Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
AMBILAN OKTOBER 2022
SEMESTER 1

TUGASAN 2 – PENULISAN

NAMA PELAJAR : ZAAFARANIAH BINTI YUSOF


ANGKA GILIRAN : 202209220040
NO KAD PENGENALAN : 981007065028
KUMPULAN/UNIT : PAIMEN 2
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP 2082 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : PN SITI FADHLINA BINTI MUSTAPA KAMAL


TARIKH HANTAR : 06 DISEMBER 2022
NO. TEL : 01155784607

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 06 Disember 2022


Implikasi Teori Behaviourisme terhadap motivasi dan pembelajaran ketika PdP

1.0 PENDAHULUAN

Teori merupakan elemen asas dalam suatu bidang ilmu. Secara lazimnya teori dikaitkan
dengan bidang sains dan teknologi sedangkan termasuk juga bidang pendidikan iaitu psikologi
pendidikan. Menurut Cohen R mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada
pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan
pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang
menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan baru. Dalam bidang pendidikan,
teori-teori akan disebut sebagai teori pembelajaran. Teori Pembelajaran memberi penjelasan
tentang cara manusia dan haiwan belajar dan memberi cadangan car menyelesaikan masalah
pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah, 2009). Terdapat beberapa teori pembelajaran yang
diaplikasikan antaranya Teori Behaviourisme, Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme. Teori-
teori ini menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, ciri-ciri, faktor yang
mempengaruhi dan aplikasinya secara berbeza mengikut teori masing-masing.

2.0 TEORI BEHAVIOURISME

Teori Behaviourisme memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku fizikal individu
iaitu boleh diperhatikan dan pengaruh persekitaran terhadap perubahan tersebut. Ini bermakna
seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dapat menunjukkan perubahan pada tingkah laku.
Berdasarkan teori ini, aspek yang paling penting adalah rangsangan sebagai input dan gerak
balas sebagai output. Contohnya setiap perkara yang diberikan oleh guru (rangsangan) dan
perkara yang dihasilkan oleh murid (gerak balas) semuanya diperhatikan dan dinilai. Teori
behaviorisme diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
Mereka berpandangan bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku
(Ahmad Johari Sihes, 2015). Teori pembelajaran ini kebanyakannya menggunakan ujian yang
dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam makmal. Antara tokoh-
tokoh Behaviorisme adalah Ivan Pavlov, J.B Watson yang menggunakan operasi Teori
Pelaziman Klasik dan B.F Skinner, E.L Thorndike yang mempelopori Teori Pelaziman Operan.
Teori Pelaziman Klasik berfokus kepada eksperimen yang melibatkan pengeluaran air
liur anjing. Eksperiman dijalankan dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila
mendengar bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerak balas). Hasil eksperimen menunjukkan
pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Oleh demikian,
Pavlov menyifatkan pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan
pembelajaran yang terjadi akibat dua rangsangan ini dinamakan sebagai pelaziman klasik. Selain
konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov turut memperkenalkan konsep generalisasi,
diskriminasi dan penghapusan yang boleh dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Mok Soon Sang, 2009). Sebagai contoh, apabila arahan diberikan oleh guru untuk
murid mengangkat tangan, maka murid mengangkat tangan dengan cepat. Arahan adalah
rangsangan, tindakan mengangkat tangan adalah gerakbalas. Menurut Pavlov, pembelajaran
boleh berlaku kesan daripada kaitan dengan rangsangan dan gerakbalas yang mana pembelajaran
ini dinamakan pelaziman klasik.

Teori Pelaziman Operan diperkenalkan oleh B.F Skinner pula merujuk kepada sesuatu
bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh.
Beliau berpendapat bahawa manusia sentiasa beroperasi secara aktif terhadap persekitananya
untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Teori ini juga menjelaskan proses pembelajaran di
mana sesuatu tingkah laku mungkin diperkukuhkan atau dilucutkan bergantung kepada keadaan
yang diterima iaitu peneguhan positif atau peneguhan negatif. Maka, proses pembelajaran ini
dinamakan pelaziman operan kerana belajar tingkah laku mengikut cara operasi dengan
persekitaran. Contohnya guru perlu merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu
pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah di samping menarik minat
mereka semula.

3.0 APLIKASI DAN IMPLIKASI TEORI BEHAVIOURSIME

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov didapati berupaya meningkatkan kesedaran guru
terhadap kaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Kaitan antara rangsangan dan gerakbalas
dapat diperkukuh melalui latihan, iaitu semakin kerap rangsangan dikaitkan dengan sesuatu
gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim tersebut. Sebagai contoh, apabila pujian diberi
oleh guru (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka
gerakbalas tersebut menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Dalam proses pembelajaran,
penghapusan boleh berlaku sekiranya peneguhan tidak diberikan. Dalam erti kata lain, sekiranya
tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku mungkin akan terhapus begitu
sahaja. Manakala konsep pemulihan serta merta pula, dapatan eksperimen Pavlov mendapati ia
berupaya membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. (Intan Pertiwi.
2021)

Menurut Teori Behaviourisme, seorang guru hendaklah menetapkan objektif yang


spesifik sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid
mendapat rangsangan yang baik serta gerak balas yang baik setelah sesi PdP berakhir. Disini
guru dapat mengukur perubahan tingkah laku murid melalui pemerhatian. Melalui teori ini juga
ianya meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlulah memainkan
peranan dalam memotivasi yang sesuai mengikut tingkah laku murid (Muh. Hizbuk Muflihin.
2018). Maka guru dapat mengukuhkan ikatan antara ransangan dan gerakbalas murid dengan
memperbanyakkan aktiviti latihan, latih tubi, ulangkaji, aplikasi dan pengukuhan dalam
persekitaran yang menyeronokkan. Ianya secara tidak langsung menggalakkan sikap untuk terus
belajar dalam diri murid dan meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran untuk
mencapai objektif.

Guru memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Guru perlu mahir dalam mengawal tingkah laku murid bagi
memastikan murid terus bermotivasi untuk belajar. Kejayaan murid bergantung kepada
kemahiran yang dimiliki oleh guru dalam mengawalselia suasana pembelajaran dalam kelas.
Seorang guru juga mesti teliti dalam mengenakan hukuman denda kepada murid supaya tidak
mendatangkan impak buruk dalam jangka masa panjang terhadap murid. Sebaliknya guru perlu
bijak memberi denda yang tidak mendatangkan kesan buruk kepada murid. Sebagai contoh
apabila murid tidak menyiapkan kerja rumah guru tidak seharuskan memberi denda dalam
bentuk fizikal seperti merotan dan perkara lain kerana kesihatan murid akan berisiko malah guru
seharusnya memberikan kerja rumah tambahan kepada murid jika tidak menyiapkannya. Hal ini
akan menyebabkan murid risau jika kerja rumahnya akan terus bertambah maka perlu juga
menyiapkannya.
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori behaviorisme ialah teori yang memberi tumpuan kepada
bagaimana tingkah laku fizikal individu berubah berdasarkan perkara di sekeliling mereka. Teori
ini mengatakan bahawa perkara yang paling penting ialah input dan output rangsangan. Teori
pelaziman operan pula ialah cara pembelajaran yang berlaku apabila seseorang mendapat tindak
balas positif daripada melakukan sesuatu. Beliau percaya bahawa manusia sentiasa mempunyai
kawalan ke atas ppersekitaran yang mereka buat dan ini boleh membawa kepada keputusan yang
berbeza. Teori behaviorisme mengatakan bahawa guru harus menetapkan matlamat khusus untuk
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka agar dapat memberikan rangsangan dan maklum
balas yang terbaik untuk pelajar selepas sesi PdP tamat. Guru boleh menggunakan pemerhatian
untuk mengesan perubahan tingkah laku pelajar.

5.0 RUJUKAN

Ahmad Johari Sihes. 2015. Teori Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia: Kuala Lumpur

Elvia Baby Shahbana et.al. 2020. Implementasi Teori Belajar Behavioristik Dalam
Pembelajaran.Universitas Negeri Malang: Indonesia

Intan Pertiwi. 2021. Teori Behaviorisme IV An Pertovich Pavlov Dan Implikasinya Dalam
Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Institut Agama Islam Negeri: Ponorogo

Jamridafrizal. 2015. Teori Belajar Behaviorisme Dan Implikasinya Dalam Praktek Pendidikan.
Teknologi Pendidikan FIP UNJ: Indonesia

Mok Soon Sang. 2009. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Murid Dan Alam Belajar:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Muh. Hizbuk Muflihin. 2018. Aplikasi Dan Implikasi Teori Behaviorisme Dalam Pembelajaran.
(Analisis Strategus Inovasi Pembelajaran). Universitas Islam Nusantara (UNINAS):
Bandung
Noriati Arashid, Boon Pong Ying .2009. Murid dan Alam Belajar. (Siri Pendidikan Guru);
Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai