Anda di halaman 1dari 14

VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103

810824025038001 SEPTEMBER 2020

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEPTEMBER / 2020

HDPS1103

DEVELOPMENT OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 810824025038001


NO. KAD PENGNEALAN : 810824025038
NO. TELEFON : 012-499 8794
E-MEL : suria95701@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PULAU PINANG LEARNING CENTRE

0
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGENALAN 2
PERBINCANGAN TEORI 3–5
CONTOH APLIKASI DI DALAM KELAS 6
TUGASAN 2 7–9
TUGASAN 3 10-12
RUJUKAN 13

1
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

PENGENALAN

Teori Behaviorisme telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi iaitu B. F. Skinner pada
tahun 1904-1990. Teori ini adalah teori belajar yang lebih menekankan kepada tingkah laku
manusia. Ianya menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku dana bukan untuk
menghentikannya.

Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklum balas yang
positif. Contohnya, pujian atau ganjaran terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang
betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak
menyenangkan seseorang individu.Contoh, mengenakan denda seperti time-out kepada murid
namun bukan bertujuan untuk mendatangkan kecederaan tetapi memberi peluang kepada murid
untuk mengetahui kesalahan yang mereka lalukan dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi.

Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam
bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran.

Proses ulangan pula memainkan peranan yang penting dalam pengajaran bahasa. Di
samping itu, teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan
pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.

2
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

TEORI IVAN PAVLOV

Mengikut Ivan Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan berlaku
pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran yang
berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik.

Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas


pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK
BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas
anjing.

Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan
itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak.

Teori Pavlov juga boleh diaplikasikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran didalam kelas
dimana guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat
akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan
ialah gerak balas.

Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan
yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian
(rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu dapat
menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin
akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh di atas, jikalau guru tidak memberikan rangsangan dan
peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi
maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

3
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

TEORI MODEL BEHAVIOURIS EDWARD LEE THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah
dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing
untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga
manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.

Teori Pelaziman Operan adalah sedikit berbeza berbanding teori Pelaziman Klasik kerana
dalam teori Pelaziman Klasik, organisma akan memberikan gerak balas terhadap setiap ransangan
yang diberikan manakala bagi teori Pelaziman Operan pula, sesuatu organisma membuat gerak
balas diingini dan kemudian akan diberikan ganjaran. Pembelajaran Pelaziman Operan juga ialah
suatu bentuk pembelajaran seseorang yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan
tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya.

Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error)
atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali
sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak
balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala
perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh.

Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan
dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak balas yang dihasilkan
daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik.

Beliau menggunakan kotak ajaib dalam eksperimennya yang berfungsi berasaskan prinsip
pelaziman instrumental. Maksudnya disini ialah apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil
akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi, jika ganjaran tidak
diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan

Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum
latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum tersebut
digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum
tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan.

4
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang paling
penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid hendaklah
mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain
itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu menerima ganjaran
tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk memujuk murid jika dia tidak
bersedia untuk menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam mempersiapkan
diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani
aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja berkesan
malahan mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses pembelajaran tersebut.

Hukum yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara
ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk
meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi
latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan
yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid.
Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan matematik dengan banyak, tempoh masa untuk
murid tersebut menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat.

Hukum yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya seseorang
murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas yang dihasilkan,
maka ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun begitu, jika
seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan
semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan
berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.

5
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

CONTOH APLIKASI DI DALAM KELAS BAGI TEORI IVAN PAVLOV

Guru memberi penerangan mengenai lagu Mari Mencuci Tangan kepada murid-murid
sebagai tanda isyarat sesi pengajaran sudah berakhir. Pada peringkat awal pembelajaran, Guru
memperkenalkan lagu tersebut dengan memberi arahan apa yang sepatutunya dilakukan oleh
murid-murid. Setelah murid-murid sudah biasa mendengar lagu itu, secara spontan mereka
mengemas barang dan bersedia untuk beratur, mencuci tangan, membaca doa dan bersedia untuk
makan.

Lagu itu telah menjadi rangsangan dan berlakunya gerak balas yang menjadi amalan.
Sebelum murid-murid makan, guru menerangkan kepada mereka pentingnya mencuci tangan
dengan cara yang betul. Contohnya bagi mengelak berlakunya kejadian keracunan makanan serta
mencegah daripada menghidap penyakit dan juga untuk menjaga kebersihan diri.

CONTOH APLIKASI DI DALAM KELAS BAGI TEORI EDWARD LEE THORNDIKE

Pada peringkat permulaan Cikgu Halim menerangkan cara-cara hendak membina bentuk
rumah menggunakan bongkah-bongkah kayu yang terdapat di kelas. Setelah penerangan
diberikan Cikgu Halim mengedarkan bongkah-bongkah kayu tersebut kepada murid-murid untuk
dibina rumah.
Cikgu Halim sedang memerhati seorang murid yang sedang mencuba memadankan
bentuk-bentuk untuk disesuaikan dengan ruang. Pada awalnya, murid ini telah mencuba dengan
berbagai cara berkali-kali. Akhirnya, murid itu berjaya memadankan kesemua bentuk-bentuk
dengan padanan yang tepat.

Cikgu Halim melihat murid itu merasa gembira dan mencuba sekali lagi. Murid itu dapat
melakukannya dengan membuat beberapa kesilapan. Sekali lagi murid itu mencuba memadankan
dan kali ini murid itu berjaya melakukannya dalam masa yang singkat. Perlakuan murid ini
menunjukkan perlakuan yang dilakukan berulang-ulang akan lebih memudahkan pelajar tersebut
membuat padanan bentuk-bentuk untuk kali yang seterusnya sehingga berjaya.

6
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 2

Disleksia merupakan satu jenis permasalahan pembelajaran pada perkembangan


pembacaan samada secara lisan atau bertulis. Ianya suatu isu yang melibatkan kepayahan dalam
membaca dengan lancar dan kesukaran untuk memahami dengan tepat. Kanak-kanak yang
mempunyai masalah disleksia ini bukannya tidak cerdik, namun mempunyai daya kecerdasan
intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Kanak
kanak disleksia selalunya menghadapi kepayahan yang spesifik dalam pembelajaran membaca,
menulis, mengeja dan mengira. Disleksia boleh di kategorikan kepada dua bahagian utama iaitu
disleksia penglihatan (visual) dan disleksia pendengaran (auditori)

Disleksia pandangan atau penglihatan ( visual ) merupakan satu masalah yang melibatkan
kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Proses pandangan
atau persepsi kecelaruan merujuk kepada keupayaan yang terhalang untuk akal menerima
maklumat melalui mata. Ianya berbeza dari masalah melibatkan penglihatan atau
mempertajamkan penglihatan. Kesusahan dengan memproses pandangan mempengaruhi
bagaimana maklumat pandangan itu ditafsirkan atau di proses oleh otak. Simbol – simbol
perkataan yang dirungkaikan atau dicetak juga mengalami kesukaran untuk diterjemahkan.
Keberangkalian untuk melihat tulisan perkataan atau abjad secara terbalik adalah tinggi pada
mereka yang menghadapi masalah disleksia penglihatan. Kanak – kanak yang mengalami
masalah ini dapat melihat dengan baik tetapi tidak dapat membezakan, membuat interpretasi, atau
mengingat perkataan yang dilihat.

Disleksia pandangan melibatkan banyak ciri yang menunjukkan kanak-kanak menghadapi


masalah ini. Tahap kekeliruan dalam mengenal pasti huruf – huruf seperti m – w, y – g, u – n, c –
e, p – q, h – n, dan b – d. Kekeliruan dalam mengenal perkataan, mereka cenderung untuk
menterbalikkan perkataan seperti baju – juba, lagu – gula, sama – masa, lama – mala dan pelbagai
lagi perkataan. Contoh pada pembalikkan ayat yang diterjemahkan oleh kanak-kanak masalah
disleksia pandangan adalah seperti pada masa lalu – dapa sama lula. Bagi kanak-kanak yang
menghadapi masalah ini kesusahan diskriminasi pandangan mengakibatkan kekeliruan mengenal
perkataan atau huruf yang sama seperti: beg untuk bog, dan leg untuk log. Mereka juga lambat

7
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

dalam pengamatan. Kecenderungan songsang juga merupakan masalah disleksia pandangan


seperti pada perkataan spa menjadi sap. Daya ingatan atau difisit dalam ingatan pandangan serta
penghasilan lukisan yang kurang berkualiti kerana ketiadaan butir-butir penting yang ditinggalkan
termasuk juga dalam kecendrungan ini. Mereka yang menghadapi masalah disleksia pandangan
ini juga mempunyai masalah menjalani latihan dalam kemahiran sukan yang kompleks seperti
menangkap atau mencengkam bola. Namun mereka yang menghadapi disleksia pandangan tinggi
daya kebolehan dalam aktiviti pendengaran.

Disleksia pendengaran (auditori) adalah merupakan masalah yang melibatkan kepayahan


dan kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata, perkataan
dan menyusun serta menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Bunyi percakapan
yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Kanak-kanak juga menghadapi masalah
dalam membezakan bunyi huruf vokal dengan konsonan. Kanak-kanak dapat melihat persamaan
antara perkataan namun menghadapi masalah dalam aktiviti yang berkait dengan fungsi
pendengaran. Kanak – kanak dengan isu disleksia pendegaran ini selalunya menghadapi masalah
dalam belajar membaca. Kecelaruan diskriminasi pendengaran dan pengamatan yang
menyebabkan sukar belajar bacaan mengikut kaedah analisis fonetik juga merupakan masalah
disleksia pendengaran. Mereka menghadapi kesukaran dan tidak berupaya membahagikan
perkataan kepada suku kata atau bunyi tertentu dan menggabung bahagian perkataan menjadi
lengkap.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini selalunya lebih cenderung untuk memilih
aktiviti yang melibatkan kemahiran pandangan, kerana mereka lemah dalam kerja melibatkan
pendengaran, urutan dan diskriminasi pendengaran. Kecelaruan dalam memahami bunyi secara
urutan mengakibatkan kanak-kanak tidak dapat mengingat atau mengekalkan urutan bunyi seperti
penyebutan yang tidak betul atau semasa menulis mengubah urutan huruf kerana tidak dapat
mengingat urutan bunyi. Mereka juga menghadapi isu tidak dapat membunyikan semula bunyi
dalam perkataan seperti tidak dapat mengingat bunyi huruf atau tidak boleh membunyikan
perkataan walaupun tahu maksud perkataan.

Masalah-masalah disleksia yang dihadapi oleh setiap individu mempunyai jalan


penyelesaian untuk diperbaiki atau dibantu sedari awal usia selepas dikenal pasti. Bagi seorang
guru diperingkat prasekolah, amatlah penting untuk mengenalpasti dengan baik, cepat serta
mengambil tindakan yang sewajarnya pada kanak-kanak yang menghadapi dan mempunyai
masalah disleksia, tidak kira disleksia pandangan atau disleksia pendengaran. Perkara penting dan

8
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

utama adalah memberi serta menunjukkan bahawa anda sebagai seorang guru mengetahui dan
amat mengambil berat pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ini. Kita hendaklah memberi
keyakinan dan memberi semangat pada mereka dalam menghadapi cabaran pembelajaran. Guru
haruslah mencari idea bernas, kaedah dan teknik untuk memudahcarakan proses pembelajaran
kepada kanak-kanak yang bermasalah ini. Guru dan ibu bapa perlu wujudkan jalinan
kesefahaman dalam memastikan mereka dapat sama-sama memberi perhatian dan mengurus
keperluan kanak-kanak demi kebaikan mereka.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam membantu kanak-kanak
di prasekolah seperti menyediakan bahan bantu mengajar dalam bentuk konkrit serta membantu
mereka menguasainya dengan lebih baik. Setiap pembelajaran yang dijalankan hendaklah diberi
latihan berulangkali dalam memastikan mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Segala
latihan kerja yang diberikan hendaklah diberi ruang waktu untuk mereka berfikir dan
menyiapkannya dengan baik. Latih tubi yang berterusan dan proses pengulangan dapat
membantu kanak-kanak memahami pembelajaran yang dihadapi. Guru boleh memberi nasihat
dan motivasi agar kanak-kanak mencuba dan berusaha dengan yakin terhadap pembelajaran
mereka. Kanak – kanak dapat diberikan keyakinan oleh guru untuk mengurus diri sendiri bagi
membentuk jati diri untuk mereka berdikari. Kanak-kanak bermasalah ini perlu diberikan
motivasi sentiasa agar tidak merasa kecewa, rendah diri dengan kelemahan yang ada dan tidak
menjadikan kelemahan ini sebagai suatu penghalang untuk mendapat harga diri. Sebagai seorang
guru haruslah juga mengetahui tahap dan kebolehan kanak-kanak dengan tidak membebankan
mereka dengan terlalu banyak aktiviti dan memahami cara mereka menyelesaikan dan
menjalankan tugasan mereka.

Terdapat juga cara membantu kanak-kanak dengan masalah disleksia seperti guru
menggunakan kaedah Multisensori yang dikenali juga dengan kaedah pelbagai deria. Kaedah
pelbagai deria ini juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi: V-visual
(penglihatan), A-audio (pendengaran), K-kinetetik (pergerakan), dan T-Tactile (sentuhan). Guru
memainkan peranan yang amat penting untuk mengadaptasi segala kaedah ini dalam proses
pembelajaran terhadap kanak-kanak bermasalah disleksia. Setiap kaedah dapat menunjukkan
bagaimana seorang guru itu begitu berdedikasi dalam membimbing dan membantu kanak-kanak
dalam memahami dan mencapai kejayaan dalam pelajaran. Setiap kaedah ini berhubung kait dan
sangat efektif dalam membentuk dan memberi pengajaran kepada kanak-kanak untuk lebih
berkeyakinan dan berjaya. Kaedah deria sentuhan dan pergerakan dapat memberi suatu perasaan
diri kanak-kanak disayangi, dihargai dan diberi keyakinan kepada kanak-kanak untuk lebih

9
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

bersemangat menghadapi pembelajaran. Perkara terpenting adalah guru wajib memberi perhatian
berterusan demi kelangsungan pembelajaran kepada anak-anak ini.

TUGASAN 3

Taska merupakan sebuah pusat taman asuhan kanak-kanak yang menempatkan anak-anak
dari bayi hingga kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah. Terdapat pelbagai jenis taska
yang memberi perkhidmatan mengasuh anak-anak seperti taska di rumah yang mengasuh anak-
anak dalam lingkungan 10 orang kanak-kanak ke bawah. Taska di tempat kerja pula dapat
menampung anak-anak yang lebih dari 10 orang kanak-kanak. Begitu juga dengan taska komuniti
dan taska di institusi yang mengasuh anak lebih dari 10 orang kanak-kanak pada suatu masa.

Ibu bapa pada zaman sekarang yang majoritinya bekerja amat memerlukan kemudahan
yang disediakan seperti pusat asuhan kanak-kanak ini. Bagi mereka yang memilih pusat asuhan
yang benar-benar memberikan segala perkhidmatan yang memuaskan menjadi titik penting bagi
mereka dalam mempercayai khidmat taman asuhan tersebut. Ini adalah kerana ianya menjadi
lumrah dan norma kehidupan pada waktu sekarang untuk menghantar anak-anak ke taska
sementara ibu bapa keluar bekerja dan membuat pilihan yang tepat dengan menghantar anak ke
pusat asuhan yang berkualiti, berkredibiliti dan dipercayai.

Bagi ibu bapa menghantar anak buat kali pertama ke pusat asuhan merupakan suatu
cabaran dan dugaan yang hebat yang perlu dihadapi oleh mereka. Persekitaran yang selamat di
dalam dan luar pusat asuhan menunjukkan ciri-ciri keselamatan penjagaan anak-anak
dititikberatkan. Keupayaan pengasuh mahupun guru yang diibaratkan sebagai ibu kedua kepada
anak-anak dalam memastikan perkembangan awal kanak-kanak dapat dicapai amat memainkan
peranan. Kebajikan pusat asuhan untuk menunjukkan kemesraan, mencurahkan kasih sayang dan
memastikan emosi kanak-kanak dijaga amatlah penting.

Pergaulan anak-anak dalam membentuk tingkah laku dan keperibadian tutur kata juga
merupakan cabaran buat ibu bapa. Kepentingan penjagaan kebersihan pusat asuhan, kebersihan
peralatan, perkongsian barang, pergaulan anak-anak dan tempat juga merupakan cabaran dan
dugaan buat ibu bapa dalam pengalaman kali pertama menghantar anak-anak ke pusat asuhan. Ini

10
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

adalah kerana ianya melibatkan kepentingan penjagaan kesihatan anak-anak dapat dijamin, tidak
dijangkiti penyakit berjangkit kerana jangka waktu anak-anak yang berada dipusat asuhan
sepanjang hari

Dugaan anak-anak yang telah biasa dengan keluarga sendiri tidak mahu berenggang
dengan ibu bapa apabila tiba di taska juga cabaran buat ibu bapa. Anak-anak pasti seronok untuk
bergerak bersama ibu bapa ke mana jua, namun apabila perlu ditinggalkan oleh ibu bapa pasti
mereka akan berteriak, meraung dan menangis untuk balik bersama ibu bapa mereka. Cabaran
untuk meninggalkan anak supaya mereka dapat berdikari amatlah mencabar kepada ibu bapa. Di
sinilah pengasuh dan guru harus memainkan peranan mereka dalam membentuk anak-anak ke
laluan yang betul. Adakah pusat asuhan benar-benar boleh memberi perhatian yang penuh pada
semua anak-anak di taman asuhan? Pada masa yang sama ibu bapa juga risau akan tahap
perkembangan pembelajaran anak dapat dicapai dengan baik atau tidak.

Bagi ibu bapa yang menghantar bayi selalunya tidak mempunyai kerenah yang ketara,
hanya perlu menyediakan segala keperluan asas bagi seorang bayi. Namun ibu bapa yang
menghantar anak yang berumur satu tahun dan ke atas pasti akan menghadapi masalah kerana,
anak-anak ini telah mengenali persekitaran yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa dan ahli
keluarga yang terdekat. Kesulitan yang akan diharungi adalah seperti anak sudah semestinya
tidak mahu ke tempat baru yang tidak dikenali seperti guru, pengasuh dan anak-anak lain yang
tidak biasa dalam pandangan mereka seharian. Kedegilan anak untuk masuk ke pusat asuhan
boleh menyebabkan ibu bapa menjadi beremosi dan risau akan apa yang akan berlaku jika anak
ditinggalkan sehingga suatu jangka masa tertentu. Adakah kesihatan anak akan terjejas
disebabkan terlalu lama menangis? Apakah akan terjadi jika anak yang diletakkan di pusat
asuhan akan serasi bersama dengan guru, pengasuh dan anak-anak lain?

Kerisauan, cabaran dan dugaan ini semua berhubungkait dengan hubungan di antara ibu
bapa dan guru. Ibu bapa dan guru harus mengetahui cara mengendalikan kanak-kanak pada hari
pertama mereka menjejakkan kaki ke taska. Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sama
penting dalam memahami tekanan emosi anak yang ke taska buat kali pertama. Anak-anak pasti
menghadapi tekanan perasaan apabila perlu berjauhan dari ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa perlu
terlebih dahulu untuk berkomunikasi dengan anak dengan menyatakan taska merupakan rumah
kedua untuk anak berada bagi memulakan satu perubahan dalam senario kehidupan seharian.
Kanak-kanak perlu didedahkan terlebih dahulu dengan penceritaan suasana positif yang terdapat

11
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

di taska seperti mendapat kawan baru, boleh bermain menggunakan pelbagai alatan mainan dan
bermain di taman permainan serta guru yang mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-
anak.

Pada hari pertama ke taska, kanak-kanak pasti berasa teruja kerana dapat mengenakan
pakaian sekolah serta membawa peralatan sekolah yang baru. Perasaan teruja untuk mengharungi
suasana pembelajaran di tempat baru berubah apabila keyakinan ibu bapa akan berada bersama
dengan mereka tidak berlaku. Apabila kanak-kanak diminta bersalam dengan ibu bapa oleh guru,
bermulalah episod anak tidak mahu masuk ke taska. Perasaan dan emosi kanak-kanak yang ceria
bertukar kepada tangisan dan teriakan.

Guru dan ibu bapa haruslah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka untuk
menangani masalah tekanan emosi anak ini dengan berhemah. Usaha ibu bapa untuk memujuk
dengan menyatakan taska sebuah tempat seronok yang memberikan kegembiraan dan
keseronokan. Guru pula pada masa yang sama boleh duduk bersama dengan anak tersebut,
berbual dan bermain-main dengan kanak-kanak bagi menawan hati kanak-kanak dan untuk
menghilangkan rasa gusar dan takut anak untuk masuk ke taska.

Ibu bapa juga boleh memberikan kata semangat seperti anak seorang yang pandai, suka
berkawan, seorang yang suka berdikari dan suka belajar sesuatu yang baru. Guru pada waktu ini
boleh bersama dengan kanak-kanak tersebut untuk berbual, bersoal jawab dengan intonasi suara
yang boleh merangsang mereka untuk ceria masuk ke taska. Ibu bapa juga boleh memujuk anak
dengan menyatakan akan memberikan ganjaran yang disukai oleh anak jika anak suka dan tidak
membuat hal untuk masuk ke taska. Guru juga boleh menyediakan ganjaran seperti hadiah
apabila kanak-kanak mahu masuk ke dalam taska. Hadiah yang pelbagai boleh disediakan oleh
guru untuk memberi pilihan kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri apa yang ingin
diambil.

Guru juga boleh memberi umpan kepada kanak-kanak dengan menyediakan alatan mainan
yang pelbagai dan yang bersesuaian untuk kanak-kanak bermain dengan perasaan gembira. Guru
juga boleh menyediakan ruang menonton televisyen dengan menayangkan siaran kartun
pembelajaran yang disukai oleh kanak-kanak. Ini dapat mendorong kanak-kanak untuk leka dan
tidak mengikut perasaan untuk menangis. Ibu bapa juga boleh mencetuskan perasaan yakin anak
dengan menyatakan akan datang mengambil anak pada waktu yang di tetapkan. Ini dapat
mengurangkan rasa risau dan takut anak. Keutamaan menjaga tekanan emosi anak amat penting

12
VENI A/P SUPPIAH HDPS 1103
810824025038001 SEPTEMBER 2020

untuk ibu bapa dan guru mengendalikannya pada hari pertama kanak-kanak ke taska bagi
memberi keyakinan pada mereka untuk hari yang mendatang.

RUJUKAN :

1) http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/teori-pengajaran-behavioral.html
2) http://wadira358.blogspot.com/2010/08/teori-pelaziman-klasik-ivan-pavlov.html
3) http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/
4) http://wizpismpd.blogspot.com/p/ivan-pavlov.html
5) http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-thorndike-pelaziman-
operan.html
6) http://wizpismpd.blogspot.com/p/edward-lee-thorndike.html
7) https://www.slideshare.net/QasehaQila/tugasan-disleksia
8) http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/disleksia-dan-gangguan-penglihatan-kes.html
9) https://theadventuresofgothmum.wordpress.com/2019/02/19/risiko-hantar-anak-ke-taska-
malay-language/
10) http://syukurnyasihat.blogspot.com/2015/01/pengalaman-pertama-menghantar-anak-
ke.html

13

Anda mungkin juga menyukai