Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

Nama pelajar : AHMAD SHAHMI BIN AB FATTAH

Angka giliran : 2022062400015

Nombor Kad : 970407-03-5975


Pengenalan

Kumpulan/Unit : PDPP/ PA1-SR

Kod dan Nama Kursus : EDUP2082 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tajuk Tugasan 2 : PENULISAN (Bincangkan Implikasi Teori Pembelajaran


Behavioris Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam
Meningkatkan Motivasi Belajar Murid).
Nama Pensyarah : HERMAN BIN TAJING

Tarikh Hantar :12 NOVEMBER 2022

Markah (40%) :

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:

Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh


TUGASAN 2: Penulisan (40%)
Teori pembelajaran behavioris berorientasikan hasil yang dapat diukur, dianalisis, dan diuji
secara objektif. Pendekatan ini mempunyai kaitan dalam mencapai perubahan pemikiran,
perasaan dan pola tingkahlaku individu (Sanyata, 2012).

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan implikasi teori pembelajaran behavioris


terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan motivasi belajar murid.
(1200 patah perkataan)
1.0 PENGENALAN

Teori pembelajaran behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan


kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Ia adalah teori yang
mengetengahkan perubahan kepada tingkah laku terhadap manusia. Menurut Desmita
(2009) teori ini dipakai bagi memahami corak perubahan tingkah laku manusia dengan
menggunakan beberapa pendekatan iaitu objektif, mekanistik serta materialistic.
Pendekatan ini digunakan sehinggalah berlakunya respon atau tindak balas tingkah laku
daripada individu tersebut.

Secara umumnya teori behavioris ini menyatakan bahawa pengajaran dan


pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik
atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psokologi behavioris, pembelajaran adalah
perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu melalui pengalaman.

Oleh itu, dalam konteks ini pembelajaran adalah hasil daripada interaksi antara
ransangan dan tindak balas. Seorang individu ataupun seorang murid dianggap telah belajar
jika dia dapat menunjukkan perubahan dari segi tingkah lakunya. Sebagai analoginya,
seorang murid yang tidak memahami suatu pelajaran akan berubah sikap serta tingkah
lakunya setelah dia menguasai dan memahami suatu pelajaran itu. Murid tersebut pasti
akan lebih berminat dan termotivasi untuk belajar dengan sendirinya tanpa disedari.

2.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN MOTIVASI MURID.
Antara implikasi teori behavioris dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
gerak balas positif. Ia dapat dipupuk melalui pelaziman klasik dan berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid bagi memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contohnya, jika guru ingin mengajarkan tentang suatu perkataan seperti “mancis” kepada
murid, guru mestilah memastikan bahawa murid dapat menyebut perkataan tersebut terlebih
dahulu apabila ditunjukkan sebatang mancis kepadanya. Seterusnya, guru hendaklah
menunjukkan kad perkataan mancis disertakan dengan sebatang mancis bagi mendapatkan
tindakan respon daripada murid tersebut. Selain itu, guru juga perlu memberi bimbingan
dalam menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat dengan memberikan pelbagai
jenis contoh yang berkaitan.
Menurut Ivan Pavlov, pembelajaran berlaku hasil daripada ransangan yang telah
diterima oleh seseorang. Ransangan tersebut dapat dihasilkan melalui pelbagai aspek
seperti hadiah, pujian serta kata-kata galakan. Daripada ransangan tersebut, seseorang itu
akan menghasilkan suatu gerak balas yang tertentu. Sebagai contoh dalam aspek
pembelajaran, seorang murid akan menjadi lebih rajin dan termotivasi dalam proses
pembelajarannya akibat diberi galakan daripada gurunya tidak kiralah samada kata-kata
pujian mahupun ganjaran hadiah. Oleh itu, para guru haruslah sentiasa menerapkan
pelbagai bentuk ransangan terhadap supaya mereka akan selalu bertindak balas dengan
respon yang positif.

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan
memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa memilih kasih, memuji usaha
dan cuba jaya, memuji tingkah laku yang spesifik, memuji jawapan atau respon yang
spontan. Berbeza dengan peneguhan secara negatif. Ianya berlaku akibat ransangan yang
tidak selesa terhadap murid. Sebagai contoh, guru akan menghukum atau memarahi murid
jika tidak menyiapkan kerja sekolah. Oleh kerana takut akan leteran dan hukuman yang
akan dikenakan, murid akan bertindak balas dengan menyiapkan kerja rumah yang
dibekalkan. Hal yang demikian secara tidak lansungnya akan memotivasikan seorang murid
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun bukan mengikut kerelaan hatinya.

Guru juga dapat membentuk sikap dan tingkah laku murid mengikut kehendaknya
yang tersediri. Bahkan, pengaplikasian teori ini juga akan menyebabkan suasana
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan sekaligus
meningkatkan motivasi seorang murid untuk belajar. Pun begitu, guru perlulah sentiasa
menerapkan tindakan ransangan ini secara berterusan. Ini kerana, tindak balas murid akan
berhenti jika tiada peneguhan dijalankan dan tingkah laku murid tersebut akan terhapus
dengan begitu sahaja.

Selain itu, ia juga akan menjejaskan prestasi pembelajaran seseorang murid bahkan
akan menyebabkan ianya merosot. Oleh itu, para guru hendaklah secara berterusan
memberi galakan dengan memberi ganjaran atau hadiah bagi memastikan tingkah laku
positif daripada murid sentiasa berjalan. Guru juga boleh mempelbagaikan jenis hadiah,
aktiviti ataupun alat bantu mengajar supaya dapat meningkatkan semula semangat dan
motivasi murid untuk belajar. Contohnya, jika pada kebiasaannya guru akan memberikan
gula-gula sebagai bahan ganjaran atau hadiah, maka guru boleh gantikan dengan sesuatu
yang baru seperti bahan menulis, beg serta buku. Ini akan menambahkan lagi minat murid
untuk terus berusaha dalam pelajaran.

Seterusnya, Watson telah memperkenalkan dua prinsip yang penting di dalam teori
ini iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Apakah yang dinyatakan dalam kedua
prinsip ini dan apakah juga implikasinya terhadap motivasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran? Prinsip yang pertama iaitu prinsip kekerapan menegaskan bahawa
seseorang itu akan cenderung untuk bergerak balas dengan memberikan respon yang sama
terhadap suatu ransangan jika dia kerap memberi tindak balas terhadap suatu ransangan.
Oleh itu, seseorang murid perlulah sentiasa memahami dan mengulangkaji setiap tajuk yang
dipelajari dengan kerap agar dapat mengingati segala konsep-konsep pelajaran dengan
mudah.

Manakala prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru tindak balas
seseorang terhadap suatu bentuk ransangan, semakin tinggi keberangkalian bagi mereka
untuk memberi respon atau tindak balas terhadap punca ransangan itu. Oleh sebab itu,
setiap murid perlulah membuat ulang kaji pelajaran dengan sempurna sebelum menjalani
peperiksaan agar dapat mereka mengaplikasikan konsep-konsep pengajaran yang dipelajari
dengan baik. Seandainya suatu tajuk atau bab yang dipelajari sudah lama tidak diulangkaji
maka ia akan menyebabkan murid terlupa dan terhapus terus dari ingatan mereka. Maka,
seseorang guru mestilah sentiasa memberi latihan dengan berterusan agar dapat
mengukuhkan ingatan murid.

Hukum kesediaaan yang diperkenalkan oleh Thorndike menyatakan bahawa murid


perlulah membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan sesi pembelajaran. Murid
perlu membuat persiapan dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum
menjalani sesi pembelajaran. Ini kerana, ia dapat membantu murid dalam mewujudkan
aktivti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan.

Selain itu, minat dan tindak balas yang positif dari murid juga dapat dihasilkan
melalui suasana yang menyeronokkan di dalam kelas. Guru yang sentiasa mengajar dengan
pelbagai jenis alat bantu mengajar serta sering menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai jenis aktiviti yang berlainan akan meningkatkan motivasi
murid untuk belajar dengannya sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih menyeronokkan. Murid akan sentiasa ternanti-nanti kedatangan guru dan tidak sabar
untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru tersebut. Hal ini akan
membuahkan suatu keberhasilan yang maksimum dalam bilik darjah terutama sekali dalam
pemahaman murid tentang pelajaran.

Hukum kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara ransangan dengan


gerak balas akan bertambah kuat jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Sebaliknya,
kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan antara ransangan dan gerak
balas. Ini bermakna, guru bertanggungjawab mencipta suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi imbuhan, galakan dan menyediakan peluang yang sama
rata untuk semua murid agar mereka termotivasi untuk belajar.

Penyediaan bahan pembelajaran juga haruslah mengikut tahap kemahiran murid.


Guru perlu memastikan bahawa tugasan yang dibekalkan kepada murid tidak terlalu tinggi
sehingga mengakibatkan minat murid untuk belajar semakin pudar. Bagi memberi kepuasan
dan senang hati para murid, guru perlu menyediakan tugasan yang setaraf dengan
kemampuan murid sekaligus dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk belajar. Dalam
masa yang sama, murid dapat merasai nikmat kejayaan dalam pembelajaran mereka.

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, teori behavioris ini memberi penekanan terhadap peranan


persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran itu berlaku dengan wujudnya
kebergantungan dan perhubungan antara suatu ransangan dan tindak balas. Kedua
pelaziman yang diketengahkan di dalam teori ini iaitu pelaziman klasik dan pelaziman
operan menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan.

Oleh kerana teori behavioris ini memfokuskan terhadap tingkah laku kanak-kanak,
maka aktiviti yang menarik akan menimbulkan suatu galakan terhadap murid untuk terlibat
aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Manakala, guru juga perlu
memainkan peranan penting dengan merencana dan melaksanakan aktiviti yang dapat
menarik minat murid serta menyeronokkan agar dapat menguatkan hubungan antara
ransangan dan tindak balas murid. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik
dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
RUJUKAN

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition)


USA, Allyn & Bacon.

Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.). Washington:
Wadsworth Publishing Company.

Noriati, R., Boon, P.Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam : Oxford Fajar.

https://hannailly.blogspot.com/2019/11/teori-behaviorisme.html (Teori Behaviorisme)

http://kpd3016sesi1819.blogspot.com/2018/12/teori-behaviorisme.html (Teori Behaviorisme)

Anda mungkin juga menyukai