memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau
melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di
depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan
salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta


akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya
lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta
dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan
dikira sebagai juara.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan


yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut
bertanding dan memenangi acara ini.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan


Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling
lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935,
Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga
1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani
Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang
dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring
apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke
belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling
dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di
mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Peraturan lompat jauh

Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan


dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk
membuat 3 lagi lompatan.

Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6


percubaan diberi.
Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:

 kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak


 melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat, berjalan
keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

Cara mengukur jarak

Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan


yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut
direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian
yang diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.

Gaya lompatan
Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :

 Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru


menceburkan diri dalam acara ini.
 Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.
 Gaya tendang kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Fasa lompat jauh

Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :

v Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu
fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula
berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang
paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah
bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak
berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk
pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.

v Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya


mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak,
badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan
itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

v Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang


untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan
ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti
mengayuh basikal.

v Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;
tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah
tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

Sumber daripada:
http://maswafi.blogspot.com/2008/03/pengenalan-pat-ke-navigasi-gelintar.html

Anda mungkin juga menyukai