Anda di halaman 1dari 7

A Pengenalan

Jean piaget merupakan seorang pakar yg membuat kajian terhadap tingkah laku
kanak2. Beliau banyak menyatakan tentang konsep perkembangan kanak2. Beliau jg
menyatakan proses pemikiran berubah2 secara menyeluruh dari hari bayi dilahirkan
sehingga mencapai kematangan.

Menurut Jean piaget setiap individu akan cuba memahami dan menadaptasi sesuatu
yang baru pada perubahan yang berlaku setiap waktu. Antara faktor2 yg mempengaruhi
proses pemikiran minda setiap individu adalah melalui pengalaman sosial iaitu pergaulan
individu dgn orang2 dipersekitaran spt ibu bapa,adik beradik , guru dan rakan

Faktor seterusnya adalah interaksi dgn persekitaran bg memahami apa yang berlaku
spt meneroka,menguji, memerhati dan menyusun maklumat yg didapati. Kematangan
biologi iaitu faktor genatik jg memainkan peranan dlm proses pemikiran individu.

Akhir sekali proses keseimbangan merupakan satu cara yg digunakan individu bg


mengadaptasi situasi yg baru berlaku. Proses ini disusun dlm minda dan membentuk satu
sistem yg dipangggil skema. Proses perubahan skema lama kepada baru melibatkan dua
proses yg saling berkait iaitu Asimilasi dan Akomodasi.

Asimilasi merupakan suatu proses individu cuba memahami pengalaman baru dan
cuba menyesuaikan pengalaman ini dgn skema yg sedia ada. Manakala Akomodasi pula
berlaku apabila individu menukar skema lama utk disesuaikan dgn pengalaman baru dan
mengubah cara pemikiran utk disesuaikan dgn pengalaman baru

Kesimpulannya proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah


proses yg digunakan oleh individu utk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus
menguji minda mrk utk mencari keseimbangan.

B Huraian teori kognitif piaget

Menurut jean piaget kanak2 akan melalui peringkat2 perkembangan yang sama tetapi pada
usia yg berbeza-beza. Pada pendapat beliau persekitaran tidak membentuk kognitif kanak2
namun sebaliknya kanak2 yg membina persekitarannya.

Keadaan ini berlaku melalui proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran
fizikalnya. Jean piaget telah memperkenalkan 4 konsep utama utk menerangkan dgn lebih lanjut
berkenaan skema,penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan

i) Skemata iaitu sturktur kognitif yg berubah utk mengadaptasikan maklumat baru.


Membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dgn keadaan persekitaran.
Ianya adalah spt sebuah cabinet yg menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu
skema. Skema jg merupakan proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan,
menyusun dan mengurus. Contoh spt bayi yang baru dilahirkan, skema yg sedia ada pd
bayi ialah menghisap susu dan mengeggam benda yg dimasukkan kedlm mulutnya akan
dihisapnya. Ianya spt bayi tidak tahu beza diantara jari dan puting susu yg boleh
mengeluarkan susu atau sebaliknya
ii) Asimilisasi iaitu penerimaan maklumat baru sebagai selaras dgn skemata sedia ada.
Proses asimilisasi merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan maklumat2
baru ke skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur sedia
ada. Cth seorang kanak2 yg baru pertama kali melihat coklat. Yang demikian kanak2
tersebut akan menggunakan skema memegang (skema sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Ini akan mengakibatkan kanak2 tersebut mendapat pengetahuan baru
baginya mengenai sebiji coklat

iii) Akomodasi iaitu pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru. Jika
maklumat yg diterima sesuai dgn skema sedia ada maka ia akan diserap kedlm skema,
sebalknya jika maklumat tidak sesuai ianya akan ditolak atau diubahsuai. Proses ini
berlaku sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yg stabil dan mantap bg
sesuatu kemahiran tertentu. Cth kanak2 yg ditunjukkan robot akan menyatukan objek
baru kedalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap robot itu.

iv) Keseimbangan iaitu gabungan proses asimilisasi dan addaptasi yg membantu dlm
keseimbangan terhdapt pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Keseimangan akan
tercapai apabila seseorang kanak2 menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian. Cth apabila seseorang kanak2 menerima maklumat baru, ia akan
menyerap maklumat kedlm skemanya, sekiranya Berjaya proses keseimbangan akan
tercapai. Jika sebaliknya berlaku maklumat akan diubahsuai melalui pengubahsuaian dgn
mencipta skema yang baru. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi hgg
dewasa

Menurut Jean Piaget terdapat empat peringkat teori kognitif

- Peringkat 1 – sensorimotor berlaku dari peringkat bayi dilahirkan hgg berumur 2 tahun. Pada
peringkat ini bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari perkara yang
berlaku dipersekitarannya.

- Skema yg terhasil berlaku akibat dari interaks fizikal bayi dgn persekitaran cth mulut utk merasa
objek dan koordinasi mata tangan utk mencapai objek. Kepuasan yg terhasil dari tindakan ini
mengakibatkan mrk melakukannya secara berulangan cth apabila mencapai objek yg berbunyi,
bunyi yg didatangkan memberi kepuasan menyebabkan kanak2 mengulangi perlakuan tersebut.
Seterusna Kanak2 akan menunjukkan pemikiran lojik dimana akt2 fizikal mrk mempunyai
matlamat yg mudah.cth kanak2 akan mengeluarkan barang dari bekas yg bertutup atau
mengatur langkah utk mengambil objek yang jauh

- Pada peringkat akhir kanak2 dapat melakukan imitasi atau meniru pergerakan spt melambai
tangan, atau memasukkan makanan kedalam mulut. Kanak2 akan mencapai tahap pengekalan
objek iaitu kebolehan utk menggambarkan objek dlm memori

- Terdapat beberapa Kebolehan kanak2 dlm peringkat sensorimotor spt mengkoordinasikan


maklumat deria dgn pergerakan motor, kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek,
permulaan pemikiran logic dgn akt2 mudah, memulakan imitasi,memori dan pemikiran dan akhir
sekali konsep pengekalan objek.

-
Peringkat 2 – Peringkat Pra Operasi bagi kanak2 yg berumur 2 hgg 7 tahun. Pada peringkat ini
kanak2 manggunakan minda utk membentuk skema2 baru. Mrk blh menggambar dan merancang
pergerakan mrk menggunakan minda membentuk skema apabila dpt mewakili sesuatu dgn symbol
mental. Symbol yg digunakan spt bahasa, isyarat gambar dan ianya digunakan utk menyatakan
objek, orang atau peristiwa yg berlaku.

Diantara kebolehan yg boleh didapati dlm peringkat ini ialah fungsi semiotik dimana
perkembangan bahasa akan berlaku dgn pantas. Seperti mewakili imej sebenar buku dgn perkataan
buku atau dgn menggunakan gambar. Mengambil atau menghidupkan watak yg disukai seperti upin
ipin menjadi abang kakak.

Pada peringkat ini pemikiran kanak2 lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak2
mengenai objek bergantung pada ciri2 yg Nampak jelas dan nyata dimana mrk masih belum
berupaya berfikir secara logic dan rasional. Ciri ini dikatakan pemusatan kerana mrk masih tidak
dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.

Menurut piaget kanak2 pd peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud
mrk melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri dengan menyangka org lain jg
mempunyai perasaan dan reaksi yg sama dgn mrk spt jika mrk berminat dgn siri kartun boboi org
lain pun sama minat dan perasaan spt mrk.

Kebolehan kanak2 pada peringkat ini adalah seperti mula menggambar dan merancang
skema, mewakili sesuatu dgn symbol mental, mengingat semula peristiwa yg telah berlaku dan
membuat perbandingan, boleh melakukan permainan menggambarkan (Pretend play) dan akhir
sekali pemahaman kanak2 mengenai objek bergantung pada ciri jelas nyata.

Peringkat 3 – Operasi Konkrit bagi kanak2 berumur 7 hgg 11 tahun dimana kanak2 berkebolehan
berfikir secara logic walaupun terikat dgn situasi yg konkrit. Pada peringkat ini mrk sepatutnya telah
memahami proses transformasi, keterbalikkan dan penaakulan

Menurut piaget pada peringkat ini kanak2 sudah boleh menguasai konsep pengekalan.
Kanak2 dapat memahami prinsip identity spt proses tiada bilangan yg ditambah dikurangkan,
mengetahui prinsip ganti rugi dimana kanak2 mengetahui perubahan pada satu segi akan diganti
oleh perubahan dalam satu aspek yg lain serta prinsip keterbalikkan dimana kanak2 mengulang
proses yg berlaku secara mental kpd asal semula.

Kebolehan kanak2 dlm peringkat operasi konkrit ini dari segi kognitif adalah spt
berkebolehan berfikir secara logic walaupun pemikiran mrk masih terikat dgn situasi yg konkrit.
Kanak2 boleh menguasai konsep pengekalan, memahami proses pengelasan, menguasai proses
menyusun secara bersiri dan mula bersosial dan menerima pandangan rakan semasa bermain atau
menjalanankan aktiviti bersama2

Peringkat 4 – Operasi Formal bagi kanak2 berumur 12 tahun dan keatas

Pada peringkat operasi formal ini, boleh malakukan proses mental keatas idea2 dan
membuat andaian berdasarkan fakta. Tahap pemikiran tidak berasaskan konkrit lagi, mereka boleh
memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun bukan reality. Cth spt mrk boleh
berhipotesis dan memberi idea tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku dinegara mahu pun
didunia.

Pada peringkat ini terdapat beberapa ciri pemikiran formal. i) Berfikir secara abstrak dimana
kanak2 boleh menyelesaikan masalah matematik yg melibatkan perwakilan abstrak cth mencari
penyelesaian 3y + y = 15.Apakah nilai y. ii) Berfikir secara sistematik. Kanak2 boleh berfikir secara
sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian cth seperti jika saya pergi bercuti
dgn membawa 2 pasang bj kurung, dua helai tudung dan dua jaket, berapa kombinasi pakaian yg
boleh sy dapat dari set ini. iii) Boleh membuat hipotesis-mereka dapat membuat hipotesis dan
mencarri alternative penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul induktif dan deduktif.
Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran dari am kepada yg khusus

Pada peringkat ini egosentrik remaja muncul dan ianya berbeza dgn egosentrik pra operasi.
Pada masa ini remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mrk sendiri, mereka susah utk
menerima pendapat dan pandangan org lain

Perkaitan teori dgn akt bermain pasir

Terdapat pelbagai jenis permainan mengikut tahap perkembangan dan umur untuk diterokai
oleh kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pembesaran mereka, antaranya adalah
seperti permainan solitary, permainan spectator,selari,perkongsian dan permainan kerjasama.
Pembelajaran paling berkesan kepada kanak-kanak adalah dengan cara belajar melalui bermain

Antara permainan yang amat berkesan dan disukai oleh kanak-kanak adalah permainan
pasir. Aktiviti bermain pasir mempunyai perkaitan dengan teori jean piaget iaitu
Bahagian B

Belajar melalui bermain

Apakah itu belajar melalui bermain? Belajar melalui bermain merupakan satu pendekatan
yang terancang dan berstuktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam
suasana yang bebas,selamat, menggembirakan dan bermakna. Pendekatan ini dirancang bagi
memberikan penekanan kepada kanak2 untuk membuat penerokaan, penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman secara tidak langsung dalam suasana gembira dan
menyeronokkan tanpa sebarang tekanan dalam proses pembelajaran.

Pendekatan belajar melalui bermain amat penting kepada kanak2 kerana bermain
merupakan fitrah kanak2 dalam meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperoleh
pengalaman langsung secara semulajadi. Melalui aktiviti bermain ianya dapat membentuk
perkembangan kanak2 secara menyeluruh kerana dapat memenuhi keperluan kognitif,
psikomotor dan efektif.

Melalui pendekatan belajar melalui bermain proses pdp bagi kanak-kanak dapat
ditingkatkan melalui keupayaan kognitif mereka untuk meneroka perasaan ingin tahu,
meningkatkan dan memperkembangkan kecekapan fizikal,kemahiran motor halus dan kasar
serta meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih berinovasi dan kreatif. Keupayaan untuk
meningkatkan komunikasi dengan berinteraksi, mengawal dan meluahkan emosi, percambahan
dan percubaan idea yag baru dapat dicungkil dari proses belajar melalui bermain.

Menurut Imam Al- Ghazali(Hassan Langgulung 1979)menitikberatkan main bagi kanak2


kerna dengan bermain kanak2 boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka disamping
menyuburkan tubuh dan menguatkan otot2. Beliau juga menyatakan bermain boleh
mendatangkan kegembiraan, kerehatan kpd kanak2 setelah penat belajar.

Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Education of Man’ terhadap
kepentingan bermain kepada kehidupan kanak-kanak adalah seperti berikut; “bermain adalah
perkembangan yang tertinggi di zaman kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar
meluahkan apa yang terkandung dalam jiwa mereka dengan rela. Peluang bermain yang
diberikan sangat penting dan bermakna kepada kanak-kanak.”

Pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan beberapa perkara,
iaitu; i. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan
mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti melukis, membina,
berlakon, bermain olok-olok atau bermain dengan pasir dan air. ii. Pengalaman belajar kanak-
kanak adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman
bermain dengan air, kanak-kanak akan berkebolehan membuat jangkaan sama ada sesuatu
benda akan terapung atau tenggelam apabila diletakkan di atas permukaan air. iii. Guru
berperanan dengan menggalakkan penerokaan persekitaran dan membimbing dalam proses
pembinaan pengetahuan. iv. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun
berasaskan minat yang boleh mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak.

Montessori – Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak2. Permainan memberi


peluang kepada kanak2 meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba,
mereka menemui pengetahuan yang baru. Aktivit bermain membenarkan mereka memenuhi
keperluan perasaan ingin tahu, disamping meningkatkan pengetahuan, pengelaman dan
kemahiran mereka.

Vygotsky – Permainan pilihan kanak2 sendiri yang disokong oleh guru atau orang dewasa
melalui perbincangan dan sesi soal jawab menggalakkan pencapaian kognitif yang lebih tinggi.

Tujuan dijalankan aktiviti belajar melalui bermain adalah bagi membolehkan kanak2
meneroka dan mencuba meningkatkan sesuatu kemahiran, meningkatkan tumpuan dan
perhatian, memberi peluang kepada kanak2 melahirkan perasaan, memupuk pemikiran yang
kreatif, kritis ,berinovasi dan bertanggungjawab. Bermain juga dapat membantu kanak2
menyelesaikan masalah mengatasi perasaan risau atau takut. Kanak2 juga dapat membina
kemahiran sosial sesame rakan dan juga orang yg lebih dewasa, membina kemahiran fizikal serta
meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar. Bermain juga bertujuan untuk membina dan
meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi serta membina kemahiran kendiri yang positif.

Ciri pendekatan belajar melalui bermain perlu mempunyai bahan yang sesuai dengan
perkembangan murid, konkrit, benar dan bermakna. Bahan yang disediakan perlu memudahkan
murid untuk meningat semula pengalaman bermakna. Pendekatan bermain perlu dapat
meningkatkan dan menggalakkan tahap komunikasi kanak2 serta dapat memberi dan
merangsang imaginasi dan kreativiti kanak2

Terdapat pelbagai jenis aktiviti bermain yang boleh mencambah pengetahuan kepada
kanak2 dalam proses pembelajaran. Diantaranya adalah seperti Main Sosial.

Main sosial berlaku apabila kanak2 terlibat dalam aktiviti dalam kumpulan seperti Main
Occupied iaitu main tanpa alatan atau dgn sesiapa pun, kanak2 akan berdiri atau duduk tanpa
berbuat apa2. Main solitary main secara berseorangan tanpa menghiraukan rakan atau keadaan
disekeliling, Main Onlooker iaitu memerhati rakan bermain,kanak2 seperti ini lebih berminat
dengan permaian orang lain. Main Parallel iaitu main dgn alatan yg sama spt rakan lain tapi
tidak main bersama rakan, Main Associative iaitu kanak2 terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi
tidak ada kerjasama/berinteraksi antara satu sama lain dan akhir sekali main Cooperative iaitu
kanak2 bermain bersama2 saling melengkapai anatara satu sama lain.

Melalui permainan main Sosial kanak2 diberi ruang dan peluang untuk berinteraksi dgn
rakan lain, mempelajari kemahiran sosial, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan memupuk
semangat kepimpinan, membina kemahiran interpersonal dan membantu kanak2 mengawal
emosi.

Main maujud merupakan satu bentuk permainan yang menggunakan bahan maujud untuk
memperoleh pengetahuan bagi meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi
kognitif, psikomotor, sosio emosi dan juga kreativiti. Main Simbolik boleh menunjukkan
kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial kanak2 dgn berpura2 menjadikan sesuatu objek
yang lain spt bongkah dijadikan robot, kenderaan dan laiin2.

Main ‘games and rules’ merupakan satu bentuk permainan yang menekankan kanak2 untuk
mengikut peratuaran yang ditetapkan seperti bermain ‘snake and ladder’. Aktiviti permainan ini
dapat membimbing dan mendidik kanak2 untuk memahami, mengikuti dan melaksanakan
peraturan yang telah ditentukan dalam permainan tersebut.

Main Konstruktif adalah satu jenis permainan yang memerlukan kanak2 untuk
menggunakan kreativiti dan idea mereka untuk mengenali dunia mereka sendiri. Kanak2 boleh
menggunkan imaginasi mereka untuk menggunakan alatan mainan yang sedia ada bagi
membentuk sesuatu yang baru seperti membentuk istana pasir.

Main bebas merupakan satu bentuk main yang memberi peluang kepada kanak2 untuk
melakukan sesuatu secara bebas atau spontan diruang pembelajaran bersama rakan dan juga
bahan sedia ada.

Main sosiodrama pula adalah main yang membentuk atau memberi peluang kpd kanak2
untuk menghidupkan watak melalui iamginasi mahu pun watak sedia ada. Kanak2 dapat
meningkatkan kemahiran bahasa dan juga meningkatkan kemahiran berfikir sesuatu diluar
kotak pemikiran melalui pengalaman seharian dalam kehidupan.

Permainan luar melibatkan kanak2 untuk bermain dgn alatan mainan yang disediakan
seperti jongkang jongkit,buaian, main pasir, main air dan gelongsor. Permainan ini semua dapat
meningkatkan kemahiran fizikal kanak2 dan bermain dalam suasana gembira dan
menyeronokkan. Pada masa yang sama melalui aktiviti permainan luar ini ianya dapat menerap
dan membentuk nilai2 murni spt sifat sabar, berdisiplin, hormat menghormati, menunggu
giliran dan bertanggungjawab.

Kesimpulan

Belajar melalui bermain merupakan satu kaedah atau pendekatan pembelajaran yang sangat
efisyen buat kanak-kanak. Ini adalah kerana lumrah seorang kanak-kanak yang suka bermain,
Bermain memberikan peluang kepada kanak2 untuk mendapatkan keseronokkan dan kegembiraan
tanpa merasa sebarang tekanan.

Proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti belajar melalui bermain memberi
kepada kanak2 melalui proses penyusunan semula, penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan
pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep2 baru. Kanak2 dapat membina pengetahuan
secara aktif melalui perkara yang dilihat, diteroka dan pengalaman yang dilalui diruang persekitaran

Melalui aktiviti belajar melalui bermain ini juga kanak2 dapat menimba pengetahuan secara
langsung dan tidak langsung dalam suasana yang lebih kondesif. Seorang guru perlu memainkan
peranan dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan
lancar. Persediaan bahan yang bersesuaian, suasana kelas dan bahan yang disediakan mestilah yang
bersesuaian mengikut tahap perkembangan kanak2.

Anda mungkin juga menyukai