Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Perpisahan Tahun 6

َّ ‫لر ْح ٰم ِن ْا‬
‫لر ِح ْيم‬ َّ ‫ِب ْس ِم هللاِ ْا‬

َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬

َ‫اب ِه َأ ْج َم ِع ْين‬ ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬


ِ ‫ص َح‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َّ ‫َوال‬

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada atas nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah
ruah kepada kami.

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Bersempena majlis perpisahan tahun 6 ini, kami memohon kepadamu ya Allah, agar
engkau limpahkanlah kesejahteraan buat warga Sekolah Kebangsaan Pantai,
khususnya bagi kami yang bakal meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan
perjuangan kami di alam persekolahan menengah nanti.

Berikanlah bimbingan dan petunjuk kepada kami agar dapat kami meneruskan
kehidupan sebagai pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah yang Maha Pengasih,

Engkau kurniakanlah kesihatan serta keafiatan buat guru-guru kami yang pernah
mengajar kami di sekolah kebangsaan Pantai ini. Kasihilah mereka, dan lindungilah
mereka daripada sebarang bala bencana mahupun malapetaka serta anasir-anasir
jahat yang datang menimpa.

‫َيا َح ُّى َيا َق ُّيو ُم َيا َذا ا ْل َجالَ ِل َواِإل ْك َر ِام‬

Dengan rahmat Mu Ya Allah, Engkau jadikanlah majlis ini, majlis yang dirahmati dan
diberkati serta perpisahan kami selepas ini, perpisahan yang engkau redhai ya Allah.

َ ‫س َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّن‬
‫ار‬ َ ‫س َن ًة َوفِي اآلخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا آتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

Anda mungkin juga menyukai