Anda di halaman 1dari 9

ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3

PROFESIONAL 083

PENGENALAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran
para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsang pelajar belajar
secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya
menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang
dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi
pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus mempengaruhi
intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam perancangan persediaan mengajar,
aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan
isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja
yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan
kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Berdasarkan teori-teori yang ada, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang
kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan
dan bermakna kepada para pelajar. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

TUGASAN 2
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah
Jantan (2006), E. L. Thorndike adalah ahli behaviorisme yang pertama mengemukakan
konsep pelaziman operan. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori
Pelaziman Cuba Jaya Thorndike).Thorndike menjalankan eskperimen dengan menggunakan
suatu alat yang diciptanya dan dipanggil puzzle box. Beliau memasukkan kucing kedalam
sangkar (puzzle box) dan meletakkan makanan di luar. Beliau mendapati kucing tersebut
akan melakukan pelbagai percubaan untuk keluar dari sangkar dan pembelajaran ini
dinamakan sebagai pembelajaran cuba jaya. Bila kucing itu dimasukkan semula, kucing
tersebut akan mengulangi percubaan untuk keluar dan ini menunjukkan kucing tersebut
belajar keluar secara cuba jaya. Menurut eksperimen Thorndike, beliau menyatakan
pembelajaran adalah hasil daripada gabungan rangsangan dan gerak balas. Beliau
menyatakan pembelajaran manusia boleh dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu Hukum
Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

(Thorndike Puzzle Box)

Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and


error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini
juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan
menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin
kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia
akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang
terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran tetapi jika ganjaran
tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, saya
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

sebagai guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku.

Pelbagai aktiviti atau soalan kemahiran berfikir aras tinggi perlu disediakan kepada
murid-murid agar mereka dapat melatihkan diri untuk menjawab semasa peperiksaan.
Sebagai contoh, murid-murid yang akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR perlu
dilatih dengan model atau contoh-contoh soalan UPSR. Mereka akan membuat soalan-
soalan tersebut secara berulang-ulang untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik. Jika
mereka memberi jawapan yang salah atau membuat cara kerja yang salah, pemberian
soalan atau model UPSR secara berulang-ulang dapat mengatasi masalah ini. Mereka akan
mencuba secara berulang untuk mendapatkan jawapan atau cara kerja yang betul. Prestasi
dan pencapaian mereka akan dapat meningkat dengan teori Thorndike cuba jaya ini. Oleh
itu, murid-murid tersebut akan membiasakan diri dengan soalan-soalan tersebut dan juga
akan dapat menjawab soalan dalam peperiksaan sebenar. Teori cuba jaya iaitu latihan yang
dilakukan secara berulang-ulang dan mendapat gerak balas yang positif dapat diaplikasikan
melalui aktiviti ini kepada murid-murid. Selanjutnya, murid-murid yang lemah dalam
pembelajaran juga dapat meningkatkan prestasi mereka dengan amalan teori cuba jaya ini.

Pendapat Thordike ini juga boleh diaplikasikan dalam aspek perkembangan


profesional keguruan kendiri. Saya juga perlu mengamalkan teori ini dalam penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian saya untuk mendapatkan kesan yang positif dan peningkatan
prestasi anak-anak murid saya. Murid-murid akan berasa cepat bosan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya perlu merancang pelbagai aktiviti dan latihan
untuk mendapatkan perhatian mereka. Sebagai seorang guru baharu, murid-murid tidak
akan memberi fokus dan akan cuba untuk menunjukkan sikap enteng mereka semasa saya
mengajar. Saya tidak boleh berputus asa atau hilang semangat untuk mengajar. Saya perlu
cakna dan mengambil tindakan seperti mempelbagaikan kaedah atau teknik mengajar untuk
menarik perhatian mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,
pengajaran abad yang ke-21, permainan, kerja kumpulan yang menarik dan penggunaan
multimedia perlu diterapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian saya. Saya perlu
berusaha lebih secara berulang-ulang tanpa berputus asa untuk mendapatkan jalan yang
terbaik untuk mencapai objektif pengajaran saya. Perkara ini akan dapat memberi kejayaan
dengan menarik focus terhadap pengajaran saya. Pendek kata, latihan cuba jaya ini bukan
sahaja untuk murid-murid, saya juga dapat mengaitkan dengan perkembangan profesional
keguruan kendiri.
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang
murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai persiapan yang rapi
sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Murid perlu mempersiapkan diri
mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran
berlaku. Faktor-faktor ini sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang
aktif, mudah, seronok dan berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam
memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani
aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran
berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh
menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar.
Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka
bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan.Sebagai contohnya, penggunaan
ICT, audio dan video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan
berkesan.

Menurut teori ini, murid-murid perlu bersedia dengan perlu mempersiapkan diri
mereka dari segi mental, fizikal, emosi, sosial dan psikomotor sebelum proses pengajaran
dan pembelajaran bermula. Sebagai contoh, ketua darjah perlu memastikan bahawa murid-
murid yang bertugas telah melakukan tugas mereka iaitu membersihkan bilik darjah. Bilik
darjah yang kondusif juga merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Alam fizikal yang kondusif seperti penyusunan meja dan kerusi secara teratur,
bilik darjah yang bersih, ada peredaran udara dan keceriaan bilik darjah akan mewudukan
suasana yang seronok dan meningkatkan daya keinginan untuk belajar. Perkara-perkara
seperti ini juga akan mempengaruhi emosi murid untuk mempersiapkan diri untuk menerima
ilmu daripada guru.

Saya berperanan sebagai penyampai maklumat kepada murid-murid di dalam kelas


dan saya perlu memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh
itu, segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme ialah
pembelajaran yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini
merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian, laman web, latihan yang
dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Pendekatan seperti ini dapat menjimatkan
masa dan tenaga serta dapat membendung masalah penunjukkan tingkah laku negatif di
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

dalam kelas seperti murid-murid bersikap pasif dan mengantuk semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Kaedah pengunaan ICT, audio dan video memang akan berkesan
untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Perisian atau multimedia yang ada unsur-
unsur animasi dan muzik dapat menangani kekangan seperti ini dalam kelas. Tuntasnya,
Thorndike percaya bahawa jika hukum kesediaan tersebut digunakan dalam pembelajaran
manusia, pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan.

Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat bahawa perhubungan antara


rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna,
untuk meningkatkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Seseorang murid
hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak
balas seseorang murid.

Murid-murid perlu membuat latihan jika mereka lemah dalam sesuatu subjek. Mereka
tidak boleh berasa malu atau segan untuk mendapat bombingan daripada rakan sebaya atau
guru. Jika mereka tidak membuat latihan yang banyak akan menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran atau tidak boleh mencapai prestasi yang baik dalam sybjek
tertentu. Sebagai contoh, jika seseorang murid lemah dalam sesuatu subjek seperti
Matematik, murid tersebut perlu memberi latihan yang banyak dan berterusan supaya dapat
menaakul dan mencapai prestasi yang baik dalam subjek tersebut. Jika diberi latihan
Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk
menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan
meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah
dipelajari. Oleh itu, saya perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang
menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran mereka.

Saya juga perlu melatihkan diri dengan mendapatkan pelbagai cara kerja serta
strategi untuk mengajar murid-murid saya. Saya sebagai seorang guru baharu tidak
mempunyai pengalaman yang banyak dan tidak tahu cara kerja atau teknik dalam
pengajaran. Saya perlu mencari guru yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam
sesuatu subjek untuk mendapatkan cara kerja yang baharu untuk mengajar. Sebagai contoh,
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

jika saya mengajar subjek matematik saya hanya tahu beberapa cara kerja sahaja dan tidak
ada latihan yang banyak untuk menjawab dalam sekelip mata. Jadi, saya perlu mendapat
didikan dan membuat latihan secara berulang-ulang untuk memperkukuh strategi pengajaran
kendiri. Tuntasnya, teori ini memang dapat diaplikasikan kepada guru baharu seperti saya
untuk memperkembangkan profesional keguruan.

Seterusnya, hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara


rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Dalam hukuman ini, kesan yang menyakitkan murid akan melemahkan
perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid
mendapat kesan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan, ini akan mendorong
mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid
mendapat kesan yang menyakitkan atau impak yang negatif, gerak balas tersebut akan
semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan
berdasarkan gerak balas yang dihasilkan. Tambahan pula, pembelajaran tidak akan
berkesan jika murid tidak bersedia atau dipaksa untuk belajar iaitu pada erti kata lain juga
tiada rangsangan yang diberikan kepada murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang
diberikan oleh murid akan bertambah baik sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang
bersesuaian.

Rentetan daripada itu, terdapat beberapa peluang yang ditonjolkan melalui teori
Pelaziman Operan Thorndike ini lebih-lebih lagi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara peluangnya ialah penggunaan motivasi yang sesuai untuk
meningkatkan minat dan kesediaan murid untuk belajar. Minat dan kesediaan murid untuk
belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas
yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang
baik untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar. Tambahan pula, pemberian ganjaran
yang sesuai kepada murid supaya gerak balas yang dihasilkan oleh murid tidak lenyap.
Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan kepada murid seperti puji-pujian, token, lawatan,
hadiah dan sebagainya. Ganjaran ini juga dapat memujuk murid untuk membuat latihan yang
banyak supaya gerak balas yang dihasilkan adalah positif.
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

Saya perlu memberi ganjaran positif dan yang sesuai kepada murid-murid mengikut
tingkah laku dan kesan daripada pencapaian mereka. Oleh itu, murid-murid akan berasa
seronok dengan pemberian ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata
untuk semua murid supaya mendorong mereka untuk belajar. Motivasi yang diberikan adalah
sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar.
Sebagai contoh, apabila seorang seseorang murid tidak bersedia untuk belajar dan dipaksa
untuk belajar, ia akan menghasilkan parasaan kecewa atau kesakitan. Di samping itu, jika
tidak ada peneguhan diberikan kepada murid, gerak balas yang dihasilkan oleh murid
tersebut akan semakin merosot dan lama-kelamaan akan menghilang. Selain itu, jika murid
dikenakan denda walaupun dia sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk kesilapan yang
berulangan dalam pembelajaran, murid tersebut tidak akan meneruskan usaha untuk
memberikan tindak balas yang lebih baik. Hal yang demikian, saya perlulah memberikan
sokongan dan motivasi supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang diingini dan
membentukkan sifat-sifat positif dalaman murid tersebut..

Namun begitu sekiranya ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak
balas yang negatif mungkin akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak dan
bangga diri sekiranya mereka mendapat pujian yang berlebihan. Dengan itu, saya juga perlu
memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan
untuk menguatkan hubungan antara ransangan dan gerak balas bagi seseorang murid.
Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, aktiviti
yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Selanjutnya, saya juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi
daripada tahap kognitif dan membebankan mereka. Aktiviti atau latihan yang sesuai kepada
penakulaan dan tahap kognitif mereka supaya murid dapat menyelesaikannya dengan
perasaan puas hati. Seterusnya, saya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.
Saya juga perlu memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang
diperolehi dalam pembelajaran mereka. Saya sebagai seorang guru, saya tidak boleh
memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah perlu
memberikan sokongan yang berterusan supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan
terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini. Di samping itu, saya juga perlu
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam
pembelajaran mereka.

Kesimpulannya, tokoh ini menekankan peranan persekitaran dalam proses


pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara
suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. Pelaziman operan Thorndike adalah contoh
teori behaviorisme yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan.
Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak dalam
pembeljaran, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam
proses pembelajaran di dalam kelas. Saya perlu memainkan peranan dengan menjalankan
aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan
dan gerak balas. Selain itu, saya juga perlu mengaplikasikan teori beliau untuk meningkatkan
perkembangan profesional keguruan. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik
dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN EDU3
PROFESIONAL 083

PENUTUP

Pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
penguasaan dan pengetahuan tentang ilmu pendidikan seseorang guru tidak akan berjaya
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di dalam bilik
darjah. Untuk itu seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan iaitu
psikologi, pedagogi dan profesionalisme keguruan agar tercapai matlamat untuk memberi
kejayaan kepada pelajar.

Berdasarkan daripada kaedah penyampaian yang digunakan, proses pembelajaran


dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan. Apabila guru
menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung
akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud


seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus
ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan
menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat
membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Oleh itu, untuk mencapai matlamat itu, bukanlah satu perkara mudah, kerana ianya
memerlukan pengorbanan, kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua-dua belah
pihak iaitu guru dan murid agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

Anda mungkin juga menyukai